SlideShare a Scribd company logo
3


                                OTAK DAN MINDA

3.0    PENGENALAN

Manusia telah lama dikagumi dengan bahagian berwarna kelabu, berlipat-lipat yang

terkandung dalam tengkorak kita. Seperti jantung, hati, dan perut yang dianggap sebagai

pengawal emosi dalam berbagai budaya. Begitu juga otak dikenali sebagai pengawal

kepintaran.



       Melalui perkembangan masa, otak telah dibandingkan dengan pelbagai bahan.

Pada zaman dahulu, otak dikatakan sebagai kotak suis telefon.       Kebelakangan ini,

manusia sentiasa membandingkannya dengan komputer. Ada yang menyatakan ianya

lebih baik dari komputer. Tidak kurang juga yang menyatakan sebaliknya.



3.1    STRUKTUR DAN FUNGSI OTAK


Dalam Kamus Dewan, otak ditakrifkan sebagai organ di bahagian atas kepala yang

mengawal pemikiran / perasaan; suatu alat berfikir. Telah dibuktikan bahawa kerja

merekacipta sebuah komputer yang mempunyai keupayaan seperti otak manusia atau

miripnya adalah sukar malahan mustahil. Berbilion-bilion sel saraf terbentuk di dalam

otak manusia yang menjalankan pelbagai kerja. Otak manusia dibahagikan kepada 3

bahagian yang utama iaitu serebrum, medula oblongata dan serebelum.
Serebelum terletak di bahagian belakang. Ianya mempunyai banyak lipatan. Terdapat

dua bahagian dalam serebelum iaitu bahagian luar dan dalam. Tanpa bantuan serebelum,

kita tidak mampu berjalan tegak dengan senang.        Tugas serebelum ialah sebagai

pengawal imbangan badan dan juga sebagai bantuan kepada otot-otot untuk

menyelaraskan kedudukan, pergerakan dan ketegangan.             Malahan, jika seseorang

mengambil terlalu banyak alkohol akan menyebabkan keaktifan serebelum terjejas.

Pergerakan si pemabuk akan menjadi tidak stabil. (Ghez, 1991)
Rajah 1: Kedudukan Otak
Rajah 2: Struktur dan Fungsi Otak




      Struktur                                 •   .Terletak di bawah serebrum
                                               •   Mempunyai banyak lipatan
      •   Terletak di bawah serebrum           •   Ada dua bahagian iaitu luar
      •   Merupakan pangkal saraf tunjang          dan dalam
          yang bengkak
      •   Bahagian luar jirim putih dan        Fungsi
          bahagian dalam jirim kelabu          • Penyelarasan pergerakan otot
                                               • Mengawal keseimbangan
      Fungsi                                      badan
      • Mengawal tindakan luar kawal/
         tindakan automatik
      • Pusat berkait dengan tindakan
         pantulan

Rajah 3: Tugas Serebrum dan Medula Oblongata
catch us if you can
Medula oblongata terletak di bawah serebrum. Ia merupakan pangkal saraf tunjang

yang bengkak. Bahagian luarnya berjirim putih sementara bahagian dalamnya berjirim

kelabu. Fungsi utamanya mengawal tindakan luar kawal atau otomatik. Tindakan luar

kawal adalah tindakan tanpa disedari dan gerakbalas berlaku tanpa kehendak kita.

Contoh tindakan luar kawal seperti peristalsis, denyutan jantung, respirasi dan

sebagainya.



Serebrum terdiri dari bahagian yang paling besar dan penting. Ia terdiri daripada dua

hemisfera yang sama saiz. Yang kiri mengawal otot-otot dan menerima maklumat dari

organ deria yang terletak di bahagian badan sebelah kanan.                  Permukaan

serebrum(korteks) dipenuhi lipatan untuk menambahkan luas permukaan supaya dapat

menyusun lebih banyak neuron yang aktif. (Semakin tua semakin berkedut). Bahagian

belakang serebrum berfungsi mentafsirkan impuls darri retina mata. Gambar warna dan

bentuk imej dihantar ke sini untuk perbandingan dan ingatan.



Dua kawasan berbentuk jalur di tengah sisi serebrum ialah kawasan deria dan motor.

Kawasan deria menerima impuls dari mata, hidung, telinga, lidah dan reseptor deria dari

bahagian badan lain. Impuls akan dihantar dari kawasan motor ke pelbagai otot dalam

badan untuk membolehkan tindakan gerak balas berlaku. Impuls saraf adalah suatu

bahan elektrokimia yang melibatkan pengaliran elektron (zarah subatom bercas negatif)

dan bahan garam kimia seperti garam kalium klorida terutama ion Kalium. Prosesnya

bukan elektromagnet seperti impuls dalam komputer.
BAHAGIAN OTAK

Bandingan fungsi dan kawalan otak kiri dan kanan.

                  HOKA
                                                                      HOKI
      Bahasa
                                                       Rola
      Nombor
                                                       Bentuk
      Fakta/logik
                                                       Imaginasi
      Urutan/linear
                                                       Manipulasi
      Analisa
                                                       Global
      Lirik
                                                       Ritma/rentak
      Bukti
                                                       Penerokaan idea
      Objektif
                                                       Subjektif
      Tersurat
                                                       Tersirat
      Kecenderungan analitik
                                                       Kecenderungan global

      Mengkaji dari fungsi-fungsi di atas bolehlah dikatakan bahwa HOKA lebih

      bercenderung pemikiran kreatif manakala HOKI berbentuk pemikiran kritis.

      Gaya pembelajaran pemikiran secara analitikal dan global adalah seperti berikut:
                                                               PEMIKIRAN GLOBAL
       PEMIKIRAN ANALITIKAL
                                                          Suka belajar secara bersama rakan
          Suka belajar sendiri atau di bawah              sebaya
          pengawasan orang dewasa /pakar                  Suka belajar dalam cahaya samar
          Suka belajar dalam cahaya terang                Suka makan semasa kerja
          Suka makan selepas selesai kerja                Suka kedudukan belajar tidak formal
          Suka kedudukan belajar formal                   Suka melakukan beberapa kerja
          Suka melakukan kerja satu per                   serentak
          Saturday suka keadaan sunyi                     Suka belajar dalam keadaan bising




Gaya Howard Gardner, seorang profesor di Harvard Graduate School of Education pada

tahun 1983 telah kemukakan sembilan jenis kecerdasan dalam penggunaan minda.



Kecerdasan ruang melihat dunia melalui persepsi yang berbeza dari orang lain melalui

imej mentalnya. Ia berfikir dalam tiga dimensi dan mempunyai kesedaran yang tinggi

kepada perhubungan antara objek-objek di dalam ruang.              Kegemaran mereka ialah

melakar, menulis, melihat peta dan gambar. Antara pilihan kerjaya terdiri dari artis, seni
halus, pengukir, pengarah filem dan kelasi. Tokoh terkenal ialah Picasso, Da Vinci dan

Christopher Columbus.

Kecerdasan kewujudan selalu mempersoalkan tentang siapa kita? Siapa mencipta kita?

Apa tujuan kita di sini dan sebagainya.        Golongan ini gemar berfikir, menaakul,

memerhati serta bertanya soalan. Potensi kerjaya ialah ahli falsafah, ahli agama dan

pemuisi. Personaliti dan model terdiri daripada Plato, Socrates dan Aristotle.



Kesimpulan, kecerdasan pelbagai digunakan sebagai alat untuk mendapatkan ilmu.

Kecerdasan minda ini boleh ditingkatkan melalui pendedahan dan latihan.



MAKANAN DAN PEMAKANAN UNTUK OTAK

Kesihatan badan yang baik adalah penting untuk menjamin kesihatan otak yang baik.

Seperti organ-organ lain dalam badan, otak juga memerlukan bekalan oksigen dan nutrien

untuk berfungsi dengan baik; sebenarnya otak memerlukan lebih banyak oksigen

berbanding organ lain.

Secara abstrak, maklumat yang disalurkan kepada sel-sel dalam otak boleh diertikan

sebagai makanan untuk otak.      Informasi-informasi yang diproses merupakan pilihan

jenis-jenis makanan.     Tugas pemilihan makanan dan penghantaran makanan adalah

dilakukan oleh neuron.
Rajah 4: Struktur Neuron




NEURON MOTOR                              NEURON DERIA
Bagaimana neuron berfungsi?



Ini berlaku melalui impuls saraf elektrikal dan electrokimia. Kejadian impuls elektrikal

menyebarkan isyarat dalam neuron. Sementara impuls eletrokimia menyebarkan isyarat

dari satu neuron kepada neuron lain atau kepada sel otot.           Proses komunikasi

elektrokimia antara neuron berlaku di hujung akson dalam bentuk yang dipanggil sinaps.

Akson mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter yang melekat pada

reseptor selaput neuron yang lain.

More Related Content

PPSX
These mystic symbols
PPTX
Dn11 u3 a28_lsf
PPT
Мультфильм «Летай на 3G скоростях»
PPTX
Pitchstar inspiration presentation The Hague University
PDF
Daftarhadir&nilai statistik
PDF
2013 04 15 hogans assessment results luca cococcia VALUES
PPTX
How to look for specific news publications using the e journal portal_1010S
These mystic symbols
Dn11 u3 a28_lsf
Мультфильм «Летай на 3G скоростях»
Pitchstar inspiration presentation The Hague University
Daftarhadir&nilai statistik
2013 04 15 hogans assessment results luca cococcia VALUES
How to look for specific news publications using the e journal portal_1010S

Viewers also liked (17)

DOCX
Risk Assessment
PPTX
America Eco Challenge and Social Competition
PPT
Music magazine analysis
PPTX
How to look for journal articles using ebsco host_2004S
PDF
Fi vatechcameraready
PPTX
Roll out summary dealer caring project 2013
PPTX
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
PPTX
Kak cozdat blog
PPT
Research
PPTX
HSC Partner Meeting 6.27.12
PDF
21. premier. english
PPTX
PPT
Moyano mónica the wine marking process
PPTX
Puppy Mill Project
PPTX
Diary of make
PPT
New.temp.proto
PPTX
St Valentine's Day
Risk Assessment
America Eco Challenge and Social Competition
Music magazine analysis
How to look for journal articles using ebsco host_2004S
Fi vatechcameraready
Roll out summary dealer caring project 2013
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Kak cozdat blog
Research
HSC Partner Meeting 6.27.12
21. premier. english
Moyano mónica the wine marking process
Puppy Mill Project
Diary of make
New.temp.proto
St Valentine's Day
Ad

Recently uploaded (10)

PPT
BBM Kemahiran Pemulihan- Perkataan 16-KVKK.ppt
PDF
kuiz merdeka . soalan mudah. MERDEKA 2025
PPTX
KARNIVAL KERJAYA-juru x ray EDUCATION.pptx
PPTX
SOALAN BAB 1 TINGKATAN 4.pptx 444444444444444444
PDF
MyPPSM_SSPA_Cuti_Tanpa_Rekod_Kelompok.pdf
PPTX
Subjek MPU3221- PENGURUSAN MESYUARAT.pptx
PDF
SET-2-MT-Tahun 6-1 matematik UASA Tahun 6
PPTX
Lembaran Ikan Untuk Murid Pra Sekolah.pptx
PPTX
KONFLIK PERSEMPADANAN BERTINDIH DI MALAYSIA.pptx
PDF
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
BBM Kemahiran Pemulihan- Perkataan 16-KVKK.ppt
kuiz merdeka . soalan mudah. MERDEKA 2025
KARNIVAL KERJAYA-juru x ray EDUCATION.pptx
SOALAN BAB 1 TINGKATAN 4.pptx 444444444444444444
MyPPSM_SSPA_Cuti_Tanpa_Rekod_Kelompok.pdf
Subjek MPU3221- PENGURUSAN MESYUARAT.pptx
SET-2-MT-Tahun 6-1 matematik UASA Tahun 6
Lembaran Ikan Untuk Murid Pra Sekolah.pptx
KONFLIK PERSEMPADANAN BERTINDIH DI MALAYSIA.pptx
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Ad

catch us if you can

  • 1. 3 OTAK DAN MINDA 3.0 PENGENALAN Manusia telah lama dikagumi dengan bahagian berwarna kelabu, berlipat-lipat yang terkandung dalam tengkorak kita. Seperti jantung, hati, dan perut yang dianggap sebagai pengawal emosi dalam berbagai budaya. Begitu juga otak dikenali sebagai pengawal kepintaran. Melalui perkembangan masa, otak telah dibandingkan dengan pelbagai bahan. Pada zaman dahulu, otak dikatakan sebagai kotak suis telefon. Kebelakangan ini, manusia sentiasa membandingkannya dengan komputer. Ada yang menyatakan ianya lebih baik dari komputer. Tidak kurang juga yang menyatakan sebaliknya. 3.1 STRUKTUR DAN FUNGSI OTAK Dalam Kamus Dewan, otak ditakrifkan sebagai organ di bahagian atas kepala yang mengawal pemikiran / perasaan; suatu alat berfikir. Telah dibuktikan bahawa kerja merekacipta sebuah komputer yang mempunyai keupayaan seperti otak manusia atau miripnya adalah sukar malahan mustahil. Berbilion-bilion sel saraf terbentuk di dalam otak manusia yang menjalankan pelbagai kerja. Otak manusia dibahagikan kepada 3 bahagian yang utama iaitu serebrum, medula oblongata dan serebelum.
  • 2. Serebelum terletak di bahagian belakang. Ianya mempunyai banyak lipatan. Terdapat dua bahagian dalam serebelum iaitu bahagian luar dan dalam. Tanpa bantuan serebelum, kita tidak mampu berjalan tegak dengan senang. Tugas serebelum ialah sebagai pengawal imbangan badan dan juga sebagai bantuan kepada otot-otot untuk menyelaraskan kedudukan, pergerakan dan ketegangan. Malahan, jika seseorang mengambil terlalu banyak alkohol akan menyebabkan keaktifan serebelum terjejas. Pergerakan si pemabuk akan menjadi tidak stabil. (Ghez, 1991)
  • 4. Rajah 2: Struktur dan Fungsi Otak Struktur • .Terletak di bawah serebrum • Mempunyai banyak lipatan • Terletak di bawah serebrum • Ada dua bahagian iaitu luar • Merupakan pangkal saraf tunjang dan dalam yang bengkak • Bahagian luar jirim putih dan Fungsi bahagian dalam jirim kelabu • Penyelarasan pergerakan otot • Mengawal keseimbangan Fungsi badan • Mengawal tindakan luar kawal/ tindakan automatik • Pusat berkait dengan tindakan pantulan Rajah 3: Tugas Serebrum dan Medula Oblongata
  • 6. Medula oblongata terletak di bawah serebrum. Ia merupakan pangkal saraf tunjang yang bengkak. Bahagian luarnya berjirim putih sementara bahagian dalamnya berjirim kelabu. Fungsi utamanya mengawal tindakan luar kawal atau otomatik. Tindakan luar kawal adalah tindakan tanpa disedari dan gerakbalas berlaku tanpa kehendak kita. Contoh tindakan luar kawal seperti peristalsis, denyutan jantung, respirasi dan sebagainya. Serebrum terdiri dari bahagian yang paling besar dan penting. Ia terdiri daripada dua hemisfera yang sama saiz. Yang kiri mengawal otot-otot dan menerima maklumat dari organ deria yang terletak di bahagian badan sebelah kanan. Permukaan serebrum(korteks) dipenuhi lipatan untuk menambahkan luas permukaan supaya dapat menyusun lebih banyak neuron yang aktif. (Semakin tua semakin berkedut). Bahagian belakang serebrum berfungsi mentafsirkan impuls darri retina mata. Gambar warna dan bentuk imej dihantar ke sini untuk perbandingan dan ingatan. Dua kawasan berbentuk jalur di tengah sisi serebrum ialah kawasan deria dan motor. Kawasan deria menerima impuls dari mata, hidung, telinga, lidah dan reseptor deria dari bahagian badan lain. Impuls akan dihantar dari kawasan motor ke pelbagai otot dalam badan untuk membolehkan tindakan gerak balas berlaku. Impuls saraf adalah suatu bahan elektrokimia yang melibatkan pengaliran elektron (zarah subatom bercas negatif) dan bahan garam kimia seperti garam kalium klorida terutama ion Kalium. Prosesnya bukan elektromagnet seperti impuls dalam komputer.
  • 7. BAHAGIAN OTAK Bandingan fungsi dan kawalan otak kiri dan kanan. HOKA HOKI Bahasa Rola Nombor Bentuk Fakta/logik Imaginasi Urutan/linear Manipulasi Analisa Global Lirik Ritma/rentak Bukti Penerokaan idea Objektif Subjektif Tersurat Tersirat Kecenderungan analitik Kecenderungan global Mengkaji dari fungsi-fungsi di atas bolehlah dikatakan bahwa HOKA lebih bercenderung pemikiran kreatif manakala HOKI berbentuk pemikiran kritis. Gaya pembelajaran pemikiran secara analitikal dan global adalah seperti berikut: PEMIKIRAN GLOBAL PEMIKIRAN ANALITIKAL Suka belajar secara bersama rakan Suka belajar sendiri atau di bawah sebaya pengawasan orang dewasa /pakar Suka belajar dalam cahaya samar Suka belajar dalam cahaya terang Suka makan semasa kerja Suka makan selepas selesai kerja Suka kedudukan belajar tidak formal Suka kedudukan belajar formal Suka melakukan beberapa kerja Suka melakukan kerja satu per serentak Saturday suka keadaan sunyi Suka belajar dalam keadaan bising Gaya Howard Gardner, seorang profesor di Harvard Graduate School of Education pada tahun 1983 telah kemukakan sembilan jenis kecerdasan dalam penggunaan minda. Kecerdasan ruang melihat dunia melalui persepsi yang berbeza dari orang lain melalui imej mentalnya. Ia berfikir dalam tiga dimensi dan mempunyai kesedaran yang tinggi kepada perhubungan antara objek-objek di dalam ruang. Kegemaran mereka ialah melakar, menulis, melihat peta dan gambar. Antara pilihan kerjaya terdiri dari artis, seni
  • 8. halus, pengukir, pengarah filem dan kelasi. Tokoh terkenal ialah Picasso, Da Vinci dan Christopher Columbus. Kecerdasan kewujudan selalu mempersoalkan tentang siapa kita? Siapa mencipta kita? Apa tujuan kita di sini dan sebagainya. Golongan ini gemar berfikir, menaakul, memerhati serta bertanya soalan. Potensi kerjaya ialah ahli falsafah, ahli agama dan pemuisi. Personaliti dan model terdiri daripada Plato, Socrates dan Aristotle. Kesimpulan, kecerdasan pelbagai digunakan sebagai alat untuk mendapatkan ilmu. Kecerdasan minda ini boleh ditingkatkan melalui pendedahan dan latihan. MAKANAN DAN PEMAKANAN UNTUK OTAK Kesihatan badan yang baik adalah penting untuk menjamin kesihatan otak yang baik. Seperti organ-organ lain dalam badan, otak juga memerlukan bekalan oksigen dan nutrien untuk berfungsi dengan baik; sebenarnya otak memerlukan lebih banyak oksigen berbanding organ lain. Secara abstrak, maklumat yang disalurkan kepada sel-sel dalam otak boleh diertikan sebagai makanan untuk otak. Informasi-informasi yang diproses merupakan pilihan jenis-jenis makanan. Tugas pemilihan makanan dan penghantaran makanan adalah dilakukan oleh neuron.
  • 9. Rajah 4: Struktur Neuron NEURON MOTOR NEURON DERIA
  • 10. Bagaimana neuron berfungsi? Ini berlaku melalui impuls saraf elektrikal dan electrokimia. Kejadian impuls elektrikal menyebarkan isyarat dalam neuron. Sementara impuls eletrokimia menyebarkan isyarat dari satu neuron kepada neuron lain atau kepada sel otot. Proses komunikasi elektrokimia antara neuron berlaku di hujung akson dalam bentuk yang dipanggil sinaps. Akson mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter yang melekat pada reseptor selaput neuron yang lain.