SlideShare a Scribd company logo
SEKOLAH KEBANGSAAN KELABORAN,
16200 TUMPAT, KELANTAN.
KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN AGUNG SEKOLAH KEBANGSAAN
KELABORAN 2012
1. Pendahuluan
Program Perkhemahan Unit Beruniform adalah satu program yang memupuk
semangat kerjasama dan melatih murid bersiplin serta berupaya berdikari dalam
kehidupan.Program ini melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti
Pengakap,Persatuan Bulan Sabit Malaysia,Puteri Islam Malaysia,Kadet Remaja Sekolah
dan Tunas Puteri.
Tarikh
10,11 dan 12 Mei 2012
Hari
Khamis,Jumaat dan Sabtu .
Tempat
Sekolah Kebangsaan Kelaboran Tumpat.
Rasional
Perpaduan, kerjasama dan kesefahaman akan hanya terbentuk apabila sekumpulan
masyarakat berkumpul dan menjalankan aktiviti secara bersama-sama. Semakin kerap
masyarakat itu bekerja bersama, semakin eratlah hubungan dan persefahaman di antara
mereka. Oleh itu, aktiviti perkhemahan merupakan satu daripada ratusan aktiviti yang
mengasuh dan membentuk murid menjadi insan yang bertolak-ansur, tolong-menolong,
peka dan sebagainya.
Objektif
Dengan restu dan rahmat Allah s.w.t diharapkan peserta perkhemahan kali ini akan
mendapat:
1. Mengetahui,memahami dan mempraktikkan cara-cara atau teknik-teknik berkhemah
yang betul merangkumi pemilihan kawasan, pemasangan dan penjagaan khemah,
penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri.
2. Membelajari, memahami serta melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang dilakukan
untuk memecahkan perasaan rendah diri, tidak yakin dan tidak mengharapkan orang
lain melalui aktiviti yang dirancang.
3. Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan tuhan melalui konsep
perlindungan bersepadu dengan menerusi penerapan aktiviti merentas hutan atau
larian lasak.
4. Mengetahui, menyedari serta dapat bertindak pantas dalam sebarang masa
kecemasan dengan penggunaan sebarang benda yang ada di persekitaran.
5. Menanam sikap bertoleransi, bekerjasama, tolong-menolong dan sentiasa
bermuafakat dalam segala perkara dan melemparkan segala perasaan dengki,
tamak, mementing diri sendiri dan angkuh sekurang-kurangnya.
6. Memupuk kesedaran terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk
menghadapinya.
7. Memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan seperti memasang dan
membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya, memasak dan
menguruskan diri.
8. Memyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai.
9. Menerapkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan,
undang-undang dan jadual yang telah ditetapkan.
10. Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa serta memberi pengetahuan
mengenai teknik-teknik perkhemahan
Matlamat
Dengan keberkatan Allah s.w.t. diharapkan agar:
1. Selepas menyetai perkhemahan ini peserta dapat membuka sebahagian minda bagi
menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan-kelemahan diri untuk bergerak
ke depan.
2. Membuka laluan minda yang lebih besar dalam menyampaikan mesej hubungan
antara manusia dengan alam sekitar dengan penerapan mata pelajaran tertentu
secara halus seperti Kajian Tempatan, Sains, Agama Islam dan sebagainya untuk
melahirkan generasi yang tahu.
3. Memaparkan, menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan
masa. Didalam kata lain, melahirkan generasi yang tahu menghargai dan
menguruskan masa dengan baik dan sistematik.
4. Menanam rasa bersyukur pada sepanjang masa disamping menyuntik pengetahuan
yang berguna bagi meneguhkan lagi dinding keagamaan secara halus bagi setiap
peserta.
5. Menyuntik sedikit ilmu bagi membentuk satu generasi yang diharap kebal terhadap
segala rintangan dan dapat berfikir secara rasional tanpa membelangkangi hala tuju.
Konsep Pelaksanaan
Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep “ Pembelajaran melalui aktiviti”.
Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan
menggabungkan unsur-unsur berikut:-
1 Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.
2 Penerapan nilai – nilai murni kemanusiaan.
3 Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi
4 Pengukuhan disiplin kendiri
5 Pengukuhan disiplin berpasukan
6 Pengukuhan keimana dan ketakwaann
7 Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi
8 Penyemaian ciri – ciri kepimpinan berwibawa.
9 M e n j a n a k e r i a n g a M e n j a n a k e r i a n g a n d a n k e s e r o n o k a n
b e r s a m a s e c a r a i n t e g r a t i f d a n harmonis
1 0 M e m u p u k c i t a - c i t a k e r j a y a m e l a l u i a k t i v i t i r e k r e a s i d a n
r e k a c i p t a .
Kumpulan Sasaran
20 orang peserta bagi setiap unit Berunifom
Tahun 4,5 dan 6 sahaja.
PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN
ARAHAN UMUM
1.Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan dikeluarkan
bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang perkhemahan.
2.Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak
Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa
perkhemahan.
3. Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali
mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai perubatan yang
bertugas.
4. Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah.
Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian.
5. Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat
diutamakan.
6. Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
7. Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahan
“LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”
KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI
1. PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone’
semasa perkhemahan
2. BAHASA PANGGILAN ATAU GELARAN SEMASA PERKHEMAHAN:
3. TETAMU – mengikut protokol / panggilan hormat
4. URUSETIA DAN JURULATIH – Tuan / Puan
5. PESERTA – Saudara / Saudari / Kadet
KESELAMATAN:
1. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak.
2. Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti
dengan arahan / arah pergerakan
3. PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.
AMARAN KERAS DAN TINDAKAN TATATERTIB
5.Semua jenis senjata, termasuk pisau dan parang adalah ditegah disimpan dalam khemah
peserta (perlu disimpan di bawah penyeliaan guru persatuan masing-masing.
6. Semua bentuk perbuatan sumbang atau menjolok mata ditegah
7. Kawasan perkhemahan Puteri adalah larangan bagi peserta Putera dan sebaliknya
8. Tindakan Keras dan Tatatertib ( termasuk dihantar pulang ) akan dikenakan jika terdapat
peserta yang ditangkap atau didapati melanggar amaran di atas sama ada disengajakan
ataupun tidak disengajakan.
KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA
1. Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah
ditetapkan
2. Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda
3. Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang
4. Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem.
5. Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan selepas jam 12 tengah malam
sehingga jam 5 pagi kecuali terdapat sebarang kecemasan atau diringi oleh pegawai
bertugas.
PERATURAN KEBERSIHAN :
1. Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
2.Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
3. Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
4. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
5. Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan perkhemahan
atau sekitarnya
6. Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun
7. Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan teratur
sebelum solat bermula
8. Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk
kegunaan ramai dan bersama.
9. Bagi wanita – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum dibuang ditempat
yang sepatutnya.
PERSEDIAAN SEBELUM, SEMASA, DAN SELEPAS PERKHEMAHAN
Sebelum
i- Mendapat kebenaran daripada pihak pihak sekolah, ibu bapa dan sebagainya.
ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin persatuan atau setiap unit turut serta dalam
sesuatu perkhemahan
iii- Memaklumkan mengenai perkhemahan kepada semua guru.
iv- Menghantar surat makluman kepada pihak polis mengenai perkhemahan tersebut.
v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah,
keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya.
vi- Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul,
bekalan makanan, dan lain-lain.
vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan
Semasa
i- Elak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya
akan patah dan menimpa khemah.
ii- Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata, kawasan yang tinggi, bersih, dan
tidak batu-batan, lubang-lubang, tunggul kayu dan sebagainya.
iii-Periksa terlebih dahulu kawasan yang dipilih supaya tidak terdapat sarang semut atau
lain-lain serangga yang merbahaya.
iv- Jangan dirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renek atau rumput
panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti ular.
v- Jika dua buah khemah atau lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-
eloknya seluas dua orang berjalan berasingan.
vi- Tentukan arah cahaya matahari. Jika mendirikan yang tiada mempunyai pintu, elakkan
cahaya matahari menyinari terus ke dalam khemah, pasanglah khemah melawan arah
cahaya matahari.
vii- Tentukan arah tiupan angin. Apabila berkhemah di musim kemarau, tentukan angin
dapat bertiup masuk ke dalam khemah. Ini kerana pada siang hari keadaan di dalam
khemah sangat panas.
viii- Tentukan permukaan tanah yang hampir rata. Permukaan tanah yang tinggi rendah
boleh menyebabkan kestabilan edaran darah tidak teratur. Apabila mendirikan di kawasan
ini, aras kepala lebih tinggi daripada kaki semasa tidur supaya dapat menstabilkan
peredaran darah.
ix- Pilihlah kawasan teduh dan selesa, terutama semasa berehat di siang hari. Ini kerana
keselesaan amat diperlukan sama ada waktu malam, pagi, atau petang.
Selepas
i- Menurunkan dan melipat khemah dan membersihkan tapak perkhemahan seperti keadaan
sebelum datang berkhemah.
ii- Menimbus semua lubang yang digali, mematikan api supaya tidak meninggalkan kesan
berkhemah.
iii- Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan.
