Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
SELANGOR DARUL EHSAN
Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis
serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam
perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya
ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah
meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama
Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.
Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang
banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun
dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku
singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada
Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.
Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’
dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para
penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua
perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’.
Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan
Warisan Negeri Selangor (PADAT)
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
JOHOR DARUL TAKZIM
Nama silam Johor adalah "Ujung Tanah", sementara R.O
Winstead dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor
dengan nama "Wurawari", ianya adalah istilah jawa yang
bermaksud "Air Jernih". Antara nama lama yang merujuk kepada
negeri johor ialah, "Hujung Medini"(disebut dalam syair jawa
Nagara kretagama), Ganggayu (nama Johor sebelum 1450) dan
Langyu. Namun nama negeri lebih kuat dipercayai berasal dari
perkataan arab iaitu "Jauhar" yang membawa maksud "Permata".
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
KEDAH DARUL AMAN
Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah
negeri tertua di Tanah Melayu, ianya berdasarkan
penemuan arkeologi tentang kewujudan penempatan
serta aktiviti masyarakat Melayu Proto. Nama kedah
mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah
"Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit
Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara",
sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai
"Kadaram" atau "Kalaram". Tetapi menurut
Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan
"Kheddah" yang membawa erti perangkap Gajah,
tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah
bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya
bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang
menjual gelas berkaki pada masa itu.
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
) KELANTAN DARUL NAIM
Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri
ini sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan
diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya berasal dari
Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada Gautama
Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan
perkataan "Thana" yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah
"Kolithana" yang kemudiannya disebut oleh penduduk pada
ketika itu sebagai "Kolamtanah" atau "Kolamtam" yang
akhirnya menjadi Kelantan.
Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut
tempat ini sebagai "Ko-lo". Dalam catatan China yang
selainnya ada dikesan nama sepertu "Ho-lan-tan" atau
"Kou-lo-tan". Sementara dalam peta De'eredia, wujud nama
"Calantan Rio", sementara peta selainnya disebut
"Calantan", "Calantam" dan "Calantao". Terdapat juga kisah
bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena dengan
nama pokok "Gelam Hutan" yang tumbuh di pesisir pantai
negeri Kelantan pada ketika itu.
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
MELAKA
Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan
seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh ke
sungai dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar
ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka
mendapat namanya. Dalam naskah lama "Sejarah
Melayu" memang sudah disebut nama Melaka, ia
mugkin dari istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang
digunakan oleh pedagang arab yang membawa
maksud "pusat / tempat perdagangan ". Dalam
bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai
"Malayakolam" atau "Malayaka" yang membawa
erti "negeri orang melayu".
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah gabungannya, kawasan berkenaan ialah ;
1) Sungai Ujong
2) Naning
3) Rembau
4) Jelebu
5) Johol
6) Klang
7) Jelai
8) Ulu Pahang
9) Segamat
Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang
dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut sebagai
negeri yang sembilan, iaitu:
1) Sungai Ujong
2) Rembau
3) Jelebu
4) Johol
5) Ulu Muar
6) Inas
7) Gunung Pasir
8) Terachi
9) Jempol
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
PAHANG DARUL MAKMUR
Nama klasik bagi negeri ini ialah
Inderapura, nama Pahang telah ada
sebelum adanya negeri Melaka, ianya
dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada
kisah yang jelas bagaimana Pahang
