Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bm
RINGKASAN 
EKSEKUTIF
E-1 
Ringkasan Eksekutif 
Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian 
semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha 
membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan 
telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan 
berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, 
peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap 
dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk 
menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan 
kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber 
seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari 
UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. 
Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, 
orang ramai dan murid di seluruh negara. Dokumen awal Pelan Pembangunan 
Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan 
Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan 
membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan 
visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara 
pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan 
operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang 
dihasratkan. Usaha yang telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk 
mentransformasi sistem pendidikan negara diharap dapat difahami dengan 
jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian akan mendapatkan 
maklum balas tentang laporan awal pelan ini daripada seluruh komuniti 
sebelum laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-2 
Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan 
ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses 
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik 
darjah merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur 
dengan tepat kemajuan masa depan sesebuah negara. 
Dalam menghadapi persaingan ekonomi global pada masa 
ini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu 
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki 
oleh rakyat. Oleh itu, negara yang mempunyai rakyat 
berpendidikan tinggi akan menikmati kemajuan ekonomi 
yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas 
pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. 
Melalui pendidikan, individu dapat meningkatkan taraf hidup, 
menjadi ahli masyarakat yang berjaya dan penyumbang aktif 
kepada pembangunan negara. Menerusi interaksi, individu 
daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama 
dan kaum dapat belajar untuk memahami, menerima dan 
menghargai perbezaan, seterusnya membina perkongsian 
pengalaman dan aspirasi untuk masa depan Malaysia. Melalui 
perkongsian pengalaman dan aspirasi inilah identiti nasional 
dan perpaduan negara dapat dipupuk. 
Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah 
menjadi perhatian dan perbahasan. Ibu bapa meletakkan 
harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan 
terhadap keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan 
generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran abad 
ke-21. Berdasarkan hakikat sesuatu sistem pendidikan yang 
kompleks dan rencam, setiap negara memerlukan tempoh yang 
panjang untuk melihat impak perubahan yang dilaksanakan. 
Oleh itu, Kementerian perlu mengambil tindakan yang berani 
dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting 
dan mesti dilaksanakan dengan segera.
E-3 
OBJEKTIF DAN PENDEKATAN 
KAJIAN SEMULA 
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan 
hasil penyelidikan yang mendalam dan pelibatan meluas 
masyarakat yang dijalankan oleh Kementerian. Pelan 
Pembangunan Pendidikan dibangunkan dengan tiga objektif 
khusus, iaitu: 
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem 
pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap 
akses kepada pendidikan, meningkatkan standard 
(kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), 
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta 
mengoptimumkan kecekapan sistem; 
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem 
pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang; 
dan 
3. Menggariskan program transformasi sistem 
pendidikan, yang merangkumi perubahan penting 
dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu 
dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak 
serta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan 
awam. 
Pendekatan yang digunakan dalam penyediaan Pelan 
Pembangunan Pendidikan adalah berani dan ulung kali 
dilaksanakan. Perspektif daripada pelbagai pakar dan agensi 
antarabangsa telah digarap untuk menilai dan mentaksir 
prestasi sistem pendidikan Malaysia. Agensi yang terlibat 
LDODK%DQN'XQLD8QLWHG1DWLRQV(GXFDWLRQDO6FLHQWL¿F 
and Cultural Organisation (UNESCO), Organisation for 
Economic Co-operation and Development (OECD), serta 
enam universiti tempatan. Kementerian juga bekerjasama 
dengan agensi kerajaan yang lain untuk memastikan jajaran 
dengan dasar awam yang lain berkaitan pendidikan. Sebagai 
contoh, Kementerian bekerjasama dengan PEMANDU untuk 
membangunkan inisiatif pendidikan menerusi Program 
Tranformasi Kerajaan (GTP)2.0 bagi mencerminkan 
pembaharuan utama yang terkandung dalam Pelan 
Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 2013-2025. 
Tambahan lagi, buat pertama kalinya Kementerian telah 
melibatkan penyertaan rakyat secara besar-besaran. 
Sepanjang tempoh setahun, lebih 50,000 orang pegawai 
Kementerian, guru, pemimpin sekolah, ibu bapa, murid 
dan orang awam di seluruh negara telah dilibatkan melalui 
temu bual, kumpulan fokus, tinjauan, dewan terbuka Dialog 
Nasional dan perbincangan meja bulat. Kementerian telah 
melantik panel pakar yang terdiri daripada 12 ahli tempatan 
dan empat ahli antarabangsa bagi menyediakan input bebas 
terhadap dapatan kajian semula sistem pendidikan negara.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-4 
PELABURAN YANG 
SIGNIFIKAN DAN MAPAN 
DALAM PENDIDIKAN 
Penyediaan sokongan dan sumber yang disediakan sesuatu 
sistem kepada sekolah memberi kesan penting kepada 
prestasi sekolah. Hal ini bertujuan membolehkan guru 
dan pengetua/guru besar memberikan tumpuan kepada 
tugas utama mereka dalam melaksanakan pengajaran dan 
pembelajaran yang berkesan. Oleh itu pelaburan dalam 
sistem pendidikan merupakan ukuran penting kepada 
kesungguhan dan komitmen kerajaan terhadap pendidikan. 
Kerajaan Malaysia telah mengekalkan tahap pelaburan 
yang tinggi dalam pendidikan sejak negara mencapai 
kemerdekaan lebih 55 tahun yang lalu. Pada awal tahun 
1980-an, perbelanjaan Persekutuan untuk pendidikan rendah 
dan menengah sebagai peratus Keluaran Dalam Negara 
Kasar (KDNK) adalah yang tertinggi di Asia Timur. Pada 
tahun 2011, jumlah perbelanjaan pendidikan sebanyak 3.8% 
daripada KDNK, atau 16% daripada jumlah perbelanjaan 
Kerajaan bukan sahaja lebih tinggi daripada purata OECD 
sebanyak 3.4% daripada KDNK dan 8.7% daripada jumlah 
perbelanjaan awam, malah adalah setara atau lebih tinggi 
daripada sistem berprestasi tinggi seperti Singapura, Korea 
Selatan dan Jepun (Ekshibit 1). Pada tahun 2012, daripada 
jumlah bajet pendidikan sebanyak RM37 bilion, Kerajaan 
terus menyediakan peruntukan yang terbesar, iaitu 16% 
daripada jumlah bajet kepada Kementerian Pelajaran. 
Peruntukan ini menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap 
pendidikan sebagai satu daripada keutamaan negara. 
EKSHIBIT 1 
Perbelanjaan pendidikan asas1 sebagai % jumlah perbelanjaan kerajaan bagi Malaysia dan 
negara setara2 
7 
9 
11 11 
12 12 
14 
Peratus (2008) 
16 
SUMBER: Kementerian Pelajaran Malaysia; OECD – Education at a Glance 2011; Singstat; Ministry of Finance Thailand; 
Ministry of Finance Indonesia; Education Bureau of Hong Kong. Data daripada 2008 atau 2010 bergantung kepada 
data terkini sedia ada 
18 
Singapore3 
Purata 
OECD 
8.7% 
Hong Korea Indonesia3 Japan 
Kong3 
Thailand3 Malaysia3 Mexico Chile 
Termasuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan/kapital bagi pendidikan asas (rendah dan menengah) 
2 Negara setara berasaskan kategori berikut: Harimau Asia (Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Jepun); jiran Asia Tenggara 
(Indonesia, Thailand Singapura), dan negara yang setanding KNDK per kapita (Mexico dan Chile) 
3 Data bagi 2010 
Nota: Data daripada 2008 atau 2010 bergantung kepada data terkini yang diperoleh. 
LONJAKAN BESAR DALAM 
MENINGKATKAN AKSES 
KEPADA PENDIDIKAN 
Sistem pendidikan negara menyaksikan lonjakan besar 
sejak tahun 1957. Ketika negara mencapai kemerdekaan, 
lebih separuh daripada populasi tidak menerima pendidikan 
formal, hanya 6% kanak-kanak menerima pendidikan 
peringkat menengah, dan 1% sahaja mendapat pendidikan 
lepas menengah. Namun, lima setengah dekad kemudian, 
akses kepada pendidikan telah mengalami perubahan yang 
melangkaui jangkaan. 
Pada tahun 2011, enrolmen di peringkat pendidikan rendah telah 
hampir sejagat, iaitu 94% dan peratusan murid yang tercicir 
GDULSDGDSHQGLGLNDQUHQGDKWHODKPHQXUXQVHFDUDVLJQL¿NDQ 
(daripada 3% pada tahun 1989 kepada 0.2% pada tahun 2011). 
Kadar enrolmen di peringkat menengah rendah (Tingkatan 1 
hingga 3) telah meningkat kepada 87%. Peningkatan terbesar 
berlaku di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 hingga 5), 
dengan kadar enrolmen meningkat hampir dua kali ganda 
daripada 45% pada tahun 1980-an kepada 78% pada tahun 2011. 
Kadar enrolmen ini adalah lebih tinggi sekiranya enrolmen di
E-5 
sekolah swasta juga diambil kira, iaitu 96% peringkat rendah, 
91% menengah rendah, dan 82% menengah atas. Kadar ini 
adalah yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan negara 
membangun yang lain, namun masih rendah berbanding 
sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti Singapura dan 
Korea Selatan. Pada masa yang sama, peluasan yang cepat 
berlaku dalam pendidikan prasekolah. Sekitar 77% murid 
telah memasuki pendidikan prasekolah (sama ada kerajaan 
atau swasta), dan sasaran negara adalah untuk memperoleh 
penyertaan sejagat menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara 
(NKRA), yang terkandung dalam GTP. 
3HQLQJNDWDQDQJVLJQL¿NDQGDODPDNVHVGLVXVXOLGHQJDQ 
peningkatan dalam pencapaian murid. Kadar literasi remaja 
telah meningkat daripada 88% pada tahun 1990 kepada kadar 
hampir sejagat sebanyak 99% masa kini, manakala kadar literasi 
dewasa telah meningkat secara mendadak, iaitu daripada 
kurang 70% kepada lebih 90% dalam jangka masa yang sama. 
Seterusnya, kadar populasi dewasa (berusia 15+ tahun) yang 
tidak mengikuti persekolahan telah menurun, daripada 60% 
pada tahun 1950 kepada kurang 10% pada tahun 2010. 
Manakala kadar populasi (berusia15+) yang menamatkan 
pendidikan menengah telah meningkat daripada sekitar 7% 
pada tahun 1950 kepada hampir 75% dalam tempoh yang sama 
(Ekshibit 2). Pencapaian ini adalah sesuatu yang 
membanggakan negara. 
EKSHIBIT 2 
Tahap pendidikan populasi berumur 15 tahun dan ke atas (1950-2010) 
Percent of population 
3 
2 
2 
2 
2 
1 
1 
6 7 6 8 9 10 13 15 
33 35 
38 
41 
43 
41 
38 
33 39 
26 
22 
18 15 
10 13 19 24 
31 
39 39 
51 56 
59 61 
9 
2010 
10 
2005 
12 
2000 
13 
1995 
15 
1990 
21 
1985 
28 
1980 
32 
1975 
37 
1970 
44 
1965 
50 
1960 
56 
1955 
60 
1950 
Tertiari Menengah Rendah Tanpa Persekolahan 
SUMBER: Barro and Lee, 2010 (Eurostat, UN) 
SISTEM PENDIDIKAN 
YANG KOMITED UNTUK 
MEMBANGUNKAN MURID 
SECARA MENYELURUH 
Kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu usaha 
berterusan bagi membangunkan anak-anak secara 
menyeluruh, merangkum pelbagai dimensi, iaitu intelek, 
rohani, emosi, dan jasmani seperti yang terkandung dalam 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program dan inisiatif yang 
membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan 
di dalam bilik darjah dan menerusi aktiviti kokurikulum. 
Sebagai contoh, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral 
adalah wajib untuk semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 
5. Kementerian juga menetapkan setiap murid mengambil 
bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 
badan beruniform bagi membina bakat dan memupuk minat, 
di samping membentuk kemahiran kepimpinan. Data yang 
diperoleh menunjukkan kadar penyertaan dalam aktiviti 
kokurikulum adalah tinggi.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-6 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia telah 
digubal pada tahun 1988 dan disemak semula pada 
tahun 1996, termaktub dalam visi Kementerian dan 
Kerajaan yang berhasrat melahirkan generasi holistik dari 
segi intelektual, kerohanian, emosi dan jasmani 
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha 
berterusan ke arah memperkembangkan 
lagi potensi individu secara menyeluruh dan 
bersepadu untuk mewujudkan insan yang 
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, 
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan 
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah 
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu 
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, 
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai 
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan 
terhadap keharmonian dan kemakmuran 
keluarga, masyarakat, dan negara”. 
PRESTASI AKADEMIK MURID 
BERBANDING STANDARD 
ANTARABANGSA 
Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah 
untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan 
kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan. Sejarah sistem 
pendidikan Malaysia, seperti negara lain di dunia, memberi 
penekanan terhadap pembangunan kandungan pengetahuan 
yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains, Matematik dan 
Bahasa. Walau bagaimanapun, dari segi pengiktirafan di 
peringkat global, kemahiran murid adalah tidak mencukupi 
sekadar menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja 
apabila mereka meninggalkan persekolahan. Tumpuan bukan 
hanya kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, 
WHWDSLMXJDSHPEDQJXQDQNHPDKLUDQEHU¿NLUDUDVWLQJJL 
Prestasi murid Malaysia telah meningkat sejak beberapa 
dekad yang lalu, namun pencapaian yang membanggakan 
itu menghendapi risiko, dari segi relatif dan mutlak. Hal ini 
disebabkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan 
prestasi murid dengan lebih cepat dan mampu mengekalkan 
momentum tersebut secara berterusan. Jurang pencapaian 
antara sistem pendidikan Malaysia dan negara lain semakin 
melebar. Keduanya, pentaksiran antarabangsa menunjukkan 
prestasi murid Malaysia semakin merosot dari segi mutlak. 
Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa 
murid seperti Programme for International Students 
Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics 
and Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah 
perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan 
pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran 
ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti 
aplikasi dan penaakulan. 
Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS buat 
pertama kalinya pada tahun 1999, skor purata murid 
mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains. 
Penyertaan dalam pusingan yang terkini pada tahun 2007 
menunjukkan prestasi murid Malaysia telah menurun bawah
E-7 
purata antarabangsa bagi mata pelajaran Matematik dan 
Sains, disusuli penurunan dari segi kedudukan negara. Lebih 
kritikal lagi, 18% dan 20% murid Malaysia gagal mencapai 
tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada 
tahun 2007, iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda 
daripada 7% dan 5% masing-masing pada tahun 2003. 
Keputusan PISA 2009+ (penyertaan kali pertama Malaysia) 
juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia 
terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 
74 negara peserta. Pencapaian ini juga meletakkan Malaysia 
bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD (Ekshibit 
3). Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai 
PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam 
Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam 
Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum. Perbezaan 
skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaan dengan 
satu tahun persekolahan. Secara perbandingan, pencapaian 
murid berumur 15 tahun di Singapura, di Korea Selatan, di 
Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau 
lebih tahun persekolahan berbanding dengan murid berumur 
15 tahun di Malaysia. 
CONTOH KECEMERLANGAN 
WUJUD DALAM SISTEM 
PENDIDIKAN NEGARA 
Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetus 
kebimbangan, namun terdapat banyak bukti kecemerlangan 
murid dan sekolah di seluruh negara yang telah mencapai 
standard antarabangsa berdasarkan ukuran dalam bidang 
akademik dan bukan akademik. Ekshibit 4 menunjukkan sepintas 
lalu sebahagian daripada pencapaian murid dan sekolah Malaysia 
di peringkat antarabangsa. Di samping itu, Kementerian telah 
mengiktiraf 66 sekolah di bawah program Sekolah Berprestasi 
Tinggi (SBT). Sekolah berkenaan merupakan yang terbaik kerana 
memiliki ciri-ciri yang unik, menghasilkan kecemerlangan 
akademik dan bukan akademik murid secara tekal, dan 
berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa. 
Sistem pendidikan negara juga berjaya mewujudkan sekolah, 
daerah dan negeri yang menunjukkan peningkatan di luar 
jangkaan yang membanggakan, misalnya, sejak lima tahun 
yang lalu, Johor merupakan salah sebuah negeri yang berada 
pada kedudukan lima terbawah berdasarkan prestasi murid 
dalam UPSR. Johor telah melaksanakan program peningkatan 
kemajuan sekolah yang menyeluruh dan berjaya meningkatkan 
pencapaiannya hanya dalam tempoh lima tahun. Johor, kini, 
berada dalam kelompok tiga teratas (diukur berdasarkan 
pencapaian murid). Begitu juga, terdapat sekolah di kawasan 
pedalaman seperti SK Ulu Lubai dan SK Bakalalan, di 
Sarawak, kedua-dua sekolah ini berada dalam komuniti yang 
berpendapatan rendah, namun berjaya merangkul anugerah 
amalan terbaik peringkat Komanwel pada tahun 2009 kerana 
berjaya melaksanakan perubahan yang mengagumkan. 
Kejayaan ini menunjukkan wujudnya peluang yang boleh 
dipelajari dan meningkatkan lagi amalan terbaik untuk 
diamalkan dalam sistem pendidikan secara keseluruhan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-8 
EKSHIBIT 3 
Perbandingan kedudukan PISA 2009+ bagi Malaysia 
dengan negara lain 
Negara 
serantau 
yang setara 
1 Bacaan 2 Matematik 3 Sains 
Kedu-dukan 
Negara 
… … … … … 
18 United Kingdom 494 
Purata OECD 
19 Germany 497 
Purata Antarabangsa 
3 
… … … … … 
20 Austria 496 
… … … … … 
Purata OECD Purata OECD 
21 Slovak Republic 
497 
41 Croatia 460 
Purata Antarabangsa 
42 Israel 447 
20 Ireland 508 
21 Czech Republic 500 
40 Greece 470 
Purata Antarabangsa 
41 Malta 461 
52 MALAYSIA 422 
Nota: Kedudukan negara dengan susunan menurun berdasarkan peratus yang mencapai prestasi teratas (Tahap 5 atau 6) 
SUMBER: PISA 2009+ 
Skor 
min 
Kedu-dukan 
Negara 
Skor 
min 
Kedu-dukan 
Negara 
Skor 
min 
1 Shanghai-China 556 
2 Korea 539 
3 Finland 536 
4 Hong Kong 533 
5 Singapura 526 
55 MALAYSIA 414 
1 Shanghai-China 575 
2 Finland 554 
3 Hong Kong 549 
4 Singapura 542 
5 Jepun 539 
1 
2 
3 
4 
5 
Shanghai-China 
Singapura 
Hong Kong 
Korea 
Taiwan 
600 
562 
555 
546 
543 
52 Thailand 419 
42 Russian Fed. 459 
43 Chile 449 
53 Thailand 421 
57 MALAYSIA 404 
51 Thailand 425 
62 Indonesia 402 68 Indonesia 371 66 Indonesia 383
E-9 
CABARAN KEKAL WUJUD 
DALAM MENCAPAI 
KEBERHASILAN MURID 
SECARA SAKSAMA 
Objektif yang sama penting dalam sistem pendidikan adalah 
memastikan kesaksamaan dalam keberhasilan murid. 
Malangnya, sehingga kini keberhasilan murid masih tidak 
saksama. Negeri yang mempunyai populasi sekolah luar 
bandar yang banyak, seperti Sabah dan Sarawak, secara 
purata, menunjukkan prestasi yang rendah berbanding 
negeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar yang 
sedikit. Dalam UPSR, peratus jurang pencapaian antara 
sekolah bandar dan luar bandar ialah 4% mata dan bagi Sijil 
Pelajaran Malaysia (SPM), jurang pencapaian meningkat 
kepada 8% mata. Walau bagaimanapun, kedua-dua jurang 
pencapaian ini telah menurun, masing-masing sebanyak 5% 
mata dan 2% mata sejak enam tahun kebelakangan ini. 
Jurang pencapaian antara sekolah kebangsaan dan sekolah 
jenis kebangsaan juga semakin mengecil. Tidak wujud 
perbezaan yang ketara antara sekolah kebangsaan dan sekolah 
jenis kebangsaan Cina dari segi pencapaian dalam UPSR. 
Sejak lima tahun yang lalu, jurang pencapaian dalam kalangan 
sekolah jenis kebangsaan Tamil telah berjaya dikurangkan 
sebanyak 50%, dan jurang pencapaian antara sekolah jenis 
kebangsaan Tamil dengan sekolah kebangsaan dan sekolah 
jenis kebangsaan Cina telah kurang kepada 4% mata. 
Sebaliknya, jurang pencapaian antara jantina adalah 
VLJQL¿NDQGDQWHUXVPHQLQJNDWPDODKVHPDNLQPHOHEDU 
dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Murid 
perempuan sentiasa mengatasi pencapaian murid lelaki 
pada semua peringkat. Jurang pencapaian antara gender 
mula kelihatan di peringkat UPSR dan berterusan sehingga 
ke peringkat universiti, iaitu 70% daripada kohort 
peringkat universiti terdiri daripada pelajar perempuan. 
Walaupun fenomena ini bukan unik bagi Malaysia, namun 
ia memerlukan perhatian bagi memastikan negara tidak 
Pentaksiran Antarabangsa TIMSS dan PISA 
TIMSS merupakan pentaksiran antarabangsa 
berasaskan kurikulum sekolah bagi mata pelajaran 
Matematik dan Sains di seluruh dunia. Pentaksiran 
dibuat bagi mengukur prestasi murid pada Gred 4 (Tahun 
4) dan Gred 8 (bersamaan dengan Tingkatan 2) yang 
merangkum dua aspek iaitu pengetahuan kandungan 
seperti Algebra, dan kemahiran kognitif seperti proses 
pemikiran penguasaan pengetahuan, aplikasi dan 
penaakulan. Ujian pertama kali ditadbir pada tahun 
1995. Pada masa ini, lebih 50 buah negara menyertai 
pentaksiran ini yang dikendalikan pada setiap empat 
tahun. Malaysia telah menyertai TIMSS sejak 1999 dan 
melibatkan murid Tingkatan 2 sahaja. 
PISA yang diselaraskan oleh OECD juga merupakan 
pentaksiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. 
Dikendalikan setiap tiga tahun, PISA bertujuan untuk 
menilai kecekapan dalam Bacaan, Matematik dan Sains 
dalam kalangan murid berumur 15 tahun. Tumpuan 
pentaksiran bukan pada kandungan kurikulum tetapi 
keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam 
kehidupan sebenar. Penyertaan juga meliputi negara 
di luar keanggotaan OECD dengan pelibatan 74 
buah negara pada tahun 2009. Kali pertama Malaysia 
menyertai PISA ialah pada tahun 2010 sebagai kitaran 
pentaksiran untuk tahun 2009.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-10 
EKSHIBIT 4 
Contoh terkini pencapaian murid Malaysia di peringkat 
antarabangsa 
Pasukan Malaysia seramai 15 orang memenangi Diploma 
Emas dan Perak. 
Seorang murid berumur 17 tahun muncul sebagai pemenang 
terbaik Malaysia yang pertama. 
Pencapaian cemerlang murid Tingkatan 4 dengan mendapat pingat emas 
pertama Malaysia. 4 orang murid lain memperoleh keputusan yang turut 
membanggakan. 
68 orang murid Malaysia memperoleh 94 pingat emas dan 
menerima pujian pada peringkat antarabangsa. 
Malaysia, diwakili oleh 3 sekolah, memperoleh pencapaian 
yang cemerlang keseluruhan di Korea Selatan – memenangi 
tempat kedua selama dua tahun berturut-turut. 
Mei 
2012 
Julai 
2011 
Dis 
2010 
Nov 
2009 
2nd International Folk Song and Dance Festival, 
Georgia 
English Speaking Union International Public 
Speaking Competition, London 
52nd International Mathematical Olympiad, 
Belanda 
International Competitions and 
Assessments for Schools (ICAS)1 
World Robot Olympiad (WRO), Korea 
Selatan 
Pasukan Malaysia seramai 200 orang atlit memenangi sejumlah 
100 pingat; menduduki tempat ketiga keseluruhan. 