11. Anggaran Perbelanjaan
PERKARA KOS (RM) SEORANG
KHAMIS
Minum petang
Makan malam
1.20
4.00
JUMAAT
Sarapan
Minum pagi
Makan tengahari
Minum petang
Makan malam
2.00
1.20
4.00
1.20
4.00
SABTU
Sarapan
Minum pagi
2.00
1.20
JUMLAH 20.80
Hadiah penyertaan RM 2.00 X 1OO RM 200.00
Cenderamata perasmi RM 50.00
Jamuan penutup RM 4.00 X 50 RM 200.00
Backdrop RM 50.00
Runcit RM 50.00
JUMLAH RM 2214.00
(Surat Panggilan Mesyuarat)
SEK. KEB. SRI TUMPAT
2,
16200 TUMPAT,
KELANTAN.
TEL: 09-7257155
Ruj. Kami : SKK / ko/01/01
Ruj. Tuan :
Tarikh : 02.05.2012
Kepada :
Semua Guru Sek. Keb. Tumpat 2
Tuan / Puan,
MESYUARAT PERKHEMAHAN KALI PERTAMA
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dengan hormatnya tuan/puan adalah diwajibkan hadir ke mesyuarat di atas seperti ketetapan
yang berikut;
2.1 Tarikh : 03 Mei 2012
2.2 Tempat : Bilik Mesyuarat Utama SKST2
2.3 Masa : 1.15 petang
3. Agenda Mesyuarat :
3.1 Ucapan Alu-aluan Pengerusi
3.2 Pembentangan cadangan perkhemahan
3.3 Hal-hal lain.
4. Kehadiran tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang menurut perintah,
__________________________
(ROSLINDAWATI BT ISMAIL)
Setiausaha (Pelatih PPG)
SEK. KEB. SRI TUMPAT 2,
16200 TUMPAT,
KELANTAN.
MINIT MESYUARAT PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
Tarikh : 15 MEI 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : BILIK MESYUARAT UTAMA
HADIR :
Pn.Hasnah Muhamad
En. Rozuki Daud
YM Engku Idris
Pn.Wan Ramlah Bt Harun
En. Razak Abdul Rahim
Pn. Hajah Jamilah Hassan
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan menyatakan tujuan mesyuarat kali pertama
ini untuk memantau perkembangan tugasan untuk Perkhemahan.
1.2 Pengerusi berharap budget untuk kegunaan perkhemahan nanti mencukupi dan
berjalan lancar semua program yang dirancangkan..
1.3 Guru Besar seterusnya mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana berjaya
menganjurkan Perkhemahan ini. Menurut beliau tujuan perkhemahan peringkat sekolah dibuat
untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar bagaimana menguruskan diri dan membina jati diri
yang sempuna.
1.3 Hadiah dan sijil akan diuruskan oleh PK-KO
1.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana menerima tugasan yang diberi.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 En Rosdi membentangkan minit mesyuarat kali pertama
2.2 En Rosli mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh En Abdul Manaf.
3.0 PEMBENTANGAN CADANGAN PERKHEMAHAN
3.1 En Zawawi memaklumkan penetapan tarikh perkhemahan iaitu pada 25 hingga 29 September
2012
3.2 Lokasi perkhemahan adalah di Padang Skst2
3.3 Beliau berharap pada tarikh tersebut tidak hujan ., sekiranya hujan khemah akan didirikan di
Dewan Terbuka SKST2.
3.4 Memaklumkan perasmi penutupan nanti ialah dari Pegawai PPD .
3.5 Peserta seramai 80 orang
.
3.6 Tahniah kepada urusetia yang sedang bertungkus lumus mengendalikan perkhemahan ini.
3.7 Jadual Tugasan akan diberi kepada setiap orang. Memandangkan perkhemahan berjalan pada hari
persekolahan maka guru Tahap 1 hanya akan bertugas pada sebelah petang sahaja. Harap sekiranya
ada sebarang perubahan guru maklumkan kepada urusetia untuk tindakan selanjutnya.
4.0 HAL-HAL LAIN
4.1 Guru Besar mohon AJK Jamuan menyediakan keperluan air masak untuk semua peserta
sepanjang perkhemahan dijalankan. AJK boleh menyediakan lokasi-lokasi untuk mengambil air
masak.
5.0 PENUTUP
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK pengelola dan urusetia ke
mesyuarat pengelolaan perkhemahan ini. Pengerusi berharap semua AJK dapat menjalankan
tugas dengan sempurna.
Mesyuarat ditangguhkan jam 11.45 pagi.
Disediakan oleh, Disahkan Oleh
(ROSLINDAWATI BT ISMAIL)
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
Perkhemahan SKST2
Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform
Penasihat : Tuan Mohd Zaman Bin Yah (Guru Besar SKK)
Pengerusi : En. Helmi Bin Yusoof (PK-KO SKK)
Naib Pengerusi 1 : En. Mat Zin Bin Hj Ismail (PK 1 SKK)
Naib Pengerusi 2 : En. Azman Bin Hussin (PK HEM SKK)
Setiausaha : Maimun Binti Ariffin (Pelajar IPG)
Bendahari : Pn. Norazlina Yusoof
Ahli Jawatan kuasa :
Kem Komandan : En. Asraf Bin Chik
Keselamatan/Disiplin : YM. Syed Abidin
Hadiah/Cenderahati : Pn. Norzainy yusoof
: Cik Nik Hasidah bt Muhamad
Pertandingan Masak : Pn. Hjh. Norsiti Ismail
Pn. Hj.Halimah Abdullah
Pertandingan Kawad En. Hj Shahril bin zulkifli
Pn.Hasnah Muhamad
En. Rozuki Daud
YM Engku Idris
Malam Kebudayaan Pn.Wan Ramlah Bt Harun
Buku Program : Maimun Binti Ariffin (Pelajar IPG)
Sijil : En. Razak Abdul Rahim
Juru Acara : Pn.Wan Ramlah
Tempat Ibadat : Pn. Hajah Jamilah Hassan
Pn.Maimun Ariffin (Pelajar IPG)
10. Program Dan Jadual Aktiviti:
Khamis
0230tgh : Berkumpul Semua Guru
: Pendaftaran Pn.Rozita Yusoof
: Taklimat Pn.Maimun Ariffin (PPG)
: Mendirikan khemah
0400ptg : Minum petang Guru Bertugas
: Solat
0500ptg : Bengkel pertandingan masak : Pn. Hjh. Norsiti
Pn. Hj.Halimah Abdullah
0700mlm : Pengurusan diri dan solat Ustaz Osmanizam B Omar
: Makan malam Hajah Jamilah Hassan
Maimun Ariffin (Pelajar IPG)
0900mlm : Bengkel Malam Kebudayaan Pn.Wan Ramlah
0100pg : Tidur Guru bertugas
Jumaat
0500pg : Pengurusan diri dan solat Ustaz Osmanizam B Omar
0700pg : senaman pagi Pn.Azlina Din
0745pg : Sarapan Pn.Hjh Norsiti bt Ismail
0800pg : Bengkel Kawad kaki En.Asraf Bin Chik
1230tgh : Makan tengahari Pn.Hjh Nik Halimah Nik Him
: Pengurusan diri dan solat Pn.Mariana Muhamad
0200ptg : Latihan persembahan kumpulan semua guru/kumpulan
0400ptg : Minum petang Pn.Norazlina Yusoof :
Solat Asar Pn.Nik Azizan
0500ptg : Pertandingan /Kawad En.Asraf bin Chik
0700mlm : Makan malam Pn.Zurina binti Abdullah
: Pengurusan diri dan solat Pn.Zuraini Hussin
0900mlm : Malam Kebudayaan Semua guru
1100mlm : Minum malam Pn.Roslina Musa
: Tidur
Sabtu
0500pg : Pengurusan diri dan solat En. Shahril bin Zulkifli
0700pg : Senaman Pagi En.Rozuki Daud
0745pg : Sarapan Pagi Pn.Normaini bt Che Kob
0800pg : Pertandingan masak Pn.Hjh Norsiti
Pn.Hjh Halimah
1000pg : Membuka khemah dan Semua guru
membersihkan kawasan
1100pg : Minum pagi Semua guru
11.30pg: Perasmian Penutup oleh PPD Semua guru
: Penyampaian Hadiah
: Jamuan Makan Tengahari Semua guru
: Bersurai
SENARAI NAMA PESERTA PERKHEMAHAN
NAMA PESERTA PENGAKAP
AHMAD AZAHAN BIN MAHADI
HARITH ADAM BIN MOHD HAMIDAN
MUHAMAD DANISH AZIM BIN SHAHARIN
MUHAMMAD AKMAL NIZAM BIN KAMAL BAHARI
MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN MUHAMMAD ASRI
MUHAMMAD AMIRUL HAIKAL BIN MOHD ASRI
SIRIKCHAI PHROMDHEE A/L PHONCHAI
SURAQSEYK CHANTHAKSIRIK A/L SO PAN
WAN MOHAMAD NASAIE BIN MOHD NAFI
ADELINA SOFEA BINTI MOHD ZAMRI
FARAH NUR AZWANIE BINTI GHAZALI
FITRI AFIQAH ILYANA BINTI ZULFIKRI
INTAN LILYSUHANIS BINTI ANUAR
NIK NURUL NAJWA BINTI NIK LI
NOOR SHAMIMI BINTI SALLEH
NUR AISYAH AMALIN BINTI MOHD ADNAN
NUR ALYA NABILA BINTI MOHMAD NASIR
NUR ANIS ATHIERAH BINTI ROSDI
NUR ANIS SOFIYA BINTI MAT NAWI
NUR ALIYA SUFINAS HUSSIN
PESERTA PERSATUAN (PBSM)
NURAFIDA BINTI KAMALUDDIN
NURSHAMIMI BINTI KHAIRUDIN
NURUL AUNI BINTI MUSTAPHA
RAJA AHLAM DAYANA BINTI RAJA KOK
SITI AISYAH BINTI MAHUSSIN
SITI SOPHIA BINTI ABDULLAH
WAN IRDINA ZAIREEN BINTI WAN ZARIMAN
WAN NOR SYAHIRAH BINTI WAN RAMLI
MOHAMAD ZULKIFLIE BIN MOHD DIN
MOHAMMAD IZZUL HAKIEM BIN MOHD ROFI
MUHAMAD AFIZAN AIDIL BIN MOHAMED
MUHAMAD AZAM BIN MD GHANI
MUHAMAD HASNAWI BIN FAUZI
MUHAMMAD ADAM DANIEL BIN PAIROM
MUHAMMAD AMZAR FAKHRI BIN AZHAR
MUHAMMAD FARHAN FIKRI BIN MOHD YUSSOF
MUHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN ZULKIFLI
MUHAMMAD RAFIQIE BIN IZANIM
NAREPHON A/L AH CHAI
SHAYAKORN NILRAT A/L VI CHAED
WAN ASYRAF HAIKAL BIN WAN MOHAMAD
WAN MUHAMAD HAFIFI BIN WAN HAMDAN
MAISARAH BINTI MAT HUSIN
]PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
NOR HANANI BINTI MOHD TALIB
NUR AIREEN BINTI ALLIAS
NUR ALIA KHALISAH BINTI MOHD ZAIDI
NUR ATHIRAH ZULAIKHA BINTI MOHD HISAM
NUR SYAZANA BINTI ABDUL GHANI
NURUL AINA NAJIHA BINTI ARIMAN
NURUL ASMAD BINTI MUHAMAD
NURUL BALQIS NATASHA BINTI MAHADI
SITI NURAZIRA BINTI KAMARUZAMAN
SITI NURUL FADILLAH BINTI IBRAHIM
AMNI HASLEDA BINTI AWANG HASHIM
NUR ANIS AFRINA BINTI ZAIDI
NUR FAIRUZ NATASYA BINTI MAT TAHIR
MAISARAH BINTI MAT HASSAN
NOOR AISAR BINTI SULAIMAN
SARAH HANI ABDULLAH
AZLINA DAUD
NUR AISYAH SOFIYA ADNAN
NOR ASYIKIN MUSA
HASNAH ABDULLAH
ROSLAWATI ADAM
NAMA PESERTA TUNAS PUTERI
AISYAH AZAHARA HUSSIN
SARAH NORJEHA SHAMSUDIN
ALEEYA HANI SALLAH
SITI NUR JEHA SHAMSUDIN
WAN ZALEHA MUHAMMAD
ZAFIRAH BT MOHD ZAKI
FATIN NUR ATIRAH RASID
NUR AINUL MARDIAH DAUD
NUR ANAQI RUKAINI HAMZAH
ARNI NADIA UHAMAD
ARIESA AINA RAPI
AKILA KAMARUL
NIK HAMIZAH OMAR
ZAINAB AYUB
ZAMZILA ARIFFIN
KAMARIAH BT YUSOOF
MAZNAH ABDUL GHANI
ASTURA ADAM
SAKINAH HASSAN
AZARIANA AZAHARI
Laporan reflektif
IPG KAMPUS KOTA BHARU
LAPORAN PERKHEMAHAN 1
PROGRAM BINA INSAN GURU
TAHUN 2012
NAMA PELAJAR : ROSLINDAWATI BT ISMAIL
AMBILAN : JANUARI 2012
SEMESTER : 2
OPSYEN : PENDIDIKAN SAINS SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT : I - PERKHEMAHAN
TARIKH : 25, 26 DAN 27 SEPTEMBER 2012
TEMPAT : DATARAN PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TUMPAT 2
KUMPULAN :
KEHADIRAN MURID : 80 ORANG
MURID TIDAK HADIR : -
LAPORAN REFLEKTIF:
TAJUK : PERKHEMAHAN I
(A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA
Hari Pertama
- Pendaftaran
- Taklimat perkhemahan
- Penerangan aktiviti perkhemahan
- memasang khemah
- Aktiviti 1 ( simpulan dan ikatan )
- Aktiviti 2 ( mencari maklumat )
- Aktiviti 3 ( malam kebudayaan )
Hari Kedua
- Aktiviti senamrobik
- Aktiviti 4/5 ( memasak/menyampaikan maklumat )
- Aktiviti 6 ( pertandingan melukis / mewarna logo )
- Aktiviti 7 ( permainan “kim” )
- Aktiviti 8 ( BBQ )
Hari Ketiga
- Aktiviti senamrobik
- Aktiviti 9 ( Kawad kaki )
- Membersihkan kawasan
- Perasmian penutup
ISU / MASALAH (Jika ada)
- Murid tidak mahir memasang khemah
- Pergerakan murid dalam sesuatu aktiviti kurang cergas
- Hujan turun, murid terpaksa tidur di dalam kelas dan tidak di dalam khemah
- Murid tidak menunjukkan minat untuk memasak dengan menggunakan kayu api
kerana kayu api lembab dan ini melambatkan proses penyediaan sajian.
- Tandas tersumbat kerana ada pelajar yang membuang sisa ke dalam mangkuk
tandas.
(B) Analisis SWOT
(i) KEKUATAN
- Menaik semangat daya saing dalam sesuatu aktiviti
- Dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran dan bertanggungjawab
- Pelajar sedia mematuhi disiplin dan sentiasa mengikut arahan.
- Menyemarakkan semangat cintakan sekolah dan Negara.
- Aktiviti yang dirancang menerapkan pelajar teknik mengukuhkan ingatan tentang
fakta-fakta penting
- Semangat setia kawan dan kerja berpasukan.
- Memantapkan kemahiran bersosial dalam kumpulan
- Mengaplikasikan pengetahuan ilmiah untuk menyelesaikan masalah yang diberi
- Berkeupayaan menunjukkan kreativiti dan bakat semulajadi dalam diri
- Menguji kekuatan dan daya ketahanan fizikal, emosi dan mental pelajar
- Memperkembangkan kemahiran dan bakat yang ada dalam diri setiap peserta.
(ii) PELUANG
1. Member peluang meningkatkan potensi murid dalam kehidupan bermasyarakat
2. Lahir pelajar yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri, ahli kumpulan dan
masyarakat.
3. Mengasah bakat dan kecenderungan minat pelajar.
4. Menunjukkan kewibawaan diri peserta sebagai ketua dalam kumpulan
5. Menyemai perasaan cintakan sekolah dan Negara.
6. Mencungkil bakat murid dalam membuat persembahan dan memasak.
PENUTUP
Generasi muda perlu diberi peluang awal oleh semua pihak untuk memahami erti
berkerjasama, berdisiplin dan membina keyakinan diri dengan penyusunan acara dalam
aktiviti perkhemahan ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan
boleh hidup berdikari pada masa hadapan. Program Perkhemahan yang melibatkan unit
beruniform sekolah adalah bertujuan memupuk dan membina sikap jati diri dan semangat
setia kawan dan kerjasama menerusi aktiviti ko-kurikulum(perkhemahan).
Empat objektif utama Program Perkhemahan Ko-Kurikulum ialah
• menggalakkan penyertaan murid dalam kegiatan bersama,
• mewujudkan sikap kerjasama dan tolong menolong,
• melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah
• berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk kegiatan khas.
Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membina keyakinan
diri, membentuk sahsiah dan motivasi diri pelajar dalam masyarakat berbilang kaum .
Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan
terbaik untuk murid-murid. Justeru itu diharapkan segala perancangan dan perlaksanaan
yang dibuat akan memberikan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya
kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini.
Kerjasama dan hubungan rapat antara semua pihak yang terlibat dalam mengelola
dan menjayakan Program Perkhemahan Agung 2012 amatlah diharapkan. Semoga dengan
adanya komitmen dari semua pihak akan menjadikan program perkhemahan pada tahun ini
lebih cemerlang dan gemilang. Kejayaan yang dikecapi adalah dari semangat dan
permuafakatan yang jitu di antara semua pihak sama ada pihak pentadbir, guru-guru
mahupun pelajar sekolah. Permuafakatan membawa berkat,
LAPORAN REFLEKTIF
MANFAAT PROGRAM BIG
Alhamdullilah akhirnya program BIG dapat dijalankan dengan jayanya mengikut saranan
dan langkah-langkah perjalanan yang diberikan semasa sesi taklimat oleh pensyarah kami
iaitu En Zainol Abidin.
Melalui tugasan projek yang diberikan kali ini kami amat teruja untuk melakukan program
besar di sekolah dengan memegang watak utama dalam proses perancangan dan
pengendalian program perkhemahan unit ko kurikulum pada peringkat sekolah. Dengan
bebanan kertas kerja lain dan ditambah dengan membuat kertas kerja pengurusan BIG,
mengajar kami bagaimana membahagikan masa dan menggunakan masa dengan sebaik
mungkin.
Melalui program ini juga warga pendidik diberi pendedahan agar memahami bahawa bidang
perguruan adalah satu bidang pekerjaan yang memerlukan ketahanan fizikal, emosi, mental
dan spiritual untuk memantapkan keyakinan dan melihat sebarang konflik yang timbul
sebagai cabaran dan peluang untuk memperbaiki kelemahan diri dan lebih berfikiran terbuka
ke arah perkembangan dan peningkatan diri.
BIG juga memberi gambaran kepada guru bahawa profesion perguruan adalah satu bidang
pekerjaan yang menyumbang ke arah melakukan ibadat sepanjang masa jika dijalankan
dengan ketulusan hati tanpa rasa terbeban dan tekanan dari pihak lain. Guru perlu lebih
memahami dan peka dengan perubahan serta responsive kepada realiti persekitaran yang
timbul. Secara tidak langsung guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam setiap program
yang dijalankan kerana dari pemikiran guru yang berkemahiran akan memastikan perjalanan
program dapat dilaksanakan dengan lancar. Apabila timbul sesuatu permasalahan guru
perlu bijak membuat keputusan dan menyelesaikan masalah tersebut, malah berupaya
membuat reflektif untuk mendapatkan kebaikan dan menghindari keburukan.
Projek ini juga secara tidak langsung meningkatkan kesedaran guru tentang pentingnya
menjalankan aktiviti ko kurikulum di sekolah kepada anak didik mereka. Di samping itu guru
dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi dan memanfaatkannya untuk kesejahteraan diri
sendiri, keluarga , masyarakat dan negara serta memantapkan ilmu jati diri guru agar
memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh dan padu.
Tugasan ini juga mampu melahirkan guru yang serba boleh dalam melaksanakan sebarang
aktiviti sekolah baik dari segi kurikulum atau ko kurikulum. Guru juga sedikit sebanyak diberi
gambaran peranan sebagai setiausaha program yang perlu kreatif dan tahu cara
mengendalikan aktiviti perkhemahan serta berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran
untuk menjana pemikiran demi kemajuan dan kecemerlangan sekolah.
PENAMBAHBAIKAN
Setiap kebaikan akan ada keburukan atau kelemahan dalam setiap apa yang kita lakukan
selagi kita bernama manusia yang dilitupi dengan pelbagai kekurangan. Perjalanan
program ini juga sedikit sebanyak memberi kesan yang tidak baik bagi kami apabila tempoh
yang diberikan terlalu singkat dan taklimat dijalankan boleh dikatakan agak lewat. Adalah
lebih wajar kami diberi taklimat awal tentang pelaksanaan program ini agar kami boleh
mengambil inisiatif buat yang terbaik. Setiap program besar yang dirancang perlu seiringan
dengan perjalanan aktiviti yang dirancang di peringkat sekolah. Ini sedikit sebanyak telah
menimbulkan masalah kerana tarikh pengendalian projek ini perlu dihantar sebaik sahaja
selepas tamat hari perkhemahan. Kami yang agak kepenatan dalam menguruskan
perjalanan perkhemahan adalah tidak mampu untuk membuat laporan yang perlu dihantar
mengikut tarikh yang diberi. Mungkin jika taklimat diperawalkan, kami boleh berbincang
dengan pihak sekolah tentang tarikh sepatutnya perkhemahan ini dijalankan dan persiapan
yang dibuat adalah lebih licin.
Adalah disarankan agar taklimat BIG diperawalkan dan kami diberi penjelasan yang agak
teratur dan kemaskini apa yang patut kami laksanakan. Kami juga sepatutnya menerima
latihan awal pendedahan tentang aktiviti yang boleh kami lakukan sepanjang tempoh
perjalanan program perkhemahan itu berlangsung serta diberi bahan-bahan yang boleh
kami dedahkan kepada anak murid kami. Untuk lebih melicinkan lagi program ini kami perlu
tahu prosedur menjalankan perkhemahan yang betul. Disini kami hanya mampu
melakukannya mengikut kebiasaan yang dilakukan oleh sekolah sahaja.
Walaubagaimanapun program yang dirancang sebenarnya menampakkan kejayaan dan
keberkesanan kepada anak didik kami. Di sini segala kekurangan dapat diatasi dengan
pelbagai inisiatif yang cuba dibuat sehabis baik. Faktor cuaca juga perlu di ambil kira.
Sepatutnya projek ini dilaksanakan lebih awal untuk mengelak daripada musim hujan seperti
yang berlaku di sekolah kami iaitu pada tarikh penghujung bulan September adalah waktu
hujan mulai turun di waktu petang dan malam. Oleh itu adalah wajar pihak IPG memberi
taklimat lebih awal agar program ini boleh dirancang lebih teliti dan diperawalkan
pelaksanaan agar masalah-masalah sampingan dapat dielakkan.
Disini kami juga mengambil peluang untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
pihak IPG kerana kandungan dalam program mensiswazahkan guru seperti kami adalah
menyeluruh bukan sekadar dari segi ilmiah tetapi kami turut dipantau dari segi ketahanan
fizikal, emosi, mental dan spiritual. Perkembangan yang menyeluruh ini sedikit sebanyak
membantu kami dalam mengikuti perjalanan sistem pendidikan kita yang bertambah maju
hari ini. Sebagai seorang pendidik, kami mestilah mempunyai wawasan dan jati diri yang
tinggi ke arah menggilap permata yang bersalut debu bagi menampakkan kilauannya. Kami
berharap agar kami beroleh kejayaan dalam melahirkan insan yang sempurna dan
seimbang bagi memastikan sistem pendidikan di Malaysia di pandang tinggi di mata dunia
dan hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020 akan terlaksana nanti.
Disediakan oleh,
ROSLINDAWATI BT ISMAIL
760705035206
PPG SEMESTER 2 ,KOHORT 2.
IPGKB: B71S-1202-0475

More Related Content

PPTX
Pedagogi imam al ghazali
PDF
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
PPTX
Asas perkhemahan
PPTX
Perkembangan sosio emosi
PPTX
Laporan Rahman Talib
PDF
Kod etika perguruan
PPTX
Teori humanistik
DOCX
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Pedagogi imam al ghazali
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Asas perkhemahan
Perkembangan sosio emosi
Laporan Rahman Talib
Kod etika perguruan
Teori humanistik
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi

What's hot (20)

DOC
Teori pembelajaran behavioris
DOCX
Laporan Pembelajaran Berkhidmat
PPTX
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
PPTX
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
PPT
Lari berpagar
DOCX
Bola keranjang
DOCX
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
PPTX
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
PDF
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
DOCX
Maksud nilai
DOCX
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
DOC
Prosedur tetap perkhemahan
PPTX
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
PPTX
Transformasi pendidikan
DOCX
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
DOCX
Konsep dan definisi kurikulum
PDF
Buku Log BSMM
PPTX
Slide definisi personaliti
DOC
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
PDF
Etika Guru
Teori pembelajaran behavioris
Laporan Pembelajaran Berkhidmat
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
Lari berpagar
Bola keranjang
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Maksud nilai
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
Prosedur tetap perkhemahan
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
Transformasi pendidikan
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Konsep dan definisi kurikulum
Buku Log BSMM
Slide definisi personaliti
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Etika Guru
Ad

Similar to Big2012 (20)

PPTX
PDK & MK UIN SMH'23 (1).pptx terbaru 2024
PPTX
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
DOCX
TATA TERTIB SISWA SDIT AL.docx
PPT
Rekreasi & perkhemahan murid berkeperluan khas
DOCX
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
PPT
Metode kepramukaan
PPTX
MUHAMMAD HABIBI kelompok TAN MALAKA.pptx
PPT
METODE KEPRAMUKAAN.ppt
PPTX
PPT bk di sekolah kelompok sepuluh .pptx
PPTX
Diana Ekawati Ayu Safitri_Kelompok D_Angkatan 1_KODE SIKAP PERILAKU .pptx
PPTX
Visi Misi dan Tata Tertib smp 29 plg.pptx
DOCX
Rpp pramuka-penggalang
PDF
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
PPTX
Etika Belajar dalam Islam oleh kelompok 4
PPTX
FUNDAMENTAL GERAKAN PRAMUKA indones.pptx
DOCX
Rpp pramuka penggalang
PDF
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
PDF
Mpls pramuka 2021 arista
DOCX
Akta pendidikan 1996
PPTX
Pelaksanaan Kelompok bermain di pg salman al farisi.pptx
PDK & MK UIN SMH'23 (1).pptx terbaru 2024
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
TATA TERTIB SISWA SDIT AL.docx
Rekreasi & perkhemahan murid berkeperluan khas
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
Metode kepramukaan
MUHAMMAD HABIBI kelompok TAN MALAKA.pptx
METODE KEPRAMUKAAN.ppt
PPT bk di sekolah kelompok sepuluh .pptx
Diana Ekawati Ayu Safitri_Kelompok D_Angkatan 1_KODE SIKAP PERILAKU .pptx
Visi Misi dan Tata Tertib smp 29 plg.pptx
Rpp pramuka-penggalang
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
Etika Belajar dalam Islam oleh kelompok 4
FUNDAMENTAL GERAKAN PRAMUKA indones.pptx
Rpp pramuka penggalang
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Mpls pramuka 2021 arista
Akta pendidikan 1996
Pelaksanaan Kelompok bermain di pg salman al farisi.pptx
Ad

More from ROSLINDAWATI LIN (10)

PDF
MODULE-6-GETTING-AROUND-WORKSHEETS-2.pdf
PDF
MODULE-9-GET-ACTIVE-1.pdf
PDF
MODULE-10-WHATS-THE-MATTER.pdf
PPT
Selan osni siri 1 218 slide
DOCX
Definisi penilaian dalam kurikulum
DOCX
Ajk pameran psv sk sri tumpat 2
DOCX
kertas kerja projek taman sains sek ren
DOCX
sce3109 kakisan kuprum dan proses penggalvanian
DOC
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
TXT
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
MODULE-6-GETTING-AROUND-WORKSHEETS-2.pdf
MODULE-9-GET-ACTIVE-1.pdf
MODULE-10-WHATS-THE-MATTER.pdf
Selan osni siri 1 218 slide
Definisi penilaian dalam kurikulum
Ajk pameran psv sk sri tumpat 2
kertas kerja projek taman sains sek ren
sce3109 kakisan kuprum dan proses penggalvanian
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah

Recently uploaded (20)

PPTX
Presentasi Al-Quran Hadits Kelompok XI.1
PPTX
! Keterampilan Digital dalam orgnasisasi.pptx
PDF
LK Modul 3 - Menentukan Pengalaman Belajar Herpina Indah Permata Sari (2).pdf
PDF
12. KSP SD Runiah Makassar OK School.pdf
PPTX
SEJARAH BENDERA MERAH PUTIH - MATERI PRAMUKA
PPTX
MODUL 2 LK 2.1.pptx MODUL 2 LK 2.1.pptx MODUL 2 LK 2.1.pptx
PDF
PPT Yudisium Ceremony Agusus 2025 - new. pdf
PPSX
Teknik Trading Selang Seling Yang Dapat Digunakan Untuk Trading Manual Maupun...
PPTX
Slide_Berpikir_Komputasional_Pola_Algoritma_Kelas5SD.pptx
PDF
RPP PEMBELAJARAN MENDALAM BAHASA INDONESIA _SariIndah_DEWI SINTA (1).pdf
PPT
KOMITMEN MENULIS DI BLOG IGTIK PB PGRI.ppt
DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PJOK Kelas XII Terbaru 2025
PPTX
Pedoman & Kewajiban Penggunaan Produksi Dalam Negeri _Pelatihan "Ketentuan T...
PPTX
7 KEBIASAAN ANAK INDONESIA HEBAT.pptx xx
DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Kerajinan Kelas XII SMA Terbaru 2025
PPTX
PPT REVISED - SEMINAR PEMBELAJARAN MENDALAM .pptx
PDF
[1]_120325_Penyamaan Persepsi Kepmen 63_M_KEP_2025.pdf
PDF
Sosialisasi CKG SEKOLAH untuk Nakes V1.2.pdf
PPTX
Modul ajar kelas 5 sd kecerdasan artifisial pptx
PPTX
Ekspresi_dan_Operasi_Logika informatika smp kelas 9
Presentasi Al-Quran Hadits Kelompok XI.1
! Keterampilan Digital dalam orgnasisasi.pptx
LK Modul 3 - Menentukan Pengalaman Belajar Herpina Indah Permata Sari (2).pdf
12. KSP SD Runiah Makassar OK School.pdf
SEJARAH BENDERA MERAH PUTIH - MATERI PRAMUKA
MODUL 2 LK 2.1.pptx MODUL 2 LK 2.1.pptx MODUL 2 LK 2.1.pptx
PPT Yudisium Ceremony Agusus 2025 - new. pdf
Teknik Trading Selang Seling Yang Dapat Digunakan Untuk Trading Manual Maupun...
Slide_Berpikir_Komputasional_Pola_Algoritma_Kelas5SD.pptx
RPP PEMBELAJARAN MENDALAM BAHASA INDONESIA _SariIndah_DEWI SINTA (1).pdf
KOMITMEN MENULIS DI BLOG IGTIK PB PGRI.ppt
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PJOK Kelas XII Terbaru 2025
Pedoman & Kewajiban Penggunaan Produksi Dalam Negeri _Pelatihan "Ketentuan T...
7 KEBIASAAN ANAK INDONESIA HEBAT.pptx xx
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Kerajinan Kelas XII SMA Terbaru 2025
PPT REVISED - SEMINAR PEMBELAJARAN MENDALAM .pptx
[1]_120325_Penyamaan Persepsi Kepmen 63_M_KEP_2025.pdf
Sosialisasi CKG SEKOLAH untuk Nakes V1.2.pdf
Modul ajar kelas 5 sd kecerdasan artifisial pptx
Ekspresi_dan_Operasi_Logika informatika smp kelas 9

Big2012

  • 1. SEKOLAH KEBANGSAAN KELABORAN, 16200 TUMPAT, KELANTAN. KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN AGUNG SEKOLAH KEBANGSAAN KELABORAN 2012 1. Pendahuluan Program Perkhemahan Unit Beruniform adalah satu program yang memupuk semangat kerjasama dan melatih murid bersiplin serta berupaya berdikari dalam kehidupan.Program ini melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap,Persatuan Bulan Sabit Malaysia,Puteri Islam Malaysia,Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Puteri. Tarikh 10,11 dan 12 Mei 2012 Hari Khamis,Jumaat dan Sabtu . Tempat Sekolah Kebangsaan Kelaboran Tumpat. Rasional
  • 2. Perpaduan, kerjasama dan kesefahaman akan hanya terbentuk apabila sekumpulan masyarakat berkumpul dan menjalankan aktiviti secara bersama-sama. Semakin kerap masyarakat itu bekerja bersama, semakin eratlah hubungan dan persefahaman di antara mereka. Oleh itu, aktiviti perkhemahan merupakan satu daripada ratusan aktiviti yang mengasuh dan membentuk murid menjadi insan yang bertolak-ansur, tolong-menolong, peka dan sebagainya. Objektif Dengan restu dan rahmat Allah s.w.t diharapkan peserta perkhemahan kali ini akan mendapat: 1. Mengetahui,memahami dan mempraktikkan cara-cara atau teknik-teknik berkhemah yang betul merangkumi pemilihan kawasan, pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri. 2. Membelajari, memahami serta melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk memecahkan perasaan rendah diri, tidak yakin dan tidak mengharapkan orang lain melalui aktiviti yang dirancang. 3. Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu dengan menerusi penerapan aktiviti merentas hutan atau larian lasak. 4. Mengetahui, menyedari serta dapat bertindak pantas dalam sebarang masa kecemasan dengan penggunaan sebarang benda yang ada di persekitaran. 5. Menanam sikap bertoleransi, bekerjasama, tolong-menolong dan sentiasa bermuafakat dalam segala perkara dan melemparkan segala perasaan dengki, tamak, mementing diri sendiri dan angkuh sekurang-kurangnya. 6. Memupuk kesedaran terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk menghadapinya. 7. Memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan seperti memasang dan membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya, memasak dan menguruskan diri. 8. Memyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai. 9. Menerapkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan, undang-undang dan jadual yang telah ditetapkan. 10. Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa serta memberi pengetahuan
  • 3. mengenai teknik-teknik perkhemahan Matlamat Dengan keberkatan Allah s.w.t. diharapkan agar: 1. Selepas menyetai perkhemahan ini peserta dapat membuka sebahagian minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan-kelemahan diri untuk bergerak ke depan. 2. Membuka laluan minda yang lebih besar dalam menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam sekitar dengan penerapan mata pelajaran tertentu secara halus seperti Kajian Tempatan, Sains, Agama Islam dan sebagainya untuk melahirkan generasi yang tahu. 3. Memaparkan, menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa. Didalam kata lain, melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan sistematik. 4. Menanam rasa bersyukur pada sepanjang masa disamping menyuntik pengetahuan yang berguna bagi meneguhkan lagi dinding keagamaan secara halus bagi setiap peserta. 5. Menyuntik sedikit ilmu bagi membentuk satu generasi yang diharap kebal terhadap segala rintangan dan dapat berfikir secara rasional tanpa membelangkangi hala tuju. Konsep Pelaksanaan Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep “ Pembelajaran melalui aktiviti”. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur berikut:-
  • 4. 1 Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan. 2 Penerapan nilai – nilai murni kemanusiaan. 3 Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi 4 Pengukuhan disiplin kendiri 5 Pengukuhan disiplin berpasukan 6 Pengukuhan keimana dan ketakwaann 7 Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi 8 Penyemaian ciri – ciri kepimpinan berwibawa. 9 M e n j a n a k e r i a n g a M e n j a n a k e r i a n g a n d a n k e s e r o n o k a n b e r s a m a s e c a r a i n t e g r a t i f d a n harmonis 1 0 M e m u p u k c i t a - c i t a k e r j a y a m e l a l u i a k t i v i t i r e k r e a s i d a n r e k a c i p t a . Kumpulan Sasaran 20 orang peserta bagi setiap unit Berunifom Tahun 4,5 dan 6 sahaja. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN ARAHAN UMUM 1.Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang perkhemahan. 2.Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan.
  • 5. 3. Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai perubatan yang bertugas. 4. Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian. 5. Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan. 6. Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham. 7. Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahan “LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA” KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI 1. PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone’ semasa perkhemahan 2. BAHASA PANGGILAN ATAU GELARAN SEMASA PERKHEMAHAN: 3. TETAMU – mengikut protokol / panggilan hormat 4. URUSETIA DAN JURULATIH – Tuan / Puan 5. PESERTA – Saudara / Saudari / Kadet KESELAMATAN:
  • 6. 1. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak. 2. Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti dengan arahan / arah pergerakan 3. PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan. AMARAN KERAS DAN TINDAKAN TATATERTIB 5.Semua jenis senjata, termasuk pisau dan parang adalah ditegah disimpan dalam khemah peserta (perlu disimpan di bawah penyeliaan guru persatuan masing-masing. 6. Semua bentuk perbuatan sumbang atau menjolok mata ditegah 7. Kawasan perkhemahan Puteri adalah larangan bagi peserta Putera dan sebaliknya 8. Tindakan Keras dan Tatatertib ( termasuk dihantar pulang ) akan dikenakan jika terdapat peserta yang ditangkap atau didapati melanggar amaran di atas sama ada disengajakan ataupun tidak disengajakan. KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA 1. Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan 2. Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda 3. Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang 4. Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem. 5. Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan selepas jam 12 tengah malam sehingga jam 5 pagi kecuali terdapat sebarang kecemasan atau diringi oleh pegawai bertugas.
  • 7. PERATURAN KEBERSIHAN : 1. Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur 2.Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah 3. Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan 4. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan 5. Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan perkhemahan atau sekitarnya 6. Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun 7. Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan teratur sebelum solat bermula 8. Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk kegunaan ramai dan bersama. 9. Bagi wanita – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum dibuang ditempat yang sepatutnya. PERSEDIAAN SEBELUM, SEMASA, DAN SELEPAS PERKHEMAHAN Sebelum i- Mendapat kebenaran daripada pihak pihak sekolah, ibu bapa dan sebagainya. ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin persatuan atau setiap unit turut serta dalam sesuatu perkhemahan iii- Memaklumkan mengenai perkhemahan kepada semua guru. iv- Menghantar surat makluman kepada pihak polis mengenai perkhemahan tersebut.
  • 8. v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya. vi- Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain. vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan Semasa i- Elak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya akan patah dan menimpa khemah. ii- Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata, kawasan yang tinggi, bersih, dan tidak batu-batan, lubang-lubang, tunggul kayu dan sebagainya. iii-Periksa terlebih dahulu kawasan yang dipilih supaya tidak terdapat sarang semut atau lain-lain serangga yang merbahaya. iv- Jangan dirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renek atau rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti ular. v- Jika dua buah khemah atau lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok- eloknya seluas dua orang berjalan berasingan. vi- Tentukan arah cahaya matahari. Jika mendirikan yang tiada mempunyai pintu, elakkan cahaya matahari menyinari terus ke dalam khemah, pasanglah khemah melawan arah cahaya matahari. vii- Tentukan arah tiupan angin. Apabila berkhemah di musim kemarau, tentukan angin dapat bertiup masuk ke dalam khemah. Ini kerana pada siang hari keadaan di dalam khemah sangat panas. viii- Tentukan permukaan tanah yang hampir rata. Permukaan tanah yang tinggi rendah boleh menyebabkan kestabilan edaran darah tidak teratur. Apabila mendirikan di kawasan ini, aras kepala lebih tinggi daripada kaki semasa tidur supaya dapat menstabilkan peredaran darah.
  • 9. ix- Pilihlah kawasan teduh dan selesa, terutama semasa berehat di siang hari. Ini kerana keselesaan amat diperlukan sama ada waktu malam, pagi, atau petang. Selepas i- Menurunkan dan melipat khemah dan membersihkan tapak perkhemahan seperti keadaan sebelum datang berkhemah. ii- Menimbus semua lubang yang digali, mematikan api supaya tidak meninggalkan kesan berkhemah. iii- Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan. 11. Anggaran Perbelanjaan PERKARA KOS (RM) SEORANG KHAMIS Minum petang Makan malam 1.20 4.00 JUMAAT Sarapan Minum pagi Makan tengahari Minum petang Makan malam 2.00 1.20 4.00 1.20 4.00 SABTU Sarapan Minum pagi 2.00 1.20
  • 10. JUMLAH 20.80 Hadiah penyertaan RM 2.00 X 1OO RM 200.00 Cenderamata perasmi RM 50.00 Jamuan penutup RM 4.00 X 50 RM 200.00 Backdrop RM 50.00 Runcit RM 50.00 JUMLAH RM 2214.00 (Surat Panggilan Mesyuarat) SEK. KEB. SRI TUMPAT 2, 16200 TUMPAT, KELANTAN. TEL: 09-7257155
  • 11. Ruj. Kami : SKK / ko/01/01 Ruj. Tuan : Tarikh : 02.05.2012 Kepada : Semua Guru Sek. Keb. Tumpat 2 Tuan / Puan, MESYUARAT PERKHEMAHAN KALI PERTAMA Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dengan hormatnya tuan/puan adalah diwajibkan hadir ke mesyuarat di atas seperti ketetapan yang berikut; 2.1 Tarikh : 03 Mei 2012 2.2 Tempat : Bilik Mesyuarat Utama SKST2 2.3 Masa : 1.15 petang 3. Agenda Mesyuarat : 3.1 Ucapan Alu-aluan Pengerusi 3.2 Pembentangan cadangan perkhemahan 3.3 Hal-hal lain. 4. Kehadiran tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih. Yang menurut perintah, __________________________
  • 12. (ROSLINDAWATI BT ISMAIL) Setiausaha (Pelatih PPG) SEK. KEB. SRI TUMPAT 2, 16200 TUMPAT, KELANTAN. MINIT MESYUARAT PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM Tarikh : 15 MEI 2012 Masa : 9.00 pagi Tempat : BILIK MESYUARAT UTAMA HADIR : Pn.Hasnah Muhamad En. Rozuki Daud YM Engku Idris Pn.Wan Ramlah Bt Harun En. Razak Abdul Rahim Pn. Hajah Jamilah Hassan 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan menyatakan tujuan mesyuarat kali pertama ini untuk memantau perkembangan tugasan untuk Perkhemahan.
  • 13. 1.2 Pengerusi berharap budget untuk kegunaan perkhemahan nanti mencukupi dan berjalan lancar semua program yang dirancangkan.. 1.3 Guru Besar seterusnya mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana berjaya menganjurkan Perkhemahan ini. Menurut beliau tujuan perkhemahan peringkat sekolah dibuat untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar bagaimana menguruskan diri dan membina jati diri yang sempuna. 1.3 Hadiah dan sijil akan diuruskan oleh PK-KO 1.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana menerima tugasan yang diberi. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 En Rosdi membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2.2 En Rosli mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh En Abdul Manaf. 3.0 PEMBENTANGAN CADANGAN PERKHEMAHAN 3.1 En Zawawi memaklumkan penetapan tarikh perkhemahan iaitu pada 25 hingga 29 September 2012 3.2 Lokasi perkhemahan adalah di Padang Skst2 3.3 Beliau berharap pada tarikh tersebut tidak hujan ., sekiranya hujan khemah akan didirikan di Dewan Terbuka SKST2. 3.4 Memaklumkan perasmi penutupan nanti ialah dari Pegawai PPD . 3.5 Peserta seramai 80 orang . 3.6 Tahniah kepada urusetia yang sedang bertungkus lumus mengendalikan perkhemahan ini.
  • 14. 3.7 Jadual Tugasan akan diberi kepada setiap orang. Memandangkan perkhemahan berjalan pada hari persekolahan maka guru Tahap 1 hanya akan bertugas pada sebelah petang sahaja. Harap sekiranya ada sebarang perubahan guru maklumkan kepada urusetia untuk tindakan selanjutnya. 4.0 HAL-HAL LAIN 4.1 Guru Besar mohon AJK Jamuan menyediakan keperluan air masak untuk semua peserta sepanjang perkhemahan dijalankan. AJK boleh menyediakan lokasi-lokasi untuk mengambil air masak. 5.0 PENUTUP 5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK pengelola dan urusetia ke mesyuarat pengelolaan perkhemahan ini. Pengerusi berharap semua AJK dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.45 pagi. Disediakan oleh, Disahkan Oleh (ROSLINDAWATI BT ISMAIL) Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan SKST2
  • 15. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform Penasihat : Tuan Mohd Zaman Bin Yah (Guru Besar SKK) Pengerusi : En. Helmi Bin Yusoof (PK-KO SKK) Naib Pengerusi 1 : En. Mat Zin Bin Hj Ismail (PK 1 SKK) Naib Pengerusi 2 : En. Azman Bin Hussin (PK HEM SKK) Setiausaha : Maimun Binti Ariffin (Pelajar IPG) Bendahari : Pn. Norazlina Yusoof Ahli Jawatan kuasa : Kem Komandan : En. Asraf Bin Chik Keselamatan/Disiplin : YM. Syed Abidin Hadiah/Cenderahati : Pn. Norzainy yusoof : Cik Nik Hasidah bt Muhamad Pertandingan Masak : Pn. Hjh. Norsiti Ismail Pn. Hj.Halimah Abdullah Pertandingan Kawad En. Hj Shahril bin zulkifli Pn.Hasnah Muhamad En. Rozuki Daud YM Engku Idris Malam Kebudayaan Pn.Wan Ramlah Bt Harun Buku Program : Maimun Binti Ariffin (Pelajar IPG) Sijil : En. Razak Abdul Rahim Juru Acara : Pn.Wan Ramlah
  • 16. Tempat Ibadat : Pn. Hajah Jamilah Hassan Pn.Maimun Ariffin (Pelajar IPG) 10. Program Dan Jadual Aktiviti: Khamis 0230tgh : Berkumpul Semua Guru : Pendaftaran Pn.Rozita Yusoof
  • 17. : Taklimat Pn.Maimun Ariffin (PPG) : Mendirikan khemah 0400ptg : Minum petang Guru Bertugas : Solat 0500ptg : Bengkel pertandingan masak : Pn. Hjh. Norsiti Pn. Hj.Halimah Abdullah 0700mlm : Pengurusan diri dan solat Ustaz Osmanizam B Omar : Makan malam Hajah Jamilah Hassan Maimun Ariffin (Pelajar IPG) 0900mlm : Bengkel Malam Kebudayaan Pn.Wan Ramlah 0100pg : Tidur Guru bertugas Jumaat 0500pg : Pengurusan diri dan solat Ustaz Osmanizam B Omar 0700pg : senaman pagi Pn.Azlina Din 0745pg : Sarapan Pn.Hjh Norsiti bt Ismail 0800pg : Bengkel Kawad kaki En.Asraf Bin Chik 1230tgh : Makan tengahari Pn.Hjh Nik Halimah Nik Him : Pengurusan diri dan solat Pn.Mariana Muhamad 0200ptg : Latihan persembahan kumpulan semua guru/kumpulan
  • 18. 0400ptg : Minum petang Pn.Norazlina Yusoof : Solat Asar Pn.Nik Azizan 0500ptg : Pertandingan /Kawad En.Asraf bin Chik 0700mlm : Makan malam Pn.Zurina binti Abdullah : Pengurusan diri dan solat Pn.Zuraini Hussin 0900mlm : Malam Kebudayaan Semua guru 1100mlm : Minum malam Pn.Roslina Musa : Tidur Sabtu 0500pg : Pengurusan diri dan solat En. Shahril bin Zulkifli 0700pg : Senaman Pagi En.Rozuki Daud 0745pg : Sarapan Pagi Pn.Normaini bt Che Kob 0800pg : Pertandingan masak Pn.Hjh Norsiti Pn.Hjh Halimah 1000pg : Membuka khemah dan Semua guru membersihkan kawasan 1100pg : Minum pagi Semua guru
  • 19. 11.30pg: Perasmian Penutup oleh PPD Semua guru : Penyampaian Hadiah : Jamuan Makan Tengahari Semua guru : Bersurai SENARAI NAMA PESERTA PERKHEMAHAN NAMA PESERTA PENGAKAP AHMAD AZAHAN BIN MAHADI HARITH ADAM BIN MOHD HAMIDAN MUHAMAD DANISH AZIM BIN SHAHARIN MUHAMMAD AKMAL NIZAM BIN KAMAL BAHARI MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN MUHAMMAD ASRI MUHAMMAD AMIRUL HAIKAL BIN MOHD ASRI SIRIKCHAI PHROMDHEE A/L PHONCHAI SURAQSEYK CHANTHAKSIRIK A/L SO PAN WAN MOHAMAD NASAIE BIN MOHD NAFI ADELINA SOFEA BINTI MOHD ZAMRI FARAH NUR AZWANIE BINTI GHAZALI FITRI AFIQAH ILYANA BINTI ZULFIKRI
  • 20. INTAN LILYSUHANIS BINTI ANUAR NIK NURUL NAJWA BINTI NIK LI NOOR SHAMIMI BINTI SALLEH NUR AISYAH AMALIN BINTI MOHD ADNAN NUR ALYA NABILA BINTI MOHMAD NASIR NUR ANIS ATHIERAH BINTI ROSDI NUR ANIS SOFIYA BINTI MAT NAWI NUR ALIYA SUFINAS HUSSIN PESERTA PERSATUAN (PBSM) NURAFIDA BINTI KAMALUDDIN NURSHAMIMI BINTI KHAIRUDIN NURUL AUNI BINTI MUSTAPHA RAJA AHLAM DAYANA BINTI RAJA KOK SITI AISYAH BINTI MAHUSSIN SITI SOPHIA BINTI ABDULLAH WAN IRDINA ZAIREEN BINTI WAN ZARIMAN WAN NOR SYAHIRAH BINTI WAN RAMLI MOHAMAD ZULKIFLIE BIN MOHD DIN MOHAMMAD IZZUL HAKIEM BIN MOHD ROFI MUHAMAD AFIZAN AIDIL BIN MOHAMED MUHAMAD AZAM BIN MD GHANI MUHAMAD HASNAWI BIN FAUZI MUHAMMAD ADAM DANIEL BIN PAIROM MUHAMMAD AMZAR FAKHRI BIN AZHAR MUHAMMAD FARHAN FIKRI BIN MOHD YUSSOF MUHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN ZULKIFLI
  • 21. MUHAMMAD RAFIQIE BIN IZANIM NAREPHON A/L AH CHAI SHAYAKORN NILRAT A/L VI CHAED WAN ASYRAF HAIKAL BIN WAN MOHAMAD WAN MUHAMAD HAFIFI BIN WAN HAMDAN MAISARAH BINTI MAT HUSIN ]PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA NOR HANANI BINTI MOHD TALIB NUR AIREEN BINTI ALLIAS NUR ALIA KHALISAH BINTI MOHD ZAIDI NUR ATHIRAH ZULAIKHA BINTI MOHD HISAM NUR SYAZANA BINTI ABDUL GHANI NURUL AINA NAJIHA BINTI ARIMAN NURUL ASMAD BINTI MUHAMAD NURUL BALQIS NATASHA BINTI MAHADI SITI NURAZIRA BINTI KAMARUZAMAN SITI NURUL FADILLAH BINTI IBRAHIM AMNI HASLEDA BINTI AWANG HASHIM NUR ANIS AFRINA BINTI ZAIDI NUR FAIRUZ NATASYA BINTI MAT TAHIR MAISARAH BINTI MAT HASSAN NOOR AISAR BINTI SULAIMAN SARAH HANI ABDULLAH AZLINA DAUD NUR AISYAH SOFIYA ADNAN NOR ASYIKIN MUSA
  • 22. HASNAH ABDULLAH ROSLAWATI ADAM NAMA PESERTA TUNAS PUTERI AISYAH AZAHARA HUSSIN SARAH NORJEHA SHAMSUDIN ALEEYA HANI SALLAH SITI NUR JEHA SHAMSUDIN WAN ZALEHA MUHAMMAD ZAFIRAH BT MOHD ZAKI FATIN NUR ATIRAH RASID NUR AINUL MARDIAH DAUD NUR ANAQI RUKAINI HAMZAH ARNI NADIA UHAMAD ARIESA AINA RAPI AKILA KAMARUL NIK HAMIZAH OMAR ZAINAB AYUB ZAMZILA ARIFFIN KAMARIAH BT YUSOOF MAZNAH ABDUL GHANI ASTURA ADAM SAKINAH HASSAN AZARIANA AZAHARI
  • 23. Laporan reflektif IPG KAMPUS KOTA BHARU LAPORAN PERKHEMAHAN 1 PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN 2012 NAMA PELAJAR : ROSLINDAWATI BT ISMAIL AMBILAN : JANUARI 2012 SEMESTER : 2 OPSYEN : PENDIDIKAN SAINS SEKOLAH RENDAH PERINGKAT : I - PERKHEMAHAN TARIKH : 25, 26 DAN 27 SEPTEMBER 2012 TEMPAT : DATARAN PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TUMPAT 2 KUMPULAN : KEHADIRAN MURID : 80 ORANG MURID TIDAK HADIR : - LAPORAN REFLEKTIF: TAJUK : PERKHEMAHAN I (A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA Hari Pertama - Pendaftaran - Taklimat perkhemahan - Penerangan aktiviti perkhemahan - memasang khemah - Aktiviti 1 ( simpulan dan ikatan ) - Aktiviti 2 ( mencari maklumat ) - Aktiviti 3 ( malam kebudayaan )
  • 24. Hari Kedua - Aktiviti senamrobik - Aktiviti 4/5 ( memasak/menyampaikan maklumat ) - Aktiviti 6 ( pertandingan melukis / mewarna logo ) - Aktiviti 7 ( permainan “kim” ) - Aktiviti 8 ( BBQ ) Hari Ketiga - Aktiviti senamrobik - Aktiviti 9 ( Kawad kaki ) - Membersihkan kawasan - Perasmian penutup ISU / MASALAH (Jika ada) - Murid tidak mahir memasang khemah - Pergerakan murid dalam sesuatu aktiviti kurang cergas - Hujan turun, murid terpaksa tidur di dalam kelas dan tidak di dalam khemah - Murid tidak menunjukkan minat untuk memasak dengan menggunakan kayu api kerana kayu api lembab dan ini melambatkan proses penyediaan sajian. - Tandas tersumbat kerana ada pelajar yang membuang sisa ke dalam mangkuk tandas. (B) Analisis SWOT (i) KEKUATAN - Menaik semangat daya saing dalam sesuatu aktiviti - Dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran dan bertanggungjawab - Pelajar sedia mematuhi disiplin dan sentiasa mengikut arahan. - Menyemarakkan semangat cintakan sekolah dan Negara.
  • 25. - Aktiviti yang dirancang menerapkan pelajar teknik mengukuhkan ingatan tentang fakta-fakta penting - Semangat setia kawan dan kerja berpasukan. - Memantapkan kemahiran bersosial dalam kumpulan - Mengaplikasikan pengetahuan ilmiah untuk menyelesaikan masalah yang diberi - Berkeupayaan menunjukkan kreativiti dan bakat semulajadi dalam diri - Menguji kekuatan dan daya ketahanan fizikal, emosi dan mental pelajar - Memperkembangkan kemahiran dan bakat yang ada dalam diri setiap peserta. (ii) PELUANG 1. Member peluang meningkatkan potensi murid dalam kehidupan bermasyarakat 2. Lahir pelajar yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri, ahli kumpulan dan masyarakat. 3. Mengasah bakat dan kecenderungan minat pelajar. 4. Menunjukkan kewibawaan diri peserta sebagai ketua dalam kumpulan 5. Menyemai perasaan cintakan sekolah dan Negara. 6. Mencungkil bakat murid dalam membuat persembahan dan memasak.
  • 26. PENUTUP Generasi muda perlu diberi peluang awal oleh semua pihak untuk memahami erti berkerjasama, berdisiplin dan membina keyakinan diri dengan penyusunan acara dalam aktiviti perkhemahan ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan boleh hidup berdikari pada masa hadapan. Program Perkhemahan yang melibatkan unit beruniform sekolah adalah bertujuan memupuk dan membina sikap jati diri dan semangat setia kawan dan kerjasama menerusi aktiviti ko-kurikulum(perkhemahan). Empat objektif utama Program Perkhemahan Ko-Kurikulum ialah • menggalakkan penyertaan murid dalam kegiatan bersama, • mewujudkan sikap kerjasama dan tolong menolong, • melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah • berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk kegiatan khas. Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membina keyakinan diri, membentuk sahsiah dan motivasi diri pelajar dalam masyarakat berbilang kaum . Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu diharapkan segala perancangan dan perlaksanaan yang dibuat akan memberikan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini. Kerjasama dan hubungan rapat antara semua pihak yang terlibat dalam mengelola dan menjayakan Program Perkhemahan Agung 2012 amatlah diharapkan. Semoga dengan adanya komitmen dari semua pihak akan menjadikan program perkhemahan pada tahun ini lebih cemerlang dan gemilang. Kejayaan yang dikecapi adalah dari semangat dan permuafakatan yang jitu di antara semua pihak sama ada pihak pentadbir, guru-guru mahupun pelajar sekolah. Permuafakatan membawa berkat,
  • 27. LAPORAN REFLEKTIF MANFAAT PROGRAM BIG Alhamdullilah akhirnya program BIG dapat dijalankan dengan jayanya mengikut saranan dan langkah-langkah perjalanan yang diberikan semasa sesi taklimat oleh pensyarah kami iaitu En Zainol Abidin. Melalui tugasan projek yang diberikan kali ini kami amat teruja untuk melakukan program besar di sekolah dengan memegang watak utama dalam proses perancangan dan pengendalian program perkhemahan unit ko kurikulum pada peringkat sekolah. Dengan bebanan kertas kerja lain dan ditambah dengan membuat kertas kerja pengurusan BIG, mengajar kami bagaimana membahagikan masa dan menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Melalui program ini juga warga pendidik diberi pendedahan agar memahami bahawa bidang perguruan adalah satu bidang pekerjaan yang memerlukan ketahanan fizikal, emosi, mental dan spiritual untuk memantapkan keyakinan dan melihat sebarang konflik yang timbul sebagai cabaran dan peluang untuk memperbaiki kelemahan diri dan lebih berfikiran terbuka ke arah perkembangan dan peningkatan diri. BIG juga memberi gambaran kepada guru bahawa profesion perguruan adalah satu bidang pekerjaan yang menyumbang ke arah melakukan ibadat sepanjang masa jika dijalankan dengan ketulusan hati tanpa rasa terbeban dan tekanan dari pihak lain. Guru perlu lebih memahami dan peka dengan perubahan serta responsive kepada realiti persekitaran yang timbul. Secara tidak langsung guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam setiap program yang dijalankan kerana dari pemikiran guru yang berkemahiran akan memastikan perjalanan program dapat dilaksanakan dengan lancar. Apabila timbul sesuatu permasalahan guru perlu bijak membuat keputusan dan menyelesaikan masalah tersebut, malah berupaya membuat reflektif untuk mendapatkan kebaikan dan menghindari keburukan. Projek ini juga secara tidak langsung meningkatkan kesedaran guru tentang pentingnya menjalankan aktiviti ko kurikulum di sekolah kepada anak didik mereka. Di samping itu guru
  • 28. dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi dan memanfaatkannya untuk kesejahteraan diri sendiri, keluarga , masyarakat dan negara serta memantapkan ilmu jati diri guru agar memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh dan padu. Tugasan ini juga mampu melahirkan guru yang serba boleh dalam melaksanakan sebarang aktiviti sekolah baik dari segi kurikulum atau ko kurikulum. Guru juga sedikit sebanyak diberi gambaran peranan sebagai setiausaha program yang perlu kreatif dan tahu cara mengendalikan aktiviti perkhemahan serta berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran untuk menjana pemikiran demi kemajuan dan kecemerlangan sekolah. PENAMBAHBAIKAN Setiap kebaikan akan ada keburukan atau kelemahan dalam setiap apa yang kita lakukan selagi kita bernama manusia yang dilitupi dengan pelbagai kekurangan. Perjalanan program ini juga sedikit sebanyak memberi kesan yang tidak baik bagi kami apabila tempoh yang diberikan terlalu singkat dan taklimat dijalankan boleh dikatakan agak lewat. Adalah lebih wajar kami diberi taklimat awal tentang pelaksanaan program ini agar kami boleh mengambil inisiatif buat yang terbaik. Setiap program besar yang dirancang perlu seiringan dengan perjalanan aktiviti yang dirancang di peringkat sekolah. Ini sedikit sebanyak telah menimbulkan masalah kerana tarikh pengendalian projek ini perlu dihantar sebaik sahaja selepas tamat hari perkhemahan. Kami yang agak kepenatan dalam menguruskan perjalanan perkhemahan adalah tidak mampu untuk membuat laporan yang perlu dihantar mengikut tarikh yang diberi. Mungkin jika taklimat diperawalkan, kami boleh berbincang dengan pihak sekolah tentang tarikh sepatutnya perkhemahan ini dijalankan dan persiapan yang dibuat adalah lebih licin. Adalah disarankan agar taklimat BIG diperawalkan dan kami diberi penjelasan yang agak teratur dan kemaskini apa yang patut kami laksanakan. Kami juga sepatutnya menerima latihan awal pendedahan tentang aktiviti yang boleh kami lakukan sepanjang tempoh perjalanan program perkhemahan itu berlangsung serta diberi bahan-bahan yang boleh kami dedahkan kepada anak murid kami. Untuk lebih melicinkan lagi program ini kami perlu tahu prosedur menjalankan perkhemahan yang betul. Disini kami hanya mampu melakukannya mengikut kebiasaan yang dilakukan oleh sekolah sahaja. Walaubagaimanapun program yang dirancang sebenarnya menampakkan kejayaan dan keberkesanan kepada anak didik kami. Di sini segala kekurangan dapat diatasi dengan pelbagai inisiatif yang cuba dibuat sehabis baik. Faktor cuaca juga perlu di ambil kira. Sepatutnya projek ini dilaksanakan lebih awal untuk mengelak daripada musim hujan seperti
  • 29. yang berlaku di sekolah kami iaitu pada tarikh penghujung bulan September adalah waktu hujan mulai turun di waktu petang dan malam. Oleh itu adalah wajar pihak IPG memberi taklimat lebih awal agar program ini boleh dirancang lebih teliti dan diperawalkan pelaksanaan agar masalah-masalah sampingan dapat dielakkan. Disini kami juga mengambil peluang untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak IPG kerana kandungan dalam program mensiswazahkan guru seperti kami adalah menyeluruh bukan sekadar dari segi ilmiah tetapi kami turut dipantau dari segi ketahanan fizikal, emosi, mental dan spiritual. Perkembangan yang menyeluruh ini sedikit sebanyak membantu kami dalam mengikuti perjalanan sistem pendidikan kita yang bertambah maju hari ini. Sebagai seorang pendidik, kami mestilah mempunyai wawasan dan jati diri yang tinggi ke arah menggilap permata yang bersalut debu bagi menampakkan kilauannya. Kami berharap agar kami beroleh kejayaan dalam melahirkan insan yang sempurna dan seimbang bagi memastikan sistem pendidikan di Malaysia di pandang tinggi di mata dunia dan hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020 akan terlaksana nanti. Disediakan oleh, ROSLINDAWATI BT ISMAIL 760705035206 PPG SEMESTER 2 ,KOHORT 2. IPGKB: B71S-1202-0475