SlideShare a Scribd company logo
Model Konstruktivisme 5-Fasa


Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in
Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran
melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea
asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang
sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk
mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru
yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea
ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea
baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan
idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid
membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid
membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses
pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat
memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-


 Bil   Fasa                 Tujuan/Kegunaan                      Kaedah
  I    Orientasi            Menimbulkan minat dan                Amali penyelesaikan masalah
                            menyediakan suasana                  sebenar, tunjukcara oleh guru,
                                                                 tayangan filem, video dan
                                                                 keratan akhbar
  II   Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar               Amali, perbincangan dalam
                       tentang idea terdahulu                    kumpulan kecil, pemetaan konset
                                                                 dan laporan
 III   Penstrukturan        Mewujudkan kesedaran tentang
       semula idea          idea alternatif yang berbentuk
                            saintifik.
                            Menyedari bahawa idea-idea sedia
                            ada perlu diubahsuai,
                            diperkembangkan atau diganti
                            dengan idea yang lebih saintifik.

                            Mengenalpasti idea-idea alternatif
       i. Pernjelasan dan
                            dan memeriksa secara kritis idea- Perbincangan dalam kumpulan
       pertukaran                                             kecil dan buat laporan
                            idea sedia ada sendiri
                            Menguji kesahan idea-idea sedia
       ii. Pendedahan
                            ada
       kepada situasi
       konflik                                                   Perbincangan, pembacaan, input
Pengubahsuaian, pemgembangan       guru.
        iii. Pembinaan   atau penukaran idea
        idea baru                                           Amali, kerja projek, eksperimen,
                         Menguji kesahan untuk idea-idea    tunjukcara guru
        iv. Penilaian    baru yang dibina
 IV     Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah Penulisan sendiri kerja projek
                        dibina dalam situasi baru dan biasa
  V     Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea Penulisan kendiri, perbincangan
                         murid. Murid dapat membuat        kumpulan, catatan peribadi dan
                         refleksi sejauh manakah idea asal
                         mereka telah berubah.



                          Teori Konstruktivisme


   1.   Pengenalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi
murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan
seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di
antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran
dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai
kebolehan dan minat.

Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara
bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu
diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan
pengabstrakan.

   2. Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan
disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak
begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan
daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu
pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada
usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid
sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan
menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui
murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea
dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang
hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan
miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal
mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan
seperti yang dikehendaki oleh guru.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik
yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau
membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan
murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan
berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian,
penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan
tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada
pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan
model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata
murid.

   3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme.
Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara
objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan
tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi
sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran
dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid.
Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk
menghuraikan fenomena yang diperhatikan.

Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa
yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya.
Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat
oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan
menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan
guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang
produktif dan berpengetahuan luas.

Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam
menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi
dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka
menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan
hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses
berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama
menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses
ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti
menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi

Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik
sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru
akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru
akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta
berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan
pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.

Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu
sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap
pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar
bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara
bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah
berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh
diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru
bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan
bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.

Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam
pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang
dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama
dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan,
soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi
hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal
soalan sahaja.

Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah
dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah
peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.

Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli
objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas
dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu
yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting
dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang
untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari.
Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran mereka.

Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal
disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.

Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru
untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa
yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru
dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya
tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.

Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan


                                Objektivisme                       Konstruktivisme

Tanggapan Utama    Pengetahuan wujud bebas dari          Pengetahuan bukan objektif, apa
                   persekitaran dalaman dan luaran       yang kita benar-benar tahu dan
                   pelajar                               faham hanyalah persepsi kit. Ia
                                                         ditentukan oleh kita semua.
                                                         Pengetahuan tidak mempunyai
                                                         struktur mutlak
Kesan              Guru menolong murid membina           Guru menolong murid membina
                   pengetahuan dan rangka konteks di     kefahaman baru dan menolong murid
                   mana ia wujud. Mereka mengguna        merakamkannya ke dalam struktur
                   analogi, contoh dan pelbagai kaedah   kognitif sedia ada. Mereka
                   mengingat. Mereka tanya soalan        melakukannya dengan menolong murid
                   untuk membantu murid                  membentuk analogi, contoh dan
                                                         kaedah mengingat murid sendiri, dan
                                                         guru menolong murid membentuk
                                                         soalan yang perlu ditanya bagi
                                                         membimbing mereka ke arah
kefahaman yang lebih tinggi
Respons Guru   "ada perkara yang anda hendak tahu "Ada perkara yang anda hendak tahu
               dan saya akan ajar kepada anda apa dan saya akan tolong anda
               yang saya tahu"                      mengetahui bagaimana anda boleh
               "Saya ajari ini, mereka belajar ini" belajar mengenainya"
               "Pelajar ini sungguh bijak, mereka "Saya ajar ini, mereka belajar itu"
               belajar apa saja yang saya ajarkan" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka
                                                    belajar perkara yang saya tidak
                                                    pernah rancang untuk ajar mereka"
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5

More Related Content

PPT
Interaksi dalam pendidikan
PPT
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
PPTX
Model disiplin asertif canter
PPT
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
PPTX
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
PPT
Kaedah pembelajaran kontekstual
PPT
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
DOC
Model tingkah laku
Interaksi dalam pendidikan
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Model disiplin asertif canter
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Kaedah pembelajaran kontekstual
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Model tingkah laku

What's hot (20)

PPTX
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
PPT
4 model pengajaran
PPTX
Pembelajaran berasaskan masalah
PDF
2. edup2023 psikologi pendidikan
DOCX
Teori pembelajaran konstruktivisme
PPTX
Model model pengajaran
PPTX
Pengayaan
PDF
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
PPTX
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
DOCX
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
PPT
Teori pembelajaran gagne
PPTX
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
DOCX
Seni dalam pendidikan
PPTX
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
PPTX
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
PPTX
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
PPTX
Gaya pembelajaran honey & mumford
PPTX
Pengurusan disiplin bilik darjah skinner
PPTX
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
PPTX
Aspek seni bahasa &
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
4 model pengajaran
Pembelajaran berasaskan masalah
2. edup2023 psikologi pendidikan
Teori pembelajaran konstruktivisme
Model model pengajaran
Pengayaan
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Teori pembelajaran gagne
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
Seni dalam pendidikan
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Gaya pembelajaran honey & mumford
Pengurusan disiplin bilik darjah skinner
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Aspek seni bahasa &

Viewers also liked (20)

DOCX
Rancangan pengajaran harian
DOCX
Rph assig sem 2.1 (slideshare)
DOCX
Rph psk t4 interaksi k0muniti sek0lah
DOCX
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
PDF
Murid dan pembelajaran
DOCX
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
PPT
Bab 5 Air dan Larutan
DOCX
Teori belajar fix
PPTX
Rancangan pengajaran harian sains tahun 2
PDF
Rph sains t2
DOCX
5 e model lesson
DOCX
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIF
DOC
Rancangan pengajaran harian kssr sains tahun 4
PPTX
Aplikasi 5E dalam PNP
DOC
Rancangan Pengajaran Harian Sains Sukan Tingkatan 4 (Motivasi)
DOCX
Rancangan pengajaran kanak kanak
PPT
4. panduan penulisan ilmiah
DOCX
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
DOCX
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
PPTX
Teori kognitif
Rancangan pengajaran harian
Rph assig sem 2.1 (slideshare)
Rph psk t4 interaksi k0muniti sek0lah
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Murid dan pembelajaran
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Bab 5 Air dan Larutan
Teori belajar fix
Rancangan pengajaran harian sains tahun 2
Rph sains t2
5 e model lesson
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIF
Rancangan pengajaran harian kssr sains tahun 4
Aplikasi 5E dalam PNP
Rancangan Pengajaran Harian Sains Sukan Tingkatan 4 (Motivasi)
Rancangan pengajaran kanak kanak
4. panduan penulisan ilmiah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Teori kognitif

Similar to Model konstruktivisme 5 (20)

PPT
DOC
Prinsip teknoogi pengajaran
DOCX
Assigment prof madya dr christina l send
PDF
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
PPT
414320 konstruktivisme
PPT
414320 konstruktivisme
PDF
Pendekatan konstruktivisme
DOCX
Topic 6 konstruktivisme
DOCX
5 fasa needham
PPT
Konstructivisme
DOCX
Penaksiran tgsn 3
PPT
Konstruktivisme
DOCX
5 fasa needham
DOC
Assingment hbef3103 (autosaved)
DOCX
Teori pembelajaran konsruktivisme
DOCX
Teori pembelajaran konsruktivisme
PDF
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
PPT
Pengajaran berasaskan model konstruktivisme
Prinsip teknoogi pengajaran
Assigment prof madya dr christina l send
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
414320 konstruktivisme
414320 konstruktivisme
Pendekatan konstruktivisme
Topic 6 konstruktivisme
5 fasa needham
Konstructivisme
Penaksiran tgsn 3
Konstruktivisme
5 fasa needham
Assingment hbef3103 (autosaved)
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivisme
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Pengajaran berasaskan model konstruktivisme

More from Julia Tan (7)

DOCX
54672
DOCX
54676
PDF
Med brochure
DOC
Sukan forum 3
PPT
Rancangan Mengajar Harian
PDF
Penulisan berita
PDF
Penulisan catatan
54672
54676
Med brochure
Sukan forum 3
Rancangan Mengajar Harian
Penulisan berita
Penulisan catatan

Model konstruktivisme 5

  • 1. Model Konstruktivisme 5-Fasa Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif. Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:- Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah I Orientasi Menimbulkan minat dan Amali penyelesaikan masalah menyediakan suasana sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar II Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar Amali, perbincangan dalam tentang idea terdahulu kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan III Penstrukturan Mewujudkan kesedaran tentang semula idea idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik. Mengenalpasti idea-idea alternatif i. Pernjelasan dan dan memeriksa secara kritis idea- Perbincangan dalam kumpulan pertukaran kecil dan buat laporan idea sedia ada sendiri Menguji kesahan idea-idea sedia ii. Pendedahan ada kepada situasi konflik Perbincangan, pembacaan, input
  • 2. Pengubahsuaian, pemgembangan guru. iii. Pembinaan atau penukaran idea idea baru Amali, kerja projek, eksperimen, Menguji kesahan untuk idea-idea tunjukcara guru iv. Penilaian baru yang dibina IV Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah Penulisan sendiri kerja projek dibina dalam situasi baru dan biasa V Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea Penulisan kendiri, perbincangan murid. Murid dapat membuat kumpulan, catatan peribadi dan refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. Teori Konstruktivisme 1. Pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat. Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan. 2. Pengertian Konstruktivisime Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada
  • 3. usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid. 3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid.
  • 4. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan. Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas. Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan. Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri. Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi
  • 5. hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja. Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan. Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka. Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda. Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan Objektivisme Konstruktivisme Tanggapan Utama Pengetahuan wujud bebas dari Pengetahuan bukan objektif, apa persekitaran dalaman dan luaran yang kita benar-benar tahu dan pelajar faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak Kesan Guru menolong murid membina Guru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di kefahaman baru dan menolong murid mana ia wujud. Mereka mengguna merakamkannya ke dalam struktur analogi, contoh dan pelbagai kaedah kognitif sedia ada. Mereka mengingat. Mereka tanya soalan melakukannya dengan menolong murid untuk membantu murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah
  • 6. kefahaman yang lebih tinggi Respons Guru "ada perkara yang anda hendak tahu "Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa dan saya akan tolong anda yang saya tahu" mengetahui bagaimana anda boleh "Saya ajari ini, mereka belajar ini" belajar mengenainya" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka "Saya ajar ini, mereka belajar itu" belajar apa saja yang saya ajarkan" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka"