PEMBELAJARAN KOPERATIF


      Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam
kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 –
4 orang ahli. Kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli adalah yang paling sesuai. Ciri
yang paling penting dalam pembelajaran ini adalah kejayaan ahli-ahli kumpulan
bergantung antara satu sama lain. Ahli-ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai
tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi setiap
ahli dalam kumpulannya.


      Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan,
antaranya ialah dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi pencapaian akademik
kepekaan positif kepada kepelbagaian, dan Pemantapan kemahiran sosial.


      Pembelajaran koperatif berbeza daripada kerja kumpulan kerana ia mempunyai
beberapa prinsip asas. Prinsip pertama ialah saling bergantungan positif (Positive
Interdependence). Setiap pelajar mesti merasa nasib mereka adalah serupa dan saling
bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat kumpulan. Setiap
orang mesti mengambil berat tentang diri sendiri dan juga rakan lain dalam kumpulan
dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa cara untuk menstruktur saling
bergantungan positif. Antaranya ialah:


      i)Tetapkan matlamat kumpulan yang jelas.
      ii)Berikan ganjaran kepada ahli-ahli kumpulan.
      iii)Bahagikan bahan sumber di antara ahli-ahli kumpulan.
      iv)Berikan peranan sampingan kepada ahli-ahli kumpulan.


      Prinsip kedua ialah interaksi Bersemuka (Face To Face Interaction ). Ahli-ahli
kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain. Corak
interaksi di antara ahli-ahli kumpulan akibat daripada saling pergantungan positif yang
telah distrukturkan akan menggalakkan pembelajaran setiap ahli. Ini bermakna
sebanyak mungkin peluang dan masa perlu diberikan kepada pelajar-pelajar untuk
berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka membantu, menggalak, dan seterusnya
meningkatkan usaha di antara satu sama lain bagi mencapai tahap pembelajaran yang
maksimum.




       Prinsip ketiga pula ialah akauntibiliti Individu ( Individual Accountability). Setiap
ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatif bukanlah
hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan
memastikan bahawa setiap ahli kumpulan akan menjadi individu yang berkebolehan. Ini
bermakna setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secara koperatif, setiap ahli
kumpulan mesti berjaya menyiapkan tugasan yang berserupa secara bersendirian.
Cara menstruktur akauntibiliti individu ialah:


       i)Memberi ujian individu kepada semua pelajar.
       ii)Memilih secara rawak salah seorang daripada ahli untuk menerangkan
       jawapan kumpulan.
       iii)Memilih secara rawak satu salinan laporan daripada ahli-ahli kumpulan untuk
       digredkan.


       Penglibatan    saksama     merupakan      pinsip   keempat.   Kemahiran-kemahiran
koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan individu lain tidak wujud secara
automatik apabila ia diperlukan. Ahli-ahli setiap kumpulan mesti diajar dan juga
didorong untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk
mewujudkan kumpulan yang produktif.
Contoh-contoh kemahiran koperatif ialah:


       i)Mengikut giliran untuk membuat kerja.
       ii)Memberi galakan kepada kumpulan.
       iii)Mendengar dengan teliti.
       iv)Menerangkan pendapat sendiri dengan jelas.
       v)Mengkritik idea tanpa mengkritik orang yang memberi idea.
Prinsip kelima ialah pemprosesan Kumpulan ( Group Processing ). Ia juga
dikenali sebagai membuat refleksi. Proses interaksi dalam kumpulan membolehkan
pergantungan dan penyelesaian masalah antara ahli kumpulan dijalankan dengan
berkesan. Ini dapat dilihat di akhir perbincangan atau aktiviti pengajaran. Perlakuan
yang baik harus diamalkan manakala kelemahan dalam kumpulan harus diperbaiki
pada pengajaran yang akan datang. Proses ini memadai jika dilakukan sekali-sekala.


       Seterusnya kemahiran sosial merupakan prinsip ke-enam. Setiap ahli kumpulan
peulu mempunyai kemahiran sosial untuk membolehkan kumpulan koperatif berjalan
dengan jayanya. Kagan (91992) menghujahkan kepentingan kemahiran social.
Antaranya ialah lebih ramai pelajar lepasan sekolah yang gagal memperolehi kerja
pertama kerana kekurangan kemahiran sosial daripada pelajar yang kekurangan
kemahiran teknikal, pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaan
hidup hari ini, dan pelajar bukan sahaja perlu boleh menyelesaikan masalah, mereka
juga perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling
kebergantungan dan kerja bersukan adalah amalan biasa.


       Prinsip terakih ialah interaksi serentak (IS). IS berlaku bila mana bekerja atau
terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam kelas tradisional,
interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun manakala
dalam kelas koperatif, perbincangan boleh berlaku dalam setiap kumpulan pada masa
yang   sama.   IS   juga   mempertingkatkan    penglibatan   aktif   setiap   murid   dan
mempertingkatkan potensi belajar setiap pelajar.


       Setiap prinsip dalam pembelajaran koperatif model Kagan boleh dicapai
menerusi salah satu daripada beberapa kemahiran. Antaranya ialah Think-
Pair-Share, Round Robin, Persemukaan (Trade a Problem), dan dengan
Pembahagian tugas (Assigning Roles).
Kemahiran pertama ialah Think-Pair-Share. Dalam kemahiran ini
pelajar akan diberi satu soalan dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya
secara bersendirian untuk jangkamasa tertentu. Kemudian, secara
berpasangan, mereka akan membandingkan jawapan-jawapan mereka dan
mempersembahkannya di dalam kelas.

      Round Robin merupakan kemahiran kedua. Di dalam struktur ini, setiap
pelajar memberikan idea setiap kali sampai giliran mereka. Kemahiran ketiga
ialah persemukaan (Trade a Problem). Di dalam struktur ini, setiap pasukan
memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad. Sebelah depan kad yang
mengandungi soalan dilabelkan sebagai “S” dan bahagian belakang kad yang
mengandungi jawapan dilabelkan sebagai “J”. Ahli kumpulan A akan
menayangkan “J” apabila tiada jawapan tepat yang diterima dari kumpulan B.

      Kemahiran terakhir ialah pembahagian tugas (Assigning Roles). Di dalam
struktur ini, setiap ahli diberikan peranan masing-masing, contohnya, pencatat idea,
memanjangkan idea kumpulan kepada kumpulan lain dan sebagainya.


      Pembelajaran koperatif menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan
membina realiti hidup dalam era sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di
samping membentuk „independent thinkers‟, pembelajaran koperatif juga berusaha ke
arah membentuk kemahiran berinteraksi, hormat-menghormati dan berkomunikasi
secara positif dalam masyarakat.

More Related Content

PDF
28.9 pembelajaran koperatif
PDF
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran
PDF
Pembelajarankoperatif1
DOC
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
PDF
Unit 7 koperatif
DOC
Ulangkaji+2+edu3108
PDF
Koperatif_Kolaboratif
DOC
tesis : add bab 2
28.9 pembelajaran koperatif
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran
Pembelajarankoperatif1
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Unit 7 koperatif
Ulangkaji+2+edu3108
Koperatif_Kolaboratif
tesis : add bab 2

Viewers also liked (18)

DOCX
Budget for birthday party
DOC
Kbkk assigment 2
DOC
Guia arquitectura
PPT
DOC
DOCX
Kertas kerja tina
PPT
PPTX
Gerko badminton memanaskan badan
PPT
PPTX
PPTX
PPT
Kemahiran berfikir
DOC
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
DOC
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
DOCX
PDF
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
Budget for birthday party
Kbkk assigment 2
Guia arquitectura
Kertas kerja tina
Gerko badminton memanaskan badan
Kemahiran berfikir
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
Ad

Similar to Kbkk assigment (20)

DOC
66819593 model-pengajaran-k operatif
DOC
Model+pengajaran+k operatif
PDF
Pembelajaran kooperatif
PPTX
Reflection and feedback
DOCX
article review
PPT
Bab 3 sambungan
PPT
Bab 3 sambungan
DOCX
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Rally Robin (Nota)
DOCX
Edu 3103 soalan 2
PPT
Adakah Anda Akan Bersatu???
PPT
Bab 3 sambungan
PDF
PDF
Numbered Heads Together
DOC
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
DOCX
Uji minda
DOCX
Edu 3103 soalan 1
DOCX
Proposal rbt 12koperatif
PPSX
Pengurusan bilik darjah
PDF
Model assure 1
PPT
66819593 model-pengajaran-k operatif
Model+pengajaran+k operatif
Pembelajaran kooperatif
Reflection and feedback
article review
Bab 3 sambungan
Bab 3 sambungan
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Rally Robin (Nota)
Edu 3103 soalan 2
Adakah Anda Akan Bersatu???
Bab 3 sambungan
Numbered Heads Together
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Uji minda
Edu 3103 soalan 1
Proposal rbt 12koperatif
Pengurusan bilik darjah
Model assure 1
Ad

More from Tinagaran Magisparan (16)

DOC
penghantar pendidikan
DOCX
Kbkk assigment
DOC
DOCX
DOCX
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
PPTX
DOCX
DOCX
DOCX
DOCX
Chinese new year
DOCX
Hari raya aidilfitri
PPT
penghantar pendidikan
Kbkk assigment
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
Chinese new year
Hari raya aidilfitri

Recently uploaded (15)

PPT
Kuliah 10 VTE3013 - Kajian Tindakan 3 - MENULIS PROPOSAL UNTUK KAJIAN TINDAK...
PPTX
Lembaran Ikan Untuk Murid Pra Sekolah.pptx
PPTX
kerjaya_forensik_ tahap rendah slide.pptx
PPT
BBM Kemahiran Pemulihan- Perkataan 16-KVKK.ppt
PPTX
KONFLIK PERSEMPADANAN BERTINDIH DI MALAYSIA.pptx
PDF
kuiz merdeka . soalan mudah. MERDEKA 2025
PPTX
NOR SHAKIRA-PDPP1.20.pptx IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
PDF
MyPPSM_SSPA_Cuti_Tanpa_Rekod_Kelompok.pdf
PPTX
BAB 1 KERAJAAN ALAM MELAYU SEJARAH TINGKATAN 2
PPTX
Pembentangan Kumpulan satu SEJARAH sekolah rendah
PDF
gambar sudut baca kelas 1 untuk digunakan
PPTX
Subjek MPU3221- PENGURUSAN MESYUARAT.pptx
PDF
SLIDE PENGURUSAN CUTI kakitangan awam2018.pdf
PPTX
SOALAN BAB 1 TINGKATAN 4.pptx 444444444444444444
PPTX
PA Semester 1 Info Grafik Jenayah Jenayah Siber @CNM.pptx
Kuliah 10 VTE3013 - Kajian Tindakan 3 - MENULIS PROPOSAL UNTUK KAJIAN TINDAK...
Lembaran Ikan Untuk Murid Pra Sekolah.pptx
kerjaya_forensik_ tahap rendah slide.pptx
BBM Kemahiran Pemulihan- Perkataan 16-KVKK.ppt
KONFLIK PERSEMPADANAN BERTINDIH DI MALAYSIA.pptx
kuiz merdeka . soalan mudah. MERDEKA 2025
NOR SHAKIRA-PDPP1.20.pptx IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
MyPPSM_SSPA_Cuti_Tanpa_Rekod_Kelompok.pdf
BAB 1 KERAJAAN ALAM MELAYU SEJARAH TINGKATAN 2
Pembentangan Kumpulan satu SEJARAH sekolah rendah
gambar sudut baca kelas 1 untuk digunakan
Subjek MPU3221- PENGURUSAN MESYUARAT.pptx
SLIDE PENGURUSAN CUTI kakitangan awam2018.pdf
SOALAN BAB 1 TINGKATAN 4.pptx 444444444444444444
PA Semester 1 Info Grafik Jenayah Jenayah Siber @CNM.pptx

Kbkk assigment

  • 1. PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 – 4 orang ahli. Kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli adalah yang paling sesuai. Ciri yang paling penting dalam pembelajaran ini adalah kejayaan ahli-ahli kumpulan bergantung antara satu sama lain. Ahli-ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi setiap ahli dalam kumpulannya. Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi pencapaian akademik kepekaan positif kepada kepelbagaian, dan Pemantapan kemahiran sosial. Pembelajaran koperatif berbeza daripada kerja kumpulan kerana ia mempunyai beberapa prinsip asas. Prinsip pertama ialah saling bergantungan positif (Positive Interdependence). Setiap pelajar mesti merasa nasib mereka adalah serupa dan saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat kumpulan. Setiap orang mesti mengambil berat tentang diri sendiri dan juga rakan lain dalam kumpulan dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa cara untuk menstruktur saling bergantungan positif. Antaranya ialah: i)Tetapkan matlamat kumpulan yang jelas. ii)Berikan ganjaran kepada ahli-ahli kumpulan. iii)Bahagikan bahan sumber di antara ahli-ahli kumpulan. iv)Berikan peranan sampingan kepada ahli-ahli kumpulan. Prinsip kedua ialah interaksi Bersemuka (Face To Face Interaction ). Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain. Corak interaksi di antara ahli-ahli kumpulan akibat daripada saling pergantungan positif yang telah distrukturkan akan menggalakkan pembelajaran setiap ahli. Ini bermakna sebanyak mungkin peluang dan masa perlu diberikan kepada pelajar-pelajar untuk
  • 2. berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka membantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di antara satu sama lain bagi mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Prinsip ketiga pula ialah akauntibiliti Individu ( Individual Accountability). Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa setiap ahli kumpulan akan menjadi individu yang berkebolehan. Ini bermakna setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secara koperatif, setiap ahli kumpulan mesti berjaya menyiapkan tugasan yang berserupa secara bersendirian. Cara menstruktur akauntibiliti individu ialah: i)Memberi ujian individu kepada semua pelajar. ii)Memilih secara rawak salah seorang daripada ahli untuk menerangkan jawapan kumpulan. iii)Memilih secara rawak satu salinan laporan daripada ahli-ahli kumpulan untuk digredkan. Penglibatan saksama merupakan pinsip keempat. Kemahiran-kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan individu lain tidak wujud secara automatik apabila ia diperlukan. Ahli-ahli setiap kumpulan mesti diajar dan juga didorong untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulan yang produktif. Contoh-contoh kemahiran koperatif ialah: i)Mengikut giliran untuk membuat kerja. ii)Memberi galakan kepada kumpulan. iii)Mendengar dengan teliti. iv)Menerangkan pendapat sendiri dengan jelas. v)Mengkritik idea tanpa mengkritik orang yang memberi idea.
  • 3. Prinsip kelima ialah pemprosesan Kumpulan ( Group Processing ). Ia juga dikenali sebagai membuat refleksi. Proses interaksi dalam kumpulan membolehkan pergantungan dan penyelesaian masalah antara ahli kumpulan dijalankan dengan berkesan. Ini dapat dilihat di akhir perbincangan atau aktiviti pengajaran. Perlakuan yang baik harus diamalkan manakala kelemahan dalam kumpulan harus diperbaiki pada pengajaran yang akan datang. Proses ini memadai jika dilakukan sekali-sekala. Seterusnya kemahiran sosial merupakan prinsip ke-enam. Setiap ahli kumpulan peulu mempunyai kemahiran sosial untuk membolehkan kumpulan koperatif berjalan dengan jayanya. Kagan (91992) menghujahkan kepentingan kemahiran social. Antaranya ialah lebih ramai pelajar lepasan sekolah yang gagal memperolehi kerja pertama kerana kekurangan kemahiran sosial daripada pelajar yang kekurangan kemahiran teknikal, pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaan hidup hari ini, dan pelajar bukan sahaja perlu boleh menyelesaikan masalah, mereka juga perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling kebergantungan dan kerja bersukan adalah amalan biasa. Prinsip terakih ialah interaksi serentak (IS). IS berlaku bila mana bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun manakala dalam kelas koperatif, perbincangan boleh berlaku dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. IS juga mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap pelajar. Setiap prinsip dalam pembelajaran koperatif model Kagan boleh dicapai menerusi salah satu daripada beberapa kemahiran. Antaranya ialah Think- Pair-Share, Round Robin, Persemukaan (Trade a Problem), dan dengan Pembahagian tugas (Assigning Roles).
  • 4. Kemahiran pertama ialah Think-Pair-Share. Dalam kemahiran ini pelajar akan diberi satu soalan dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya secara bersendirian untuk jangkamasa tertentu. Kemudian, secara berpasangan, mereka akan membandingkan jawapan-jawapan mereka dan mempersembahkannya di dalam kelas. Round Robin merupakan kemahiran kedua. Di dalam struktur ini, setiap pelajar memberikan idea setiap kali sampai giliran mereka. Kemahiran ketiga ialah persemukaan (Trade a Problem). Di dalam struktur ini, setiap pasukan memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad. Sebelah depan kad yang mengandungi soalan dilabelkan sebagai “S” dan bahagian belakang kad yang mengandungi jawapan dilabelkan sebagai “J”. Ahli kumpulan A akan menayangkan “J” apabila tiada jawapan tepat yang diterima dari kumpulan B. Kemahiran terakhir ialah pembahagian tugas (Assigning Roles). Di dalam struktur ini, setiap ahli diberikan peranan masing-masing, contohnya, pencatat idea, memanjangkan idea kumpulan kepada kumpulan lain dan sebagainya. Pembelajaran koperatif menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan membina realiti hidup dalam era sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di samping membentuk „independent thinkers‟, pembelajaran koperatif juga berusaha ke arah membentuk kemahiran berinteraksi, hormat-menghormati dan berkomunikasi secara positif dalam masyarakat.