Manual Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menilai kompetensi, potensi, dan keberhasilan pegawai perkhidmatan pendidikan. Dokument ini membincangkan aspek seperti matlamat, objektif, komponen penilaian, struktur jawatankuasa, serta proses pelantikan pegawai penilai dan pegawai yang dinilai. PBPPP telah dilaksanakan secara menyeluruh pada tahun 2016 untuk menggantikan sistem penilaian sebelumnya dan diselaraskan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.