mendapat namanya, namun dalam
bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud
"timah" yang mungkin juga ada kena
mengena dengan Sungai Lembing yang
terkenal dengan timah.
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
PERAK DARUL RIDZUAN
Sepertimana Pahang, Perak juga
mempunyai nama klasiknya yang
tersendiri, iaitu Gangga Negara,
pusat pemerintahan Gangga
Negara ialah di Beruas. Menurut
Hikayat Merong Mahawangsa,
nama Perak diberi bersempena
dengan anak panah bermata
perak yang dilepaskan oleh anak
Raja Merong Mahapodisat Kedah.
Anak panah itu dilepaskan ke
kawasan yang dihajati beliau
untuk dijadikan sebuah negeri.
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
PERLIS
Perlis dahulunya dikenali sebagai
"kayang" atau "kayangan", dan nama
Perlis diberi bersempena dengan nama
seorang tua yang dianggap mempunyai
keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada juga
versi lain bagaimana Perlis mendapat
nama,berkemungkinan ianya berasal
dari perkataan siam "Phrau Loi" yang
bermaksud kelapa hanyut, kelapa
hanyut ini dikatakan banyak dijumpai
oleh orang-orang siam yang
menggunakan laluan kuala sungai Perlis
untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini
bila disebut oleh masyarakat tempatan
akhirnya menjadi "Perleh".
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
PULAU PINANG
Ianya berasal dari barisan pokok-
pokok pinang di kawasan
penempatan masyarakat asal
melayu di kawasan pantai. Pulau
Pinang pernah diberi nama "Prince
of Wales" oleh Francis Light pada
11 Ogos 1786, tetapi mujur juga
nama itu tidak lekat dan hanya
wujud dalam catatan serta peta
inggeris, tetapi tidak di bibir
penduduk tempatan.
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
TERENGGANU DARUL IMAN
Dipercayai berasal dari cahaya kilat
yang dilihat oleh penduduk
Kelantan, lalu mereka berkata
"terangnya genu" atau maksud
lainnya "terang sampai ke sana".
Terdapat juga kisah yang
mengatakan nama Terengganu
berasal dari kisah penemuan taring
gajah di sebatang sungai di Pulau
Duyong, dek kerana saiz taring
yang besar serta belum pernah
dilihat oleh penduduk tempatan,
mereka merujuk taring itu sebagai
"Taring anu", sungai dimana taring
tersebut dijumpai juga dikenali
sebagai "Sungai Taring Anu".
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
SABAH
Pernah dikenali dengan nama "Api-
api", Sabah mendapat namanya
daripada perkataan "Saba", iaitu
sejenis pisang. Kebanyakkan
penduduk asal menanam pisang ini
di penempatan mereka di sekitar
pantai untuk dijadikan sumber
makanan.
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
SARAWAK
Tiada kisah yang cukup popular
untuk dijadikan sandaran
bagaimana Sarawak mendapat
nama, mungkin juga bersempena
dengan nama Sungai Sarawak.
Terdapat sumber dikalangan
penduduk tempatan yang
mengkisahkan nama Sarawak
berasal dari ungkapan " serah pada
awak", iaitu apabila Pengiran Muda
Hashim menyerahkan pentadbiran
negeri itu kepada James Brooke
pada tahun 1841.
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan
Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala
berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga
kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk
pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang
dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu
kawasan hutan belantara. Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia
kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang
berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang
yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk
mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di
kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah
dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji
Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada
kerajaan negeri Selangor.
Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu
itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang
Cina) untuk mentadbirkan keempatan itu dan memastikan ada undang-undang
dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina
yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari
pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang
terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara
Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di
antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan
suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu
menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya
dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala
Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala
Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan
pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani
Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber
makanan
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia
Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia

More Related Content

PDF
KSSM Sejarah mcmdmdm Tingkatan 2 Bab 10.pdf
PPTX
Sejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di Malaysia
DOCX
Bendera dan jata negeri
PDF
Kemerdekaan negara
PPT
NOTA SEJARAH BAB 5 KMM TING 2.ppt
PDF
Sejarah tahun 5 bunga kebangsaan
PDF
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5
PPTX
template buku program merdeka
KSSM Sejarah mcmdmdm Tingkatan 2 Bab 10.pdf
Sejarah Tahun 6 Tajuk 10: Negeri-Negeri Di Malaysia
Bendera dan jata negeri
Kemerdekaan negara
NOTA SEJARAH BAB 5 KMM TING 2.ppt
Sejarah tahun 5 bunga kebangsaan
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5
template buku program merdeka

What's hot (20)

DOC
Simpulan bahasa
DOC
Jadual bertugas 1 p2
DOC
Panduan ringkas menulis kertas kerja
PDF
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
PDF
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
DOCX
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
DOCX
Sejarah kemerdekaan Malaysia
PDF
Bab 2 persamaan kuadratik
PPTX
KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3 HUSNA DHIA.pptx
PDF
Petikan surat rasmi
PPT
Kawad kaki
PDF
Kamus Kata Ganda
PDF
Tentatif program
DOCX
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
DOC
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
PDF
buku teks Geografi tingkatan 1
PPTX
Proses pegimbuhan kata adjektif
PPTX
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
PPT
Kesalahan papan tanda
DOC
120105040 panduan-kawad-krs-dan-tkrs
Simpulan bahasa
Jadual bertugas 1 p2
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Bab 2 persamaan kuadratik
KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3 HUSNA DHIA.pptx
Petikan surat rasmi
Kawad kaki
Kamus Kata Ganda
Tentatif program
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
buku teks Geografi tingkatan 1
Proses pegimbuhan kata adjektif
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
Kesalahan papan tanda
120105040 panduan-kawad-krs-dan-tkrs
Ad

Viewers also liked (20)

PPTX
Negeri-negeri Melayu Baru
PPTX
Topik 4 sejarah
PPT
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
DOC
Soalan bahasa malaysia tahun 4 ujian bulanan 1 pengenalan format baharu
DOC
Sejarah kelantan
PPTX
Negeri negeri melayu
PPTX
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
DOCX
Bendera malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih
PPT
Kenali bendera negeri
PPTX
Bendera Negeri Di Malaysia
PPTX
Tugas power point annisa intan sari 4 xii ipa 3
PPT
Bab 8
PDF
~Nota sejarah tingkatan 4~
PPT
Rukun negara 1
PPTX
Sejarah politik malaysia(kemangkatan sultan mahmud 2 pada tahun 1699)
PPT
Kerajaan kerajaan melayu
DOCX
Buku skrap hannah
PPTX
Kajian tempatan tahun 5
Negeri-negeri Melayu Baru
Topik 4 sejarah
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Soalan bahasa malaysia tahun 4 ujian bulanan 1 pengenalan format baharu
Sejarah kelantan
Negeri negeri melayu
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Bendera malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih
Kenali bendera negeri
Bendera Negeri Di Malaysia
Tugas power point annisa intan sari 4 xii ipa 3
Bab 8
~Nota sejarah tingkatan 4~
Rukun negara 1
Sejarah politik malaysia(kemangkatan sultan mahmud 2 pada tahun 1699)
Kerajaan kerajaan melayu
Buku skrap hannah
Kajian tempatan tahun 5
Ad

Similar to Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia (17)

PPTX
sejarah bab 8 (8.2)(form1)
PPT
Bab 8
PPT
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan Melayu
PPT
Sejarah Tingkatan 1: Bab 8 KERAJAAN NEGERI MELAYU
PPT
Nota 8
PPSX
Melaka
PPT
Bab 8 : Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
DOCX
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
PDF
Nota Sejarah Tingkatan 1
PDF
Khairiahabdulkadird20121061507hns2013
PPTX
PENGAJIAN KENEGARAAN latar belakang pembentukan tamadun malaysia (p)
PPTX
Lmcp 1532 perancangan bandar mapan
PPTX
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
DOCX
Pitos 102 modul b
DOCX
Bab 8 sej negeri melayu kedah
DOCX
Pitos 102 modul b
DOCX
Pitos 102 modul b
sejarah bab 8 (8.2)(form1)
Bab 8
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1: Bab 8 KERAJAAN NEGERI MELAYU
Nota 8
Melaka
Bab 8 : Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
Nota Sejarah Tingkatan 1
Khairiahabdulkadird20121061507hns2013
PENGAJIAN KENEGARAAN latar belakang pembentukan tamadun malaysia (p)
Lmcp 1532 perancangan bandar mapan
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Pitos 102 modul b
Bab 8 sej negeri melayu kedah
Pitos 102 modul b
Pitos 102 modul b

Recently uploaded (20)

PDF
Materi Sosialisasi OMI Jawa Timur 2025.pdf
PDF
Modul Ajar Deep Learning Pendidikan Pancasila Kelas 6 Kurikulum Merdeka
PDF
Analisis dan Evaluasi Kemasan Produk Teknik dan Faktor Penilaian
PDF
Faktor-Faktor Pergeseran dari Pemasaran Konvensional ke Pemasaran Modern
PDF
Modul Ajar Deep Learning Seni Rupa Kelas 6 Kurikulum Merdeka
PPTX
Berpikir_Komputasional_Kelas5_IlustrasiKosong.pptx
PDF
BukuKeterampilanMengajar-MNCPublishing2019.pdf
PPTX
Bahan Ajar PAI 8 BAB 2 iman kepada kitab Allah.pptx
PPTX
Pola Pikir Bertumbuh Pembelajaran Mendalam.pptx
PDF
2. ATP Fase F - PA. Islam (1)-halaman-1-digabungkan.pdf
PDF
MRT Tangguh, Indonesia Maju: Mewujudkan Transportasi Publik yang Aman, Nyaman...
PPTX
Pembelajaran Mendalam sekolah kepala sekolah
PDF
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Inggris Kelas 1 Kurikulum Merdeka
PPTX
893548301-Panduan-Kokurikuler-Tahun_2025.pptx
DOCX
Modul Ajar Deep Learning PKWU Kerajinan Kelas 11 SMA Terbaru 2025
PDF
Buku Teks KSSM Sains Sukan Tingkatan Empat
PDF
Asal-usul Postmodernitas & materi singkat.pdf
PPTX
Merancang dan Mengelola PESAN dalam Komunikasi Pemasaran di Era Digital 4.0_W...
PDF
Aminullah Assagaf_Ch3&4_Statistik Ekonometrika_PLS SPSS.pdf
PDF
Aminullah Assagaf_B34_Statistik Ekonometrika.pdf
Materi Sosialisasi OMI Jawa Timur 2025.pdf
Modul Ajar Deep Learning Pendidikan Pancasila Kelas 6 Kurikulum Merdeka
Analisis dan Evaluasi Kemasan Produk Teknik dan Faktor Penilaian
Faktor-Faktor Pergeseran dari Pemasaran Konvensional ke Pemasaran Modern
Modul Ajar Deep Learning Seni Rupa Kelas 6 Kurikulum Merdeka
Berpikir_Komputasional_Kelas5_IlustrasiKosong.pptx
BukuKeterampilanMengajar-MNCPublishing2019.pdf
Bahan Ajar PAI 8 BAB 2 iman kepada kitab Allah.pptx
Pola Pikir Bertumbuh Pembelajaran Mendalam.pptx
2. ATP Fase F - PA. Islam (1)-halaman-1-digabungkan.pdf
MRT Tangguh, Indonesia Maju: Mewujudkan Transportasi Publik yang Aman, Nyaman...
Pembelajaran Mendalam sekolah kepala sekolah
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Inggris Kelas 1 Kurikulum Merdeka
893548301-Panduan-Kokurikuler-Tahun_2025.pptx
Modul Ajar Deep Learning PKWU Kerajinan Kelas 11 SMA Terbaru 2025
Buku Teks KSSM Sains Sukan Tingkatan Empat
Asal-usul Postmodernitas & materi singkat.pdf
Merancang dan Mengelola PESAN dalam Komunikasi Pemasaran di Era Digital 4.0_W...
Aminullah Assagaf_Ch3&4_Statistik Ekonometrika_PLS SPSS.pdf
Aminullah Assagaf_B34_Statistik Ekonometrika.pdf

Asal Usul Nama- Nama Negeri di Malaysia

  • 2. SELANGOR DARUL EHSAN Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor. Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor. Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’. Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
  • 4. JOHOR DARUL TAKZIM Nama silam Johor adalah "Ujung Tanah", sementara R.O Winstead dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor dengan nama "Wurawari", ianya adalah istilah jawa yang bermaksud "Air Jernih". Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah, "Hujung Medini"(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama), Ganggayu (nama Johor sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat dipercayai berasal dari perkataan arab iaitu "Jauhar" yang membawa maksud "Permata".
  • 6. KEDAH DARUL AMAN Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi tentang kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto. Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu.
  • 8. ) KELANTAN DARUL NAIM Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada Gautama Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan perkataan "Thana" yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah "Kolithana" yang kemudiannya disebut oleh penduduk pada ketika itu sebagai "Kolamtanah" atau "Kolamtam" yang akhirnya menjadi Kelantan. Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai "Ko-lo". Dalam catatan China yang selainnya ada dikesan nama sepertu "Ho-lan-tan" atau "Kou-lo-tan". Sementara dalam peta De'eredia, wujud nama "Calantan Rio", sementara peta selainnya disebut "Calantan", "Calantam" dan "Calantao". Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena dengan nama pokok "Gelam Hutan" yang tumbuh di pesisir pantai negeri Kelantan pada ketika itu.
  • 10. MELAKA Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh ke sungai dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka mendapat namanya. Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang sudah disebut nama Melaka, ia mugkin dari istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang digunakan oleh pedagang arab yang membawa maksud "pusat / tempat perdagangan ". Dalam bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai "Malayakolam" atau "Malayaka" yang membawa erti "negeri orang melayu".
  • 12. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah gabungannya, kawasan berkenaan ialah ; 1) Sungai Ujong 2) Naning 3) Rembau 4) Jelebu 5) Johol 6) Klang 7) Jelai 8) Ulu Pahang 9) Segamat Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut sebagai negeri yang sembilan, iaitu: 1) Sungai Ujong 2) Rembau 3) Jelebu 4) Johol 5) Ulu Muar 6) Inas 7) Gunung Pasir 8) Terachi 9) Jempol
  • 14. PAHANG DARUL MAKMUR Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud "timah" yang mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah.
  • 16. PERAK DARUL RIDZUAN Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya yang tersendiri, iaitu Gangga Negara, pusat pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena dengan anak panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah negeri.
  • 18. PERLIS Perlis dahulunya dikenali sebagai "kayang" atau "kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi "Perleh".
  • 20. PULAU PINANG Ianya berasal dari barisan pokok- pokok pinang di kawasan penempatan masyarakat asal melayu di kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi nama "Prince of Wales" oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk tempatan.
  • 22. TERENGGANU DARUL IMAN Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk Kelantan, lalu mereka berkata "terangnya genu" atau maksud lainnya "terang sampai ke sana". Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong, dek kerana saiz taring yang besar serta belum pernah dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai "Taring anu", sungai dimana taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai "Sungai Taring Anu".
  • 24. SABAH Pernah dikenali dengan nama "Api- api", Sabah mendapat namanya daripada perkataan "Saba", iaitu sejenis pisang. Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka di sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan.
  • 26. SARAWAK Tiada kisah yang cukup popular untuk dijadikan sandaran bagaimana Sarawak mendapat nama, mungkin juga bersempena dengan nama Sungai Sarawak. Terdapat sumber dikalangan penduduk tempatan yang mengkisahkan nama Sarawak berasal dari ungkapan " serah pada awak", iaitu apabila Pengiran Muda Hashim menyerahkan pentadbiran negeri itu kepada James Brooke pada tahun 1841.
  • 28. KUALA LUMPUR Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.
  • 29. Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan keempatan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan