IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
PERANCANGAN DAN
PENGAJARAN MATEMATIK
ISL MINGGU 11
AINUN BARIAH BINTI JAAFAR
NOR AMIRAH BINTI EDDIE EFFENDI ONG
NUR AZWA BINTI AZMAN
SYAHIRAH BINTI MOHD JEFFERY
Bincangkan implikasi
behaviorisme dalam
pembelajaran
matematik.
TEORI IVAN PETROVICH PAVLOV
Pembelajaran berlaku akibat
daripada rangsangan yang telah
diterima oleh seseorang.

Setiap rangsangan yang diterima
akan menimbulkan suatu gerak
balas.
Kaitan antara rangsangan dengan gerak
balas boleh diperkukuhkan melalui latihan.
Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan
dengan sesuatu gerak balas, semakin
kukuh gerak balas terlazim itu.

Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian
(rangsangan) setiap kali murid membuat hasil
kerja yang baik (gerak balas), maka gerak
balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan
dapat diteruskan walaupun tiada pujian
daripada guru.
Guru
perlu
kerap
memberikan
rangsangan
untuk
memperkukuhkan
gerak balas terlazim.
Guru boleh
memotivasikan muridnya
dengan ganjaran yang
sesuai supaya dapat
mengawal tingkah laku
yang dikehendaki dalam
proses pengajaran dan
pembelajarannya.

Sebagai contoh,
guru boleh memberi
motivasi dalam
bentuk pujian, hadiah
dan kata-kata
perangsang untuk
membentuk tingkah
laku yang diingini.

Guru juga boleh
meningkatkan motivasi muridmuridnya dengan
menyediakan suasana
pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan seperti
memulakan pengajaran dan
pembelajaran dengan set
induksi yang dapat menarik
perhatian murid.
Dalam proses pembelajaran juga,
generalisasi boleh berlaku di
mana murid dapat melakukan
tingkah laku yang sama di dalam
situasi yang berlainan.

Sebagai contoh, murid dapat
mengaplikasikan konsep wang yang
dipelajari di kelas ketika proses
jual beli di kantin atau di kedai
buku sekolah.
Dalam pembelajaran juga, penghapusan
boleh berlaku jika peneguhan tidak
diberikan.
Apabila seseorang guru berhenti
memberi ganjaran, prestasi muridnya
mungkin akan merosot.
Oleh itu, konsep pemulihan semerta
dapat membantu seseorang guru
meningkatkan keberkesanan
pengajarannya dengan memberikan
insentif semula kepada murid-murid
dengan mempelbagaikan hadiah,
aktiviti, alat bantu mengajar dan
projek untuk meningkatkan semula
semangat ingin belajar muridmurid.
TEORI JOHN BROADUS WATSON
Manusia mewarisi tiga jenis emosi
iaitu takut, marah dan kasih sayang.
Beliau berpendapat bahawa rasa
takut dan respons emosi lain boleh
diperoleh atau dihapuskan melalui
pelaziman.
Seperti kajian yang dijalankan
olehnya terhadap seorang bayi
berusia 9 bulan dengan seekor tikus
putih.
Memperkenalkan prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan
Prinsip kekerapan menekankan bahawa
semakin kerap seseorang menunjukkan
suatu respons terhadap suatu rangsangan,
semakin tinggi kemungkinan orang itu akan
memberikan respons (gerak balas) yang
sama terhadap rangsangan tersebut.

Prinsip ini membawa implikasi
bahawa murid perlu memahami
dan mengulangkaji setiap tajuk
dalam sesuatu mata pelajaran
dengan kerap bagi mengingati
kembali konsep-konsep
pelajaran dengan mudah.
Prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru respons
seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi
kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak
balas terhadap rangsangan itu.

Ini bermakna, setiap murid perlu membuat
ulang kaji dengan sempurna sebelum
menempuh peperiksaan bagi membolehkan
mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang
diulang kaji.

Sekiranya sesuatu tajuk itu lama tidak
diulangkaji, ia akan terhapus daripada
ingatan begitu sahaja. Oleh itu, seseorang
guru perlu memberikan latihan dengan kerap
untuk mengukuhkan ingatan murid.
TEORI EDWARD LEE THORNDIKE
Pembelajaran merupakan
proses cuba-ralat (trial and
error) atau memilih dan
menghubungkait (selecting
and connecting)

Apabila ganjaran diberi, gerak balas
yang terhasil akan berulang kerana sudah
berlakunya proses pembelajaran. Tetapi
jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas
tersebut akan hilang secara perlahanlahan.
Oleh itu, guru perlu menyediakan pelbagai sumber
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
mengagumkan agar proses pembelajaran yang
berkesan boleh berlaku.

Contohnya dengan
menggunakan ICT dan
audio atau video yang
menarik agar murid
dapat menjalani proses
pembelajaran dengan
berkesan.
Hukum Pembelajaran
1) Hukum Kesediaan
2) Hukum Latihan
3) Hukum Kesan
Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting
dan asas sebelum seseorang murid memulakan
pembelajaran.

Murid perlu
mempersiapkan
diri mereka
dari segi
mental, fizikal,
emosi, sosial
dan psikomotor
sebelum
pembelajaran
berlaku.

Faktor-faktor ini sangat
membantu dalam
mewujudkan aktiviti
pembelajaran yang aktif,
mudah, seronok dan
berkesan seterusnya
objektif pembelajaran
dapat dicapai dengan
mudah.
Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike
berpendapat bahawa perhubungan antara
rangsangan dengan gerak balas akan
bertambah kukuh jika latihan diberikan.

Semakin banyak latihan
yang diberi semakin
kukuh ikatan antara
rangsangan dengan gerak
balas seseorang murid.

Ini bermakna, untuk
meningkatkan perhubungan
antara rangsangan dan gerak
balas, seseorang murid
hendaklah diberi latihan dan
pengulangan untuk meningkatkan
keberkesanan pembelajaran.
Sebagai contoh, jika seseorang murid
diberi latihan Matematik yang banyak,
murid itu akan menjadi semakin mahir
dan tempoh masa untuk menyelesaikan
soalan matematik tersebut semakin
singkat.

Ini juga dapat mengukuhkan dan
meningkatkan kemahiran dan ingatan
mereka terhadap isi pembelajaran yang
telah dipelajari. Oleh itu, guru perlu
sentiasa memberikan latih tubi, kuiz
atau soal jawab yang menyeronokkan
supaya murid dapat mengukuhkan dan
meningkatkan keberkesanan
pembelajaran mereka.
Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara
rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika
terdapat kesan yang menyeronokkan. Manakala kesan yang
menyakitkan akan melemahkan perhubungan antara rangsangan
dan gerak balas.

Ini bermakna, sekiranya seseorang
murid mendapat kesan pembelajaran
yang menyeronokkan, ini akan
mendorong mereka memperolehi
pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya,
jika seseorang murid mendapat kesan
yang menyakitkan, gerak balas
tersebut akan semakin lenyap.
Oleh itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang
menyeronokkan dengan memberi ganjaran, motivasi dan
menyediakan peluang yang sama rata untuk semua murid
supaya mereka terdorong untuk belajar.

Guru juga perlu memastikan tugasan yang
diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat
menyelesaikannya dengan perasaan puas hati
seterusnya dapat meningkatkan motivasi
mereka untuk belajar.
Guru tidak boleh memandang rendah terhadap
kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru
perlu memberikan sokongan yang padu supaya
mereka tidak mudah putus asa dan akan terus
mencuba untuk mencapai kejayaan yang mereka
ingini.
Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak
balas yang baik dan peneguhan perlu
diberi kepada murid bagi membantu
murid menikmati perkembangan
yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.

More Related Content

PPT
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PPT
Perkembangan bahasa,2
PPTX
Teori Kognitif Lev vygotsky
PDF
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
PPTX
Pertumbuhan & perkembangan
PPTX
Banding beza pemikiran vygotsky dan piaget mengenai cara kanak kanak berfikir
PPTX
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
PPTX
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
Perkembangan bahasa,2
Teori Kognitif Lev vygotsky
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Pertumbuhan & perkembangan
Banding beza pemikiran vygotsky dan piaget mengenai cara kanak kanak berfikir
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.

What's hot (20)

DOCX
Jean jacques rousseau
PPTX
Teori tret allport
DOCX
Penyata razak 1956
PPT
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
PPTX
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
DOC
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
PPTX
falsafah pendidikan barat moden
PPTX
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
PPT
Perkembangan bahasa n kognitif
PPTX
Pengajian kurikulum model kurikulum
PPTX
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakk
PDF
Pemikiran pendidikan menurut al
DOCX
Sahsiah guru
PPTX
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
PDF
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
DOCX
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
PPTX
Perkembangan sosio emosi
PPTX
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
DOCX
Implikasi perkembangan kanak
DOCX
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Jean jacques rousseau
Teori tret allport
Penyata razak 1956
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
falsafah pendidikan barat moden
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Perkembangan bahasa n kognitif
Pengajian kurikulum model kurikulum
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakk
Pemikiran pendidikan menurut al
Sahsiah guru
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Perkembangan sosio emosi
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Implikasi perkembangan kanak
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Ad

Similar to Implikasi behaviorisme dalam pdp (20)

DOCX
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
PPT
Teori pembelajaran power point
DOCX
Pandangan ahli teoris behavioris
PDF
Implikasi teori p&p
PPS
Plus minus-interesting implikasi teori behavirous
PPT
Theory of teaching & learning
PPT
4875845 teori-pembelajaran
PPTX
TUTORIAL PETA MINDA TEORI PEMBELAJARAN (1) (1).pptx
PPTX
murid dan alam belajar - konsep pengajaran dan pembelajaran
PDF
Teori pembelajaran
PDF
Tugasan penulisan kumpulan web 2.0
PPTX
Presentation Topic 6 Psikologi
DOCX
PPTX
HDPS1103 E lecture 4.pptx
DOC
Behavouris (1)
DOC
Tugasan penulisan kumpulan web 2.0
DOC
Tugasan penulisan web 2.0
DOC
Tugasan penulisan web 2.0
DOCX
Prinsip prinsip belajar
DOCX
Behavioris
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
Teori pembelajaran power point
Pandangan ahli teoris behavioris
Implikasi teori p&p
Plus minus-interesting implikasi teori behavirous
Theory of teaching & learning
4875845 teori-pembelajaran
TUTORIAL PETA MINDA TEORI PEMBELAJARAN (1) (1).pptx
murid dan alam belajar - konsep pengajaran dan pembelajaran
Teori pembelajaran
Tugasan penulisan kumpulan web 2.0
Presentation Topic 6 Psikologi
HDPS1103 E lecture 4.pptx
Behavouris (1)
Tugasan penulisan kumpulan web 2.0
Tugasan penulisan web 2.0
Tugasan penulisan web 2.0
Prinsip prinsip belajar
Behavioris
Ad

More from Ainun Bariah Jaafar (12)

PPTX
Penyelesaian masalah bahagi soalan murid
PPTX
Penyelesaian masalah bahagi (semak jawapan)
DOCX
Analisis Data Murid bagi subjek Matematik
DOCX
Pemulihan Sifir 1 hingga 4
DOCX
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
DOCX
Unsur kecindan dalam bilik darjah
DOCX
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
DOCX
Refleksi MTE3109
PPTX
WARNA MEMPENGARUHI MURID
PPTX
Bentangan bongkah Tahun 3
PPTX
MATEMATIK BENTUK 2 DIMENSI
PPTX
Pendidikan jasmani pada zaman moden
Penyelesaian masalah bahagi soalan murid
Penyelesaian masalah bahagi (semak jawapan)
Analisis Data Murid bagi subjek Matematik
Pemulihan Sifir 1 hingga 4
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
Unsur kecindan dalam bilik darjah
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
Refleksi MTE3109
WARNA MEMPENGARUHI MURID
Bentangan bongkah Tahun 3
MATEMATIK BENTUK 2 DIMENSI
Pendidikan jasmani pada zaman moden

Recently uploaded (20)

DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Budidaya Kelas XII SMA Terbaru 2025
PDF
BukuKeterampilanMengajar-MNCPublishing2019.pdf
PPTX
3. Membuat Peta Konsep Kecerdasan Artifisial.pptx
DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Rekayasa Kelas 12 Terbaru 2025
PDF
Modul Ajar Deep Learning IPAS Kelas 6 Kurikulum Merdeka
PDF
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Inggris Kelas 6 Kurikulum Merdeka
PPTX
Berpikir_Komputasional_Kelas5_IlustrasiKosong.pptx
DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam Pai & Bp Kelas 10 Terbaru 2025
PDF
Konsep Dasar Nifas, Neonatus, Bayi, Balita dan Anak Pra Sekolah.pdf
DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Kerajinan Kelas XII SMA Terbaru 2025
PPTX
Keusahawanan dan Perniagaan Islam - Dr Mohd Adib Abd Muin 20 Ogos 2025.pptx
PPTX
ppt_bola_basket_kelas x sma mata pelajaran pjok.pptx
DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Rekayasa Kelas XII SMA Terbaru 2025
PDF
RPP Pelajaran Mendalam deep learning IPA
DOCX
Lembar Kerja 02 analisis studi kasus Inkuiri Kolaboratif.docx
PPTX
MODUL 2 LK 2.1.pptx MODUL 2 LK 2.1.pptx MODUL 2 LK 2.1.pptx
PDF
Laktasi dan Menyusui (MK Askeb Esensial Nifas, Neonatus, Bayi, Balita dan Ana...
PDF
RPM BAHASA INDONESIA KELAS 7 TEKS DESKRIPSI.pdf
PDF
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Indonesia Kelas 6 Kurikulum Merdeka
PDF
Laporan Hibah dengan menggunakan NVivo.pdf
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Budidaya Kelas XII SMA Terbaru 2025
BukuKeterampilanMengajar-MNCPublishing2019.pdf
3. Membuat Peta Konsep Kecerdasan Artifisial.pptx
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Rekayasa Kelas 12 Terbaru 2025
Modul Ajar Deep Learning IPAS Kelas 6 Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Inggris Kelas 6 Kurikulum Merdeka
Berpikir_Komputasional_Kelas5_IlustrasiKosong.pptx
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam Pai & Bp Kelas 10 Terbaru 2025
Konsep Dasar Nifas, Neonatus, Bayi, Balita dan Anak Pra Sekolah.pdf
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Kerajinan Kelas XII SMA Terbaru 2025
Keusahawanan dan Perniagaan Islam - Dr Mohd Adib Abd Muin 20 Ogos 2025.pptx
ppt_bola_basket_kelas x sma mata pelajaran pjok.pptx
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Rekayasa Kelas XII SMA Terbaru 2025
RPP Pelajaran Mendalam deep learning IPA
Lembar Kerja 02 analisis studi kasus Inkuiri Kolaboratif.docx
MODUL 2 LK 2.1.pptx MODUL 2 LK 2.1.pptx MODUL 2 LK 2.1.pptx
Laktasi dan Menyusui (MK Askeb Esensial Nifas, Neonatus, Bayi, Balita dan Ana...
RPM BAHASA INDONESIA KELAS 7 TEKS DESKRIPSI.pdf
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Indonesia Kelas 6 Kurikulum Merdeka
Laporan Hibah dengan menggunakan NVivo.pdf

Implikasi behaviorisme dalam pdp

  • 1. IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK ISL MINGGU 11 AINUN BARIAH BINTI JAAFAR NOR AMIRAH BINTI EDDIE EFFENDI ONG NUR AZWA BINTI AZMAN SYAHIRAH BINTI MOHD JEFFERY
  • 3. TEORI IVAN PETROVICH PAVLOV Pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima akan menimbulkan suatu gerak balas.
  • 4. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Guru perlu kerap memberikan rangsangan untuk memperkukuhkan gerak balas terlazim.
  • 5. Guru boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi muridmuridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid.
  • 6. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah.
  • 7. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep pemulihan semerta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar muridmurid.
  • 8. TEORI JOHN BROADUS WATSON Manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau berpendapat bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan melalui pelaziman. Seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap seorang bayi berusia 9 bulan dengan seekor tikus putih. Memperkenalkan prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan
  • 9. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan tersebut. Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah.
  • 10. Prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas terhadap rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulang kaji dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu lama tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja. Oleh itu, seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan murid.
  • 11. TEORI EDWARD LEE THORNDIKE Pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting) Apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahanlahan.
  • 12. Oleh itu, guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan.
  • 13. Hukum Pembelajaran 1) Hukum Kesediaan 2) Hukum Latihan 3) Hukum Kesan
  • 14. Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Murid perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan psikomotor sebelum pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini sangat membantu dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan berkesan seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah.
  • 15. Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike berpendapat bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan. Semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid. Ini bermakna, untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas, seseorang murid hendaklah diberi latihan dan pengulangan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
  • 16. Sebagai contoh, jika seseorang murid diberi latihan Matematik yang banyak, murid itu akan menjadi semakin mahir dan tempoh masa untuk menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat. Ini juga dapat mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran dan ingatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, guru perlu sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang menyeronokkan supaya murid dapat mengukuhkan dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran mereka.
  • 17. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Manakala kesan yang menyakitkan akan melemahkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna, sekiranya seseorang murid mendapat kesan pembelajaran yang menyeronokkan, ini akan mendorong mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jika seseorang murid mendapat kesan yang menyakitkan, gerak balas tersebut akan semakin lenyap.
  • 18. Oleh itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dengan memberi ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat menyelesaikannya dengan perasaan puas hati seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Guru tidak boleh memandang rendah terhadap kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokongan yang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba untuk mencapai kejayaan yang mereka ingini.
  • 19. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Editor's Notes

  • #12: Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Ini bermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran.