SARJANA MUDA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER 1/ SEPTEMBER 2020
MPU3323
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH LEARNING CENTRE
TUGASAN 1
PENGENALAN
Istilah Tamadun berasal dari perkataan Arab dan perkataan Tamadun itu sendiri digunakan
di Malaysia sehingga kini. Terdapat pelbagai jenis tamadun diantaranya Tamadun Islam,
Tamadun China, Tamadun India dan tamadun-tamadun yang lain. Merujuk kepada Tamadun
China, ia mempunyai kesan sejarah dan banyak memberi sumbangan kepada tamadun-
tamadun lain di dunia daripada pelbagai perspektif, antaranya ekonomi, ketenteraan, pertanian
dan sebagainya kerana ilmu dan hasil penyelidikan serta penciptaan yang menakjubkan.
Kefahaman kepercayaan agama adalah aspek penting dalam masyarakat China kerana
mereka menganut pelbagai aliran agama tetapi berkait rapat dengan adat dan tradisi mereka.
Masyarakat China akan berpandukan kepada ahli falsafah kerana kefahaman mereka berlainan
satu sama lain pada ketika itu. Tamadun China mempengaruhi perkembangan Sains Islam yang
digunapakai sehingga ke hari ini. Salah satu kemajuan teknologi kepada Tamadun China adalah
pembinaan Tembok Besar China. Tamadun China bermula sejak tahun 2000 sebelum masihi
dengan pembentukan dinasti paling awal daripada kebudayaan Neolitik Lembah Sungai Hwang
Ho (Sundra Raja & Letchumanan, 1999). Dinasti Chang adalah dinasti yang pertama di kesan
oleh sejarawan.
Kung Fu Panda 2008 menceritakan bagaimana si panda yang berbadan besar yang bermimpi
dan berangan-angan untuk menjadi pendekar kung fu yang hebat yang dikenali di mata
masyarakat. Melalui cerita yang berdurasi selama 1 jam 32 minit ini, sesiapa saja yang dipilih
oleh Master Oogway akan menjadi Dragon Warrior dan dapat memiliki Dragon Scroll. Dragon
Scroll ini adalah mengandungi satu resepi rahsia untuk menjadi kesatria yang hebat. untuk
mengalahkan Tailung yang berdendam kerana Master Oogway tidak memilihnya menjadi
Dragon Warrior. Sepanjang penceritaan ini, dapatlah dilihat bagaimana pengarah filem ini cuba
menerapkan pelbagai unsur dan aspek Tamadun China. Hatta, unsur-unsur tersebut masih
kekal relevan sehingga kini kepada peradaban dunia.
a. Sumbangan tamadun China kepada peradaban dunia.
Ilmu Perubatan
Bidang perubatan Cina telah mula berkembang sejak 10 000 tahun yang dahulu. Amalan
perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian
terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Bidang ini selalu dikaitkan dengan
konsep Ying dan Yang yang membawa maksud juga merujuk kepada kestabilan alam yang
berperanan menjelaskan kosep kesihatan manusia. Ketidakseimbangan antara dua kosep ini
akan membawa kepada penyakit yang menyerang tubuh badan manusia. Melalui konsep ini,
darah dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan manusia
dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan tanah,
paru-paru dengan logam dan buah pinggang dengan air.
Dengan berpandukan cerita ini, dapat dilihat pada minit yang ke 00:38:40, salah seorang
daripada The Furious Five merawat Po dengan menggunakan kaedah akupuntur. Secara amnya,
melalui perubatan Cina, penyakit boleh dirawat melalui tiga rawatan utama iaitu, material
medica, moksibusi dan akupuntur. Rawatan akupuntur dilakukan dengan memasukkan benda
yang tajam ataupun jarum ke tempat- tempat yang tertentu. Jarum- jarum halus itu bertindak
sebagai ejen untuk mengeluarkan tenaga Qi. Jika tenaga ini terganggu, badan sesorang itu akan
merasa sakit. Tenaga Qi akan mengeluarkan segala rasa sakit dalam badan dan seterusnya
memberi kelegaan dan menyembuhkan segala penyakit. Oleh itu, bahan-bahan yang diberikan
mestilah bersesuaian dengan unsur anggota yang tadi dalam proses penyediaan ubat.
Sehingga kini, rawatan akupuntur ini masih lagi digunakan dalam kalangan masyarakat China di
Malaysia. Selain itu juga, pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia seperti Melayu, India dan
lain-lain juga turut mengamalkan rawatan akupuntur ini. Walaupun di Malaysia rawatan
akupuntur ini masih baru dan dalam peringkat pengenalan, tetapi rawatan dan kaedah ini dapat
diterima pakai oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Dapatlah dilihat rawatan ini
mengalami perkembangan dari segi perubatannya. Ini kerana pada zaman dahulu hanyalah
menggunakan ketulan-ketulan batu sahaja berbanding sekarang yang menggunakan peralatan
yang tajam.
Seni Bina
Tamadun China sangat mementingkan penggunaan bahan binaan yang bersifat mesra alam.
Setiap bangunan yang dibina mengambil kira kedudukan dan susun atur yang terbaik mengikut
kuasa alam ataupun dikenali sebagai Fengshui. Seni bina tamadun cina mempunyai ciri-ciri yang
tertentu yang menjadikan seni binaan tersebut berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain.
Secara umumnya, istana raja, rumah ibadat dan taman-taman maharaja dibina melalui
penerapan seni Tamadun China.
Berdasarkan cerita yang berdurasi selama 1 jam 32 minit ini, dapat dilihat sepanjang
penceritaan ini menggambarkan sebuah perkampungan cina yang penuh dengan binaan-binaan
yang berasaskan tamadun cina. Contoh sumbangan seni bina dalam tamadun cina adalah Istana
Jade. Istana Jade merupakan tempat upacara untuk pemilihan pahlawan lagenda Dragon
Warrior. Istana ini terletak di satu bukit yang tinggi. Oleh kerana minat yang mendalam
terhadap The Furious Five, Po gagahkan diri untuk mendaki kaki bukit dengan membawa troli
yang dipenuhi dengan mi yang dimiliki oleh perniagaan ayahnya. Disitulah bagaimana Master
Oogway mendapat aura daripada Po untuk dijadikan Dragon Warrior.
Masyarakat Cina sangat berpegang teguh pada konsep Yin dan Yang. Disebabkan itulah,
pembinaan bangunan sangat berkait rapat dengan konsep Yin dan Yang serta Feng Shui. Warna
merah sentiasa menjadi asas dan kebiasaan dalam pembinaan bangunan-bangunan utama. Hal
ini kerana warna merah melambangkan sifat keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.
Antara contoh pembinaan lain yang masih kekal sehingga kini adalah Tembok Besar China.
Secara amnya, pembinaan bangunan cina mempunyai pelbagai ciri utama seperti ukiran di
bangunan yang berasakan gambar naga, harimau, singa dan sebagainya yang menghiasi dan
diukuri di dinding-dinding serta bangunan. Selain itu, bangunan-bangunan seperti istana dan
kuil juga dipagari dengan tembok besar yang mengelilingi bangunan-bangunan penting ini.
Seni Kung Fu
Tujuan utama Po berangan-angan untuk bertemu dengan The Furious Five adalah kerana minat
yang mendalam dalam seni pertahanan diri Kung Fu. Pada awal cerita ini, Po bermimpi
bergabung bersama-sama The Furious Five menggunakan teknik Kung Fu. Daripada mimpi
itulah Po mempunyai angan-angan yang tinggi untuk mempelajari seni pertahanan diri Kung Fu.
Kung Fu merupakan salah satu seni bela diri yang terkenal dikalangan masyarakat Cina. Ia
diasaskan untuk mempertahankan diri dalam keadaan yang bahaya dan mencabar.
Kung Fu mempunyai beberapa jurusan dan gerakan yang perlu dimahir oleh seseorang. Kung Fu
juga merupakan satu gerakan yang tangkas dan perlu fokus yang tinggi untuk mencapai
ilmunya. Contoh gerakan dalam Kung Fu adalah seperti melompat, menumbuk serta
menendang. Seni Kung Fu telah pun berkembang sejak dari Dinasti Shang & Zhou sehingga ke
Dinasti Song. Ketika zaman Dinasti Song, Kung Fu telah semakin berkembang dari segi jurusan,
set pergerakan dan kemahiran persenjataan.
Penglibatan dalam seni bela diri Kung Fu ini tidak boleh ditunjuk-tujuk kepada orang lain.
Penguasaanya hanyalah untuk mempertahankan diri dan bukanlah untuk menyakiti orang lain
ataupun salah menggunakan untuk kegunaan lain. Seperti contoh, walaupun Tailong mahir
dalam seni kung Fu, tetapi dia salah menggunakan seni itu untuk memperolehi Dragon Scroll.
Kesalahgunaannya telah membuatkan Tailong kalah dalam pertempuran bersama Po.
b. Nilai-nilai murni yang boleh diaplikasikan dalam konteks situasi Negara Malaysia.
Keazaman dan percaya diri
Sifat keazaman dan percaya tinggi ini dapat dilihat melalui watak utama cerita ini, iaitu Po
seekor panda yang berbadan besar. Po mempunyai sifat keazaman dan percaya diri yang tinggi.
Ini dapat dibuktikan dengan melihat pada minit yang ke 00:37. Walaupun Po sering diejek dan
diperlekehkan oleh kawan-kawannya, Po tidak pernah berputus asa dalam usaha untuk
mempelajari seni pertahanan diri “Kungfu”. Pada mulanya minat itu disimpan di dalam hati
demi menjaga hati bapanya yang merupakan seorang seorang peniaga mi. Tetapi akhirnya,
bapa Po terpaksa akur akan pilihan hati anaknya apabila beliau telah dipilih dan diangkat
sebagai “Dragon Warrior” oleh Master Oogway.
Sebagai seorang pelajar mahupun seorang pekerja, sifat ini haruslah diterapkan dalam diri. Hal
ini kerana, untuk merialisasikan sesebuah tugas seseorang haruslah mempunyai kegigihan dan
juga semangat yang berkobar-korbar untuk mencapai target yang dikehendaki. Seperti contoh,
seorang pekerja yang melanjutkan pelajaran sambil bekerja haruslah mencapai dua target
dalam satu masa. Objektif dalam pelajaran dan juga pekerjaan harus dicapai dalam pada masa
yang sama dengan memeiliki keazaman yang tinggi dan percaya diri bahawa objektif tersebut
boleh dicapai.
Saling bekerjasama
Bekerjasama bermaksud sifat kebergantungan antara satu sama lain. The Furious Five dan Po
memiliki sifat kerjasama dan nilai persahabatan yang sangat tinggi. Mereka sentiasa tolong
menolong antara satu sama lain apabila masalah dan dugaan menimpa mereka. The furious
Five telah berlatih seni Kung Fu bersama Shifu dengan bersungguh-sungguh. Po si panda juga
telah berlatih bersungguh-sungguh untuk memahirkan diri dalam seni Kung Fu. Mereka
memiliki sikap bekerjasama antara satu sama lain. Pada hari dimana Tailung Berjaya
melepaskan diri daripada penjara yang dikawal ketat, Tigress dengan nekadnya hendak
mengalahkan Tailung dan mengahalangnya daripada memasuki kawasan Istana Jade. Tetapi,
niatnya untuk mengalahkan Tailung dihalang oleh kawan-kawannya yang lain kerana mereka
juga ingin bersama-sama Tigress untuk pergi mengalahkan Tailung. Walaupun mereka gagal
untuk mengalahkan Tailung, tetapi usaha mereka itu dipuji oleh Master Shifu.
Bagi seorang pekerja mahupun seorang pelajar, sifat kerjasama antara kumpulan amatlah
penting. Sebagai contoh, tugasan yang diberikan secara berkumpulan haruslah diselesaikan
bersama-sama. Setiap dari seorang ahli kumpulan haruslah mengambil bahagian masing-
masing untuk merialisasikan objektif tersebut. Janganlah ada yang curi tulang dan sekadar
meletakkan dan mendapat nama dalam tugasan yang diberikan. Apa yang dapat disimpulkan
adalah, walau sesulit dan sesusah mana pun tugasan yang diberikan, jika ia dilakukan secara
bersama-sama tugasan tersebut akan menjadi senang untuk diselesaikan.
Sikap rendah diri
Sikap rendah diri dan tidak sombong dengan setiap pencapaian dan prestasi yang dicapai
haruslah satu sifat dan nilai murni yang harus diterapkan dalam diri seorang pekerja mahupun
seorang pelajar. Sikap rendah diri juga menghalang kita daripada tercetusnya sikap sombong
dan tamak dalam diri. Berdasarkan cerita Kung Fu Panda ini, Tailung memiliki sikap yang
bertentangan dengan sikap rendah diri ini. Dapatlah dilihat bagaimana Tailung tidak dapat
menerima hakikat bahawa dia tidak dipilih oleh Master Oogway sebagai Dragon Warrior.
Rentetan daripada peristiwa ini, Tailung menjadi seorang yang tamak dan lupa diri untuk
memiliki Dragon Scroll sehingga sanggup melawan Master Shifu yang membesarkan dia bagai
menatang minyak yang penuh. Disebabkan sikap yang tamak itu telah memakan diri nya dan
membawa kepada kemusnahan diri.
Selain itu juga, Tailung memandang rendah pada kebolehan Po. Ini kerana, Tailung menilai Po
hanya daripada luaran Po yang berbadan gendut sahaja. Tailung juga tidak percaya dan
meremehkan Po kerana telah dipilih sebagai Dragon Warrior. Disebabkan sikap yang bangga diri
yang tinggi ini, ianya telah membawa kemusnahan kepada diri Tailung sendiri dan tailing telah
pun kalah semasa pertempurannya dengan Po.
Nilai murni ataupun sikap rendah diri ini, jika diaplikasikan dalam diri setiap orang, ianya akan
memberikan kesan positif seperti sentiasa disenangi oleh masyarakat sekeliling dan juga
dihormati walau berbeza hierarki, pangkat mahupun status. Sebagai contoh, dalam sesebuah
organisasi, pemimpin yang mempunyai taraf hierarki yang tinggi tidaklah harus bersikap tinggi
diri sehingga tidak memandang masalah pekerja bawahan ataupun subordinat mereka. Seorang
ketua haruslah sentiasa mencampurkan diri dan bergaul dalam kalangan pekerja bawahan
mereka. Hal ini kerana, dengan cara yang demikian mereka dapat meluahkan segala masalah
yang mereka hadapi dengan hati yang tenang. Janganlah sesekali seorang yang mempunyai
jawatan ataupun status yang tinggi memandang rendah akan kebolehan orang lain. Mungkin
suatu hari nanti merekalah orang yang akan menolong kita atas kelebihan yang kita tidak tahu.
Dengan mempunyai sikap rendah diri ini, kita akan disegani dan sentiasa dihormati dalam
pelbagai situasi dan keadaan.
c. Dailog yang menyentuh perasaan
“Kemarin adalah sejarah, esok adalah misteri dan hari ini adalah anugerah”, (00:30:54)
Ketika Master Oogway menemui po sedang berehat di pohon buah pic keramat dari syurga, Po
terlihat sangat risau dan tidak percaya diri. Po hamper putus asa untuk belajar dan menguasai
seni tahan diri Kung Fu. Po berkata kepada Master Oogway bahawa lebih baik dia berhenti
untuk mempelajari Kung Fu kerana The Furious Five sangat membenci dan memperlekehkan Po
yang telah dipilih sebagai Dragon Warrior. Kata-kata negative yang dilemparkan oleh Lima
Bersaudara itu telah melemahkan semangat Po. Master Oogway juga berkata bahawa Po
sangat risau tentang apa yang telah dan yang akan berlaku.
Dialog ataupun pepatah ini akan menyentuh hati sesiapun yang mendengar kalimah berharga
ini. Hal ini kerana, pepatah “kemarin adalah sejarah, esok adalah misteri dan hari ini adalah
anugerah pada minit yang ke 00:30:57 boleh menaikkan kembali semangat dan membuatkan
seseorang itu berkobar-kobar untuk meneruskan apa yang mereka ingin capai. Kemarin adelah
sejarah membawa maksud apa yang telah berlaku janganlah kita toleh kembali kerana ianya
telah pun berlaku walau manis atau buruknya perkara itu. Esok adalah misteri. Apa yang akan
berlaku pada masa akan datang tidak lah dapat kita jangka dan haruslah kita meneruskan rutin
atau kehidupan seperti biasa tanpa merisaukan dan mengkhuatirkan akan ape yang akan
berlaku. Kemudian, hari ini adalah anugerah pula membawa maksud apa-apa pun yang berlaku
pada hari ini sebuah hadiah yang perlu kita syukuri. Konklusinya, Kegagalan masa lalu tidak
boleh membayangi langkah kita, demikian juga ketakutan akan masa depan. Hidup adalah
perbuatan. Berbuatlah hari ini, yakni hari yang telah dihadiahkan Tuhan pada kita.
“Tanda seorang kesatria yang sejati adalah kerendahan hatinya”, (01:02:15)
Setelah Po pulang dari latihan untuk memperbaikkan lagi seni tahan diri Kung Fu bersama
Master Shifu, Master Shifu memuji yang po telah berjaya dengan sempurna untuk menguasi
Kungfu. Beliau juga memesan dan menasihati Po agar tidak berbangga dengan ape yang dicapai
semasa latihan itu kerana tanda seorang kesatria yang sejati adalah kerendahan hatinya.
Dialog yang dipetik dari filem Kung Fu Panda pada minit yang ke 01:02:15 ini membawa maksud
bahawa, untuk menjadi seorang pahlawan yang sejati, haruslah diingat supaya sentiasa
merendahkan diri dan tidak terlalu bangga diri dengan apa yang kita kuasai dan miliki.
Sebagaimana Tailung yang mahir dengan seni tahan diri Kung Fu akhirnya membawa padah dan
keburukan pada diri kerana terlampau percaya dan memandang rendah akan kebolehan orang
lain. Sekaligus kalah dalam perlawanan bersama Po.
Pepatah dari Master Shifu ini merupakan suatu peringatan kepada sesiapa sahaja yang memiliki
kekuasaan ataupun kebolehan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Pengajaran yang boleh
diambil daripada dialog ini adalah, kita hendaklah sentiasa menerapkan sifat rendah diri dan
tidak menunjuk-nunjuk serta bangga diri. Selain tu, walau sebesar manapun kekuasaan yang
kita miliki dan setinggi mana pun status yang kita capai, janganlah sesekali memandang enteng
dan memandang rendah akan orang lain. Seorang pemimpin yang sebenar adalah seorang yang
sentiasa memiliki sifat rendah diri dan tidak terlalu mendabik dada sehingga tidak
menghiraukan masyarakat sekeliling yang memandang. Oleh itu, dialog ini sangatlah memberi
kesan ke dalam hati pembaca kerana ianya penuh dengan pengajaran yang tersurat tang boleh
kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.
“Untuk membuat sesuatu menjadi istimewa, kamu cuma perlu percaya bahawa itu memang
istimewa”, (1:09:28)
Setelah memiliki Dragon Scroll yang ditinggalkan oleh Master Oogway, Po terlihat sangat
kecewa kerana isi kandungannya adalah hanya selembar kertas kosong yang tidak mempunyai
apa-apa rahsia. Setelah menceritakan kekecewaan Po kepada ayahnya, ayah Po mula
menceritakan bahawa resepi rahsia sup buatnya adalah tidak mempunyai rahsia apa-apa
selama berkurun-kurun mereka berniaga mi. selama ini mereka hanyalah menyediakan mi sup
yang tidak mempunyai perencah rahsia dan sama sahaja dengan mi sup yang lainnya. Dari
situlah Po tersedar bahawa tiada resepi rahsia untuk menguasi sesuatu benda.
Untuk Berjaya dalam sesuatu bidang atau pekerjaan, Kita akan menjadi istimewa, kalau kita
menganggap diri kita istimewa. Berusahalah untuk menjadi yang terbaik. Sebagaimana Po si
panda gemuk berusaha dan yakin kepada dirinya sendiri dan akhirnya dapat mengalahkan
Tailung. Percayalah pada diri bahawa apa yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang
lumayan. Sebenarnya tiadalah istilah resepi rahsia dalam mencapai apa pun di dunia ini. Cuma,
seseorang itu haruslah membangkitkan prinsip seperti itu pada setiap diri masing-masing.
Jikalau kita memiliki pemikiran yang positif, hasilnya juga akan positif seperti mana yang kita
harapkan. Jikalau kita berfikir bahawa diri kita spesial, unik, memiliki keunggulan, berbeza
dengan orang lain dan berharga, maka kita pun akan mendapat dorongan dari dalam untuk
melakukan hal-hal yang istimewa. Jelas lah disini bahawa apa-apa pun yang kita hendak lakukan
adalah bermula dengan diri sendiri yang yakin diri dan sentiasa positif dalam setiap perkara
yang kita lakukan. Hasilnya nanti pasti akan memuaskan hati kita sendiri.
TUGASAN 2
Refleksi
Tugasan untuk subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini adalah untuk menilai
kebolehan pelajar membincangkan Tamadun China dan sumbangannya terhadap peradaban
dunia. Sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ataupun kerja kursus ini, saya telah berjaya
mendapat pelbagai manfaat. Tamadun bukanlah sesuatu yang mudah difahami. Tetapi dengan
melengkapkan tugasan ini, sedikit sebanyak telah membantu saya memahami lagi dengan lebih
mendalam tentang Tamadun China.
Dengan berpandukan filem Kung Fu Panda 2008, saya dapat mempelajari pelbagai aspek
penting mengenai Tamdun China. Melalui penceritaan filem ini, dapatlah dilihat bahawa
Tamadun China banyak memberi sumbangan kepada seluruh dunia dan sumbangan itu masih
kekal relevan sehingga ke hari ini. Sumbangan yang paling besar yang ditinggalkan oleh
Tamadun China adalah seni bina. Jika dilihat di Malaysia sahaja, banyak bangunan yang dibina
dengan unsur daripada China. Contohnya, pagoda iaitu kuil mereka. Jika dilihat berpandukan
filem Kung Fu Panda, Istana Jade dan juga suasana perkampungannya juga menerapkan unsur-
unsur Tamadun China. Selain itu, pengaruh China yang sangat terkenal adalah seni Kung Fu. Ini
kerana seni pertahanan diri ini diamalkan oleh banyak bangsa di seluruh dunia.
Seperti yang sedia maklum, Malaysia terkenal dengan kekayaan pelbagai bangsa yang hidup
dalam harmoni dan aman walaupun berbeza adat dan budaya. Sifat keterbukaan rakyat
Malaysia menyebabkan perhubungan dan interaksi antara rakyat Malaysia tidak dipengaruhi
oleh prasangka yang menimbulkan kesalahfahaman ataupun kebencian sesama sendiri. Begitu
juga dengan Tamadun China. Keterbukaannya membolehkan Tamadun ini berkembang dengan
pesatnya sehingga menyumbangkan dalam pelbagai aspek atau unsur dalam perkembangan
dunia.
Setelah saya mengkaji serta mencari maklumat tentang tamadun China ini, saya dapat
memahami subjek ini dengan lebih mendalam. Pada masa yang sama, saya juga mempelajari
banyak perkara yang tidak didedahkan sebelum ini. Bak kata pepatah, lagi banyak yang kita
belajar, lagi banyak yang kita tidak tahu. Mengkaji sesuatu tamadun bukanlah sesuatu yang
buruk. Malah, ianya akan memberi kita kesedaran serta semangat untuk mempertahankan apa
yang kita miliki sekarang ini untuk kegunaan generasi yang akan datang.
Setelah selesainya tugasan ini, dapatlah saya rumuskan bahawa tugasan ini sedikit sebanyak
telah membantu saya memahami dan mengamati bukti peninggalan sejarah dan interkasi
antara tamadun yang meninggalkan pelbagai sumbangan yang membolehkan sesebuah negara
itu berkembang dengan pesatnya. Akhir kalam, saya berharap setiap pelajar dapat menerapkan
sifat cinta akan negara setelah belajarnya tentang asas ketamadunan ini. Selain itu juga, saya
berharap subjek ini dapat dilakukan diluar kelas pembelajaran dengan melawati tempat-tempat
yang bersejarah. Hal ini kerana, setiap pelajar dapat mengambil iktibar dari masa silam dan
melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang berfikiran luas, berpandangan global dan
melengkapkan ilmu dan memupuk serta membentuk tiang negara di masa hadapan.
(3050 Patah Perkataan)
RUJUKAN
1. SUMBANGAN TAMADUN CHINA TERHADAP TAMADUN MALAYSIA. (2019).
Retrieved 12 November 2019,
from http://tamadunmalaysia.blogspot.com/2011/08/sumbangan-tamadun-cina-
terhadap-tamadun.html
2. Mohd.Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, & Muhamed Fauzi Othman.
(2006). Reka cipta & Inovasi dalam perspektif kreativiti. Skudai, Malaysia:
Universiti Teknologi Malaysia.
3. Hoe. L. C. (1998).
Tamadun China, Pandangan Hidup, dan Aspek-aspek Kesenian. Minden:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
4. https://vistaeducation.com/article/5-pesan-moral-mendalam-di-film-kungfu-panda-3
5. http://triwahyudi-padangkamal.blogspot.com/2011/11/nilai-moral-yang-terkandung-
dalam-film.html
6. https://dokumen.tips/documents/nilai-nilai-murni-tamadun-china.html
7. https://www.scribd.com/doc/139417732/Sumbangan-Perubatan-Dan-Teknologi-
Tamadun-Cina
8. http://eprints.utm.my/id/eprint/1435/1/JT37E%5B3%5D.pdf
9. https://www.slideshare.net/KOHKOKAN/nilai-murni-masyarakat-cina
10. https://prezi.com/oemvyxq_na3p/sumbangan-tamadun-china-kepada-dunia-dalam-
bidang-sains-dan/

More Related Content

PPTX
Konfusianisme
PDF
00. MSQH Performance Indicators - 6th Edition Complete Set of Performance Ind...
PPTX
First in First out method (FIFO)
DOCX
Contoh Refleksi Assignment IPG
PPTX
SLAID PEMANTAPAN PIBG TAHUN 2022(1).pptx
PPTX
Social influence
PPTX
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projek
PPT
Basics of English Grammar
Konfusianisme
00. MSQH Performance Indicators - 6th Edition Complete Set of Performance Ind...
First in First out method (FIFO)
Contoh Refleksi Assignment IPG
SLAID PEMANTAPAN PIBG TAHUN 2022(1).pptx
Social influence
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projek
Basics of English Grammar

What's hot (20)

PPT
1.kriteria kajian saintifik
DOCX
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
PPTX
TITAS- Tamadun CINA
PPT
Konsep Tamadun islam
PPTX
Tamadun China dan Pandangan semesta
PPTX
Teori tret allport
PPTX
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
PDF
Sumber ilmu
PPT
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
PPT
Konsep Ketuhanan
PPTX
Perkembangan sosio emosi
DOC
Pengurusan Masa
DOC
Tamadun China
PPTX
Bab 6 (1) isu isu semasa dan masa depan
PPT
prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan ...
PPTX
Falsafah pendidikan islam
PPTX
Taoisme dan Konfusianisme
PDF
Cabaran dan impak ict terhadap bangsa
PPTX
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
PPT
Sekularisme aliran pemikiran barat
1.kriteria kajian saintifik
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
TITAS- Tamadun CINA
Konsep Tamadun islam
Tamadun China dan Pandangan semesta
Teori tret allport
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Sumber ilmu
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
Konsep Ketuhanan
Perkembangan sosio emosi
Pengurusan Masa
Tamadun China
Bab 6 (1) isu isu semasa dan masa depan
prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan ...
Falsafah pendidikan islam
Taoisme dan Konfusianisme
Cabaran dan impak ict terhadap bangsa
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
Sekularisme aliran pemikiran barat
Ad

Similar to mpu 3323 (20)

DOCX
kepercayaan nenek moyng tionghua
DOCX
Soalan tma 1
PPTX
Manajemen Lintas Budaya(10) budaya yang ada di china
PPTX
Manajemen Lintas Budaya(10).budaya negara china
DOCX
Makalah irwan
DOCX
78036611 nota-pjm-3110
DOCX
Modul pjm-3110
DOCX
Agama khonghucu
PPTX
Bab 8 agama
PPTX
PPT FILSAFAT PENDIDIKAN KELOMPOK Untuk Seluruh Mahasiswa Semua Jurusan
DOCX
M. romli, s.ag, s.hi
PDF
Falsafah pendidikan amran talib
DOCX
Perbandingan pendidikan cina kelas a
PPTX
Filsafat ilmu confucius
PPT
3.interaksi antara tamadun
PPTX
Pertemuan 4 - Landasan Pendidikan dan Asas Asas Pendidikan.pptx
PDF
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016
PPTX
Kuliah 9 tamadun cina
PPTX
Kumpulan Soal beserta Jawaban Filsafat Ilmu Mengandung Makna Epistemologi,Ont...
PPTX
Confucius edited version
kepercayaan nenek moyng tionghua
Soalan tma 1
Manajemen Lintas Budaya(10) budaya yang ada di china
Manajemen Lintas Budaya(10).budaya negara china
Makalah irwan
78036611 nota-pjm-3110
Modul pjm-3110
Agama khonghucu
Bab 8 agama
PPT FILSAFAT PENDIDIKAN KELOMPOK Untuk Seluruh Mahasiswa Semua Jurusan
M. romli, s.ag, s.hi
Falsafah pendidikan amran talib
Perbandingan pendidikan cina kelas a
Filsafat ilmu confucius
3.interaksi antara tamadun
Pertemuan 4 - Landasan Pendidikan dan Asas Asas Pendidikan.pptx
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016
Kuliah 9 tamadun cina
Kumpulan Soal beserta Jawaban Filsafat Ilmu Mengandung Makna Epistemologi,Ont...
Confucius edited version
Ad

Recently uploaded (20)

PDF
12. KSP SD Runiah Makassar OK School.pdf
PPTX
ppt_bola_basket_kelas x sma mata pelajaran pjok.pptx
PPTX
Materi Refleksi Akhir Tahun Sutan Raja.pptx
PPTX
Pengimbasan pembelajaran mendalam (deep learning
PDF
IN1.2.E. kelompok 2.docx kerangka pembelajaran mendalam.pdf
DOCX
Modul ajar kelas 5 tentang adoo ul jismi
DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Rekayasa Kelas 12 Terbaru 2025
PDF
Modul Ajar Deep Learning IPAS Kelas 6 Kurikulum Merdeka
PPTX
Inkuiri_Kolaboratif_Pembelajaran_Mendalam (1).pptx
PPTX
3. Membuat Peta Konsep Kecerdasan Artifisial.pptx
DOCX
LK Modul 3 - Menentukan Pengalaman Belajar.docx
PDF
Modul Ajar Deep Learning Pendidikan Pancasila Kelas 6 Kurikulum Merdeka
PDF
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Inggris Kelas 6 Kurikulum Merdeka
PPT
KOMITMEN MENULIS DI BLOG IGTIK PB PGRI.ppt
PDF
MRT Tangguh, Indonesia Maju: Mewujudkan Transportasi Publik yang Aman, Nyaman...
DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Rekayasa Kelas XII SMA Terbaru 2025
PPTX
Berpikir_Komputasional_Kelas5_IlustrasiKosong.pptx
PDF
Konsep Dasar Nifas, Neonatus, Bayi, Balita dan Anak Pra Sekolah.pdf
PDF
Modul Ajar Deep Learning Seni Rupa Kelas 6 Kurikulum Merdeka
PDF
AI-Driven Intelligence and Cyber Security: Strategi Stabilitas Keamanan untuk...
12. KSP SD Runiah Makassar OK School.pdf
ppt_bola_basket_kelas x sma mata pelajaran pjok.pptx
Materi Refleksi Akhir Tahun Sutan Raja.pptx
Pengimbasan pembelajaran mendalam (deep learning
IN1.2.E. kelompok 2.docx kerangka pembelajaran mendalam.pdf
Modul ajar kelas 5 tentang adoo ul jismi
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Rekayasa Kelas 12 Terbaru 2025
Modul Ajar Deep Learning IPAS Kelas 6 Kurikulum Merdeka
Inkuiri_Kolaboratif_Pembelajaran_Mendalam (1).pptx
3. Membuat Peta Konsep Kecerdasan Artifisial.pptx
LK Modul 3 - Menentukan Pengalaman Belajar.docx
Modul Ajar Deep Learning Pendidikan Pancasila Kelas 6 Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Inggris Kelas 6 Kurikulum Merdeka
KOMITMEN MENULIS DI BLOG IGTIK PB PGRI.ppt
MRT Tangguh, Indonesia Maju: Mewujudkan Transportasi Publik yang Aman, Nyaman...
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Rekayasa Kelas XII SMA Terbaru 2025
Berpikir_Komputasional_Kelas5_IlustrasiKosong.pptx
Konsep Dasar Nifas, Neonatus, Bayi, Balita dan Anak Pra Sekolah.pdf
Modul Ajar Deep Learning Seni Rupa Kelas 6 Kurikulum Merdeka
AI-Driven Intelligence and Cyber Security: Strategi Stabilitas Keamanan untuk...

mpu 3323

  • 1. SARJANA MUDA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DENGAN KEPUJIAN SEMESTER 1/ SEPTEMBER 2020 MPU3323 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH LEARNING CENTRE
  • 2. TUGASAN 1 PENGENALAN Istilah Tamadun berasal dari perkataan Arab dan perkataan Tamadun itu sendiri digunakan di Malaysia sehingga kini. Terdapat pelbagai jenis tamadun diantaranya Tamadun Islam, Tamadun China, Tamadun India dan tamadun-tamadun yang lain. Merujuk kepada Tamadun China, ia mempunyai kesan sejarah dan banyak memberi sumbangan kepada tamadun- tamadun lain di dunia daripada pelbagai perspektif, antaranya ekonomi, ketenteraan, pertanian dan sebagainya kerana ilmu dan hasil penyelidikan serta penciptaan yang menakjubkan. Kefahaman kepercayaan agama adalah aspek penting dalam masyarakat China kerana mereka menganut pelbagai aliran agama tetapi berkait rapat dengan adat dan tradisi mereka. Masyarakat China akan berpandukan kepada ahli falsafah kerana kefahaman mereka berlainan satu sama lain pada ketika itu. Tamadun China mempengaruhi perkembangan Sains Islam yang digunapakai sehingga ke hari ini. Salah satu kemajuan teknologi kepada Tamadun China adalah pembinaan Tembok Besar China. Tamadun China bermula sejak tahun 2000 sebelum masihi dengan pembentukan dinasti paling awal daripada kebudayaan Neolitik Lembah Sungai Hwang Ho (Sundra Raja & Letchumanan, 1999). Dinasti Chang adalah dinasti yang pertama di kesan oleh sejarawan.
  • 3. Kung Fu Panda 2008 menceritakan bagaimana si panda yang berbadan besar yang bermimpi dan berangan-angan untuk menjadi pendekar kung fu yang hebat yang dikenali di mata masyarakat. Melalui cerita yang berdurasi selama 1 jam 32 minit ini, sesiapa saja yang dipilih oleh Master Oogway akan menjadi Dragon Warrior dan dapat memiliki Dragon Scroll. Dragon Scroll ini adalah mengandungi satu resepi rahsia untuk menjadi kesatria yang hebat. untuk mengalahkan Tailung yang berdendam kerana Master Oogway tidak memilihnya menjadi Dragon Warrior. Sepanjang penceritaan ini, dapatlah dilihat bagaimana pengarah filem ini cuba menerapkan pelbagai unsur dan aspek Tamadun China. Hatta, unsur-unsur tersebut masih kekal relevan sehingga kini kepada peradaban dunia. a. Sumbangan tamadun China kepada peradaban dunia. Ilmu Perubatan Bidang perubatan Cina telah mula berkembang sejak 10 000 tahun yang dahulu. Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Bidang ini selalu dikaitkan dengan konsep Ying dan Yang yang membawa maksud juga merujuk kepada kestabilan alam yang berperanan menjelaskan kosep kesihatan manusia. Ketidakseimbangan antara dua kosep ini akan membawa kepada penyakit yang menyerang tubuh badan manusia. Melalui konsep ini, darah dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan manusia dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan tanah, paru-paru dengan logam dan buah pinggang dengan air.
  • 4. Dengan berpandukan cerita ini, dapat dilihat pada minit yang ke 00:38:40, salah seorang daripada The Furious Five merawat Po dengan menggunakan kaedah akupuntur. Secara amnya, melalui perubatan Cina, penyakit boleh dirawat melalui tiga rawatan utama iaitu, material medica, moksibusi dan akupuntur. Rawatan akupuntur dilakukan dengan memasukkan benda yang tajam ataupun jarum ke tempat- tempat yang tertentu. Jarum- jarum halus itu bertindak sebagai ejen untuk mengeluarkan tenaga Qi. Jika tenaga ini terganggu, badan sesorang itu akan merasa sakit. Tenaga Qi akan mengeluarkan segala rasa sakit dalam badan dan seterusnya memberi kelegaan dan menyembuhkan segala penyakit. Oleh itu, bahan-bahan yang diberikan mestilah bersesuaian dengan unsur anggota yang tadi dalam proses penyediaan ubat. Sehingga kini, rawatan akupuntur ini masih lagi digunakan dalam kalangan masyarakat China di Malaysia. Selain itu juga, pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia seperti Melayu, India dan lain-lain juga turut mengamalkan rawatan akupuntur ini. Walaupun di Malaysia rawatan akupuntur ini masih baru dan dalam peringkat pengenalan, tetapi rawatan dan kaedah ini dapat diterima pakai oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Dapatlah dilihat rawatan ini mengalami perkembangan dari segi perubatannya. Ini kerana pada zaman dahulu hanyalah menggunakan ketulan-ketulan batu sahaja berbanding sekarang yang menggunakan peralatan yang tajam.
  • 5. Seni Bina Tamadun China sangat mementingkan penggunaan bahan binaan yang bersifat mesra alam. Setiap bangunan yang dibina mengambil kira kedudukan dan susun atur yang terbaik mengikut kuasa alam ataupun dikenali sebagai Fengshui. Seni bina tamadun cina mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang menjadikan seni binaan tersebut berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain. Secara umumnya, istana raja, rumah ibadat dan taman-taman maharaja dibina melalui penerapan seni Tamadun China. Berdasarkan cerita yang berdurasi selama 1 jam 32 minit ini, dapat dilihat sepanjang penceritaan ini menggambarkan sebuah perkampungan cina yang penuh dengan binaan-binaan yang berasaskan tamadun cina. Contoh sumbangan seni bina dalam tamadun cina adalah Istana Jade. Istana Jade merupakan tempat upacara untuk pemilihan pahlawan lagenda Dragon Warrior. Istana ini terletak di satu bukit yang tinggi. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap The Furious Five, Po gagahkan diri untuk mendaki kaki bukit dengan membawa troli yang dipenuhi dengan mi yang dimiliki oleh perniagaan ayahnya. Disitulah bagaimana Master Oogway mendapat aura daripada Po untuk dijadikan Dragon Warrior. Masyarakat Cina sangat berpegang teguh pada konsep Yin dan Yang. Disebabkan itulah, pembinaan bangunan sangat berkait rapat dengan konsep Yin dan Yang serta Feng Shui. Warna merah sentiasa menjadi asas dan kebiasaan dalam pembinaan bangunan-bangunan utama. Hal ini kerana warna merah melambangkan sifat keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya. Antara contoh pembinaan lain yang masih kekal sehingga kini adalah Tembok Besar China. Secara amnya, pembinaan bangunan cina mempunyai pelbagai ciri utama seperti ukiran di
  • 6. bangunan yang berasakan gambar naga, harimau, singa dan sebagainya yang menghiasi dan diukuri di dinding-dinding serta bangunan. Selain itu, bangunan-bangunan seperti istana dan kuil juga dipagari dengan tembok besar yang mengelilingi bangunan-bangunan penting ini. Seni Kung Fu Tujuan utama Po berangan-angan untuk bertemu dengan The Furious Five adalah kerana minat yang mendalam dalam seni pertahanan diri Kung Fu. Pada awal cerita ini, Po bermimpi bergabung bersama-sama The Furious Five menggunakan teknik Kung Fu. Daripada mimpi itulah Po mempunyai angan-angan yang tinggi untuk mempelajari seni pertahanan diri Kung Fu. Kung Fu merupakan salah satu seni bela diri yang terkenal dikalangan masyarakat Cina. Ia diasaskan untuk mempertahankan diri dalam keadaan yang bahaya dan mencabar. Kung Fu mempunyai beberapa jurusan dan gerakan yang perlu dimahir oleh seseorang. Kung Fu juga merupakan satu gerakan yang tangkas dan perlu fokus yang tinggi untuk mencapai ilmunya. Contoh gerakan dalam Kung Fu adalah seperti melompat, menumbuk serta menendang. Seni Kung Fu telah pun berkembang sejak dari Dinasti Shang & Zhou sehingga ke Dinasti Song. Ketika zaman Dinasti Song, Kung Fu telah semakin berkembang dari segi jurusan, set pergerakan dan kemahiran persenjataan. Penglibatan dalam seni bela diri Kung Fu ini tidak boleh ditunjuk-tujuk kepada orang lain. Penguasaanya hanyalah untuk mempertahankan diri dan bukanlah untuk menyakiti orang lain
  • 7. ataupun salah menggunakan untuk kegunaan lain. Seperti contoh, walaupun Tailong mahir dalam seni kung Fu, tetapi dia salah menggunakan seni itu untuk memperolehi Dragon Scroll. Kesalahgunaannya telah membuatkan Tailong kalah dalam pertempuran bersama Po. b. Nilai-nilai murni yang boleh diaplikasikan dalam konteks situasi Negara Malaysia. Keazaman dan percaya diri Sifat keazaman dan percaya tinggi ini dapat dilihat melalui watak utama cerita ini, iaitu Po seekor panda yang berbadan besar. Po mempunyai sifat keazaman dan percaya diri yang tinggi. Ini dapat dibuktikan dengan melihat pada minit yang ke 00:37. Walaupun Po sering diejek dan diperlekehkan oleh kawan-kawannya, Po tidak pernah berputus asa dalam usaha untuk mempelajari seni pertahanan diri “Kungfu”. Pada mulanya minat itu disimpan di dalam hati demi menjaga hati bapanya yang merupakan seorang seorang peniaga mi. Tetapi akhirnya, bapa Po terpaksa akur akan pilihan hati anaknya apabila beliau telah dipilih dan diangkat sebagai “Dragon Warrior” oleh Master Oogway. Sebagai seorang pelajar mahupun seorang pekerja, sifat ini haruslah diterapkan dalam diri. Hal ini kerana, untuk merialisasikan sesebuah tugas seseorang haruslah mempunyai kegigihan dan juga semangat yang berkobar-korbar untuk mencapai target yang dikehendaki. Seperti contoh, seorang pekerja yang melanjutkan pelajaran sambil bekerja haruslah mencapai dua target dalam satu masa. Objektif dalam pelajaran dan juga pekerjaan harus dicapai dalam pada masa
  • 8. yang sama dengan memeiliki keazaman yang tinggi dan percaya diri bahawa objektif tersebut boleh dicapai. Saling bekerjasama Bekerjasama bermaksud sifat kebergantungan antara satu sama lain. The Furious Five dan Po memiliki sifat kerjasama dan nilai persahabatan yang sangat tinggi. Mereka sentiasa tolong menolong antara satu sama lain apabila masalah dan dugaan menimpa mereka. The furious Five telah berlatih seni Kung Fu bersama Shifu dengan bersungguh-sungguh. Po si panda juga telah berlatih bersungguh-sungguh untuk memahirkan diri dalam seni Kung Fu. Mereka memiliki sikap bekerjasama antara satu sama lain. Pada hari dimana Tailung Berjaya melepaskan diri daripada penjara yang dikawal ketat, Tigress dengan nekadnya hendak mengalahkan Tailung dan mengahalangnya daripada memasuki kawasan Istana Jade. Tetapi, niatnya untuk mengalahkan Tailung dihalang oleh kawan-kawannya yang lain kerana mereka juga ingin bersama-sama Tigress untuk pergi mengalahkan Tailung. Walaupun mereka gagal untuk mengalahkan Tailung, tetapi usaha mereka itu dipuji oleh Master Shifu. Bagi seorang pekerja mahupun seorang pelajar, sifat kerjasama antara kumpulan amatlah penting. Sebagai contoh, tugasan yang diberikan secara berkumpulan haruslah diselesaikan bersama-sama. Setiap dari seorang ahli kumpulan haruslah mengambil bahagian masing- masing untuk merialisasikan objektif tersebut. Janganlah ada yang curi tulang dan sekadar meletakkan dan mendapat nama dalam tugasan yang diberikan. Apa yang dapat disimpulkan adalah, walau sesulit dan sesusah mana pun tugasan yang diberikan, jika ia dilakukan secara bersama-sama tugasan tersebut akan menjadi senang untuk diselesaikan.
  • 9. Sikap rendah diri Sikap rendah diri dan tidak sombong dengan setiap pencapaian dan prestasi yang dicapai haruslah satu sifat dan nilai murni yang harus diterapkan dalam diri seorang pekerja mahupun seorang pelajar. Sikap rendah diri juga menghalang kita daripada tercetusnya sikap sombong dan tamak dalam diri. Berdasarkan cerita Kung Fu Panda ini, Tailung memiliki sikap yang bertentangan dengan sikap rendah diri ini. Dapatlah dilihat bagaimana Tailung tidak dapat menerima hakikat bahawa dia tidak dipilih oleh Master Oogway sebagai Dragon Warrior. Rentetan daripada peristiwa ini, Tailung menjadi seorang yang tamak dan lupa diri untuk memiliki Dragon Scroll sehingga sanggup melawan Master Shifu yang membesarkan dia bagai menatang minyak yang penuh. Disebabkan sikap yang tamak itu telah memakan diri nya dan membawa kepada kemusnahan diri. Selain itu juga, Tailung memandang rendah pada kebolehan Po. Ini kerana, Tailung menilai Po hanya daripada luaran Po yang berbadan gendut sahaja. Tailung juga tidak percaya dan meremehkan Po kerana telah dipilih sebagai Dragon Warrior. Disebabkan sikap yang bangga diri yang tinggi ini, ianya telah membawa kemusnahan kepada diri Tailung sendiri dan tailing telah pun kalah semasa pertempurannya dengan Po. Nilai murni ataupun sikap rendah diri ini, jika diaplikasikan dalam diri setiap orang, ianya akan memberikan kesan positif seperti sentiasa disenangi oleh masyarakat sekeliling dan juga dihormati walau berbeza hierarki, pangkat mahupun status. Sebagai contoh, dalam sesebuah organisasi, pemimpin yang mempunyai taraf hierarki yang tinggi tidaklah harus bersikap tinggi diri sehingga tidak memandang masalah pekerja bawahan ataupun subordinat mereka. Seorang
  • 10. ketua haruslah sentiasa mencampurkan diri dan bergaul dalam kalangan pekerja bawahan mereka. Hal ini kerana, dengan cara yang demikian mereka dapat meluahkan segala masalah yang mereka hadapi dengan hati yang tenang. Janganlah sesekali seorang yang mempunyai jawatan ataupun status yang tinggi memandang rendah akan kebolehan orang lain. Mungkin suatu hari nanti merekalah orang yang akan menolong kita atas kelebihan yang kita tidak tahu. Dengan mempunyai sikap rendah diri ini, kita akan disegani dan sentiasa dihormati dalam pelbagai situasi dan keadaan. c. Dailog yang menyentuh perasaan “Kemarin adalah sejarah, esok adalah misteri dan hari ini adalah anugerah”, (00:30:54) Ketika Master Oogway menemui po sedang berehat di pohon buah pic keramat dari syurga, Po terlihat sangat risau dan tidak percaya diri. Po hamper putus asa untuk belajar dan menguasai seni tahan diri Kung Fu. Po berkata kepada Master Oogway bahawa lebih baik dia berhenti untuk mempelajari Kung Fu kerana The Furious Five sangat membenci dan memperlekehkan Po yang telah dipilih sebagai Dragon Warrior. Kata-kata negative yang dilemparkan oleh Lima Bersaudara itu telah melemahkan semangat Po. Master Oogway juga berkata bahawa Po sangat risau tentang apa yang telah dan yang akan berlaku. Dialog ataupun pepatah ini akan menyentuh hati sesiapun yang mendengar kalimah berharga ini. Hal ini kerana, pepatah “kemarin adalah sejarah, esok adalah misteri dan hari ini adalah anugerah pada minit yang ke 00:30:57 boleh menaikkan kembali semangat dan membuatkan seseorang itu berkobar-kobar untuk meneruskan apa yang mereka ingin capai. Kemarin adelah sejarah membawa maksud apa yang telah berlaku janganlah kita toleh kembali kerana ianya
  • 11. telah pun berlaku walau manis atau buruknya perkara itu. Esok adalah misteri. Apa yang akan berlaku pada masa akan datang tidak lah dapat kita jangka dan haruslah kita meneruskan rutin atau kehidupan seperti biasa tanpa merisaukan dan mengkhuatirkan akan ape yang akan berlaku. Kemudian, hari ini adalah anugerah pula membawa maksud apa-apa pun yang berlaku pada hari ini sebuah hadiah yang perlu kita syukuri. Konklusinya, Kegagalan masa lalu tidak boleh membayangi langkah kita, demikian juga ketakutan akan masa depan. Hidup adalah perbuatan. Berbuatlah hari ini, yakni hari yang telah dihadiahkan Tuhan pada kita. “Tanda seorang kesatria yang sejati adalah kerendahan hatinya”, (01:02:15) Setelah Po pulang dari latihan untuk memperbaikkan lagi seni tahan diri Kung Fu bersama Master Shifu, Master Shifu memuji yang po telah berjaya dengan sempurna untuk menguasi Kungfu. Beliau juga memesan dan menasihati Po agar tidak berbangga dengan ape yang dicapai semasa latihan itu kerana tanda seorang kesatria yang sejati adalah kerendahan hatinya. Dialog yang dipetik dari filem Kung Fu Panda pada minit yang ke 01:02:15 ini membawa maksud bahawa, untuk menjadi seorang pahlawan yang sejati, haruslah diingat supaya sentiasa merendahkan diri dan tidak terlalu bangga diri dengan apa yang kita kuasai dan miliki. Sebagaimana Tailung yang mahir dengan seni tahan diri Kung Fu akhirnya membawa padah dan keburukan pada diri kerana terlampau percaya dan memandang rendah akan kebolehan orang lain. Sekaligus kalah dalam perlawanan bersama Po. Pepatah dari Master Shifu ini merupakan suatu peringatan kepada sesiapa sahaja yang memiliki kekuasaan ataupun kebolehan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Pengajaran yang boleh diambil daripada dialog ini adalah, kita hendaklah sentiasa menerapkan sifat rendah diri dan
  • 12. tidak menunjuk-nunjuk serta bangga diri. Selain tu, walau sebesar manapun kekuasaan yang kita miliki dan setinggi mana pun status yang kita capai, janganlah sesekali memandang enteng dan memandang rendah akan orang lain. Seorang pemimpin yang sebenar adalah seorang yang sentiasa memiliki sifat rendah diri dan tidak terlalu mendabik dada sehingga tidak menghiraukan masyarakat sekeliling yang memandang. Oleh itu, dialog ini sangatlah memberi kesan ke dalam hati pembaca kerana ianya penuh dengan pengajaran yang tersurat tang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. “Untuk membuat sesuatu menjadi istimewa, kamu cuma perlu percaya bahawa itu memang istimewa”, (1:09:28) Setelah memiliki Dragon Scroll yang ditinggalkan oleh Master Oogway, Po terlihat sangat kecewa kerana isi kandungannya adalah hanya selembar kertas kosong yang tidak mempunyai apa-apa rahsia. Setelah menceritakan kekecewaan Po kepada ayahnya, ayah Po mula menceritakan bahawa resepi rahsia sup buatnya adalah tidak mempunyai rahsia apa-apa selama berkurun-kurun mereka berniaga mi. selama ini mereka hanyalah menyediakan mi sup yang tidak mempunyai perencah rahsia dan sama sahaja dengan mi sup yang lainnya. Dari situlah Po tersedar bahawa tiada resepi rahsia untuk menguasi sesuatu benda. Untuk Berjaya dalam sesuatu bidang atau pekerjaan, Kita akan menjadi istimewa, kalau kita menganggap diri kita istimewa. Berusahalah untuk menjadi yang terbaik. Sebagaimana Po si panda gemuk berusaha dan yakin kepada dirinya sendiri dan akhirnya dapat mengalahkan Tailung. Percayalah pada diri bahawa apa yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang lumayan. Sebenarnya tiadalah istilah resepi rahsia dalam mencapai apa pun di dunia ini. Cuma,
  • 13. seseorang itu haruslah membangkitkan prinsip seperti itu pada setiap diri masing-masing. Jikalau kita memiliki pemikiran yang positif, hasilnya juga akan positif seperti mana yang kita harapkan. Jikalau kita berfikir bahawa diri kita spesial, unik, memiliki keunggulan, berbeza dengan orang lain dan berharga, maka kita pun akan mendapat dorongan dari dalam untuk melakukan hal-hal yang istimewa. Jelas lah disini bahawa apa-apa pun yang kita hendak lakukan adalah bermula dengan diri sendiri yang yakin diri dan sentiasa positif dalam setiap perkara yang kita lakukan. Hasilnya nanti pasti akan memuaskan hati kita sendiri. TUGASAN 2 Refleksi Tugasan untuk subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini adalah untuk menilai kebolehan pelajar membincangkan Tamadun China dan sumbangannya terhadap peradaban dunia. Sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ataupun kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat pelbagai manfaat. Tamadun bukanlah sesuatu yang mudah difahami. Tetapi dengan melengkapkan tugasan ini, sedikit sebanyak telah membantu saya memahami lagi dengan lebih mendalam tentang Tamadun China. Dengan berpandukan filem Kung Fu Panda 2008, saya dapat mempelajari pelbagai aspek penting mengenai Tamdun China. Melalui penceritaan filem ini, dapatlah dilihat bahawa Tamadun China banyak memberi sumbangan kepada seluruh dunia dan sumbangan itu masih kekal relevan sehingga ke hari ini. Sumbangan yang paling besar yang ditinggalkan oleh Tamadun China adalah seni bina. Jika dilihat di Malaysia sahaja, banyak bangunan yang dibina dengan unsur daripada China. Contohnya, pagoda iaitu kuil mereka. Jika dilihat berpandukan
  • 14. filem Kung Fu Panda, Istana Jade dan juga suasana perkampungannya juga menerapkan unsur- unsur Tamadun China. Selain itu, pengaruh China yang sangat terkenal adalah seni Kung Fu. Ini kerana seni pertahanan diri ini diamalkan oleh banyak bangsa di seluruh dunia. Seperti yang sedia maklum, Malaysia terkenal dengan kekayaan pelbagai bangsa yang hidup dalam harmoni dan aman walaupun berbeza adat dan budaya. Sifat keterbukaan rakyat Malaysia menyebabkan perhubungan dan interaksi antara rakyat Malaysia tidak dipengaruhi oleh prasangka yang menimbulkan kesalahfahaman ataupun kebencian sesama sendiri. Begitu juga dengan Tamadun China. Keterbukaannya membolehkan Tamadun ini berkembang dengan pesatnya sehingga menyumbangkan dalam pelbagai aspek atau unsur dalam perkembangan dunia. Setelah saya mengkaji serta mencari maklumat tentang tamadun China ini, saya dapat memahami subjek ini dengan lebih mendalam. Pada masa yang sama, saya juga mempelajari banyak perkara yang tidak didedahkan sebelum ini. Bak kata pepatah, lagi banyak yang kita belajar, lagi banyak yang kita tidak tahu. Mengkaji sesuatu tamadun bukanlah sesuatu yang buruk. Malah, ianya akan memberi kita kesedaran serta semangat untuk mempertahankan apa yang kita miliki sekarang ini untuk kegunaan generasi yang akan datang. Setelah selesainya tugasan ini, dapatlah saya rumuskan bahawa tugasan ini sedikit sebanyak telah membantu saya memahami dan mengamati bukti peninggalan sejarah dan interkasi antara tamadun yang meninggalkan pelbagai sumbangan yang membolehkan sesebuah negara itu berkembang dengan pesatnya. Akhir kalam, saya berharap setiap pelajar dapat menerapkan sifat cinta akan negara setelah belajarnya tentang asas ketamadunan ini. Selain itu juga, saya
  • 15. berharap subjek ini dapat dilakukan diluar kelas pembelajaran dengan melawati tempat-tempat yang bersejarah. Hal ini kerana, setiap pelajar dapat mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang berfikiran luas, berpandangan global dan melengkapkan ilmu dan memupuk serta membentuk tiang negara di masa hadapan. (3050 Patah Perkataan)
  • 16. RUJUKAN 1. SUMBANGAN TAMADUN CHINA TERHADAP TAMADUN MALAYSIA. (2019). Retrieved 12 November 2019, from http://tamadunmalaysia.blogspot.com/2011/08/sumbangan-tamadun-cina- terhadap-tamadun.html 2. Mohd.Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, & Muhamed Fauzi Othman. (2006). Reka cipta & Inovasi dalam perspektif kreativiti. Skudai, Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia. 3. Hoe. L. C. (1998). Tamadun China, Pandangan Hidup, dan Aspek-aspek Kesenian. Minden: Penerbit Universiti Sains Malaysia. 4. https://vistaeducation.com/article/5-pesan-moral-mendalam-di-film-kungfu-panda-3 5. http://triwahyudi-padangkamal.blogspot.com/2011/11/nilai-moral-yang-terkandung- dalam-film.html 6. https://dokumen.tips/documents/nilai-nilai-murni-tamadun-china.html 7. https://www.scribd.com/doc/139417732/Sumbangan-Perubatan-Dan-Teknologi- Tamadun-Cina 8. http://eprints.utm.my/id/eprint/1435/1/JT37E%5B3%5D.pdf 9. https://www.slideshare.net/KOHKOKAN/nilai-murni-masyarakat-cina 10. https://prezi.com/oemvyxq_na3p/sumbangan-tamadun-china-kepada-dunia-dalam- bidang-sains-dan/