Jun 
2012 
4th ASEAN School Games, Indonesia 
Sekumpulan 36 orang murid memperoleh tempat kedua keseluruhannya; 
memenangi 6 pingat emas, 2 perak dan 3 gangsa. 
ASEAN Primary School Sports Olympiad, 
Indonesia 
Okt 
2011 
Seorang murid Malaysia memperoleh pingat emas dan 
anugerah khas daripada (XURSHDQ3KVLFDO6RFLHW. 
42nd International Physics Olympiad, 
Thailand 
Pasukan Malaysia seramai 16 orang pemain memenangi 
3 pingat emas, 4 perak dan 9 gangsa. 
5th Asian Schools Badminton Championship, 
Hong Kong 
Julai 
2012 
Dua orang murid berumur 14 tahun berjaya mendapat tempat 
ketiga dalam pertandingan ini. 
Genius Olympiad 2012 International High School 
Project Fair on Environment, New York 
Pasukan Malaysia memperoleh pingat emas bagi rekacipta 
mereka. 
8th International Exhibition for Young Inventors, 
Thailand 
Pasukan Malaysia memenangi pingat emas dalam kategori 
reka cipta pendidikan. 
The Invention and New Product Exposition, 
Amerika Syarikat 
1 Pentaksiran diagnostik bebas yang berpusat di Australia yang dilaksanakan setiap tahun 
SUMBER: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Sukan
E-11 
mempunyai kohot murid lelaki yang ‘tercicir’, yang lebih 
awal meninggalkan sistem persekolahan atau merupakan 
kumpulan berpencapaian rendah. 
Akhirnya, jurang ekuiti yang paling besar disebabkan oleh latar 
belakang sosioekonomi murid. Jurang ini dilihat berdasarkan 
tiga aspek: pencapaian pendidikan tertinggi ibu bapa, purata 
pendapatan isi rumah bagi negeri, dan peratus murid menerima 
bantuan asas kewangan bawah Kumpulan Wang Amanah 
Pelajar Miskin (KWAPM). Ketiga-tiga aspek ini merupakan 
bukti yang tekal bahawa murid daripada keluarga miskin 
adalah kurang cemerlang berbanding murid daripada keluarga 
berpendapatan sederhana dan tinggi. Seperti yang ditunjukkan 
dalam Ekshibit 5, hanya 7% sekolah Band 1 dan 2 mempunyai 
populasi lebih sepertiga daripada jumlah muridnya mendapat 
KWAPM berbanding 69% sekolah Band 6 dan 7 yang menerima 
bantuan KWAPM. 
EKSHIBIT 5 
Taburan populasi murid yang menerima KWAPM1 mengikut band sekolah 
Peratus sekolah (2011) 
3,858 
56 
42 
31 
2,296 
75 17 
18 
25 
100% = 
52 
Sekolah lemah, 
Band 67 
19 
Sekolah 
sederhana, 
Band 3,4,5 
7 
Sekolah baik, 
Band 12 
Sekolah dengan 1/3 
murid menerima 
KWAPM 
Sekolah dengan 1/3- 
2/3 murid menerima 
KWAPM 
Sekolah dengan 2/3 
murid menerima 
KWAPM 
1 Hanya meliputi sekolah rendah, kecuali 1,060 sekolah di Sabah dan 418 sekolah di negeri lain kerana data tidak lengkap 
SUMBER: Bahagian Kewangan; Bidang Keberhasilan Utama Negara; Pangkalan data EMIS 
KEPELBAGAIAN PILIHAN 
PERSEKOLAHAN 
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN 
ETNIK YANG HOMOGEN 
Kewujudan pelbagai jenis sekolah kebangsaan dan swasta di 
peringkat rendah dan menengah dalam sistem pendidikan 
menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk memilih jenis 
sekolah bagi anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, kewujudan 
persekitaran etnik yang homogen di sekolah menimbulkan 
kebimbangan tentang kurangnya peluang untuk berinteraksi 
dalam kalangan murid. Demi pengukuhan identiti dan perpaduan 
nasional, interaksi dalam kalangan murid perlu dipertingkatkan 
bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan aspirasi 
masa depan Malaysia. Situasi kepelbagaian jenis sekolah yang 
wujud dalam sistem pendidikan pada masa ini tidak menyumbang 
kepada interaksi yang dihasratkan. 
Data yang diperoleh menunjukkan bahawa lebih banyak murid 
Cina dan India berdaftar di SJK pada tahun 2011, berbanding 
10 tahun yang lalu. Bilangan murid Cina yang berdaftar 
di SJKC telah meningkat daripada 92% pada tahun 2000 
kepada 96% pada tahun 2011. Peningkatan bagi murid India
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-12 
yang berada di SJKT adalah lebih ketara, iaitu daripada 47% 
kepada 56%. Keadaan yang sama wujud di SK kerana 90% 
enrolmen murid ialah Bumiputera. Di peringkat menengah 
pula, walaupun laluan persekolahan adalah satu sahaja, iaitu 
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), namun keadaan 
terpisah dan homogen masih wujud. Hal ini berasaskan 
pemerhatian bahawa terdapat murid yang masih terbatas 
untuk terdedah kepada kepelbagaian, misalnya murid SJKC 
cenderung untuk ke Sekolah Menengah Persendirian Cina 
(SMPC), sementara itu terdapat murid SK menyambung 
pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). 
Dalam usaha mencapai perpaduan, penting bagi setiap murid 
berinteraksi dan belajar bersama-sama rakan sebaya dan guru 
daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan latar belakang 
sosioekonomi. Kementerian telah menyediakan program 
Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) menerusi 
aktiviti kokurikulum bagi mengukuhkan interaksi dalam kalangan 
murid di pelbagai jenis sekolah. Kajian semula yang dijalankan 
oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati 
program RIMUP berjaya mewujudkan pergaulan antara etnik 
di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh sebab kekurangan 
peruntukan, telah berlaku penurunan yang ketara dari sudut 
pengisian dan bilangan aktiviti untuk program RIMUP. 
PULANGAN ATAS PELABURAN 
TIDAK MEMENUHI HASRAT 
Malaysia terus memperuntukkan bajet yang tinggi untuk 
pendidikan. Usaha ini telah meningkatkan akses yang hampir 
sejagat di peringkat pendidikan rendah. Pada masa yang 
sama, akses di peringkat menengah telah meningkat dengan 
ketara. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk 
menambah baik dari aspek kualiti, ekuiti dan perpaduan. 
Ekshibit 6 membandingkan perbezaan prestasi pelbagai 
negara yang menyertai pentaksiran antarabangsa 
berdasarkan perbelanjaan pendidikan per murid. Perbezaan 
setiap band prestasi (Lemah, Sederhana, Baik, Sangat 
Baik, Cemerlang) adalah bersamaan dengan satu tahun 
persekolahan. Data yang diperoleh pada tahun 2010 
menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan 
di belakang negara-negara yang menyediakan jumlah 
peruntukan yang hampir sama atau lebih rendah seperti 
Thailand, Chile, dan Armenia. Keadaan ini mungkin 
disebabkan peruntukan untuk pendidikan di Malaysia 
tidak disalurkan kepada faktor yang memberi impak 
tinggi terhadap keberhasilan murid, seperti latihan untuk 
meningkatkan kemahiran guru secara berterusan. Sistem 
pendidikan berprestasi tinggi seperti di Singapura, di Korea 
Selatan, dan di Shanghai sememangnya memperuntukkan 
jumlah bajet yang lebih tinggi berbanding Malaysia. Sistem 
pendidikan negara juga mampu melonjak dengan adanya 
usaha transformasi yang utama seperti ini. Oleh itu, tahap 
perbelanjaan untuk pendidikan di Malaysia patut dikekalkan, 
namun kecekapan dan keberkesanan dalam pengagihan dan 
perbelanjaan bajet perlu dikaji semula. 
Imej oleh Yiie, Flickr CC 2.0
E-13 
EKSHIBIT 6 
Prestasi negara dalam pentaksiran antarabangsa berbanding 
perbelanjaan awam per murid 
Turkey Iran 
370 
531 
Germany 
France 
Spain 
7,000– 
8,000 
Ontario 
Canada 
Italy 
545 
UK 
531 
Belg.Flanders 
Netherlands 
Switzerland 
Denmark 
Norway 
USA 
Austria 
Luxembourg 
Iceland 
Perbelanjaan awam per murid2, PPP unit 
Syria 
Algeria Mauritius 
Philippines 
W. Cape 
Jordan 
327 
580 
520 
460 
400 
380 
360 
340 
Slovak Republic 
441 
Chile 
Mexico 
Romania 
Malaysia2 
Argentina 
489 
Russia 
Serbia 
Bulgaria 
578 
Shanghai 
Chinese 
Taipei 
Hungary 
Latvia 
Croatia 
Singapura 
Korea, Rep. 
Australia 
Czech 
Republic 
Israel 
547 
New Zealand 
Macao 
SAR, China 
Moldova 
1 Skala sejagat berdasarkan metodologi Hanushek  Woessmann, bagi membolehkan perbandingan merentas sistem 
2 Perbelanjaan awam per murid bagi pendidikan asas (tahap pendidikan prasekolah, rendah, dan menengah) bagi harga semasa 2008 
Nota: Perbelanjaan awam Malaysia 2008 adalah USD3000 
SUMBER: World Bank EdStats; IMF; UNESCO; PISA, TIMSS, PIRLS, Global Insight; McKinsey  Company 
8,000– 
9,000 
Cemerlang 
3000– 
4,000 
2,000– 
3,000 
1,000– 
2,000 
0–1,000 
9,000– 10,000+ 
10,000 
4,000– 
5,000 
Kyrgyzstan 
6,000– 
7,000 
Sangat 
baik 
Baik 
Sederhana 
Lemah 
478 
560 
540 
500 
480 
440 
420 
320 
0 
455 
Kazakhstan 
Morocco 
Thailand 
Colombia 
Tunisia 397 
412 
422 
Poland 
544 
458 
458 
Jepun 
Hong Kong 
Portugal 
402 
530 
486 
Slovenia 
464 
Finland 
Ireland 
483 
5,000– 
6,000 
Armenia 
El Savador 
Panama 
Lithuania 
Botswana 
Oman 
Estonia 
Malta 
Cyprus 
Sweden 
Belg. CFB 
Uruguay Saudi Arabia 
Azerbaijan 
Indonesia 
Ghana 
Georgia 
Bahrain 
Greece 
Kuwait 
Skor Skala Sejagat1 2009 (maksimum, median, minimum)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-14 
ŀ Kualiti: Semua kanak-kanak akan berpeluang 
mendapatkan pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan 
sistem pendidikan di Malaysia dan setanding dengan sistem 
pendidikan antarabangsa. Sistem pendidikan di Malaysia 
menetapkan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam 
kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa 
mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 
tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, 
Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan 
yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan 
konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu 
diterima di peringkat antarabangsa. 
ŀ Ekuiti: Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan 
pendidikan berkualiti kepada setiap kanak-kanak tanpa 
PHQJLUDNHGXGXNDQJHRJUD¿MDQWLQDDWDXODWDUEHODNDQJ 
sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan 
lagi jurang pencapaian antara murid bandar dan luar 
bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara 
jantina sehingga 50% menjelang tahun 2020. 
ŀ Perpaduan: Murid yang berumur antara 7 hingga 17 
tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa 
mereka di sekolah. Oleh itu, sekolah berperanan untuk 
mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. 
Melalui interaksi bersama murid lain dari pelbagai latar 
belakang sosioekonomi, agama dan etnik, dan belajar 
untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan, 
suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi dapat 
dibentuk. Kementerian berhasrat untuk menjanakan suatu 
sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid 
berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan 
memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. 
ŀ Kecekapan: Sistem pendidikan Malaysia telah 
menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan 
keberhasilan murid masih tidak setanding dengan 
sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun 
Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan masa 
kini, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan 
keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. 
ASPIRASI TERHADAP SISTEM 
PENDIDIKAN DAN MURID DI 
MALAYSIA 
Bagi memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia 
dan menyediakan negara untuk bersaing di peringkat 
antarabangsa adalah penting untuk negara melakarkan 
wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin 
dibangunkan, khusus berdasarkan konteks Malaysia. 
Kumpulan murid terbaik yang bagaimanakah ingin 
dihasilkan untuk berdepan dengan cabaran ekonomi abad 
ke-21? Jenis pendidikan yang bagaimanakah perlu disediakan 
untuk mereka hadapi dunia globalisasi yang pantas berubah? 
Kedua-dua aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, 
sistem pendidikan secara keseluruhan, dan kedua, murid 
secara individu. Visi dan aspirasi ini akan menjadi landasan 
transformasi sistem pendidikan Malaysia. 
Aspirasi sistem 
Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk 
mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi 
menentukan kejayaaan sistem pendidikan Malaysia secara 
keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan 
kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini 
adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta 
Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan 
berprestasi tinggi juga menetapkan teras yang sama yang 
perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras 
berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras 
berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah 
perlu disepadukan dan digerakkan secara bersama. 
ŀ Akses: Setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat 
kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan 
mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian 
perlu memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan 
kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat 
menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020.
E-15 
EKSHIBIT 7 
LLimima aa sapsirpaisriassisi tseimstepemn dpideinkadnidMikaalany sMiaalaysia 
100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan 
Akses daripada prasekolah hingga menengah atas 
menjelang tahun 2020 
Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam 
pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam 
tempoh 15 tahun 
50% pengurangan dalam jurang pencapaian 
Ekuiti (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang 
tahun 2020 
Perpaduan 
Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian 
pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan 
menghargai kepelbagaian 
Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid 
mengikut peruntukan sedia ada
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-16 
Aspirasi murid 
Menjangkaui seluruh sistem pendidikan ini, pihak 
berkepentingan jelas mengenai konsep “kualiti” yang perlu 
ada pada setiap murid. Maka pendidik, ibu bapa, murid dan 
semua ahli masyarakat perlu bersatu dalam merealisasikan visi 
pendidikan sebagai wadah pembangunan murid yang holistik 
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Visi ini juga menjadi 
asas kepada semua usaha penambahbaikan sistem pendidikan 
sejak Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal pada tahun 1988. 
Untuk maju, Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus 
menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi 
membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian 
aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan 
berprestasi tinggi yang dicapai oleh negara lain bagi mengenal 
pasti kemahiran khusus yang boleh diterapkan kepada murid 
bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi 
global (Ekshibit 8). 
ŀ Pengetahuan: Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak 
perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi. 
Selain itu, adalah penting bagi setiap murid menguasai 
mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid 
juga perlu didedahkan dengan pengetahuan am yang 
menyeluruh tentang Malaysia, Asia dan dunia menerusi 
PDWDSHODMDUDQ6HMDUDK.HPDQXVLDDQGDQ*HRJUD¿0XULG 
juga digalakkan untuk menambah ilmu dan kemahiran 
dalam bidang lain seperti Seni, Muzik dan Sukan. 
ŀ .HPDKLUDQ%HU¿NLUSetiap murid belajar cara 
untuk memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang 
kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu 
dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk 
membolehkan murid menghubungkan pelbagai disiplin 
ilmu. Lebih penting lagi, dalam ekonomi berasaskan 
pengetahuan, mereka mencipta ilmu yang baharu. Setiap 
murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif 
termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran 
kreatif dan inovatif. Dalam sistem pendidikan, bidang 
ini kurang diberi perhatian menyebabkan murid kurang 
berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan 
EHU¿NLUVHFDUDNUHDWLIGLOXDUNRQWHNVDNDGHPLN 
ŀ Kemahiran Memimpin: Dalam dunia yang saling 
berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja 
dengan orang lain secara berkesan adalah penting. Sistem 
pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai 
potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang 
formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan 
mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem 
pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu 
keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan 
kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. 
ŀ Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak menguasai 
sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa 
kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris 
sebagai bahasa komuniksai antarabangsa. Dengan tahap 
penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, 
murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia 
dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping 
itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid untuk 
mempelajarai bahasa lain sebagai bahasa tambahan. 
ŀ Etika dan Kerohanian: Sistem pendidikan akan 
menyediakan pengalaman kepada setiap kanak-kanak untuk 
berdepan dengan cabaran yang bakal ditempuhi ketika 
GHZDVDDJDUPHUHNDEROHKPHQHOHVDLNDQNRQÀLNVHFDUD 
harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada 
prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani 
melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga 
berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat 
menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara. 
ŀ Identiti Nasional: Identiti nasional yang kukuh terikat 
dengan prinsip Rukunegara yang diperlukan untuk 
kejayaan masa depan Malaysia. Setiap murid akan 
berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira 
etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik 
perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara 
memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang 
sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti 
nasional yang sebenar, semangat kukuh cintakan tanah 
air diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan 
hanya melalui belajar memahami, tetapi juga menerima 
serta menghayati hakikat kepelbagaian.
E-17 
EKSHIBIT 8 
Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk 
Ebnearmupcairyi au tabmerasyaainngg d pipaedrlau kpaenroinleghksaett igaplombuarlid untuk berupaya 
bersaing pada peringkat global 
Pengetahuan 
tika dan 
Ekerohanian 
Identiti nasional 
Setiap murid akan mempunyai … 
… sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 
emahiran 
berfikir 
K 
emahiran 
Kmemimpin emahiran 
dwibahasa K
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-18 
SEBELAS ANJAKAN 
UTAMA UNTUK 
MENTRANSFORMASIKAN 
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA 
Sejak beberapa tahun kebelakangan, Kementerian telah 
mendapat input daripada pelbagai pihak berkepentingan, 
iaitu ahli pendidik, ahli akademik, ibu bapa dan murid tentang 
keperluan untuk menyampaikan aspirasi sistem pendidikan 
negara. Berdasarkan input yang banyak diperoleh, wujud 
kesepakatan yang tinggi tentang beberapa topik seperti 
kepentingan meningkatkan kualiti guru. Terdapat juga 
beberapa topik seperti masa depan pendidikan bahasa dari 
perspektif yang berbeza. 
Kementerian telah mengkaji semua cadangan dengan teliti dan 
mengintegrasikannya dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 
berdasarkan empat kriteria utama. Pertama, setiap tindakan 
yang diambil perlu menyumbang kepada aspirasi sistem dan 
murid seperti yang telah dinyatakan. Sekiranya inisiatif yang 
dikemukakan menghasilkan kesan yang negatif terhadap 
inisiatif yang lain atau menghasilkan aspirasi yang baharu, 
maka inisiatif tersebut tidak akan diberi keutamaan. Kedua, 
Kementerian menggunakan bukti antarabangsa bagi mengenal 
pasti dan memberi keutamaan kepada faktor yang dapat 
membawa kelainan dalam sistem dan penambahbaikan kepada 
murid. Ketiga, cadangan perlu relevan dengan keadaan semasa 
dan mampu dilaksanakan oleh Kementerian. Oleh itu, inisiatif 
Imej oleh esharkj, Flickr CC 2.0 
akan disusun untuk berkembang selaras dengan perkembangan 
kebolehan dan keupayaan pegawai Kementerian, guru dan 
pemimpin sekolah. Keempat, faedah pelaksanaan cadangan 
perlu memberikan pulangan yang lebih besar berbanding 
dengan kekangan perbelanjaan dan operasi. 
Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu 
dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan 
oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberikan 
impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima 
keberhasilan sistem, seperti akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, 
dan kecekapan. Dimensi kualiti menjadi fokus utama yang 
merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi 
yang penting dan perlu diberikan perhatian yang segera. 
Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi 
dan hala tuju pendidikan. Anjakan yang lain merupakan 
perubahan operasi yang telah dan sedang dilaksanakan 
mengikut dasar sedia ada di peringkat Kementerian dan 
sekolah. Sama ada perubahan bersifat strategi atau operasi, 
semuanya menggambarkan perubahan amalan semasa. 
Secara keseluruhan, anjakan yang dirancang merupakan 
sesuatu yang dicadangkan oleh pihak berkepentingan dan dapat 
menangani permasalahan yang menimbulkan kebimbangan 
masyarakat awam. Kementerian berharap kesepaduan harapan 
akan menyediakan satu asas tumpuan yang boleh diterima oleh 
semua warganegara Malaysia. Seksyen seterusnya merumuskan 
setiap anjakan dan menyediakan contoh perubahan besar 
menerusi inisiatif yang akan dilancarkan.
E-19 Sebelas anjakan untuk transformasi sistem 
ANJAKAN 
MENYEDIAKAN 
MEMASTIKAN 
MELAHIRKAN 
TRANFORMASI 
MEMASTIKAN 
KESAMARA-TAAN 
SETIAP MURID 
RAKYAT 
KEGURUAN 
KEPIMPINAN 
AKSES 
PROFISIEN 
MALAYSIA 
SEBAGAI 
BERPRESTASI 
KEPADA 
DALAM 
DENGAN 
PROFESION 
TINGGI 
PENDIDIKAN 
BAHASA 
PENGHAYATAN 
PILIHAN 
DI TEMPATKAN 
BERKUALITI 
MALAYSIA DAN 
NILAI 
SETIAP 
BERTARAF 
BAHASA 
SEKOLAH 
ANTARA-BANGSA 
INGGERIS 
ƒ Menanda aras keupayaan 
ƒ Memperkenalkan kurikulum 
ƒ Memperkukuh pendidikan 
ƒ Mengetatkan syarat lantikan 
ƒ Memperkenalkan kriteria 
dalam kemahiran membaca, 
Bahasa Malaysia yang sama 
Sivik dengan menjadikan 
guru mulai 2013 supaya 
pemilihan berasaskan 
matematik dan sains 
pada peringkat rendah, 
perkhidmatan komuniti 
dalam kalangan graduan 
kompetensi dan 
dengan standard 
dengan sokongan 
sebagai prasyarat untuk 
30% teratas 
memperkukuhkan proses 
antarabangsa 
pemulihan intensif untuk 
tamat persekolahan 
perancangan penggantian 
murid yang memerlukan 
menjelang 2017 
ƒ Meningkatkan kualiti CPD 
bagi pengetua/guru besar 
ƒ Melancarkan kurikulum baru 
bagi menggantikan kelas 
mulai 2013, dengan lebih 
mulai 2013 
sekolah menengah (KSSM) 
Peralihan 
ƒ Memperkukuh Pendidikan 
tumpuan ke atas keperluan 
dan semakan semula 
Islam dan Moral dengan 
individu dan latihan 
ƒ Melaksanakan pakej kerjaya 
kurikulum sekolah rendah 
ƒ Memperluas program LINUS 
memberi lebih fokus ke atas 
berasaskan sekolah 
baharu bagi pengetua guru 
(KSSR) pada 2017 
supaya meliputi literasi 
teras nilai dan falsafah agama 
besar mulai 2013, dengan 
Bahasa Inggeris 
utama menjelang 2017 
ƒ Memastikan guru memberi 
lebih sokongan, lebih 
ƒ Merombak peperiksaan dan 
fokus ke atas fungsi teras 
fleksibiliti pengoperasian 
pentaksiran kebangsaan 
ƒ Meningkatkan kemahiran 
ƒ Memperkembangan murid 
pengajaran mulai 2013 
bagi menambah baik 
untuk meningkatkan 
Bahasa Inggeris guru dan 
secara holistik dengan 
dengan mengurangkan 
sekolah, kurikulum dan 
tumpuan terhadap 
memperluaskan peluang 
mengukuhkan keperluan 
beban pentadbiran 
kokurikulum, serta lebih 
kemahiran berfikir aras 
bagi pendedahan terhadap 
penyertaan murid dalam 1 
ƒ Melaksanakan laluan kerjaya 
akauntabiliti terhadap 
tinggi pada 2016 
Bahasa Inggeris 
Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan 
guru berasaskan kompetensi 
meningkatkan keberhasilan 
Beruniform 
ƒ Meningkatkan kualiti 
ƒ Menggalakkan setiap murid 
dan prestasi mulai 2016 
murid 
prasekolah dan 
mempelajari bahasa 
ƒ Mengukuhkan dan 
meningkatkan enrolmen 
tambahan menjelang 2025 
memperluas RIMUP mulai 
ƒ Meningkatkan laluan guru 
kepada 100% menjelang 
2016 untuk memudah cara 
untuk peranan kepimpinan, 
2020 
interaksi antara jenis sekolah, 
pakar pengajaran dan pakar 
kumpulan etnik dan sosio 
bidang khusus menjelang 
ƒ Melanjutkan pendidikan 
ekonomi 
2016 
wajib daripada 6 tahun 
kepada 11 tahun bermula 
ƒ Membudayakan 
pada umur 6+ tahun, 
kecemerlangan berasaskan 
disokong dengan program 
pimpinan rakan sekerja dan 
pengekalan yang disasarkan 
proses pensijilan mulai 2025 
dan latihan vokasional 
sebagi persediaan untuk 
pekerjaan 
ƒ Meningkatkan pelaburan 
bagi sumber fizikal dan 
pengajaran kepada murid 
dengan keperluan khusus 
ANJAKAN1 2 3 4 5
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
E-20 Ringkasan Eksekutif 
MENGUPAYA 
JPN, PPD DAN 
SEKOLAH 
UNTUK 
MENYEDIAKAN 
PENYELESAIAN 
KHUSUS 
BERASASKAN 
KEPERLUAN 
ƒ Mempercepatkan 
penambahbaikan prestasi 
sekolah melalui program 
yang sistematik dan 
dipimpin PPD di semua 
negeri menjelang 2014 
ƒ Meningkatkan autonomi 
pengurusan berasaskan 
sekolah, termasuk lebih 
fleksibiliti pengoperasian 
ke atas pengagihan bajet 
dan pelaksanaan 
kurikulum, dimulai dengan 
sekolah yang mencapai 
prestasi tinggi dan 
menunjukkan peningkatan 
prestasi besar 
ƒ Memastikan 100% 
sekolah memenuhi 
keperluan infrastruktur 
asas menjelang 2015, 
bermula dengan Sabah 
dan Sarawak 
MEN-TRANFORMASI 
KEBOLEH-UPAYAAN 
DAN 
KAPASITI 
PENYAMPAIAN 
KEMENTERIAN 
ƒ Mengupaya JPN dan PPD 
dengan memberi lebih hak 
membuat keputusan 
terhadap bajet dan 
personel, serta 
meningkatkan akuantabiliti 
bagi KPI mulai 2013 
ƒ Sekurang-kurangnya 2,500 
lagi personel ditempatkan 
daripada KPM dan JPN 
kepada PPD untuk 
menyokong sekolah 
menjelang 2014 
ƒ Memperkukuh 
kebolehupayaan 
kepimpinan bagi 150-200 
jawatan kepimpinan utama 
mulai 2013 
ƒ Memperkukuh fungsi utama 
dan merasionalisasi struktur 
Kementerian mulai 2016 
BEKERJASAMA 
DENGAN 
IBU BAPA, 
KOMUNITI 
DAN SEKTOR 
SWASTA 
SECARA 
MELUAS 
ƒ Melengkapi ibu bapa bagi 
membantu pembelajaran 
anak mereka melalui sarana 
penglibatan ibu bapa dan 
akses atas talian kepada 
kemajuan anak di sekolah 
(SAPS) 
ƒ Mendapatkan maklum balas 
daripada setiap 
PIBG mengenai 
pelaksanaan kurikulum 
setempat dan kualiti guru 
mulai 2016 
ƒ 1,000 biasiswa daripada 
sektor swasta untuk murid 
berbakat daripada komuniti 
miskin untuk belajar di 
sekolah swasta dan 
antarabangsa 
ƒ Memperluas model Sekolah 
Amanah kepada 500 buah 
menjelang 2025 dengan 
melibatkan kumpulan 
alumni dan NGOs yang 
berpotensi sebagai 
penganjur 
MEMAKSIMUM-KAN 
KEBERHASILA 
N MURID BAGI 
SETIAP 
RINGGIT 
ƒ Mengaitkan setiap program 
kepada keberhasilan murid 
yang jelas dan 
merasionalisasi program 
berimpak rendah pada 
setiap tahun, selaras 
dengan anjakan 
keseluruhan kerajaan ke 
arah Buget Berasaskan 
Keberhasilan (OBB) 
ƒ Memanfaatkan peluang 
meningkatkan efisiensi, 
dengan mengagihkan 
peruntukan kepada bidang 
paling kritikal seperti 
peningkatan kemahiran dan 
latihan guru 
MENINGKAT-KAN 
KETELUSAN 
UNTUK 
AKAUNTABILITI 
AWAM 
SECARA 
LANGSUNG 
ƒ Menerbitkan laporan 
tahunan awam bagi 
kemajuan sasaran dan 
inisiatif Pelan 
Pembangunan Pendidikan 
mulai 2013 
ƒ Melaksanakan semakan 
komprehensif pada tahun 
2015, 2020 dan 2025 bagi 
memastikan Pelan 
Pembangunan Pendidikan 
kekal relevan dengan 
memasukkan maklumbalas 
daripada pihak 
berkepentingan dan 
mengambilkira 
perkembangan 
persekitarannya 
MEMANFAAT-KAN 
ICT BAGI 
MENINGKAT-KAN 
KUALITI 
PEM-BELAJARAN 
DI MALAYSIA 
ƒ Meningkatkan akses 
internet dan persekitaran 
pembelajaran maya 
melalui 1BestariNet bagi 
semua 10,000 sekolah 
menjelang 2013 
ƒ Menambahkan kandungan 
atas talian untuk 
perkongsian amalan 
terbaik bermula dengan 
perpustakaan video guru 
terbaik menyampaikan 
pengajaran dalam mata 
pelajaran kritikal pada 
2013 
ƒ Memanfaatkan 
penggunaan ICT bagi 
pembelajaran jarak jauh 
dan berasaskan kendiri 
untuk meningkatkan 
kapasiti dan pembelajaran 
lebih khusus 
6 7 8 9 10 11
E-21 
Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, 
matematik dan sains dengan standard antarabangsa. 
Setiap murid akan dapat menguasai dengan baik kemahiran 
literasi dan numerasi, iaitu kemahiran asas untuk pembelajaran 
di masa hadapan, serta dalam mata pelajaran Sains, bidang 
utama bagi perkembangan ekonomi Malaysia. Murid akan 
diajar mengikut kurikulum yang digubal berdasarkan standard 
sistem pendidikan yang berprestasi tinggi dan tanda aras 
ini perlu disahkan oleh badan bebas untuk meyakinkan ibu 
bapa. Kementerian juga akan menetap dan memantau sasaran 
pencapaian murid dalam pentaksiran antarabangsa PISA dan 
TIMSS. Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti 
lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan 
apabila diterima di peringkat antarabangsa. 
Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah 
(KSSM) dan semakan semula Kurikulum Standard 
Sekolah Rendah (KSSR) pada 2017. Kurikulum sekolah 
rendah dan menengah perlu disemak untuk mengimbangi set 
ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, 
inovasi, penyelesaian masalah, dan kepimpinan. Kurikulum ini 
memberi penekanan pada pengajaran berpusatkan murid dan 
mempelbagaikan pengajaran, di samping turut memberi lebih 
penekanan pada penyelesaian masalah, tugasan berasaskan 
projek, memperkemaskan mata pelajaran atau tema dan 
melaksanakan pentaksiran formatif. Kurikulum baharu akan 
menyokong dan mempercepatkan laluan pembelajaran untuk 
murid yang berprestasi tinggi menamatkan SPM dalam tempoh 
empat tahun dan bukan lima tahun, dan UPSR diduduki pada 
Tahun 5. Tambahan lagi, standard pembelajaran yang jelas 
akan dirangka agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan 
yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan. 
Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan 
untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran 
EHU¿NLUDUDVWLQJJLSDGD Menjelang tahun 2016, 
peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah 
sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 
80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada 
keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% 
bagi soalan mata pelajaran elektif SPM. Perubahan dalam reka 
bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal 
bentuk soalan dan topik yang akan diuji, dan pada masa 
Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan 
akses kepada pendidikan berkualiti 
bertaraf antarabangsa. 
Mengapakah perlu?: Asas kejayaan sistem persekolahan 
bergantung pada apakah yang murid mesti tahu, 
faham dan mampu melakukannya. Sejak dahulu 
lagi, murid Malaysia berkebolehan mengemukakan 
semula kandungan mata pelajaran yang diikuti. Walau 
bagaimanapun, kemahiran ini kurang kritikal dalam 
ekonomi yang sentiasa berubah pada masa ini. 
Sebaliknya, murid perlu ada keupayaan penaakulan, 
membuat unjuran dan mengaplikasi pengetahuan 
secara kreatif dalam suasana yang berlainan. Murid 
juga memerlukan ciri-ciri kepimpinan untuk bersaing di 
peringkat global. Pentaksiran antarabangsa TIMSS dan 
PISA menunjukkan murid di Malaysia sukar mengaplikasi 
kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian tinjauan ke atas 
syarikat Malaysia dan syarikat antarabangsa juga 
melaporkan bahawa murid Malaysia gagal menguasai 
kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bakal majikan. 
Pada masa yang sama, pendidikan sering dilihat sebagai 
pengupaya mobiliti sosial. Kanak-kanak yang dilahirkan 
dalam keluarga miskin berpeluang memperoleh 
pendapatan yang tinggi apabila dewasa, sekiranya 
mereka berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Walau 
bagaimanapun, selagi status sosioekonomi kekal 
sebagai penentu kejayaan akademik dan merupakan 
faktor utama yang mewujudkan jurang pencapaian 
murid, hasrat Kementerian untuk menukarkan mobiliti 
sosial dalam kalangan murid miskin sukar dicapai. 
Apakah bentuk kejayaan?: Pertama, tahap keberhasilan 
murid dan amalan pembelajaran terbaik akan ditanda 
aras dan diselaraskan mengikut standard yang diguna 
pakai oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi supaya 
murid Malaysia mampu bersaing di peringkat global. 
Kedua, murid yang memerlukan bimbingan tambahan 
akan mendapat akses kepada bantuan yang bersesuaian 
dengan keperluan bagi menjamin kejayaan mereka di 
sekolah.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-22 
yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik 
WHUWHQWX6HEDOLNQDPXULGGLODWLKXQWXNEHU¿NLUVHFDUDNULWLV 
dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks 
keperluan. Penilaian berasaskan sekolah juga memberikan 
WXPSXDQXQWXNPHQJXMLNHPDKLUDQEHU¿NLUDUDVWLQJJL 
Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan 
enrolmen kepada 100% menjelang 2020. Setiap murid 
berumur 5+ tahun akan mendaftar di institusi pendidikan 
prasekolah yang dikendalikan oleh pihak awam dan swasta. 
Keluarga yang berpendapatan rendah dan tidak mampu mendaftar 
anak mereka ke prasekolah akan diberikan bantuan kewangan 
berdasarkan keperluan oleh Kementerian. Semua prasekolah akan 
mengikuti standard kualiti kebangsaan, termasuk menempatkan 
guru yang berkelayakan diploma di setiap prasekolah. Institusi 
prasekolah ini akan diperiksa secara tetap oleh Kementerian atau 
Majlis Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak Malaysia 
bagi memastikan standard minimum dicapai. 
0HODQMXWNDQSHQGLGLNDQZDMLEGDULSDGDWDKXQNHSDGD 
WDKXQEHUPXODSDGDXPXUWDKXQGLVRNRQJ 
dengan program pengekalan yang disasarkan dan 
latihan vokasional sebagi persediaan untuk pekerjaan. 
Menjelang tahun 2020, setiap murid akan meninggalkan alam 
persekolahan dengan kelayakan minimum SPM atau kelayakan 
vokasional yang setara. Perubahan ini bermaksud pendidikan 
wajib akan ditingkatkan daripada 6 tahun kepada 11 tahun. 
Enrolmen murid dianggarkan akan meningkat sebanyak 5%, 
10% dan 20% masing-masing di peringkat pendidikan rendah, 
menengah rendah, dan menengah atas (berdasarkan kadar 
enrolmen pada tahun 2011 untuk sekolah awam dan swasta). 
Murid yang mempunyai risiko tercicir akan dibantu menerusi 
pelbagai inisiatif bagi mengekalkan mereka dalam sistem 
pendidikan, merangkumi bimbingan pemulihan kaunseling 
untuk ibu bapa dan murid dan pelbagai inisiatif lain. Murid akan 
diberi pilihan mengikuti pelbagai laluan pendidikan berdasarkan 
minat dan keupayaan mereka. Pilihan ini termasuk aliran teknik 
dan vokasional yang diperluaskan, yang menawarkan kelayakan 
diiktiraf industri, dan peluang latihan industri menerusi 
kerjasama rapat dengan sektor swasta. 
0HQLQJNDWNDQSHODEXUDQEDJLVXPEHU¿]LNDOGDQ 
pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus. 
Murid orang Asli dan kumpulan minoriti, dan murid kurang 
XSDD¿]LNDOGDQSHPEHODMDUDQDNDQPHQHULPDEDQWXDQ 
tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama 
seperti murid lain. Menjelang tahun 2025, mereka akan 
memasuki sekolah yang mempunyai kemudahan dan peralatan 
lengkap bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang 
kondusif dan membantu. Mereka akan diajar oleh guru 
yang telah diberi latihan khas untuk memahami keperluan 
dan cabaran khusus murid, dan strategi pengajaran yang 
diperlukan, untuk mengajar murid yang mempunyai keperluan 
khusus. Jika perlu, murid ini juga akan diberikan sokongan 
melalui perluasan jaringan dengan kaunselor, ahli terapi dan 
pembantu guru. 
Anjakan 2: Memastikan setiap murid 
profisien dalam Bahasa Malaysia dan 
Bahasa Inggeris 
Mengapakah perlu?: Kepelbagaian budaya masyarakat 
Malaysia mewujudkan persekitaran semula jadi yang 
kondusif untuk melahirkan murid yang mahir dalam 
lebih daripada satu bahasa. Sistem pendidikan semasa 
dapat meningkatkan keberhasilan murid melalui 
bahasa Malaysia. Penguasaan kemahiran berbahasa 
Malaysia adalah meluas dalam kalangan murid, dengan 
75% murid mencapai tahap minimum kredit dalam 
peperiksaan SPM 2010. Bahasa Malaysia sebagai 
mata pelajaran teras dalam UPSR kekal berada pada 
tahap kadar lulus yang tinggi. Pencapaian yang sama 
wujud di peringkat PMR dan SPM. Tahap pencapaian 
penggunaan bahasa Inggeris bagaimanapun adalah 
jauh lebih rendah, hanya 28% murid mendapat kredit 
minimum dalam kertas Bahasa Inggeris SPM tahun 
2011 yang ditanda berdasarkan standard Kertas 
1119 Cambridge. Kelemahan penguasaan kemahiran 
berbahasa Inggeris dalam kalangan siswazah baharu 
merupakan satu daripada lima isu yang sering dihadapi 
oleh majikan di Malaysia sejak tahun 2006.
E-23 
Penyertaan murid dalam sekolah rendah yang berlainan 
membawa kepada keberhasilan yang berbeza dalam 
kalangan murid pelbagai etnik. Murid Bumiputera 
menunjukkan pencapaian yang baik dalam Bahasa 
Malaysia, iaitu 84% mendapat kredit minimum dalam 
SPM, berbanding 63% daripada murid Cina dan 57% 
daripada murid India. Bagi mata pelajaran Bahasa 
Inggeris, hanya 23% murid Bumiputera, 42% murid 
Cina dan 35% murid Tamil memperoleh tahap skor 
yang sama atau lebih tinggi daripada skor untuk Kertas 
Cambridge 1119 (semua keputusan berdasarkan 
peperiksaan SPM 2010). 
Apakah bentuk kejayaan?: Meningkatkan kemahiran 
penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris 
semua murid akan menjadi keutamaan yang paling 
penting. Selepas tiga tahun persekolahan, setiap 
murid akan mencapai 100% literasi asas dalam bahasa 
Malaysia dan bahasa Inggeris. Setelah tamat Tingkatan 
5, 90% daripada murid dijangkakan memperoleh skor 
kredit minimum dalam Bahasa Malaysia, manakala 70% 
memperoleh skor kredit minimum dalam kertas Bahasa 
Inggeris SPM (berdasarkan standard Cambridge 
1119). Tambahan lagi, penyediaan mata pelajaran 
bahasa lain di semua sekolah rendah dan menengah 
akan diperkukuhkan supaya setiap murid berpeluang 
mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025. 
Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang 
sama pada peringkat rendah, dengan sokongan 
pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan 
bagi menggantikan kelas Peralihan. Setiap murid sekolah 
rendah, sama ada di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis 
kebangsaan akan menggunakan kurikulum bahasa Malaysia 
yang standard mulai kohort Tahun 4 pada tahun 2014. Di 
sekolah jenis kebangsaan, murid yang menghadapi masalah 
dengan perubahan ini akan mengikuti kelas pemulihan bahasa 
Malaysia selepas waktu persekolahan bermula dari Tahun 4 
hingga Tahun 6, selepas menjalani program Saringan Literasi 
dan Numerasi (LINUS) 2.0. Objektif kelas pemulihan ini 
adalah sebagai intervensi awal, dan kerap dijalankan bagi 
membolehkan Kelas Peralihan ditamatkan mulai tahun 2017. 
Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi 
Bahasa Inggeris. Setiap murid Tahun 1 hingga Tahun 3 akan 
disaring dua kali setahun bagi memastikan kemajuan mereka 
dalam literasi bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris berada 
pada kadar yang dijangkakan. Murid yang ketinggalan akan 
mengikuti kelas pemulihan sehingga mereka dapat mengikuti 
kurikulum aliran perdana. Guru yang mengajar murid 
yang lemah ini akan menerima bimbingan khusus daripada 
pembimbing guru peringkat daerah. 
Meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dan 
memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap 
bahasa Inggeris. Setiap murid akan mengikuti pembelajaran 
bahasa Inggeris yang disampaikan oleh guru yang mempunyai 
kemahiran mengikut standard antarabangsa. Langkah ini 
akan dapat dicapai dengan memastikan semua 70,000 
orang guru bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test 
(CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai 
standard yang ditetapkan akan mengikuti latihan intensif 
bagi meningkatkan kemahiran. Di samping itu, murid akan 
diberi pendedahan yang lebih meluas terhadap bahasa melalui 
modul Sastera Inggeris yang diwajibkan kepada murid sekolah 
menengah. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa tempoh 
pendedahan yang lebih lama berbanding kadar kini (15%-20%) 
diperlukan bagi murid menguasai bahasa Inggeris. 
Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa 
tambahan menjelang 2025. Pada masa ini, ramai murid 
yang telah mempelajari bahasa tambahan selain bahasa 
Malaysia dan bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa tambahan 
akan dapat membantu murid menyertai tenaga kerja global. 
Oleh itu, aspirasi Kementerian adalah bagi memastikan 
setiap murid berpeluang mempelajari bahasa tambahan 
dari peringkat rendah sehingga peringkat menengah. Pada 
tahun-tahun permulaan, Kementerian akan memberikan 
tumpuan untuk menambahkan bilangan guru bahasa Cina, 
bahasa Tamil dan bahasa Arab bagi memastikan bilangan guru 
bahasa-bahasa itu sepadan dengan bilangan murid. Apabila 
sistem pendidikan negara dapat meningkatkan kebolehan 
dan keupayaan, Kementerian akan memperkenalkan bahasa 
penting lain seperti bahasa Sepanyol, bahasa Perancis dan 
bahasa Jepun.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-24 
Membangunkan murid secara holistik dengan 
mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 
1 Sukan, 1 Kelab dan1 Badan Beruniform. Pelibatan 
dalam aktiviti kokurikulum memberikan murid peluang untuk 
membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran 
bilik darjah yang formal. Aktiviti seperti ini juga menyediakan 
peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran 
kepimpinan murid. Oleh itu, setiap murid dijangkakan akan 
mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 sukan, 
1 kelab dan 1 badan beruniform. Kementerian juga akan 
mengkaji kemungkinan mewajibkan pelibatan ini sebagai 
syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat 
pengajian tinggi. Bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang 
ditawarkan di setiap sekolah, Kementerian akan memberikan 
latihan khas kepada guru penasihat aktiviti. Kerjasama dengan 
lebih banyak organisasi komuniti dan sektor swasta akan 
dijalinkan bagi melaksanakan program ini. 
0HQJXNXKNDQGDQPHPSHUOXDV5,083PXODL 
untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, 
kumpulan etnik dan sosioekonomi. Pada hari ini, 
Kementerian menjalankan program aktiviti rentas sekolah, 
iaitu RIMUP bagi memupuk interaksi yang lebih kukuh antara 
murid dari berlainan jenis sekolah. Pada masa hadapan, 
kekerapan dan intensiti program akan ditingkatkan dan 
disasarkan kepada sekolah yang mempunyai populasi murid 
yang homogen seperti sekolah jenis kebangsaan dan sekolah 
agama. Kementerian juga akan memperluaskan program ini 
dengan melibatkan sekolah swasta. 
Anjakan 3: Melahirkan rakyat malaysia 
yang menghayati nilai 
Mengapakah perlu?: Murid hari ini akan mewarisi dunia 
yang penuh dengan cabaran hebat, termasuklah 
kemusnahan alam sekitar dan konflik senjata. 
Kejayaan mengharungi segala cabaran ini bukan 
sahaja memerlukan murid yang mempunyai kemahiran 
memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti 
integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi 
membimbing mereka dalam membuat keputusan 
yang beretika. Pada masa yang sama, pembangunan 
identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi dengan 
pembangunan warganegara yang global. 
Apakah bentuk kejayaan?: Setiap murid meninggalkan 
alam persekolahan sebagai seorang warga global 
yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan 
memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang telah 
dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan seharian, 
yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik 
seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela, penerimaan 
individu berlainan bangsa, agama dan etnik; amanah 
dan berintegrasi. Selain itu, setiap murid yang tamat 
persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan 
keluarga mereka, atau bagi sebahagian komuniti yang 
lebih besar serta negara. 
Memperkukuh Pendidikan Islam, Pendidikan Moral 
dan elemen Sivik menjelang tahun 2017. Pelaksanaan 
KSSM yang baharu memerlukan setiap murid sekolah rendah 
dan menengah melibatkan diri dalam khidmat masyarakat. 
Bagi murid sekolah menengah, elemen khidmat masyarakat 
akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan sekolah menengah. 
Kurikulum Pendidikan Islam untuk murid Islam akan 
melibatkan tumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan 
falsafah Islam serta agama utama lain di Malaysia. Bagi 
murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi 
pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di 
Malaysia. Kementerian akan mengkaji kemungkinan murid 
Islam dan bukan Islam berkongsi sesetengah kelas Pendidikan 
Islam dan Pendidikan Moral apabila nilai sejagat diajar.
E-25 
guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi 
syarat kelayakan minimum akademik. Kementerian akan 
bekerjasama dengan KPT bagi memastikan standard yang 
sama digunakan dalam program latihan perguruan di institut 
pengajian tinggi awam. Bagi memenuhi hasrat melahirkan 
guru berkualiti, Kementerian juga akan bekerjasama dengan 
Institut Pendidikan Guru dan KPT untuk memastikan kualiti 
kurikulum dan pensyarah ditingkatkan. 
Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih 
tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan 
berasaskan sekolah. Guru akan menerima sokongan 
yang lebih besar untuk membantu mereka mencapai potensi 
penuh. Guru akan mendapat latihan CPD individu daripada 
penyelia mereka apabila memulakan profesion. Program 
CPD termasuk latihan komponen teras dan komponen elektif 
mengikut keperluan pembangunan diri masing-masing. 
Kebanyakan program ini akan dijalankan di peringkat sekolah 
kerana latihan berasaskan sekolah terbukti sangat berkesan. 
Program ini akan menggunakan jaringan rakan sejawat 
termasuk pembimbing guru, guru kanan, dan pengetua/ 
guru besar untuk menyebar luas amalan terbaik. Latihan ini 
membolehkan guru terus meningkatkan tahap kemahiran 
mereka selaras dengan tahap kecekapan yang jangkakan 
daripada seseorang guru. 
Memastikan guru memberi tumpuan ke atas fungsi 
teras pengajian mulai 2013 dengan mengurangkan 
beban pentadbiran. Guru akan menikmati pengurangan 
beban tugas pentadbiran supaya mereka boleh menumpukan 
sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras. 
Perkara ini akan dapat dicapai dengan memperkemas dan 
mempermudahkan proses pengumpulan dan pengurusan data 
sedia ada. Sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan 
kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru 
pentadbiran peringkat sekolah. 
Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan 
NRPSHWHQVLGDQSUHVWDVLPXODL Guru akan 
ditaksir secara tahunan oleh pengetua/guru besar mereka 
dengan menggunakan input yang mungkin diberikan oleh 
rakan sejawat. Pentaksiran ini akan dilaksanakan dengan 
menggunakan instrumen penilaian baharu, yang memberi 
Anjakan 4: Mentransformasi profesion 
keguruan menjadi profesion pilihan 
Mengapakah perlu?: Kajian antarabangsa menunjukkan 
bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan 
sekolah yang paling signifikan dalam menentukan 
keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh 
melangkaui kualiti guru. Walaupun terdapat guru 
yang cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia, 
kajian tahun 2011 mendapati bahawa hanya 50% 
pengajaran disampaikan dengan berkesan. Hal ini 
bermakna pengajaran mata pelajaran tidak melibatkan 
murid secukupnya, dan penyampaiannya lebih pasif. 
Mata pelajaran yang diajar lebih berfokus kepada 
pemahaman yang tidak mendalam dan tidak memberi 
tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik 
ini juga menunjukkan cabaran besar yang dihadapi 
kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus 
mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi. 
Apakah bentuk kejayaan?: Profesion keguruan akan 
menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan 
dibuat hanya dalam kalangan graduan 30% terbaik 
dalam negara untuk menceburi bidang keguruan. Guru 
pelatih akan menerima latihan yang sebaik mungkin 
dari mula mereka mengikuti program latihan sehingga 
mereka bersara. Mereka akan memperoleh peluang 
pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa 
laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan prestasi 
dan kompetensi, bukan bergantung kepada tempoh 
perkhidmatan. Sistem pendidikan akan mewujudkan 
budaya bimbingan rakan sejawat untuk meningkatkan 
kecemerlangan profesional menerusi pementoran, 
pembangunan dan perkongsian amalan terbaik, serta 
meningkatkan kebertanggungjawaban rakan sejawat 
dalam memenuhi standard profesional kerjaya. 
Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 
supaya dalam kalangan graduan 30% teratas. Pada 
masa depan, hanya calon terbaik sahaja yang akan dipilih 
untuk mengikuti latihan perguruan. Hal ini bermakna 
Kementerian akan melaksanakan standard kemasukan ke 
profesion keguruan yang ketat bagi memastikan semua
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-26 
kurikulum, penyusunan pengajaran, pendekatan pedagogi 
dan pentaksiran berasaskan sekolah. Kementerian juga 
memudahkan aktiviti CPD yang dilaksanakan oleh guru 
bagi membolehkan guru membimbing satu sama lain, 
membangunkan dan menyebarluaskan amalan terbaik, 
dan sama-sama bertanggungjawab bagi mencapai standard 
profesional. Kementerian juga akan mempertimbangkan 
untuk mewujudkan skim pensijilan yang dikaitkan dengan 
penguasaan kecekapan guru seperti yang diterangkan di atas. 
Dengan semua langkah ini, Kementerian akan berkerjasama 
dengan wakil guru untuk memastikan matlamat tercapai. 
Anjakan 5: Memastikan kepimpinan 
berprestasi tinggi ditempatkan di setiap 
sekolah 
Mengapakah perlu?: Kualiti pengetua/guru besar 
merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua 
terpenting dalam menentukan keberhasilan murid. 
Kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah 
menunjukkan bahawa pengetua/guru besar yang 
cemerlang, iaitu yang memberi tumpuan kepada 
kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan 
pentadbiran, dapat meningkatkan keberhasilan murid 
sebanyak 20%. Walau bagaimanapun, kriteria pemilihan 
yang diamalkan pada hari ini sebahagian besarnya 
ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan 
bukannya kecekapan kepimpinan. Tambahan lagi, 55% 
daripada semua pengetua/guru besar yang ada pada 
hari ini tidak pernah mengikuti latihan persediaan atau 
induksi sebelum atau semasa mereka berada dalam 
tempoh tiga tahun pertama sebagai pengetua/guru 
besar. Hal ini bermakna mereka mungkin menjalankan 
tugas sebagai pengetua/guru besar dalam keadaan 
yang kurang bersedia. Dengan bilangan 40% pengetua/ 
guru besar yang akan bersara dalam tempoh lima tahun 
akan datang, maka wujud peluang untuk meningkatkan 
kualiti kohort ini. 
Apakah bentuk kejayaan?: Setiap sekolah akan 
mempunyai pengetua/guru besar berprestasi tinggi yang 
sentiasa gigih dalam matlamatnya untuk meningkatkan 
tumpuan kepada keupayaan guru menyampaikan pengajaran 
secara berkesan di dalam dan di luar bilik darjah. Instrumen 
baharu ini memberikan gambaran yang lebih jelas bahawa 
tugas utama guru adalah membantu pembelajaran murid. 
Guru berprestasi tinggi akan menikmati kemajuan kerjaya 
yang lebih pantas. Guru yang cemerlang mungkin akan 
dinaikkan pangkat daripada gred DG41 kepada DG54 
dalam tempoh lebih singkat, kurang daripada 25 tahun 
yang merupakan purata kenaikan pangkat semasa. Guru 
yang menghadapi kesukaran dalam mencapai tahap 
kualiti minimum akan diberikan bimbingan tambahan 
bagi membantu mereka berada pada landasan yang betul. 
Guru yang masih gagal mencapai tahap kualiti minimum, 
walaupun telah diberikan bimbingan tambahan, akan 
ditugaskan semula untuk menjalankan fungsi yang lain seperti 
membantu pentadbiran, pengurusan disiplin atau pengurusan 
kokurikulum. Dari semasa ke semasa, Kementerian akan 
mengurangkan jumlah kohort guru secara berperingkat 
melalui penambahbaikan dalam penggunaan masa dan 
produktiviti guru. 
Meningkatkan laluan guru untuk peranan 
kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang 
NKXVXVPHQMHODQJ Guru juga boleh memilih untuk 
meneruskan laluan kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi, 
potensi dan minat mereka. Sebagai contoh, mereka boleh 
memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan di peringkat 
sekolah, daerah, negeri atau persekutuan. Mereka juga boleh 
memilih untuk menjadi pakar dalam bidang tertentu seperti 
pembangunan kurikulum, pentaksiran, dan program latihan 
untuk sistem yang lebih luas. Mereka juga boleh berperanan 
sebagai guru pakar di sekolah. Tanpa mengira laluan kerjaya 
yang dipilih, komitmen untuk melabur dalam pembangunan 
guru dan dalam membina persekitaran kebertanggungjawaban 
profesional akan diteruskan dalam semua laluan kerjaya ini. 
Peluang untuk kenaikan pangkat adalah sama tanpa mengira 
laluan kerjaya yang dipilih. 
Membudayakan kecemerlangan berasaskan 
pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 
2025. Kementerian akan memberikan tumpuan kepada 
usaha memastikan semua guru menggunakan sepenuhnya 
keluwesan yang diberikan dalam isu berkaitan penjadualan
E-27 
mereka mengikuti program pementoran selama satu bulan di 
bawah bimbingan pengetua/guru besar yang akan berpindah 
atau bersara. Mereka juga akan mengikuti suatu tempoh 
bimbingan dan pementoran daripada pengetua/guru besar 
berpengalaman atau School Improvement Partner (SiPartner+) 
daerah sebaik sahaja mereka memulakan tugas baharu sebagai 
pengetua/guru besar secara rasmi. Peluang mengikuti CPD 
tidak terhenti pada tahun pertama perkhidmatan sebagai 
pengetua/guru besar. Malah, CPD ini akan terus menjadi 
sumber untuk membolehkan setiap pengetua/guru besar 
memperbaharui tahap profesionalisme masing-masing. IAB 
juga akan memastikan peluang CPD yang sama disediakan bagi 
penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia. 
Pengetua/guru besar mempunyai keanjalan untuk berkhidmat 
di sekolah rendah atau menengah melalui suatu laluan 
perkhidmatan awam yang baharu. Mereka akan ditaksir 
setiap tahun menggunakan satu instrumen penilaian baharu 
yang memberi penekanan kepada keupayaan kepimpinan 
dan peningkatan keberhasilan murid. Sebagaimana guru, 
pengetua/guru besar berprestasi tinggi akan menikmati 
peluang kemajuan kerjaya yang lebih pantas. Pemberian 
insentif akan disemak semula bagi menggalakkan pengetua/ 
guru besar berprestasi tinggi untuk bertugas di kawasan luar 
bandar dan atau di sekolah berprestasi rendah. Pengetua/guru 
besar yang mengalami kesukaran dalam mencapai standard 
minimum akan diberikan bimbingan tambahan, manakala 
pengetua/guru besar yang masih gagal mencapai tahap kualiti 
minimum walaupun telah diberikan bimbingan tambahan 
akan ditugaskan semula ke jawatan guru di sekolah lain. 
Semua pemimpin sekolah akan dipersiapkan supaya mereka 
dapat menggunakan sepenuhnya keanjalan membuat keputusan 
yang diperuntukkan kepada mereka. Keanjalan ini termasuklah 
perkara yang melibatkan kepimpinan instruksional seperti 
perancangan peningkatan sekolah, perancangan kurikulum 
dan kokurikulum, dan juga hal berkaitan kepimpinan 
pentadbiran seperti agihan peruntukan. Seperti mana guru, 
aspirasi bagi pemimpin sekolah adalah untuk membina budaya 
kecemerlangan profesionalisme yang dipimpin rakan sejawat. 
Pemimpin sekolah membimbing satu sama lain, membangunkan 
dan menyebarluaskan amalan terbaik, dan sama-sama 
bertanggungjawab bagi mencapai standard profesional. 
keberhasilan murid, dari segi akademik dan bukan 
akademik. Pengetua/guru besar cemerlang akan diberi 
insentif untuk berkhidmat di sekolah berprestasi rendah, 
dan akan berperanan sebagai mentor dalam komuniti 
yang lebih luas. Seterusnya, asas kepimpinan di setiap 
sekolah akan diperkukuh, iaitu dengan membangunkan 
dan menjadikan guru penolong kanan, ketua bidang dan 
ketua panitia sebagai pemimpin instruksional. 
Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan 
kompetensi dan memperkukuh proses perancangan 
penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013. 
Kementerian akan menukarkan kriteria pemilihan pengetua/guru 
besar dari kriteria pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan 
kepada kriteria yang memfokuskan kecekapan kepimpinan 
yang ditunjukkan. Setiap pengetua/guru besar juga dikehendaki 
mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi 
Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin 
Baki (IAB) sebelum boleh dilantik sebagai pengetua/guru besar. 
Penetapan syarat ini dijangka menyebabkan purata umur 
pengetua menurun, dan membolehkan mereka berkhidmat 
bagi tempoh yang lebih lama di setiap sekolah dan dalam 
sistem pendidikan secara keseluruhannya. Kementerian juga 
akan memperkenalkan proses perancangan penggantian yang 
mengenal pasti dan melatih individu berpotensi tinggi bagi 
memastikan terdapat kelompok calon yang bersedia untuk 
berkhidmat apabila dipanggil sebaik sahaja terdapat kekosongan 
jawatan. Setelah mekanisme ini dilaksanakan, Kementerian 
akan memperluas fokus perancangan mencakupi guru penolong 
kanan, ketua bidang dan juga ketua panitia. 
Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua/ 
guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, 
OHELKÀHNVLELOLWLSHQJRSHUDVLDQEDJLPHQDPEDKEDLN 
sekolah, perancangan kurikulum dan kokurikulum, 
serta lebih akauntabiliti terhadap peningkatan 
keberhasilan murid. Sepertimana guru, pengetua/guru 
besar juga akan menerima sokongan yang lebih besar bagi 
membantu mereka mencapai potensi penuh, seterusnya 
mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam 
memastikan keberhasilan murid yang lebih tinggi. Pengetua/ 
guru besar yang bakal dilantik akan mendapat manfaat 
daripada satu program induksi baharu, yang memerlukan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-28 
Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan 
sekolah untuk menyediakan penyelesaian 
khusus berasaskan keperluan 
Mengapakah perlu?: Data kebangsaan dan antarabangsa 
menunjukkan bahawa terdapat pelbagai prestasi sekolah 
di seluruh Malaysia. Sebagai contoh, dalam PISA 2009+, 
7% daripada sekolah yang terlibat digredkan sebagai 
“Baik”, 13% “Sederhana” dan 80% “Lemah”. Mengikut 
sejarah, banyak program dibentuk berdasarkan model 
“satu untuk semua” (one-size-fits-all). Data antarabangsa 
menunjukkan bahawa sekolah memerlukan set intervensi 
yang berbeza supaya bersesuaian dengan tahap prestasi 
sekolah yang berbeza. 
Apakah bentuk kejayaan?: Setiap sekolah, tanpa mengira 
lokasi, saiz atau jenis, akan menyediakan pendidikan 
yang baik dan holistik kepada muridnya. Hal ini tidak 
hanya bermakna bahawa menjelang tahun 2020, tidak 
akan ada lagi sekolah berprestasi rendah (Band 6 
atau 7) di negara ini, malah lebih banyak sekolah akan 
diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi atau Sekolah 
Kluster berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Jumlah 
bantuan kewangan dan operasi yang diberikan kepada 
setiap sekolah akan bergantung pada keperluannya 
yang khusus. Pemimpin negeri, daerah dan sekolah 
akan mempunyai kuasa membuat keputusan yang lebih 
besar berkenaan operasi harian dan intervensi khusus 
mengikut konteks sekolah. Kuasa ini akan membentuk 
pengurusan berasaskan sekolah yang lebih besar. 
Mempercepatkan penambahbaikan prestasi 
sekolah melalui program yang sistematik dan 
dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang 
2014. Lanjutan kejayaan Program Peningkatan Sekolah 
GTP1.0, setiap Pejabat Pelajaran Daerah akan diupayakan 
untuk menyesuaikan sokongan yang diberikan kepada 
sekolah, pada aspek kehadiran murid sehinggalah 
penempatan pengetua/guru besar dan guru. Sumber 
itu kemudiannya akan diagihkan kepada sekolah yang 
amat memerlukannya. Sumber itu termasuk penempatan 
pembimbing guru dan pengetua/guru besar secara sepenuh 
masa untuk membantu pengetua/guru besar dan guru di 
sekolah berprestasi rendah (Band 5, 6 dan 7). Pada masa 
yang sama, Kementerian akan memastikan semua sekolah 
dan daerah mempunyai KPI yang selari dengan keutamaan 
strategik Kementerian melalui pelaksanaan satu set KPI 
yang seragam. Program ini akan mula dilaksanakan 
di Kedah dan di Sabah mulai Januari 2013, dengan 
pelaksanaan di semua daerah menjelang Januari 2014. 
Memberi lebih kuasa melalui pengurusan 
EHUDVDVNDQVHNRODKWHUPDVXNOHELKÀHNVLELOLWL 
pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan 
pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah 
yang berprestasi tinggi dan menunjukkan 
peningkatan prestasi besar. Pada masa depan, semua 
sekolah akan bertanggungjawab membuat keputusan operasi 
tentang peruntukan bajet dan pelaksanaan kurikulum. 
Sebagai contoh, pengetua/guru besar berkuasa penuh dalam 
pengurusan perbelanjaan geran per kapita murid, dan reka 
bentuk jadual waktu persekolahan. Walau bagaimanapun, 
proses ini akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula 
dengan Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kluster 
(sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik 
dan bukan akademik) serta Sekolah Amanah (sebagai 
pengiktirafan terhadap model penyampaian inovatif 
kerjasama awam dan swasta). Dari semasa ke semasa, 
lebih banyak sekolah akan diberi hak membuat keputusan 
berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Peningkatan 
penekanan terhadap pengurusan berasaskan sekolah ini 
akan disertai dengan sikap bertanggungjawab yang lebih 
besar daripada pengetua/guru besar. 
Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan 
infrastruktur asas menjelang 2015, bermula 
dengan Sabah dan Sarawak. Setiap sekolah di 
Malaysia, tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis, perlu 
mencapai tahap keperluan infrastruktur yang minimum 
bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, 
bersih dan kondusif. Keperluan ini termasuklah akses 
kepada air bersih yang telah dirawat, bekalan elektrik 
sekurang-kurangnya 12 jam sehari, serta kemudahan bilik 
air, bilik darjah, meja dan kerusi yang mencukupi untuk 
murid dan guru. Proses ini akan dimulakan dengan menaik
E-29 
taraf semua sekolah bagi memenuhi standard infrastruktur 
asas menjelang tahun 2015. Sabah dan Sarawak, yang 
kini menghadapi cabaran infrastruktur yang paling besar, 
akan menjadi perintis projek ini. Setelah semua sekolah 
memenuhi standard infrastruktur asas ini, Kementerian 
akan sekali lagi melakukan proses naik taraf infrastruktur 
untuk memenuhi keperluan asas penyampaian kurikulum 
yang berkesan, seperti makmal Sains dan bengkel 
Kemahiran Hidup. 
Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi 
meningkatkan kualiti pembelajaran di 
Malaysia 
Mengapakah perlu?: Sepanjang dekad yang lalu, 
Kementerian telah membelanjakan lebih daripada RM6 
bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) 
dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari. 
Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling 
intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan. 
Walau bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah 
masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik dari 
segi kualiti mahupun kuantiti. Sebagai contoh, kajian 
Kementerian pada tahun 2010 mendapati bahawa lebih 
kurang 80% guru menggunakan ICT kurang daripada satu 
jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati bahawa 
hanya satu per tiga murid menyatakan bahawa guru 
mereka menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCO 
pada tahun 2012 mendapati bahawa penggunaan ICT 
tidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi 
pemprosesan perkataan sebagai alat pengajaran. ICT 
mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses 
pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas. 
Namun demikian, potensi ini belum dizahirkan. 
Apakah bentuk kejayaan?: ICT akan memperkukuh 
proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000 
buah sekolah. Murid akan memperoleh akses kandungan 
yang lebih luas, menarik dan interaktif. Mereka akan 
dapat belajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai 
pilihan yang lebih luas melalui program jarak jauh. 
Pengetua/guru besar dan guru juga mempunyai akses 
kepada sumber dan komuniti pembelajaran nasional 
dan antarabangsa yang dapat meningkatkan kualiti 
amalan mereka. ICT akan sentiasa menjadi sebahagian 
daripada kehidupan harian di sekolah, tanpa jurang 
pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua 
guru dan murid akan dilengkapkan dengan kemahiran 
yang diperlukan bagi menggunakan teknologi ini secara 
berkesan dan bermakna. 
Meningkatkan akses internet dan persekitaran 
pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi 
kesemua 10,000 sekolah menjelang 2013. Dalam 
masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses 
kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1BestariNet. 
Rangkaian ini akan bertindak sebagai asas kepada pembinaan 
landasan pembelajaran maya yang dapat digunakan 
oleh guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber 
pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif 
dan berkomunikasi secara maya. Bagi memaksimumkan 
impak pelaburan, Kementerian juga akan membuat 
pelaburan dalam latihan kecekapan ICT untuk semua guru 
dan secara beransur-ansur meningkatkan nisbah peranti-murid 
daripada hampir 1:30 pada tahun 2011 kepada 1:10 
menjelang tahun 2020. Bagi memastikan kecekapan kos, 
Kementerian akan melabur dalam peranti yang sesuai 
dengan tujuan penggunaan, seperti komputer asas atau 
komputer riba kos rendah. Kementerian juga akan mengkaji 
penggunaan kemudahan ICT alternatif yang baharu serta 
lebih murah berbanding dengan makmal komputer yang ada 
sekarang, seperti perpustakaan peminjaman komputer riba 
dan computer-on-wheels. 
Menambahkan kandungan atas talian untuk 
perkongsian amalan terbaik bermula dengan 
perpustakaan video guru terbaik menyampaikan 
pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 
2013. Guru boleh mengakses lebih banyak contoh sumber 
pengajaran terbaik secara atas talian. Akses kepada sumber 
ini akan dimulakan dengan pewujudan satu perpustakaan 
video pengajaran oleh Guru Cemerlang dalam mata pelajaran 
penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan 
Bahasa Inggeris. Mata pelajaran lain akan ditambah dalam 
perpustakaan video dari semasa ke semasa. Guru boleh
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-30 
menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea, dan murid 
pula dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji. 
Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran 
jarak jauh dan pembelajaran berasaskan kendiri 
untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran 
yang lebih khusus. Pada masa depan, murid akan 
menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat 
peribadi. Mereka dapat mempelajari mata pelajaran yang 
tidak ditawarkan di sekolah, dan belajar secara langsung 
dengan guru terbaik negara melalui program pembelajaran 
jarak jauh. Mereka juga dapat belajar mengikut kadar sendiri, 
dengan guru bertindak sebagai pemudah cara dan bukannya 
sebagai pembekal kandungan mata pelajaran secara langsung. 
Program perintis inovasi ini akan dimulakan pada tahun 2016. 
Program yang berjaya akan dilaksanakan di seluruh negara. 
Anjakan 8: Transformasi kebolehan dan 
keupayaan penyampaian kementerian 
Mengapakah perlu?: Sistem penyampaian pendidikan 
Malaysia mempunyai jaringan yang sangat luas. Sistem 
ini dikendalikan oleh hampir 6,800 pegawai dan staf 
sokongan di peringkat Kementerian, 6,400 orang di 
peringkat negeri dan lebih 6,000 orang di peringkat 
daerah. Jumlah ini sebagai tambahan kepada kira-kira 
420,000 pengetua/guru besar dan guru di sekolah, 
dan lebih daripada 13,100 pegawai dan staf sokongan 
di IPG, IAB dan Kolej Matrikulasi. Melaksanakan 
dasar yang merentas seluruh rangkaian sebesar ini 
adalah kompleks. Isu yang dikenal pasti termasuklah 
pertindihan tanggungjawab di peringkat Kementerian, 
negeri dan daerah; kekurangan penyelarasan di 
peringkat bahagian dan pentadbiran; dasar yang 
kadangkala dilaksana berasaskan maklumat yang tidak 
tekal atau kurang sokongan; serta pemantauan dan 
tindakan susulan berasaskan hasil yang lemah. 
PPD terutamanya, telah dikenal pasti oleh Kementerian 
sebagai agensi utama dalam rantaian penyampaian 
pendidikan. Sejak sekian lama, PPD dianggap sebagai 
agensi penghubung peringkat Kementerian dan negeri. 
Disebabkan keperluan sekolah semakin meningkat, 
maka skop aktiviti yang dilaksanakan oleh PPD juga 
semakin meningkat. Sebagai entiti Kementerian yang 
paling hampir dengan sekolah, PPD diharapkan dapat 
melaksanakan peranan dengan lebih praktikal. PPD 
seharusnya menyediakan sokongan secara terus kepada 
pemimpin sekolah dan bertindak secara proaktif dalam 
mengurus prestasi sekolah bagi memastikan keberhasilan 
murid dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun, 
struktur sumber Kementerian masih belum berubah bagi 
memenuhi tuntutan ini, dan akibatnya, sekolah mendapat 
sokongan yang berbeza-beza daripada PPD. 
Apakah bentuk kejayaan?: Kementerian yang 
mengalami transformasi akan mempunyai pemimpin 
yang berwibawa di setiap peringkat, proses dan struktur 
baharu, serta budaya berprestasi tinggi. Peranan 
peringkat kementerian, negeri dan daerah diperkemas,
E-31 
dengan kementerian atau Ibu Pejabat memberikan 
tumpuan kepada pembangunan dasar dan perancangan 
makro. JPN dan PPD akan diperkukuh untuk memacu 
pelaksanaan harian. Struktur organisasi disusun semula 
dengan lebih ramai tenaga kerja ditempatkan di barisan 
hadapan. Semua langkah ini seharusnya menghasilkan 
pelaksanaan dasar yang lebih tekal dan berkesan di 
semua negeri dan daerah. 
Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak 
membuat keputusan terhadap bajet dan personel, 
serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013. 
Kementerian akan memperkemas peranan dan tanggungjawab 
di peringkat kementerian, negeri dan daerah serta bergerak 
ke arah pemencaran sistem operasi. JPN dan PPD akan 
mempunyai keupayaan yang lebih untuk membuat keputusan 
operasi yang utama dalam hal ehwal bajet, seperti peruntukan 
penyelenggaraan di sekolah, dan urusan tenaga kerja, seperti 
pelantikan pengetua/guru besar. Oleh yang demikian, JPN 
dan PPD akan bertanggungjawab terhadap KPI yang seragam, 
sejajar dengan sasaran sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti, 
perpaduan dan keberkesanan. Sebagai sokongan kepada 
pegawai negeri dan daerah dalam menjalankan tanggungjawab 
baharu ini, Kementerian akan melakukan lebih banyak 
pelaburan untuk pembangunan profesional secara berterusan. 
Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel daripada 
KPM dan JPN ditempatkan ke PPD untuk menyokong 
sekolah menjelang 2014. Sekolah akan menerima lebih 
banyak sokongan langsung melalui penempatan hampir 
2,500 pembimbing guru dan pengetua/guru besar di semua 
PPD. Tanpa mengambil kira tugas, semua pegawai PPD 
akan mengalihkan tumpuan daripada kerja di PPD kepada 
pelibatan langsung di sekolah. Hal ini akan memastikan 
mereka memahami sepenuhnya konteks perjalanan 
pentadbiran sekolah. PPD mempunyai matlamat bertindak 
di barisan depan yang menyokong sekolah dan sebagai pusat 
hubungan tunggal dengan Kementerian. 
Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 
150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013. 
Kementerian mengenal pasti 150-200 jawatan kepimpinan 
utama di peringkat kementerian, negeri dan daerah yang 
memberikan impak terhadap aktiviti 10,000 sekolah dalam 
sistem pendidikan. Jawatan ini termasuklah ketua 138 PPD 
dan 16 JPN serta beberapa fungsi penting, seperti pendidikan 
JXUX.HPHQWHULDQWHODKPHPXODNDQNDMLDQSUR¿ONHFHNDSDQ 
dan membina pelan penggantian bagi memastikan peranan 
ini diisi oleh individu yang berkemahiran tinggi yang mampu 
mentransformasi jabatan dan sekolah di bawah kendalian 
mereka. Pengetua/guru besar dan guru akan dinaikkan 
pangkat ke jawatan penting ini berdasarkan prestasi dan 
kecekapan, bukannya tempoh perkhidmatan. 
Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi 
VWUXNWXU.HPHQWHULDQPXODL Kementerian 
menyedari bahawa beberapa fungsi akan menjadi amat 
penting melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan ini. Hal ini 
termasuklah penyelidikan dan perancangan dasar, pendidikan 
guru, pembangunan kurikulum, penaziran sekolah, dan 
peperiksaan serta pentaksiran. Kementerian akan mengkaji 
semula setiap bahagian yang bertanggungjawab terhadap 
fungsi tersebut bagi memastikan langkah yang diambil dapat 
mengukuhkan keupayaan bahagian yang berkenaan. Hal ini 
termasuklah menjadikan bahagian yang tertentu sebagai pusat 
kecemerlangan untuk meningkatkan kekendirian dan/atau 
mengambil pakar luar. Lanjutan penambahbaikan peranan 
Kementerian, negeri dan daerah, Kementerian akan menyusun 
semula dan menjajarkan keseluruhan struktur organisasi untuk 
menggambarkan perubahan dalam tanggungjawab dan fungsi.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-32 
Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu 
bapa, komuniti dan sektor swasta 
secara meluas 
Mengapakah perlu?: Kajian antarabangsa menunjukkan 
dengan jelas bahawa proses pembelajaran turut 
berlaku di luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam 
masyarakat. Di Malaysia, kira-kira satu per empat 
daripada masa murid yang berumur antara tujuh 
hingga 17 tahun dihabiskan di sekolah. Oleh itu, 
keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada 
“pembelajaran sekolah” kepada “sistem pembelajaran” 
dengan melibatkan ibu bapa, masyarakat, sektor 
swasta dan sektor sosial sebagai rakan dalam 
membantu pembelajaran murid. Kajian antarabangsa 
menunjukkan bahawa sesetengah pelibatan yang 
demikian meninggalkan kesan yang signifikan. Sebagai 
contoh, kajian OECD tentang PISA menunjukkan bahawa 
sesetengah aktiviti antara ibu bapa dengan anak, 
seperti membaca pada setiap hari atau membincangkan 
kegiatan harian, dapat meningkatkan keberhasilan murid 
secara signifikan tanpa mengambil kira latar belakang 
sosioekonomi. Kajian antarabangsa juga membuktikan 
bahawa sekolah yang melibatkan sektor perniagaan, 
organisasi awam dan institusi pengajian tinggi mendapat 
manfaat termasuklah gred yang lebih tinggi dan 
ketakhadiran murid yang rendah. 
Apakah bentuk kejayaan?: Setiap ibu bapa akan menjadi 
rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak mereka, 
bukan sahaja melalui aktiviti yang lazim, seperti hari sukan 
dan hari penyerahan kad laporan, tetapi juga menerusi 
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang menyediakan 
maklum balas tentang hal ehwal pengurusan berasaskan 
sekolah. Di samping itu, penggunaan sarana ibu bapa 
juga menyokong pembelajaran murid. Sekolah juga akan 
mempunyai rangkaian masyarakat dan sektor swasta 
sebagai rakan yang mampu memberikan sumbangan 
kepakaran kepada kemajuan sekolah. Pelibatan semua 
pihak berkepentingan ini akan mewujudkan ekosistem 
pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, 
kemahiran dan nilai kepada murid di sekolah. 
Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu 
pembelajaran anak mereka melalui sarana 
penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada 
kemajuan anak di sekolah (SAPS). Pada masa depan, 
ibu bapa dijangka akan terlibat dengan guru secara lebih 
dekat bagi meningkatkan prestasi anak mereka. Ibu bapa 
akan menandatangani perjanjian dengan sekolah yang 
menetapkan langkah mudah yang boleh diambil untuk 
membantu anak mereka, bermula dengan memastikan 
anak-anak berada di sekolah tepat pada waktunya sehingga 
menolong mereka membina kemahiran membaca serta 
menulis dan kemahiran Sains serta Matematik di rumah. 
Dalam hal ini, ibu bapa akan disokong menerusi penyediaan 
akses atas talian kepada kemajuan anak mereka dalam 
pentaksiran berasaskan sekolah dan pentaksiran kebangsaan 
(melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, SAPS) dan 
inisiatif yang mempromosi literasi dewasa, kemahiran ICT 
dan kemahiran keibubapaan. Inisiatif ini mungkin dapat 
dilaksanakan oleh Kementerian atau Kumpulan Sokongan 
Ibu Bapa baharu yang akan diwujudkan dalam setiap PIBG. 
Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG 
mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan 
NXDOLWLJXUXPXODL Pada masa depan, peranan PIBG 
akan berkembang daripada tumpuan biasa terhadap usaha 
pengumpulan dana kepada bekerjasama dengan kepimpinan 
sekolah untuk meningkatkan keberhasilan murid. Secara 
khususnya, PIBG dipelawa untuk mengemukakan input 
tentang cara bagi membolehkan sekolah menjadikan 
kurikulum kebangsaan lebih relevan dengan keperluan 
masyarakat setempat dan memberikan maklum balas tentang 
kualiti pengajaran dan pengalaman pembelajaran anak 
mereka. PIBG dan kepimpinan sekolah akan bekerjasama 
untuk menyediakan penyelesaian terhadap isu yang dikenal 
pasti. Dalam sesetengah keadaan, hal ini mungkin bermaksud 
menjadikan ibu bapa sebagai guru dan jurulatih tambahan 
untuk aktiviti sekolah. 
Memperluas model Sekolah Amanah kepada 
500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan 
kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai 
penganjur. Kepelbagaian entiti sektor swasta dan sosial 
yang lebih besar berpeluang untuk terlibat dalam proses
E-33 
Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan 
murid yang jelas dan merasionalisasi program 
berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan 
anjakan keseluruhan kerajaan ke arah OBB. Bergerak ke 
hadapan, setiap program yang dilancarkan oleh Kementerian 
akan dihubungkan dengan sasaran khusus yang berkait dengan 
keberhasilan murid. Pejabat persekutuan, negeri dan daerah 
akan menjalankan kajian semula tahunan untuk menilai 
kejayaan program bagi memenuhi sasaran ini. Pemberian dana 
untuk tahun berikutnya akan bergantung pada peningkatan 
hasil yang ditunjukkan. Melalui pendekatan bajet berasaskan 
hasil ini, ibu bapa, guru dan pengetua/guru besar akan 
berkeyakinan bahawa setiap program diselaraskan dengan 
keutamaan dan nilai tambah Pelan Pendidikan Pembangunan 
ini. Pendekatan ini juga akan mengurangkan risiko bebanan 
berlebihan yang dihadapi oleh guru dan pengetua/guru besar. 
0HPDQIDDWNDQSHOXDQJPHQLQJNDWNDQH¿VLHQVL 
dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang 
paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan 
latihan guru. Kementerian akan mengkaji semula corak 
perbelanjaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah 
secara teliti bagi mewujudkan tanda aras perbelanjaan dan 
memurnikan proses pemerolehan. Jabatan dan pejabat 
yang berbelanja melebihi tanda aras yang ditetapkan perlu 
memastikan perbelanjaan mereka mengikut tanda aras ini. 
Selaras dengan amalan ini, Kementerian komited untuk 
mengambil tindakan terhadap apa-apa isu yang dibangkitkan 
dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara. Kementerian juga 
akan membuat anjakan ke arah program bantuan kewangan 
berasaskan keperluan. Keluarga berpendapatan rendah akan 
terus menerima bantuan yang diperlukan bagi memastikan 
anak-anak mereka terus bersekolah, manakala keluarga 
berpendapatan lebih tinggi yang lebih berkemampuan pula 
akan menerima bantuan yang lebih rendah. Dana yang pada 
asalnya diperuntukkan bagi program ini akan diperuntukkan 
semula ke bahagian lain yang mempunyai keberhasilan 
berimpak tinggi, contohnya latihan dan peningkatan kemahiran 
guru. Sebanyak RM1 bilion dalam perbelanjaan permulaan 
operasi bagi tempoh 2013-2025 telah dikenal pasti untuk tujuan 
penjimatan dan pengagihan semula, dan pada masa yang sama 
kajian semula perbelanjaan pembangunan sedang dijalankan. 
penambahbaikan sekolah. Hal ini dapat dilakukan melalui 
peluasan program Sekolah Amanah yang membolehkan 
penaja swasta bekerjasama dengan kepimpinan sekolah 
untuk mengurus sesebuah sekolah. Dapatan awal daripada 
projek perintis pada tahun 2010 amat memberangsangkan. 
Dalam hal ini, Kementerian bukan sahaja bercadang untuk 
menambah bilangan sekolah, tetapi juga jenis sekolah yang 
terlibat. Kementerian melihat masa depan yang cerah jika 
program ini dikembangkan dengan melibatkan sekolah yang 
mempunyai masyarakat yang kurang bernasib baik, seperti 
kumpulan peribumi dan minoriti, murid berkeperluan khas 
dan sekolah luar bandar. 
Anjakan 10: Memaksimumkan 
keberhasilan murid bagi setiap ringgit 
Mengapakah perlu?: Pada tahun 2011, 16% daripada bajet 
tahunan persekutuan dibelanjakan untuk pendidikan, dan 
jumlah ini merupakan bahagian yang paling besar antara 
semua kementerian. Bajet pendidikan Malaysia, sebagai 
sebahagian daripada KDNK juga merupakan satu daripada 
bajet tertinggi di dunia. Pelaburan yang signifikan ini 
menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap pendidikan. 
Namun, perpindahan sejumlah besar dana daripada 
bahagian keutamaan lain kepada sistem pendidikan 
tidak mungkin akan berlaku. Sebaliknya, Kementerian 
perlu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam 
perbelanjaan dan peruntukan dananya. 
Apakah bentuk kejayaan?: Memandangkan usaha 
transformasi hebat yang akan dilaksanakan oleh 
sistem pendidikan ini, kerajaan akan terus melabur 
anggaran tahap perbelanjaan, iaitu 16% daripada bajet 
persekutuan untuk sistem pendidikan. Kementerian 
akan memperuntukkan dana ini bagi keutamaan yang 
direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 
ini, yang langsung tidak melibatkan program dan 
inisiatif berimpak rendah yang lain. Kerajaan juga akan 
memantau dan melaporkan pulangan atas pelaburan 
yang didapati daripada setiap inisiatif, dengan 
pelaburan seterusnya bergantung pada hasil yang 
ditunjukkan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-34 
Anjakan 11: Meningkatkan ketelusan 
untuk akauntabiliti awam secara 
langsung 
Mengapakah perlu?: Program Transformasi Kerajaan dan 
Program Transformasi Ekonomi menunjukkan perubahan 
utama cara kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyat. 
Apa-apa kebertanggungjawaban yang kurang daripada 
yang direncanakan ini dianggap tidak boleh diterima. 
Perkara ini diperkukuh semasa berlangsungnya Dialog 
Nasional. Dalam Dialog ini, pihak berkepentingan 
kerapkali menekankan bahawa Kementerian perlu lebih 
pelibatan dan berkomunikasi dengan orang awam 
tentang jenis dan kemajuan inisiatif yang dilaksanakan 
serta hasil yang diberikan. 
Apakah bentuk kejayaan?: Semua pihak berkepentingan 
akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan 
kemajuan Pelan Pendidikan Pembangunan ini. 
Maklumat ini akan membolehkan mereka terlibat dalam 
dialog positif bersama kerajaan bagi membincangkan 
inisiatif sedia ada dan akan datang. Mereka juga boleh 
menggunakan maklumat ini untuk melibatkan diri dengan 
sekolah setempat atau sistem pendidikan yang lebih 
luas seperti yang dinyatakan dalam Anjakan 9. Cara 
ini bukan sahaja akan membentuk masyarakat yang 
bermaklumat dan berupaya, tetapi juga menjurus kepada 
cara pembuatan dasar yang lebih bertanggungjawab dan 
lebih responsif dalam Kementerian. 
Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan 
sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan 
Pendidikan mulai 2013. Kementerian akan menerbitkan 
laporan tahunan tentang perkembangan setiap inisiatif yang 
direncanakan dalam pelan ini. Di mana relevan, laporan ini 
akan merangkum penjelasan yang jelas tentang cara petunjuk 
prestasi utama, seperti band prestasi sekolah NKRA dikira 
dan usaha yang sedang dilakukan bagi meningkatkan cara 
sistem mengukur prestasi. Semua pihak berkepentingan 
akan menikmati tahap ketelusan yang belum pernah wujud 
sebelum ini. 
Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 
2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan 
Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan 
memasukkan maklum balas daripada pihak 
berkepentingan dan mengambil kira perkembangan 
persekitaran luar. Kementerian akan membuat penilaian 
terhadap setiap peristiwa utama yang berlaku dalam 
proses pembaharuan ini. Sebagai sebahagian daripada 
proses penilaian ini, semua pihak berkepentingan boleh 
memberikan input melalui proses Dialog Nasional tentang 
apa-apa yang berjalan dengan lancar atau apa yang tidak 
berjalan dengan lancar dalam sistem pendidikan ini, dan 
apa yang boleh dilakukan oleh Kementerian bagi mengatasi 
masalah. Tiga belas tahun adalah suatu tempoh yang amat 
panjang dan perubahan dalam strategi besar dan inisiatif 
khusus mungkin akan diperlukan dalam tempoh ini. Jika 
keputusan dasar yang utama diperlukan pada tahun bukan 
penilaian, maka Kementerian akan menjalankan kajian 
tinjauan nasional bagi mendapatkan input daripada pihak 
yang relevan.
AE-3p5akah Impak Transformasi Ini? 
Guru 
Guru akan meningkatkan keupayaan 
bertaraf dunia yang diperlukan bagi 
membantu mencapai keberhasilan 
murid yang dihasratkan. Guru juga 
akan memperoleh lebih keseronokan 
dan kepuasan dalam menjalankan 
tugas mereka. Dengan pakej kerjaya 
guru yang baharu, mereka akan 
menikmati perkembangan profesional 
yang lebih memuaskan, laluan kerjaya 
yang lebih baik, dan proses penilaian 
yang telus dan adil serta berkait terus 
dengan keupayaan dan prestasi yang 
relevan. 
Guru akan mendapat sokongan yang 
diperlukan untuk berjaya. Guru akan 
mempunyai akses yang lebih tinggi dalam 
peluang pembangunan profesionalisme 
berasaskan sekolah. Mereka akan mengambil 
bahagian dalam perbincangan dan dialog yang 
memberikan maklum balas positif, tertumpu 
kepada pembelajaran dan pembangunan diri 
supaya aspek penambahbaikan boleh dijadikan 
bidang kekuatan. 
Guru akan menikmati persekitaran kerja yang 
lebih sesuai, ganjaran berasaskan prestasi 
dan laluan kerjaya yang lebih baik. Mereka 
akan melaksanakan tugas di sekolah yang 
mempunyai kelengkapan yang cukup, dan 
persekitaran kerja yang sesuai. Beban 
pentadbiran guru akan dikurangkan supaya 
mereka boleh menumpukan tenaga pada aktiviti 
teras, iaitu pengajaran dan pembelajaran. Guru 
akan menikmati ganjaran berasaskan prestasi 
yang menarik termasuk perkembangan kerjaya 
yang lebih pantas dan boleh mengembangkan 
minat mereka mengikut laluan kerjaya yang 
berbeza: pengajaran, kepimpinan, dan 
kepakaran mata pelajaran. 
Guru akan didedahkan dengan budaya 
kerjasama dan kecemerlangan profesional. 
Guru akan saling bekerjasama dalam 
menangani isu dan berkongsi amalan terbaik. 
Mereka mempunyai keluwesan pedagogi yang 
lebih besar di dalam bilik darjah dalam 
memastikan setiap murid belajar. 
Sebagai balasan, guru akan diminta supaya 
bersikap terbuka kepada pembelajaran dan cara 
bekerja yang baharu, melibatkan ibu bapa dan 
murid dalam proses pembelajaran, dan 
mempamerkan cara berfikir, nilai, dan kelakuan 
yang dijangkakan daripada murid. 
Murid 
Murid akan mendapat manfaat yang 
signifikan dalam perkembangan 
pendidikan mereka tanpa mengira 
latar belakang. Murid akan belajar 
dalam persekitaran pembelajaran yang 
kondusif, dan akan berasa terangkum 
dan terdidik dengan pengalaman 
pembelajaran di sekolah. Apabila 
menamatkan persekolahan, murid 
akan mempunyai pengetahuan dan 
kemahiran bertaraf dunia, nilai moral 
yang tinggi, dan berupaya bersaing 
dengan rakan sebaya dari negara lain. 
Murid akan belajar dalam persekitaran yang 
mempunyai kepercayaan asas bahawa semua 
murid boleh belajar, dan semua murid boleh 
berjaya. Guru akan mempunyai harapan yang 
tinggi terhadap murid tanpa mengira latar 
belakang dan pencapaian terdahulu, dan akan 
membekalkan murid dengan sokongan yang 
perlu bagi memenuhi harapan ini. 
Murid akan mempunyai pembelajaran yang 
kaya, dari segi akademik dan bukan 
akademik supaya mereka boleh berjaya 
dalam kehidupan. Lebih banyak projek dan 
tugasan berasaskan kumpulan yang perlu 
dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berfikir 
aras tinggi murid dan keupayaan untuk bekerja 
secara individu dan berkumpulan. Lebih banyak 
projek berasaskan komuniti dan aktiviti rentas 
sekolah yang perlu dilakukan bagi memupuk 
interaksi dengan individu dari semua latar 
belakang. Murid akan mempunyai lebih banyak 
peluang untuk belajar sendiri dan mengejar 
minat mereka dalam bidang akademik, 
vokasional dan teknikal. 
Murid akan mempunyai lebih hak bersuara 
dalam membentuk pengalaman belajar 
mereka. Guru akan bekerjasama dengan murid 
dan ibu bapa bagi menetapkan sasaran 
pembelajaran. Guru juga akan menggalakkan 
murid menyuarakan pendapat mereka supaya 
guru tahu gaya pembelajaran yang terbaik untuk 
setiap murid. 
Sebagai balasan, murid akan diminta supaya 
sentiasa melakukan yang terbaik dan 
bekerjasama dengan guru untuk mengurangkan 
kelakuan yang mengganggu di dalam bilik 
darjah. Semua murid akan mempunyai 
tanggungjawab bersama bagi membantu 
menjadikan sekolah tempat yang selamat dan 
kondusif untuk pembelajaran. 
%DJLPHPDVWLNDQ 
NHEHUNHVDQDQGDQ 
NHOHVWDULDQWUDQVIRUPDVL 
VLVWHPSHQGLGLNDQLQL 
VHWLDSSLKDNDQJWHUOLEDW 
PHVWLPHPDKDPLSHUDQDQ 
SHQWLQJDQJPHUHND 
PDLQNDQGDQPDQIDDW 
DQJDNDQPHUHND 
SHUROHK3URJUDPGDODP 
SHODQLQLGLUHQFDQDNDQ 
DNDQPHPEDZDNHDUDK 
VDWXVHWNROHNWLIWHQWDQJ 
PDQIDDWKDNGDQ 
WDQJJXQJMDZDEDQJ 
GLKDVUDWNDQEDJLVHWLDS 
NXPSXODQ
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
E-36 Ringkasan Eksekutif 
Pemimpin 
sekolah 
Pemimpin sekolah akan menjadi 
pemimpin instruksional yang cemerlang, 
dan bertindak sebagai ejen perubahan. 
Mereka akan menikmati sokongan yang 
lebih besar dan perkhidmatan yang lebih 
baik daripada pegawai pendidikan 
persekutuan, negeri dan daerah. Mereka 
akan mendapat akses yang lebih besar 
terhadap latihan kepimpinan bertaraf 
antarabangsa, serta amalan terbaik 
daripada rakan sejawatan mereka di 
Malaysia. 
Pemimpin sekolah akan mendapat sokongan dan 
sumber yang mereka perlukan bagi memacu 
sekolah dengan berkesan. Mereka akan menjalani 
kursus persediaan, induksi dan latihan berterusan 
yang lebih baik bagi membantu meningkatkan 
kemahiran kepimpinan. Mereka akan menerima 
maklum balas yang lebih cepat daripada PPD 
berkaitan isu yang dihadapi, daripada penempatan 
pembimbing pengetua hinggalah kepada 
peruntukan sumber tambahan, jika sekolah amat 
memerlukannya. 
Pemimpin sekolah akan menikmati persekitaran 
bekerja yang lebih baik dan ganjaran berasaskan 
prestasi. Pengetua/guru besar, penolong kanan 
dan juga semua ketua panitia dan ketua 
jawatankuasa akan bekerja di sekolah yang 
mempunyai kemudahan yang mencukupi. Beban 
pentadbiran pula dikurangkan supaya mereka boleh 
memfokuskan tenaga kepada kepimpinan 
instruksional. Mereka akan menikmati ganjaran 
berasaskan prestasi yang menarik termasuk 
perkembangan kerjaya yang lebih pantas dan 
“kredit tambahan” bagi kecemerlangan dalam 
program penempatan pemimpin pengetua di 
sekolah pedalaman yang berprestasi rendah. 
Pemimpin sekolah akan diberi kuasa melalui 
pengurusan berasaskan sekolah yang lebih 
tinggi. Mereka akan mempunyai keluwesan 
pengendalian yang setara dengan prestasi sekolah 
mereka dalam perkara seperti penjadualan 
kurikulum dan peruntukan bajet. Mereka akan 
menjalinkan kerjasama profesionalisme bersama 
PPD bagi mendapatkan input untuk sasaran 
prestasi tahunan, dan akan menikmati ketelusan 
yang lebih tinggi berkaitan keputusan yang 
memberikan kesan kepada sekolah mereka. 
Sebagai balasan, pemimpin sekolah akan diminta 
supaya mencapai set jangkaan yang telah 
ditetapkan bagi sekolah mereka. Mereka perlu 
sentiasa terbuka kepada cara bekerja yang baharu, 
melibatkan masyarakat dalam penambahbaikan 
sekolah, dan menjalankan tugas sebagai 
pembimbing bagi membina keupayaan kakitangan 
sekolah masing-masing dan sekolah lain. 
Pegawai 
Kementerian 
Pegawai Kementerian akan bertindak 
sebagai pemimpin perubahan, dengan 
kemahiran dan atribut yang diperlukan 
untuk menyokong sekolah. Mereka 
akan menjadi pengurus, pembimbing 
dan penyokong kecemerlangan 
sekolah yang lebih baik. Mereka akan 
mendapat manfaat daripada 
meritokrasi yang lebih besar, kuasa 
dengan kebertanggungjawaban yang 
lebih tinggi, dan tidak akan terbatas 
dengan hierarki dan kawalan. 
Pegawai Kementerian akan menerima 
sokongan, latihan dan sumber yang 
diperlukan untuk memenuhi peranan dan 
tanggungjawab baharu mereka. Mereka akan 
mempunyai peranan baharu yang memfokuskan 
pada menyokong sekolah, dan akan 
mempunyai akses kepada lebih banyak peluang 
perkembangan profesionalisme. Mereka akan 
terlibat dalam perbincangan maklum balas 
positif yang memfokuskan pembelajaran dan 
pembangunan. 
Pegawai Kementerian akan bekerja dalam 
persekitaran yang telus dan saling 
bekerjasama. Cara bekerja secara tersendiri 
dalam bahagian-bahagian Kementerian akan 
dihapuskan, manakala peranan dan 
tanggungjawab akan diperkemas untuk 
menghapuskan duplikasi fungsi dan aktiviti. 
Maklumat akan dikongsi secara cekap untuk 
membuat pemutusan berasaskan bukti. Cara 
keputusan dibuat akan lebih jelas. 
Pegawai Kementerian akan mempunyai 
keanjalan pengendalian dan 
kebertanggungjawaban yang lebih besar. 
Sistem pendidikan akan beralih ke arah 
pemencaran kuasa dengan lebih banyak hak 
membuat keputusan akan diberikan kepada 
pegawai peringkat negeri dan daerah. Pegawai 
akan mempunyai hak yang lebih besar dalam 
mengenal pasti bidang penambahbaikan di 
negeri, daerah dan sekolah di bawah mereka. 
Mereka juga mempunyai hak yang lebih besar 
dalam menyediakan penyelesaian yang spesifik 
kepada konteks. 
Sebagai balasan, pegawai Kementerian akan 
diminta untuk sentiasa terbuka kepada maklum 
balas daripada sekolah dan masyarakat. Mereka 
akan memperjuangkan perubahan yang akan 
berlaku dalam sistem pendidikan. Mereka perlu 
betul-betul responsif dalam memberikan 
sokongan dan sumber yang diperlukan oleh 
sekolah, serta bagi memastikan semua pihak 
berkepentingan dalaman dan luaran tahu 
tentang apa-apa yang berlaku. 
Ibu 
bapa 
Ibu bapa akan menyaksikan 
penambahbaikan yang ketara dan 
lestari dalam pengalaman pendidikan 
anak-anak mereka. Prestasi dan 
keutamaan sekolah akan lebih telus, 
dan ibu bapa akan sentiasa 
dimaklumkan tentang keadaan anak 
mereka di sekolah dari segi 
pencapaian dan juga perkembangan. 
Ibu bapa akan berasa seperti rakan 
kongsi sebenar dengan sekolah dalam 
membantu pembelajaran anak 
mereka. 
Ibu bapa akan lebih memahami tentang 
kemajuan anak mereka, dan bagaimana 
mereka boleh membantu meningkatkannya. 
Mereka akan berhubung secara tetap dengan 
guru, dan bukannya ketika timbul masalah 
sahaja. Mereka akan mempunyai akses penuh 
terhadap prestasi anak mereka dalam 
peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran 
berasaskan sekolah. Mereka akan diberikan 
bimbingan, iaitu daripada petua keibubapaan 
hinggalah kepada kelas pendidikan dewasa 
tentang bagaimana memberikan sokongan 
terbaik kepada pembelajaran dan kemajuan 
anak mereka. 
Ibu bapa akan mempunyai lebih banyak 
peluang untuk memberikan input kepada 
strategi penambahbaikan sekolah anak 
mereka. Mereka mempunyai hak untuk tahu 
sepenuhnya tentang misi sekolah, prestasi 
terkini dan program penambahbaikan tahunan. 
Melalui PIBG, mereka boleh memberikan input 
dalam perkara seperti kualiti guru dan kurikulum. 
Komitmen mereka terhadap anak dan sekolah 
akan disambut baik dan dihargai. 
Sebagai balasan, ibu bapa akan diminta supaya 
menyokong anak-anak mereka bagi 
memastikan anak mereka mencapai potensi 
pembelajaran (contohnya, memastikan anak 
mereka menyiapkan tugasan dan hadir ke 
sekolah tepat pada masanya). Ibu bapa juga 
perlu menunjukkan komitmen, pelibatan dan 
keterbukaan untuk anak mereka. Ibu bapa perlu 
berkongsi input, dan perhatian mereka dengan 
perhatian sekolah melalui cara yang betul, dan 
melibatkan diri dalam aktiviti sekolah dengan 
aktif.
E-37 
URUTAN ANJAKAN 
TRANSFORMASI 
Transformasi yang dihasratkan adalah luas dan rencam. 
Oleh itu, banyak inisiatif yang telah dibangunkan merupakan 
sebahagian daripada transformasi yang akan dilaksanakan. 
Setiap inisiatif adalah penting dan sangat bermakna, dan 
inisiatif ini penting untuk diselaraskan dengan teliti supaya 
sistem pendidikan dapat melaksanakannya dengan baik dan 
berkesan. 
Sudah menjadi kelaziman, kejayaan sesuatu transformasi 
yang dijalankan oleh sektor awam dan swasta adalah 
dengan meletakkan keutamaan dalam beberapa bidang yang 
perlu ditambah baik. Keutamaan yang ditetapkan adalah 
ditentukan oleh dua faktor, iaitu pencapaian semasa pada 
permulaan transformasi dan bukti antarabangsa tentang 
faktor penting membawa kepada keberhasilan murid. 
Berdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan 
sistem pendidikan negara, Kementerian telah menyusun 
transformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang 
(Ekshibit 9), 
ŀ Gelombang 1 (2013-2015): Mengubah sistem 
dengan memberi sokongan kepada guru dan 
penekanan kepada kemahiran teras. Kementerian 
memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah 
baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaedah 
pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan ini, 
tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan 
kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran 
guru sedia ada di dalam sistem, meningkatkan kualiti 
kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan 
pelantikan dan melatih pengetua/guru besar, dan 
meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa 
Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan 
yang intensif). Kementerian juga akan mengukuhkan 
dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat 
negeri dan daerah untuk meningkatkan kualiti sokongan 
yang diberikan kepada kumpulan barisan hadapan ini bagi 
membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 
1, Kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/ 
guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum 
standard kualiti yang dihasratkan. 
ŀ *HORPEDQJ
0HPSHUFHSDWNDQ 
peningkatan kemajuan sistem. Dalam tempoh 
Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan 
struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan 
perjalanan perubahan (rancangan untuk semua inisiatif 
akan bermula semasa Gelombang 1). Perancangan ini 
melibatkan pergerakan kesemua 410,00 guru dan 10,000 
pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu, 
penstrukturan semula bahagian di Kementerian untuk 
menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi 
Gelombang 1, dan memperkenalkan kurikulum baharu 
sekolah menengah dan kurikulum semakan sekolah 
rendah dalam usaha menangani kebimbangan mengenai 
pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai 
dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini. 
ŀ Gelombang 3 (2021-2025): Beranjak ke arah 
kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan 
operasi. Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, 
guru dan pengetua/guru besar perlu menunjuk prestasi 
melebihi standard minimum. Oleh itu, Kementerian akan 
memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan 
operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan sejawat 
bagi pembangunan kecemerlangan profesionalisme. 
Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan 
sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah 
dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan 
inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah 
untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan 
kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan 
meningkatkan pencapaian ke tahap yang lebih cemerlang.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-38 
EKSHIBIT 9 
Transformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun 
ƒ Membimbing guru secara khusus bagi 
meningkatkan standard guru khususnya 
dalam mata pelajaran teras seperti 
Matematik, Sains, BM dan BI 
ƒ Standard kemasukan yang lebih tinggi 
bagi guru baharu 
ƒ Mewujudkan Pembimbing Pengetua yang 
berdedikasi untuk sekolah Band 5,6  7 
dan mengukuhkan kriteria pemilihan 
untuk pemimpin sekolah bagi 
mengukuhkan kepimpinan sekolah 
ƒ Merombak soalan peperiksaan dengan 
tumpuan kepada peningkatan soalan 
kemahiran berfikir aras tinggi (+276
ƒ Standard BM yang sama dilaksanakan 
pada peringkat rendah dengan 
penyediaan bantuan pemulihan kepada 
murid lemah dalam BM dan BI 
ƒ Melaksanakan 1BestariNet ke semua 
sekolah untuk integrasi ICT dalam 
pembelajaran harian 
ƒ Memastikan sokongan daripada PPD 
ditumpukan kepada sekolah berprestasi 
rendah termasuk kepada murid dengan 
keperluan khusus melonjakkan 
peningkatan sekolah 
ƒ Meningkatkan enrolmen dan penglibatan 
ibu bapa serta menawarkan pendidikan 
vokasional yang lebih baik untuk 
meningkatkan enrolmen prasekolah dan 
sekolah menengah 
ƒ Mengukuhkan praktikum dalam 
program vokasional melalui peningkatan 
kolaborasi dengan sektor swasta 
ƒ Mentransformasi kementerian bermula 
dengan meletakkan pemimpin terbaik 
untuk menerajui JPN dan PPD bagi 
meningkatkan prestasi sistem 
penyampaian KPM 
‡ Memperluas bimbingan dan 
sokongan untuk membantu guru 
bagi menambah pengetahuan dalam 
semua mata pelajaran, pemikiran, 
kepimpinan, etika/kerohanian dan 
identiti nasional. 
‡ Menyediakan kemajuan 
berdasarkan kompetensi dan 
prestasi serta menambah baik 
latihan pra-perkhidmatan untuk 
memugarkan profesion keguruan 
‡ Menambah baik kurikulum 
peringkat rendah dan 
melaksanakan kurikulum baharu 
peringkat menengah bagi 
meningkatkan standard kandungan 
dan pembelajaran setanding dengan 
standard antarabangsa 
ƒ Menghentikan kelas peralihan, 
menjalankan rintis bagi pilihan 
untuk immersion BI dan 
mengukuhkan penyediaan 
pendidikan bahasa ketiga untuk 
meningkatkan penguasaan pelbagai 
bahasa 
ƒ Melaksanakan inovasi ICT untuk 
sekolah pedalaman, sekolah kurang 
guru dan sekolah kurang murid untuk 
menangani isu kapasiti 
ƒ Mengukuhkan program untuk 
kumpulan berkeperluan khusus 
seperti Orang Asli dan kumpulan 
minoriti lain, pintar cerdas dan 
berkeperluan khas 
ƒ Memperluas tawaran pendidikan 
vokasional melalui perjanjian 
pelaksanaan dengan pembekal 
pendidikan vokasional swasta 
ƒ Mengukuhkan Bahagian utama 
KPM, menyusun semula peranan 
Kementerian, JPN dan PPD untuk 
meningkatkan kebolehan dan 
keupayaan pelaksanaan 
Gelombang 3 (2021-2025) 
0HQJDQMDN NH DUDK 
NHFHPHUODQJDQ PHODOXL 
SHQLQJNDWDQ WDGELU ±XUXV NHQGLUL 
ƒ Membenarkan pengurusan 
berasaskan sekolah dan autonomi 
dengan lebih meluas dari segi 
pelaksanaan kurikulum dan 
peruntukkan belanjawan bagi 
sekolah yang layak 
ƒ Meneruskan budaya 
kecemerlangan profesionalisme 
dibimbing rakan sejawat, iaitu guru 
dan pemimpin sekolah saling 
membimbing, berkongsi amalan 
terbaik dan memastikan rakan 
sejawat mempunyai 
kebertanggungjawaban memenuhi 
standard profesionalisme 
ƒ Meningkatkan inovasi dan pilihan 
bagi meningkatkan kemahiran 
berbahasa dalam Bahasa Malaysia 
dan Bahasa Inggeris dan 
menyediakan lebih pilihan untuk 
mempelajarai bahasa tambahan 
ƒ Melaksanaan program dan inovasi 
ICT bagi kumpulan berkeperluan 
khusus di seluruh negara untuk 
meningkatkan standard 
pembelajaran 
ƒ Mengukuh dan mentransformasi 
Kementerian melalui pengukuhan 
kemajuan kerjaya bagi pegawai pada 
peringkat Kementerian 
ƒ Mengkaji semula struktur sekolah 
untuk menentukan keperluan bagi 
mengoptimumkan laluan dan pilihan 
persekolahan 
ƒ 100% lliterasi murid dalam BI dan BM dan 
menguasai kemahiran numerasi selepas 
3 tahun persekolahan: sasaran untuk BI 
akan ditentukan selepas garis asas 
diperoleh 
ƒ 92% prasekolah , 98% sekolah rendah 
dan 95% enrolmen menengah rendah 
ƒ Pengurangan 25% jurang bandar dan 
luar bandar 
ƒ Prestasi Malaysia pada purata 
antarabangsa dalam kitaran TIMSS 
and PISA seterusnya 
ƒ 100% enrolmen prasekolah hingga 
menengah rendah, 90% enrolmen 
menengah atas 
ƒ 50% pengurangan jurang bandar / luar 
bandar , 25% pengurangan jurang 
sosio ekonomi dan jantina 
ƒ Pencapaian Malaysia pada 
kedudukan negara sepertiga 
teratas dalam TIMSS and PISA 
ƒ Mengekalkan atau meningkatkan 
enrolmen 
ƒ Mengekalkan atau mengurangkan 
jurang bandar dan luar bandar , 
50% pengurangan jurang sosio 
ekonomi dan jantina 
Gelombang 2 (2016-2020) 
0HPDFXSHQLQJNDWDQVLVWHP 
Gelombang 1 (2013-2015) 
0HQJXEDK VLVWHP GHQJDQ PHPEHUL 
VRNRQJDQ NHSDGD JXUXGDQ PHPEHUL 
IRNXV NHSDGD NHPDKLUDQ XWDPD 
Keberhasilan utama
E-39 
MELAKSANAKAN PELAN 
TINDAKAN 
Sistem pendidikan Malaysia perlu menyempurnakan 
transformasi untuk memenuhi aspirasi yang tinggi 
sebagaimana yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan 
Pendidikan. Tugas ini adalah sangat kompleks dari segi 
keluasan dan kedalaman; khususnya dalam keadaan 
kebanyakan transformasi sistem pendidikan di dunia gagal 
memenuhi aspirasi mereka. Daripada 55 sistem persekolahan 
yang mengambil bahagian dalam PISA 2009, hanya 12 sistem 
persekolahan yang menunjukkan pencapaian berterusan 
dalam keberhasilan murid. Selainnya menunjukkan 
pencapaian yang mendatar atau menurun. Rekod pencapaian 
juga menunjukkan situasi yang sama wujud bagi organisasi 
yang melaksanakan transformasi, iaitu hanya sepertiga 
mencapai kejayaan. 
Kementerian telah menyemak dengan teliti bukti yang 
diperoleh di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi 
mengenal pasti strategi yang perlu dilaksanakan untuk 
PHQJKDVLONDQNHSXWXVDQDQJVLJQL¿NDQWHNDOGDQPHOXDV 
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, Kerajaan dan 
Kementerian komited untuk melaksanakan tindakan yang 
berikut: 
ŀ Melestarikan komitmen kepimpinan dan memberi 
tumpuan kepada pihak pengurusan atasan: Barisan 
tertinggi kepimpinan kerajaan dan Kementerian termasuk 
Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran komited untuk 
menyemak semula kemajuan, menyediakan bimbingan, 
dan mengatasi isu mengenai pelaksanaan Pelan 
Pembangunan Pendidikan. Kepimpinan Kementerian 
juga komited untuk mengenal pasti, memupuk dan 
membangunkan keupayaan kepimpinan masa depan 
generasi dalam sistem untuk memastikan kesinambungan 
dan keluwesan usaha transformasi. 
ŀ Mewujudkan unit pelaksana yang mempunyai 
kuasa eksekutif untuk memacu penyampaian 
Pelan Pembangunan Pendidikan: Kementerian 
akan meningkatkan keupayaan penyampaian masa 
kini untuk mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan 
(EDU) berperanan untuk memacu penyampaian Pelan 
Pembangunan Pendidikan. Secara khusus, EDU akan 
memantau kemajuan, menyelesaikan isu pelaksanaan dan 
menguruskan komunikasi bersama pihak berkepentingan 
mengenai transformasi. Pegawai yang ditempatkan di 
EDU merupakan mereka yang mempunyai bakat terbaik 
daripada sektor awam dan swasta. 
ŀ Memperkukuhkan prestasi pengurusan dalaman 
dan luaran: Kejayaan pembaharuan sesebuah 
sekolah melangkaui program yang direncanakan bagi 
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Kementerian. 
Oleh itu, Kementerian akan mewujudkan sistem 
pengurusan prestasi yang meletakkan ekspektasi yang 
tinggi melalui indikator petunjuk utama (KPI) yang jelas. 
Sistem pendidikan negara akan memberikan penekanan 
terhadap pembangunan keupayaan bagi membantu 
individu untuk mencapai sasaran mereka, memberi 
ganjaran dan menangani prestasi yang lemah dengan 
berhemah. Kementerian juga akan menerbitkan laporan 
prestasi tahunan supaya pihak awam dapat menjejaki 
kemajuan Pelan Pembangunan Pendidikan. 
ŀ Melibatkan pegawai Kementerian dan pihak 
berkepentingan yang lain: Proses penyediaan Pelan 
Pembangunan Pendidikan adalah berlainan terutama 
dalam usaha melibatkan dan mendapatkan input daripada 
rakyat pelbagai lapisan; ibu bapa, murid, pengetua/guru 
besar dan pegawai Kementerian. Apabila inisiatif Pelan 
dilaksanakan, Kementerian akan meneruskan usaha 
untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak ini 
dan akan menyampaikan kemajuan secara berperingkat 
bagi memastikan keseluruhan sistem pendidikan negara 
terlibat dalam proses transformasi.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-40 
ŀ KEJAYAAN AKAN 
DIPEROLEH PADA TAHUN 
HADAPAN 
Sistem pendidikan di Malaysia akan memasuki tempoh 
perubahan yang intensif. Transformasi pendidikan akan 
mengambil masa untuk menghasilkan keputusan yang 
VLJQL¿NDQKDVLOSHUXEDKDQLWXVHSHUWLSHQLQJNDWDQ 
pencapaian dalam pentaksiran antarabangsa, hanya akan 
dapat dilihat dalam tempoh beberapa tahun kemudian. 
Walau bagaimanapun, dalam tempoh dua belas bulan yang 
akan datang, pihak awam dijangka akan dapat melihat 
perubahan penting bagaimana sistem pendidikan negara 
dilaksanakan. Perubahan yang dirancang akan membentuk 
asas kepada keputusan yang akan datang. Ekshibit 10 
menunjukkan contoh pencapaian awal yang dijangkakan 
dalam tempoh dua belas bulan yang akan datang. 
PELAKSANAAN PELAN 
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 
PERINGKAT AKHIR 
Apabila Pelan Pembangunan Pendidikan dilancarkan, 
Kementerian Pendidikan akan memulakan pusingan 
kedua perundingan mendalam bersama orang awam bagi 
mengumpul maklum balas, menerusi program Hari Terbuka 
dan perbincangan meja bulat dengan pelbagai pihak 
berkepentingan. Kementerian mengalu-alukan input daripada 
rakyat dan oleh itu menggalakkan semua pihak yang berminat 
untuk menghadiri sesi ini bagi mengemukakan maklum balas 
secara bertulis atau atas talian. Panel Penilai Bebas Malaysia 
dan antarabangsa akan juga meneliti dan menyemak Pelan 
Pembangunan Pendidikan dan mengemukakan maklum balas 
akhir kepada Kementerian. Menjelang pertengahan bulan 
Disember tahun 2012, Kementerian akan menggabungkan 
semua maklum balas dan memasukkan maklum balas 
tersebut, serta menyerahkan Pelan Pembangunan Pendidikan 
yang akhir kepada Jemaah Menteri. 
Sistem pendidikan Malaysia berada di persimpangan dan 
Kementerian telah mendengar suara hati rakyat secara serius, 
walaupun Kementerian memilih kaedah yang lebih sukar 
namun, ia memberi banyak kelebihan. Walau bagaimanapun, 
sistem pendidikan Malaysia akan hanya dapat memenuhi 
aspirasi besar menerusi komitmen dan sokongan semua 
pihak berkepentingan. Pelan ini akan mencorakkan masa 
depan yang lebih cerah dan gemilang untuk semua anak 
Malaysia – mandat yang besar dan aspirasi yang jitu. 
Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua rakyat Malaysia 
ke arah merealisasikan aspirasi, dan menerusi kerjasama 
semua pihak untuk membolehkan semua kanak-kanak 
memperoleh hak masa depan mereka.
E-41 
EKSHIBIT 10 
Hasil Hasil awal awal dalam tempoh tempoh 12 bulan 12 bulan akan datang 
akan datang 
Kesemua 70,000 guru 
Bahasa Inggeris dinilai 
pada tahap kecekapan 
berbahasa mengikut 
standard antarabangsa 
5,000 guru ditingkatkan 
kemahiran 
Program SISC+ dan 
SiPartners+ yang 
diperluaskan ke seluruh 
negara siap 
LINUS2.0 
(termasuk literasi 
Bahasa Inggeris) 
dilaksanakan di 
semua sekolah 
rendah 
Syarat ambilan 
guru 
diperketatkan dan 
dikuat kuasakan 
di semua IPG and 
IPTA 
'LV  'LV  
461 orang SISC+ and 
SiPartners+ diperkenalkan di 
Kedah dan Sabah untuk 
membantu guru dan pengetua 
di sekolah Band 5, 6 and 7 
melalui latihan khusus 
setempat 
Sarana toolkit 
penglibatan ibu bapa 
dilaksanakan di 10,000 
buah sekolah bagi 
membantu ibu bapa 
menyokong pembelajaran 
anak-anak 
Kesemua 10,000 sekolah rendah 
dan menengah kebangsaan akan 
mendapat liputan internet 4G 
melalui pelaksanaan 1BestariNet 
Semua 1,608 buah sekolah dengan 
kerosakan kritikal dibaik pulih
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 
Ringkasan Eksekutif 
E-42 
GAMBARAN MENYELURUH SETIAP BAB DALAM PELAN 
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan ini 
mengandungi lapan bab dan tujuh lampiran. 
ŀ Bab 1 membentangkan objektif dan pendekatan yang 
digunakan dalam penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan; 
ŀ Bab 2 menggariskan aspirasi baharu untuk sistem 
pendidikan negara secara menyeluruh, termasuk aspirasi 
setiap murid; 
ŀ Bab 3 mengandungi analisis terperinci tentang 
keberhasilan murid Malaysia dan menyediakan prestasi 
sistem pendidikan negara semasa; 
ŀ Bab 4 meneliti pembelajaran murid dalam sistem 
pendidikan, melihat kepada penyelesaian yang boleh 
mempengaruhi perubahan yang diperlukan bagi mencapai 
aspirasi yang dihasratkan. Bab ini mengandungi inisiatif 
daripada anjakan 1, 3 dan 6 berkaitan kurikulum dan 
pentaksiran, pengukuhan kemahiran bahasa, intervensi 
peningkatan sekolah dan pendidikan untuk murid dengan 
keperluan khusus; 
ŀ Bab 5 meninjau peranan guru dan pemimpin sekolah yang 
merupakan barisan hadapan dalam sistem pendidikan 
negara, dengan memberikan tumpuan kepada peningkatan 
kualiti dan sokongan untuk guru dan pemimpin sekolah. 
Bab ini juga menjelaskan inisiatif anjakan 4 dan 5; 
ŀ %DEmenunjukkan cara organisasi Kementerian akan 
berubah bagi melaksanakan inisiatif dengan cara terbaik 
seperti dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, 
termasuk melaksanakan transformasi besar daripada segi 
pendekatan untuk meningkatkan sumber manusia, kewangan 
bagi meningkatkan sistem penyampaian dan produktiviti. 
Inisiatif ini terkandung dalam anjakan 6, 7, 8 dan 10; 
ŀ Bab 7 menganalisis struktur sistem dan memberi tumpuan 
pada fasa pendidikan, menghasilkan lebih banyak laluan 
pendidikan dengan meluaskan spektrum mengenai minat 
dan keupayaan murid, pembangunan prasekolah, serta 
pelibatan yang lebih dengan ibu bapa, komuniti dan sektor 
swasta. Ia merangkum inisiatif anjakan 1 dan 9; 
ŀ Bab 8 menggariskan keseluruhan program transformasi 
termasuk menyusun semula inisiatif antara tahun 2013 
dan 2025 dengan objektif unggul untuk meningkatkan 
keberhasilan murid, meningkatkan kualiti profesional 
guru dan pemimpin sekolah, dan merombak struktur 
Kementerian serta sistem pendidikan. Bab ini mengandungi 
inisiatif daripada anjakan 11 bagi memastikan Pelan 
Pembangunan Pendidikan berjaya dilaksanakan dengan 
berkesan; 
ŀ Lampiran 1 menyediakan gambaran menyeluruh 
pembangunan utama dalam sistem pendidikan sejak zaman 
pemerintahan British; 
ŀ Lampiran 2 memperincikan pelbagai sumber input 
yang digunakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, 
daripada pakar luar seperti UNESCO, OECD dan universiti 
tempatan, sehingga kepada input daripada Dialog Nasional 
Pendidikan Negara; 
ŀ Lampiran 3 memetakan isu utama yang ditimbulkan 
semasa Dialog Nasional Pendidikan Negara dan 
menyusun strategi menangani isu berkenaan dalam Pelan 
Pembangunan Pendidikan; 
ŀ Lampiran 4 menjelaskan kaedah di sebalik skala sejagat 
yang digunakan dalam Bab 3; 
ŀ Lampiran 5 menyediakan soalan contoh daripada PISA 
2009+; 
ŀ /DPSLUDQ menjelaskan inisiatif utama Pelan 
Pembangunan Pendidikan merentas setiap gelombang 
pembaharuan pendidikan; dan 
ŀ Lampiran 7 memberi penekanan kepada inisiatif yang 
telah dimasukkan dalam GTP2.0 NKRA Pendidikan.
Preliminary blueprint-exec summary-bm

More Related Content

DOC
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
DOCX
Cabaran semasa
PPT
Transformasi pendidikan dtp
DOCX
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
DOCX
Akses dan ekuiti
PDF
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
PPTX
PPPM 2013 - 2025
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Cabaran semasa
Transformasi pendidikan dtp
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Akses dan ekuiti
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
PPPM 2013 - 2025

What's hot (11)

PDF
Preliminary blueprint-exec summary-bm
PDF
Soalan 3 perkasakan pendidikan
PDF
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
PPT
Dasar 60 40 new
PPTX
Akses dan ekuiti
PPTX
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
PPT
Ekonomi - Pendidikan
PDF
Preliminary blueprint-bm
DOCX
Ringkasan pppm 2013 2025
PDF
DOCX
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Dasar 60 40 new
Akses dan ekuiti
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Ekonomi - Pendidikan
Preliminary blueprint-bm
Ringkasan pppm 2013 2025
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Ad

Similar to Preliminary blueprint-exec summary-bm (20)

PDF
PDF
Preliminary blueprint-exec summary-bm
PDF
Pppm
PDF
Preliminary blueprint-exec summary-bm
PDF
Laporan eksekutif
PDF
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
PDF
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
PDF
Preliminary blueprint-bm
PDF
Preliminary blueprint-bm
PDF
Preliminary blueprint
PDF
Preliminary blueprint-bm
PDF
Pppm preliminary blueprint-bm
PDF
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
PDF
Psptn fasa2
PDF
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
PDF
Ppp penuh 2013 2025
PDF
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
PDF
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
PDF
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Pppm
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Laporan eksekutif
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint
Preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bm
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Psptn fasa2
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Ppp penuh 2013 2025
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
Ad

Recently uploaded (14)

PPTX
SOALAN BAB 1 TINGKATAN 4.pptx 444444444444444444
PPTX
NOR SHAKIRA-PDPP1.20.pptx IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
PDF
MyPPSM_SSPA_Cuti_Tanpa_Rekod_Kelompok.pdf
PPT
Kuliah 10 VTE3013 - Kajian Tindakan 3 - MENULIS PROPOSAL UNTUK KAJIAN TINDAK...
PDF
gambar sudut baca kelas 1 untuk digunakan
PPTX
Lembaran Ikan Untuk Murid Pra Sekolah.pptx
PPTX
PA Semester 1 Info Grafik Jenayah Jenayah Siber @CNM.pptx
PDF
kuiz merdeka . soalan mudah. MERDEKA 2025
PPTX
KONFLIK PERSEMPADANAN BERTINDIH DI MALAYSIA.pptx
PPT
BBM Kemahiran Pemulihan- Perkataan 16-KVKK.ppt
PDF
SLIDE PENGURUSAN CUTI kakitangan awam2018.pdf
PPTX
Subjek MPU3221- PENGURUSAN MESYUARAT.pptx
PPTX
kerjaya_forensik_ tahap rendah slide.pptx
PPTX
BENGKEL PENULISAN BUKU LOG PPIM 2023.pptx
SOALAN BAB 1 TINGKATAN 4.pptx 444444444444444444
NOR SHAKIRA-PDPP1.20.pptx IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
MyPPSM_SSPA_Cuti_Tanpa_Rekod_Kelompok.pdf
Kuliah 10 VTE3013 - Kajian Tindakan 3 - MENULIS PROPOSAL UNTUK KAJIAN TINDAK...
gambar sudut baca kelas 1 untuk digunakan
Lembaran Ikan Untuk Murid Pra Sekolah.pptx
PA Semester 1 Info Grafik Jenayah Jenayah Siber @CNM.pptx
kuiz merdeka . soalan mudah. MERDEKA 2025
KONFLIK PERSEMPADANAN BERTINDIH DI MALAYSIA.pptx
BBM Kemahiran Pemulihan- Perkataan 16-KVKK.ppt
SLIDE PENGURUSAN CUTI kakitangan awam2018.pdf
Subjek MPU3221- PENGURUSAN MESYUARAT.pptx
kerjaya_forensik_ tahap rendah slide.pptx
BENGKEL PENULISAN BUKU LOG PPIM 2023.pptx

Preliminary blueprint-exec summary-bm

  • 4. E-1 Ringkasan Eksekutif Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh negara. Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian akan mendapatkan maklum balas tentang laporan awal pelan ini daripada seluruh komuniti sebelum laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012.
  • 5. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-2 Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa depan sesebuah negara. Dalam menghadapi persaingan ekonomi global pada masa ini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh itu, negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Melalui pendidikan, individu dapat meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya dan penyumbang aktif kepada pembangunan negara. Menerusi interaksi, individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan kaum dapat belajar untuk memahami, menerima dan menghargai perbezaan, seterusnya membina perkongsian pengalaman dan aspirasi untuk masa depan Malaysia. Melalui perkongsian pengalaman dan aspirasi inilah identiti nasional dan perpaduan negara dapat dipupuk. Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perhatian dan perbahasan. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Berdasarkan hakikat sesuatu sistem pendidikan yang kompleks dan rencam, setiap negara memerlukan tempoh yang panjang untuk melihat impak perubahan yang dilaksanakan. Oleh itu, Kementerian perlu mengambil tindakan yang berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan dengan segera.
  • 6. E-3 OBJEKTIF DAN PENDEKATAN KAJIAN SEMULA Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan hasil penyelidikan yang mendalam dan pelibatan meluas masyarakat yang dijalankan oleh Kementerian. Pelan Pembangunan Pendidikan dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu: 1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem; 2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang; dan 3. Menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan awam. Pendekatan yang digunakan dalam penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah berani dan ulung kali dilaksanakan. Perspektif daripada pelbagai pakar dan agensi antarabangsa telah digarap untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia. Agensi yang terlibat LDODK%DQN'XQLD8QLWHG1DWLRQV(GXFDWLRQDO6FLHQWL¿F and Cultural Organisation (UNESCO), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), serta enam universiti tempatan. Kementerian juga bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain untuk memastikan jajaran dengan dasar awam yang lain berkaitan pendidikan. Sebagai contoh, Kementerian bekerjasama dengan PEMANDU untuk membangunkan inisiatif pendidikan menerusi Program Tranformasi Kerajaan (GTP)2.0 bagi mencerminkan pembaharuan utama yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 2013-2025. Tambahan lagi, buat pertama kalinya Kementerian telah melibatkan penyertaan rakyat secara besar-besaran. Sepanjang tempoh setahun, lebih 50,000 orang pegawai Kementerian, guru, pemimpin sekolah, ibu bapa, murid dan orang awam di seluruh negara telah dilibatkan melalui temu bual, kumpulan fokus, tinjauan, dewan terbuka Dialog Nasional dan perbincangan meja bulat. Kementerian telah melantik panel pakar yang terdiri daripada 12 ahli tempatan dan empat ahli antarabangsa bagi menyediakan input bebas terhadap dapatan kajian semula sistem pendidikan negara.
  • 7. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-4 PELABURAN YANG SIGNIFIKAN DAN MAPAN DALAM PENDIDIKAN Penyediaan sokongan dan sumber yang disediakan sesuatu sistem kepada sekolah memberi kesan penting kepada prestasi sekolah. Hal ini bertujuan membolehkan guru dan pengetua/guru besar memberikan tumpuan kepada tugas utama mereka dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu pelaburan dalam sistem pendidikan merupakan ukuran penting kepada kesungguhan dan komitmen kerajaan terhadap pendidikan. Kerajaan Malaysia telah mengekalkan tahap pelaburan yang tinggi dalam pendidikan sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 55 tahun yang lalu. Pada awal tahun 1980-an, perbelanjaan Persekutuan untuk pendidikan rendah dan menengah sebagai peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah yang tertinggi di Asia Timur. Pada tahun 2011, jumlah perbelanjaan pendidikan sebanyak 3.8% daripada KDNK, atau 16% daripada jumlah perbelanjaan Kerajaan bukan sahaja lebih tinggi daripada purata OECD sebanyak 3.4% daripada KDNK dan 8.7% daripada jumlah perbelanjaan awam, malah adalah setara atau lebih tinggi daripada sistem berprestasi tinggi seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun (Ekshibit 1). Pada tahun 2012, daripada jumlah bajet pendidikan sebanyak RM37 bilion, Kerajaan terus menyediakan peruntukan yang terbesar, iaitu 16% daripada jumlah bajet kepada Kementerian Pelajaran. Peruntukan ini menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap pendidikan sebagai satu daripada keutamaan negara. EKSHIBIT 1 Perbelanjaan pendidikan asas1 sebagai % jumlah perbelanjaan kerajaan bagi Malaysia dan negara setara2 7 9 11 11 12 12 14 Peratus (2008) 16 SUMBER: Kementerian Pelajaran Malaysia; OECD – Education at a Glance 2011; Singstat; Ministry of Finance Thailand; Ministry of Finance Indonesia; Education Bureau of Hong Kong. Data daripada 2008 atau 2010 bergantung kepada data terkini sedia ada 18 Singapore3 Purata OECD 8.7% Hong Korea Indonesia3 Japan Kong3 Thailand3 Malaysia3 Mexico Chile Termasuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan/kapital bagi pendidikan asas (rendah dan menengah) 2 Negara setara berasaskan kategori berikut: Harimau Asia (Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Jepun); jiran Asia Tenggara (Indonesia, Thailand Singapura), dan negara yang setanding KNDK per kapita (Mexico dan Chile) 3 Data bagi 2010 Nota: Data daripada 2008 atau 2010 bergantung kepada data terkini yang diperoleh. LONJAKAN BESAR DALAM MENINGKATKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN Sistem pendidikan negara menyaksikan lonjakan besar sejak tahun 1957. Ketika negara mencapai kemerdekaan, lebih separuh daripada populasi tidak menerima pendidikan formal, hanya 6% kanak-kanak menerima pendidikan peringkat menengah, dan 1% sahaja mendapat pendidikan lepas menengah. Namun, lima setengah dekad kemudian, akses kepada pendidikan telah mengalami perubahan yang melangkaui jangkaan. Pada tahun 2011, enrolmen di peringkat pendidikan rendah telah hampir sejagat, iaitu 94% dan peratusan murid yang tercicir GDULSDGDSHQGLGLNDQUHQGDKWHODKPHQXUXQVHFDUDVLJQL¿NDQ (daripada 3% pada tahun 1989 kepada 0.2% pada tahun 2011). Kadar enrolmen di peringkat menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3) telah meningkat kepada 87%. Peningkatan terbesar berlaku di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 hingga 5), dengan kadar enrolmen meningkat hampir dua kali ganda daripada 45% pada tahun 1980-an kepada 78% pada tahun 2011. Kadar enrolmen ini adalah lebih tinggi sekiranya enrolmen di
  • 8. E-5 sekolah swasta juga diambil kira, iaitu 96% peringkat rendah, 91% menengah rendah, dan 82% menengah atas. Kadar ini adalah yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan negara membangun yang lain, namun masih rendah berbanding sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti Singapura dan Korea Selatan. Pada masa yang sama, peluasan yang cepat berlaku dalam pendidikan prasekolah. Sekitar 77% murid telah memasuki pendidikan prasekolah (sama ada kerajaan atau swasta), dan sasaran negara adalah untuk memperoleh penyertaan sejagat menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang terkandung dalam GTP. 3HQLQJNDWDQDQJVLJQL¿NDQGDODPDNVHVGLVXVXOLGHQJDQ peningkatan dalam pencapaian murid. Kadar literasi remaja telah meningkat daripada 88% pada tahun 1990 kepada kadar hampir sejagat sebanyak 99% masa kini, manakala kadar literasi dewasa telah meningkat secara mendadak, iaitu daripada kurang 70% kepada lebih 90% dalam jangka masa yang sama. Seterusnya, kadar populasi dewasa (berusia 15+ tahun) yang tidak mengikuti persekolahan telah menurun, daripada 60% pada tahun 1950 kepada kurang 10% pada tahun 2010. Manakala kadar populasi (berusia15+) yang menamatkan pendidikan menengah telah meningkat daripada sekitar 7% pada tahun 1950 kepada hampir 75% dalam tempoh yang sama (Ekshibit 2). Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan negara. EKSHIBIT 2 Tahap pendidikan populasi berumur 15 tahun dan ke atas (1950-2010) Percent of population 3 2 2 2 2 1 1 6 7 6 8 9 10 13 15 33 35 38 41 43 41 38 33 39 26 22 18 15 10 13 19 24 31 39 39 51 56 59 61 9 2010 10 2005 12 2000 13 1995 15 1990 21 1985 28 1980 32 1975 37 1970 44 1965 50 1960 56 1955 60 1950 Tertiari Menengah Rendah Tanpa Persekolahan SUMBER: Barro and Lee, 2010 (Eurostat, UN) SISTEM PENDIDIKAN YANG KOMITED UNTUK MEMBANGUNKAN MURID SECARA MENYELURUH Kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu usaha berterusan bagi membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkum pelbagai dimensi, iaitu intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program dan inisiatif yang membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan di dalam bilik darjah dan menerusi aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral adalah wajib untuk semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Kementerian juga menetapkan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform bagi membina bakat dan memupuk minat, di samping membentuk kemahiran kepimpinan. Data yang diperoleh menunjukkan kadar penyertaan dalam aktiviti kokurikulum adalah tinggi.
  • 9. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-6 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia telah digubal pada tahun 1988 dan disemak semula pada tahun 1996, termaktub dalam visi Kementerian dan Kerajaan yang berhasrat melahirkan generasi holistik dari segi intelektual, kerohanian, emosi dan jasmani “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara”. PRESTASI AKADEMIK MURID BERBANDING STANDARD ANTARABANGSA Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan. Sejarah sistem pendidikan Malaysia, seperti negara lain di dunia, memberi penekanan terhadap pembangunan kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa. Walau bagaimanapun, dari segi pengiktirafan di peringkat global, kemahiran murid adalah tidak mencukupi sekadar menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja apabila mereka meninggalkan persekolahan. Tumpuan bukan hanya kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, WHWDSLMXJDSHPEDQJXQDQNHPDKLUDQEHU¿NLUDUDVWLQJJL Prestasi murid Malaysia telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, namun pencapaian yang membanggakan itu menghendapi risiko, dari segi relatif dan mutlak. Hal ini disebabkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan lebih cepat dan mampu mengekalkan momentum tersebut secara berterusan. Jurang pencapaian antara sistem pendidikan Malaysia dan negara lain semakin melebar. Keduanya, pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot dari segi mutlak. Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan. Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS buat pertama kalinya pada tahun 1999, skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains. Penyertaan dalam pusingan yang terkini pada tahun 2007 menunjukkan prestasi murid Malaysia telah menurun bawah
  • 10. E-7 purata antarabangsa bagi mata pelajaran Matematik dan Sains, disusuli penurunan dari segi kedudukan negara. Lebih kritikal lagi, 18% dan 20% murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007, iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5% masing-masing pada tahun 2003. Keputusan PISA 2009+ (penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Pencapaian ini juga meletakkan Malaysia bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD (Ekshibit 3). Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum. Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan. Secara perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun di Singapura, di Korea Selatan, di Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding dengan murid berumur 15 tahun di Malaysia. CONTOH KECEMERLANGAN WUJUD DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetus kebimbangan, namun terdapat banyak bukti kecemerlangan murid dan sekolah di seluruh negara yang telah mencapai standard antarabangsa berdasarkan ukuran dalam bidang akademik dan bukan akademik. Ekshibit 4 menunjukkan sepintas lalu sebahagian daripada pencapaian murid dan sekolah Malaysia di peringkat antarabangsa. Di samping itu, Kementerian telah mengiktiraf 66 sekolah di bawah program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sekolah berkenaan merupakan yang terbaik kerana memiliki ciri-ciri yang unik, menghasilkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik murid secara tekal, dan berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa. Sistem pendidikan negara juga berjaya mewujudkan sekolah, daerah dan negeri yang menunjukkan peningkatan di luar jangkaan yang membanggakan, misalnya, sejak lima tahun yang lalu, Johor merupakan salah sebuah negeri yang berada pada kedudukan lima terbawah berdasarkan prestasi murid dalam UPSR. Johor telah melaksanakan program peningkatan kemajuan sekolah yang menyeluruh dan berjaya meningkatkan pencapaiannya hanya dalam tempoh lima tahun. Johor, kini, berada dalam kelompok tiga teratas (diukur berdasarkan pencapaian murid). Begitu juga, terdapat sekolah di kawasan pedalaman seperti SK Ulu Lubai dan SK Bakalalan, di Sarawak, kedua-dua sekolah ini berada dalam komuniti yang berpendapatan rendah, namun berjaya merangkul anugerah amalan terbaik peringkat Komanwel pada tahun 2009 kerana berjaya melaksanakan perubahan yang mengagumkan. Kejayaan ini menunjukkan wujudnya peluang yang boleh dipelajari dan meningkatkan lagi amalan terbaik untuk diamalkan dalam sistem pendidikan secara keseluruhan.
  • 11. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-8 EKSHIBIT 3 Perbandingan kedudukan PISA 2009+ bagi Malaysia dengan negara lain Negara serantau yang setara 1 Bacaan 2 Matematik 3 Sains Kedu-dukan Negara … … … … … 18 United Kingdom 494 Purata OECD 19 Germany 497 Purata Antarabangsa 3 … … … … … 20 Austria 496 … … … … … Purata OECD Purata OECD 21 Slovak Republic 497 41 Croatia 460 Purata Antarabangsa 42 Israel 447 20 Ireland 508 21 Czech Republic 500 40 Greece 470 Purata Antarabangsa 41 Malta 461 52 MALAYSIA 422 Nota: Kedudukan negara dengan susunan menurun berdasarkan peratus yang mencapai prestasi teratas (Tahap 5 atau 6) SUMBER: PISA 2009+ Skor min Kedu-dukan Negara Skor min Kedu-dukan Negara Skor min 1 Shanghai-China 556 2 Korea 539 3 Finland 536 4 Hong Kong 533 5 Singapura 526 55 MALAYSIA 414 1 Shanghai-China 575 2 Finland 554 3 Hong Kong 549 4 Singapura 542 5 Jepun 539 1 2 3 4 5 Shanghai-China Singapura Hong Kong Korea Taiwan 600 562 555 546 543 52 Thailand 419 42 Russian Fed. 459 43 Chile 449 53 Thailand 421 57 MALAYSIA 404 51 Thailand 425 62 Indonesia 402 68 Indonesia 371 66 Indonesia 383
  • 12. E-9 CABARAN KEKAL WUJUD DALAM MENCAPAI KEBERHASILAN MURID SECARA SAKSAMA Objektif yang sama penting dalam sistem pendidikan adalah memastikan kesaksamaan dalam keberhasilan murid. Malangnya, sehingga kini keberhasilan murid masih tidak saksama. Negeri yang mempunyai populasi sekolah luar bandar yang banyak, seperti Sabah dan Sarawak, secara purata, menunjukkan prestasi yang rendah berbanding negeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar yang sedikit. Dalam UPSR, peratus jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar ialah 4% mata dan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jurang pencapaian meningkat kepada 8% mata. Walau bagaimanapun, kedua-dua jurang pencapaian ini telah menurun, masing-masing sebanyak 5% mata dan 2% mata sejak enam tahun kebelakangan ini. Jurang pencapaian antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan juga semakin mengecil. Tidak wujud perbezaan yang ketara antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dari segi pencapaian dalam UPSR. Sejak lima tahun yang lalu, jurang pencapaian dalam kalangan sekolah jenis kebangsaan Tamil telah berjaya dikurangkan sebanyak 50%, dan jurang pencapaian antara sekolah jenis kebangsaan Tamil dengan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina telah kurang kepada 4% mata. Sebaliknya, jurang pencapaian antara jantina adalah VLJQL¿NDQGDQWHUXVPHQLQJNDWPDODKVHPDNLQPHOHEDU dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Murid perempuan sentiasa mengatasi pencapaian murid lelaki pada semua peringkat. Jurang pencapaian antara gender mula kelihatan di peringkat UPSR dan berterusan sehingga ke peringkat universiti, iaitu 70% daripada kohort peringkat universiti terdiri daripada pelajar perempuan. Walaupun fenomena ini bukan unik bagi Malaysia, namun ia memerlukan perhatian bagi memastikan negara tidak Pentaksiran Antarabangsa TIMSS dan PISA TIMSS merupakan pentaksiran antarabangsa berasaskan kurikulum sekolah bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di seluruh dunia. Pentaksiran dibuat bagi mengukur prestasi murid pada Gred 4 (Tahun 4) dan Gred 8 (bersamaan dengan Tingkatan 2) yang merangkum dua aspek iaitu pengetahuan kandungan seperti Algebra, dan kemahiran kognitif seperti proses pemikiran penguasaan pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Ujian pertama kali ditadbir pada tahun 1995. Pada masa ini, lebih 50 buah negara menyertai pentaksiran ini yang dikendalikan pada setiap empat tahun. Malaysia telah menyertai TIMSS sejak 1999 dan melibatkan murid Tingkatan 2 sahaja. PISA yang diselaraskan oleh OECD juga merupakan pentaksiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dikendalikan setiap tiga tahun, PISA bertujuan untuk menilai kecekapan dalam Bacaan, Matematik dan Sains dalam kalangan murid berumur 15 tahun. Tumpuan pentaksiran bukan pada kandungan kurikulum tetapi keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan sebenar. Penyertaan juga meliputi negara di luar keanggotaan OECD dengan pelibatan 74 buah negara pada tahun 2009. Kali pertama Malaysia menyertai PISA ialah pada tahun 2010 sebagai kitaran pentaksiran untuk tahun 2009.
  • 13. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-10 EKSHIBIT 4 Contoh terkini pencapaian murid Malaysia di peringkat antarabangsa Pasukan Malaysia seramai 15 orang memenangi Diploma Emas dan Perak. Seorang murid berumur 17 tahun muncul sebagai pemenang terbaik Malaysia yang pertama. Pencapaian cemerlang murid Tingkatan 4 dengan mendapat pingat emas pertama Malaysia. 4 orang murid lain memperoleh keputusan yang turut membanggakan. 68 orang murid Malaysia memperoleh 94 pingat emas dan menerima pujian pada peringkat antarabangsa. Malaysia, diwakili oleh 3 sekolah, memperoleh pencapaian yang cemerlang keseluruhan di Korea Selatan – memenangi tempat kedua selama dua tahun berturut-turut. Mei 2012 Julai 2011 Dis 2010 Nov 2009 2nd International Folk Song and Dance Festival, Georgia English Speaking Union International Public Speaking Competition, London 52nd International Mathematical Olympiad, Belanda International Competitions and Assessments for Schools (ICAS)1 World Robot Olympiad (WRO), Korea Selatan Pasukan Malaysia seramai 200 orang atlit memenangi sejumlah 100 pingat; menduduki tempat ketiga keseluruhan. Jun 2012 4th ASEAN School Games, Indonesia Sekumpulan 36 orang murid memperoleh tempat kedua keseluruhannya; memenangi 6 pingat emas, 2 perak dan 3 gangsa. ASEAN Primary School Sports Olympiad, Indonesia Okt 2011 Seorang murid Malaysia memperoleh pingat emas dan anugerah khas daripada (XURSHDQ3KVLFDO6RFLHW. 42nd International Physics Olympiad, Thailand Pasukan Malaysia seramai 16 orang pemain memenangi 3 pingat emas, 4 perak dan 9 gangsa. 5th Asian Schools Badminton Championship, Hong Kong Julai 2012 Dua orang murid berumur 14 tahun berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini. Genius Olympiad 2012 International High School Project Fair on Environment, New York Pasukan Malaysia memperoleh pingat emas bagi rekacipta mereka. 8th International Exhibition for Young Inventors, Thailand Pasukan Malaysia memenangi pingat emas dalam kategori reka cipta pendidikan. The Invention and New Product Exposition, Amerika Syarikat 1 Pentaksiran diagnostik bebas yang berpusat di Australia yang dilaksanakan setiap tahun SUMBER: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Sukan
  • 14. E-11 mempunyai kohot murid lelaki yang ‘tercicir’, yang lebih awal meninggalkan sistem persekolahan atau merupakan kumpulan berpencapaian rendah. Akhirnya, jurang ekuiti yang paling besar disebabkan oleh latar belakang sosioekonomi murid. Jurang ini dilihat berdasarkan tiga aspek: pencapaian pendidikan tertinggi ibu bapa, purata pendapatan isi rumah bagi negeri, dan peratus murid menerima bantuan asas kewangan bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Ketiga-tiga aspek ini merupakan bukti yang tekal bahawa murid daripada keluarga miskin adalah kurang cemerlang berbanding murid daripada keluarga berpendapatan sederhana dan tinggi. Seperti yang ditunjukkan dalam Ekshibit 5, hanya 7% sekolah Band 1 dan 2 mempunyai populasi lebih sepertiga daripada jumlah muridnya mendapat KWAPM berbanding 69% sekolah Band 6 dan 7 yang menerima bantuan KWAPM. EKSHIBIT 5 Taburan populasi murid yang menerima KWAPM1 mengikut band sekolah Peratus sekolah (2011) 3,858 56 42 31 2,296 75 17 18 25 100% = 52 Sekolah lemah, Band 67 19 Sekolah sederhana, Band 3,4,5 7 Sekolah baik, Band 12 Sekolah dengan 1/3 murid menerima KWAPM Sekolah dengan 1/3- 2/3 murid menerima KWAPM Sekolah dengan 2/3 murid menerima KWAPM 1 Hanya meliputi sekolah rendah, kecuali 1,060 sekolah di Sabah dan 418 sekolah di negeri lain kerana data tidak lengkap SUMBER: Bahagian Kewangan; Bidang Keberhasilan Utama Negara; Pangkalan data EMIS KEPELBAGAIAN PILIHAN PERSEKOLAHAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN ETNIK YANG HOMOGEN Kewujudan pelbagai jenis sekolah kebangsaan dan swasta di peringkat rendah dan menengah dalam sistem pendidikan menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk memilih jenis sekolah bagi anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, kewujudan persekitaran etnik yang homogen di sekolah menimbulkan kebimbangan tentang kurangnya peluang untuk berinteraksi dalam kalangan murid. Demi pengukuhan identiti dan perpaduan nasional, interaksi dalam kalangan murid perlu dipertingkatkan bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan aspirasi masa depan Malaysia. Situasi kepelbagaian jenis sekolah yang wujud dalam sistem pendidikan pada masa ini tidak menyumbang kepada interaksi yang dihasratkan. Data yang diperoleh menunjukkan bahawa lebih banyak murid Cina dan India berdaftar di SJK pada tahun 2011, berbanding 10 tahun yang lalu. Bilangan murid Cina yang berdaftar di SJKC telah meningkat daripada 92% pada tahun 2000 kepada 96% pada tahun 2011. Peningkatan bagi murid India
  • 15. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-12 yang berada di SJKT adalah lebih ketara, iaitu daripada 47% kepada 56%. Keadaan yang sama wujud di SK kerana 90% enrolmen murid ialah Bumiputera. Di peringkat menengah pula, walaupun laluan persekolahan adalah satu sahaja, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), namun keadaan terpisah dan homogen masih wujud. Hal ini berasaskan pemerhatian bahawa terdapat murid yang masih terbatas untuk terdedah kepada kepelbagaian, misalnya murid SJKC cenderung untuk ke Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), sementara itu terdapat murid SK menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Dalam usaha mencapai perpaduan, penting bagi setiap murid berinteraksi dan belajar bersama-sama rakan sebaya dan guru daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan latar belakang sosioekonomi. Kementerian telah menyediakan program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) menerusi aktiviti kokurikulum bagi mengukuhkan interaksi dalam kalangan murid di pelbagai jenis sekolah. Kajian semula yang dijalankan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati program RIMUP berjaya mewujudkan pergaulan antara etnik di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh sebab kekurangan peruntukan, telah berlaku penurunan yang ketara dari sudut pengisian dan bilangan aktiviti untuk program RIMUP. PULANGAN ATAS PELABURAN TIDAK MEMENUHI HASRAT Malaysia terus memperuntukkan bajet yang tinggi untuk pendidikan. Usaha ini telah meningkatkan akses yang hampir sejagat di peringkat pendidikan rendah. Pada masa yang sama, akses di peringkat menengah telah meningkat dengan ketara. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk menambah baik dari aspek kualiti, ekuiti dan perpaduan. Ekshibit 6 membandingkan perbezaan prestasi pelbagai negara yang menyertai pentaksiran antarabangsa berdasarkan perbelanjaan pendidikan per murid. Perbezaan setiap band prestasi (Lemah, Sederhana, Baik, Sangat Baik, Cemerlang) adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan. Data yang diperoleh pada tahun 2010 menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan di belakang negara-negara yang menyediakan jumlah peruntukan yang hampir sama atau lebih rendah seperti Thailand, Chile, dan Armenia. Keadaan ini mungkin disebabkan peruntukan untuk pendidikan di Malaysia tidak disalurkan kepada faktor yang memberi impak tinggi terhadap keberhasilan murid, seperti latihan untuk meningkatkan kemahiran guru secara berterusan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti di Singapura, di Korea Selatan, dan di Shanghai sememangnya memperuntukkan jumlah bajet yang lebih tinggi berbanding Malaysia. Sistem pendidikan negara juga mampu melonjak dengan adanya usaha transformasi yang utama seperti ini. Oleh itu, tahap perbelanjaan untuk pendidikan di Malaysia patut dikekalkan, namun kecekapan dan keberkesanan dalam pengagihan dan perbelanjaan bajet perlu dikaji semula. Imej oleh Yiie, Flickr CC 2.0
  • 16. E-13 EKSHIBIT 6 Prestasi negara dalam pentaksiran antarabangsa berbanding perbelanjaan awam per murid Turkey Iran 370 531 Germany France Spain 7,000– 8,000 Ontario Canada Italy 545 UK 531 Belg.Flanders Netherlands Switzerland Denmark Norway USA Austria Luxembourg Iceland Perbelanjaan awam per murid2, PPP unit Syria Algeria Mauritius Philippines W. Cape Jordan 327 580 520 460 400 380 360 340 Slovak Republic 441 Chile Mexico Romania Malaysia2 Argentina 489 Russia Serbia Bulgaria 578 Shanghai Chinese Taipei Hungary Latvia Croatia Singapura Korea, Rep. Australia Czech Republic Israel 547 New Zealand Macao SAR, China Moldova 1 Skala sejagat berdasarkan metodologi Hanushek Woessmann, bagi membolehkan perbandingan merentas sistem 2 Perbelanjaan awam per murid bagi pendidikan asas (tahap pendidikan prasekolah, rendah, dan menengah) bagi harga semasa 2008 Nota: Perbelanjaan awam Malaysia 2008 adalah USD3000 SUMBER: World Bank EdStats; IMF; UNESCO; PISA, TIMSS, PIRLS, Global Insight; McKinsey Company 8,000– 9,000 Cemerlang 3000– 4,000 2,000– 3,000 1,000– 2,000 0–1,000 9,000– 10,000+ 10,000 4,000– 5,000 Kyrgyzstan 6,000– 7,000 Sangat baik Baik Sederhana Lemah 478 560 540 500 480 440 420 320 0 455 Kazakhstan Morocco Thailand Colombia Tunisia 397 412 422 Poland 544 458 458 Jepun Hong Kong Portugal 402 530 486 Slovenia 464 Finland Ireland 483 5,000– 6,000 Armenia El Savador Panama Lithuania Botswana Oman Estonia Malta Cyprus Sweden Belg. CFB Uruguay Saudi Arabia Azerbaijan Indonesia Ghana Georgia Bahrain Greece Kuwait Skor Skala Sejagat1 2009 (maksimum, median, minimum)
  • 17. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-14 ŀ Kualiti: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapatkan pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Sistem pendidikan di Malaysia menetapkan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu diterima di peringkat antarabangsa. ŀ Ekuiti: Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan berkualiti kepada setiap kanak-kanak tanpa PHQJLUDNHGXGXNDQJHRJUD¿MDQWLQDDWDXODWDUEHODNDQJ sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara jantina sehingga 50% menjelang tahun 2020. ŀ Perpaduan: Murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Oleh itu, sekolah berperanan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. Melalui interaksi bersama murid lain dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, dan belajar untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan, suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi dapat dibentuk. Kementerian berhasrat untuk menjanakan suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. ŀ Kecekapan: Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak setanding dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan masa kini, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. ASPIRASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DAN MURID DI MALAYSIA Bagi memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dan menyediakan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa adalah penting untuk negara melakarkan wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin dibangunkan, khusus berdasarkan konteks Malaysia. Kumpulan murid terbaik yang bagaimanakah ingin dihasilkan untuk berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21? Jenis pendidikan yang bagaimanakah perlu disediakan untuk mereka hadapi dunia globalisasi yang pantas berubah? Kedua-dua aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, sistem pendidikan secara keseluruhan, dan kedua, murid secara individu. Visi dan aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem pendidikan Malaysia. Aspirasi sistem Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi juga menetapkan teras yang sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadukan dan digerakkan secara bersama. ŀ Akses: Setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian perlu memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020.
  • 18. E-15 EKSHIBIT 7 LLimima aa sapsirpaisriassisi tseimstepemn dpideinkadnidMikaalany sMiaalaysia 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan Akses daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun 50% pengurangan dalam jurang pencapaian Ekuiti (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020 Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada
  • 19. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-16 Aspirasi murid Menjangkaui seluruh sistem pendidikan ini, pihak berkepentingan jelas mengenai konsep “kualiti” yang perlu ada pada setiap murid. Maka pendidik, ibu bapa, murid dan semua ahli masyarakat perlu bersatu dalam merealisasikan visi pendidikan sebagai wadah pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Visi ini juga menjadi asas kepada semua usaha penambahbaikan sistem pendidikan sejak Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal pada tahun 1988. Untuk maju, Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi yang dicapai oleh negara lain bagi mengenal pasti kemahiran khusus yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi global (Ekshibit 8). ŀ Pengetahuan: Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, adalah penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan dengan pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia dan dunia menerusi PDWDSHODMDUDQ6HMDUDK.HPDQXVLDDQGDQ*HRJUD¿0XULG juga digalakkan untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang lain seperti Seni, Muzik dan Sukan. ŀ .HPDKLUDQ%HU¿NLUSetiap murid belajar cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan murid menghubungkan pelbagai disiplin ilmu. Lebih penting lagi, dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, mereka mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif. Dalam sistem pendidikan, bidang ini kurang diberi perhatian menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan EHU¿NLUVHFDUDNUHDWLIGLOXDUNRQWHNVDNDGHPLN ŀ Kemahiran Memimpin: Dalam dunia yang saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. ŀ Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak menguasai sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komuniksai antarabangsa. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid untuk mempelajarai bahasa lain sebagai bahasa tambahan. ŀ Etika dan Kerohanian: Sistem pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada setiap kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran yang bakal ditempuhi ketika GHZDVDDJDUPHUHNDEROHKPHQHOHVDLNDQNRQÀLNVHFDUD harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara. ŀ Identiti Nasional: Identiti nasional yang kukuh terikat dengan prinsip Rukunegara yang diperlukan untuk kejayaan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat kukuh cintakan tanah air diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya melalui belajar memahami, tetapi juga menerima serta menghayati hakikat kepelbagaian.
  • 20. E-17 EKSHIBIT 8 Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk Ebnearmupcairyi au tabmerasyaainngg d pipaedrlau kpaenroinleghksaett igaplombuarlid untuk berupaya bersaing pada peringkat global Pengetahuan tika dan Ekerohanian Identiti nasional Setiap murid akan mempunyai … … sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan emahiran berfikir K emahiran Kmemimpin emahiran dwibahasa K
  • 21. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-18 SEBELAS ANJAKAN UTAMA UNTUK MENTRANSFORMASIKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Sejak beberapa tahun kebelakangan, Kementerian telah mendapat input daripada pelbagai pihak berkepentingan, iaitu ahli pendidik, ahli akademik, ibu bapa dan murid tentang keperluan untuk menyampaikan aspirasi sistem pendidikan negara. Berdasarkan input yang banyak diperoleh, wujud kesepakatan yang tinggi tentang beberapa topik seperti kepentingan meningkatkan kualiti guru. Terdapat juga beberapa topik seperti masa depan pendidikan bahasa dari perspektif yang berbeza. Kementerian telah mengkaji semua cadangan dengan teliti dan mengintegrasikannya dalam Pelan Pembangunan Pendidikan berdasarkan empat kriteria utama. Pertama, setiap tindakan yang diambil perlu menyumbang kepada aspirasi sistem dan murid seperti yang telah dinyatakan. Sekiranya inisiatif yang dikemukakan menghasilkan kesan yang negatif terhadap inisiatif yang lain atau menghasilkan aspirasi yang baharu, maka inisiatif tersebut tidak akan diberi keutamaan. Kedua, Kementerian menggunakan bukti antarabangsa bagi mengenal pasti dan memberi keutamaan kepada faktor yang dapat membawa kelainan dalam sistem dan penambahbaikan kepada murid. Ketiga, cadangan perlu relevan dengan keadaan semasa dan mampu dilaksanakan oleh Kementerian. Oleh itu, inisiatif Imej oleh esharkj, Flickr CC 2.0 akan disusun untuk berkembang selaras dengan perkembangan kebolehan dan keupayaan pegawai Kementerian, guru dan pemimpin sekolah. Keempat, faedah pelaksanaan cadangan perlu memberikan pulangan yang lebih besar berbanding dengan kekangan perbelanjaan dan operasi. Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberikan impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, seperti akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Dimensi kualiti menjadi fokus utama yang merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi yang penting dan perlu diberikan perhatian yang segera. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan. Anjakan yang lain merupakan perubahan operasi yang telah dan sedang dilaksanakan mengikut dasar sedia ada di peringkat Kementerian dan sekolah. Sama ada perubahan bersifat strategi atau operasi, semuanya menggambarkan perubahan amalan semasa. Secara keseluruhan, anjakan yang dirancang merupakan sesuatu yang dicadangkan oleh pihak berkepentingan dan dapat menangani permasalahan yang menimbulkan kebimbangan masyarakat awam. Kementerian berharap kesepaduan harapan akan menyediakan satu asas tumpuan yang boleh diterima oleh semua warganegara Malaysia. Seksyen seterusnya merumuskan setiap anjakan dan menyediakan contoh perubahan besar menerusi inisiatif yang akan dilancarkan.
  • 22. E-19 Sebelas anjakan untuk transformasi sistem ANJAKAN MENYEDIAKAN MEMASTIKAN MELAHIRKAN TRANFORMASI MEMASTIKAN KESAMARA-TAAN SETIAP MURID RAKYAT KEGURUAN KEPIMPINAN AKSES PROFISIEN MALAYSIA SEBAGAI BERPRESTASI KEPADA DALAM DENGAN PROFESION TINGGI PENDIDIKAN BAHASA PENGHAYATAN PILIHAN DI TEMPATKAN BERKUALITI MALAYSIA DAN NILAI SETIAP BERTARAF BAHASA SEKOLAH ANTARA-BANGSA INGGERIS ƒ Menanda aras keupayaan ƒ Memperkenalkan kurikulum ƒ Memperkukuh pendidikan ƒ Mengetatkan syarat lantikan ƒ Memperkenalkan kriteria dalam kemahiran membaca, Bahasa Malaysia yang sama Sivik dengan menjadikan guru mulai 2013 supaya pemilihan berasaskan matematik dan sains pada peringkat rendah, perkhidmatan komuniti dalam kalangan graduan kompetensi dan dengan standard dengan sokongan sebagai prasyarat untuk 30% teratas memperkukuhkan proses antarabangsa pemulihan intensif untuk tamat persekolahan perancangan penggantian murid yang memerlukan menjelang 2017 ƒ Meningkatkan kualiti CPD bagi pengetua/guru besar ƒ Melancarkan kurikulum baru bagi menggantikan kelas mulai 2013, dengan lebih mulai 2013 sekolah menengah (KSSM) Peralihan ƒ Memperkukuh Pendidikan tumpuan ke atas keperluan dan semakan semula Islam dan Moral dengan individu dan latihan ƒ Melaksanakan pakej kerjaya kurikulum sekolah rendah ƒ Memperluas program LINUS memberi lebih fokus ke atas berasaskan sekolah baharu bagi pengetua guru (KSSR) pada 2017 supaya meliputi literasi teras nilai dan falsafah agama besar mulai 2013, dengan Bahasa Inggeris utama menjelang 2017 ƒ Memastikan guru memberi lebih sokongan, lebih ƒ Merombak peperiksaan dan fokus ke atas fungsi teras fleksibiliti pengoperasian pentaksiran kebangsaan ƒ Meningkatkan kemahiran ƒ Memperkembangan murid pengajaran mulai 2013 bagi menambah baik untuk meningkatkan Bahasa Inggeris guru dan secara holistik dengan dengan mengurangkan sekolah, kurikulum dan tumpuan terhadap memperluaskan peluang mengukuhkan keperluan beban pentadbiran kokurikulum, serta lebih kemahiran berfikir aras bagi pendedahan terhadap penyertaan murid dalam 1 ƒ Melaksanakan laluan kerjaya akauntabiliti terhadap tinggi pada 2016 Bahasa Inggeris Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan guru berasaskan kompetensi meningkatkan keberhasilan Beruniform ƒ Meningkatkan kualiti ƒ Menggalakkan setiap murid dan prestasi mulai 2016 murid prasekolah dan mempelajari bahasa ƒ Mengukuhkan dan meningkatkan enrolmen tambahan menjelang 2025 memperluas RIMUP mulai ƒ Meningkatkan laluan guru kepada 100% menjelang 2016 untuk memudah cara untuk peranan kepimpinan, 2020 interaksi antara jenis sekolah, pakar pengajaran dan pakar kumpulan etnik dan sosio bidang khusus menjelang ƒ Melanjutkan pendidikan ekonomi 2016 wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula ƒ Membudayakan pada umur 6+ tahun, kecemerlangan berasaskan disokong dengan program pimpinan rakan sekerja dan pengekalan yang disasarkan proses pensijilan mulai 2025 dan latihan vokasional sebagi persediaan untuk pekerjaan ƒ Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus ANJAKAN1 2 3 4 5
  • 23. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 E-20 Ringkasan Eksekutif MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN ƒ Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014 ƒ Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar ƒ Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak MEN-TRANFORMASI KEBOLEH-UPAYAAN DAN KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN ƒ Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013 ƒ Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014 ƒ Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013 ƒ Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016 BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS ƒ Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS) ƒ Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016 ƒ 1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa ƒ Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur MEMAKSIMUM-KAN KEBERHASILA N MURID BAGI SETIAP RINGGIT ƒ Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB) ƒ Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru MENINGKAT-KAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG ƒ Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013 ƒ Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklumbalas daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira perkembangan persekitarannya MEMANFAAT-KAN ICT BAGI MENINGKAT-KAN KUALITI PEM-BELAJARAN DI MALAYSIA ƒ Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013 ƒ Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013 ƒ Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus 6 7 8 9 10 11
  • 24. E-21 Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan standard antarabangsa. Setiap murid akan dapat menguasai dengan baik kemahiran literasi dan numerasi, iaitu kemahiran asas untuk pembelajaran di masa hadapan, serta dalam mata pelajaran Sains, bidang utama bagi perkembangan ekonomi Malaysia. Murid akan diajar mengikut kurikulum yang digubal berdasarkan standard sistem pendidikan yang berprestasi tinggi dan tanda aras ini perlu disahkan oleh badan bebas untuk meyakinkan ibu bapa. Kementerian juga akan menetap dan memantau sasaran pencapaian murid dalam pentaksiran antarabangsa PISA dan TIMSS. Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila diterima di peringkat antarabangsa. Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada 2017. Kurikulum sekolah rendah dan menengah perlu disemak untuk mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah, dan kepimpinan. Kurikulum ini memberi penekanan pada pengajaran berpusatkan murid dan mempelbagaikan pengajaran, di samping turut memberi lebih penekanan pada penyelesaian masalah, tugasan berasaskan projek, memperkemaskan mata pelajaran atau tema dan melaksanakan pentaksiran formatif. Kurikulum baharu akan menyokong dan mempercepatkan laluan pembelajaran untuk murid yang berprestasi tinggi menamatkan SPM dalam tempoh empat tahun dan bukan lima tahun, dan UPSR diduduki pada Tahun 5. Tambahan lagi, standard pembelajaran yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan. Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran EHU¿NLUDUDVWLQJJLSDGD Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM. Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji, dan pada masa Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Mengapakah perlu?: Asas kejayaan sistem persekolahan bergantung pada apakah yang murid mesti tahu, faham dan mampu melakukannya. Sejak dahulu lagi, murid Malaysia berkebolehan mengemukakan semula kandungan mata pelajaran yang diikuti. Walau bagaimanapun, kemahiran ini kurang kritikal dalam ekonomi yang sentiasa berubah pada masa ini. Sebaliknya, murid perlu ada keupayaan penaakulan, membuat unjuran dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dalam suasana yang berlainan. Murid juga memerlukan ciri-ciri kepimpinan untuk bersaing di peringkat global. Pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan murid di Malaysia sukar mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian tinjauan ke atas syarikat Malaysia dan syarikat antarabangsa juga melaporkan bahawa murid Malaysia gagal menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bakal majikan. Pada masa yang sama, pendidikan sering dilihat sebagai pengupaya mobiliti sosial. Kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga miskin berpeluang memperoleh pendapatan yang tinggi apabila dewasa, sekiranya mereka berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Walau bagaimanapun, selagi status sosioekonomi kekal sebagai penentu kejayaan akademik dan merupakan faktor utama yang mewujudkan jurang pencapaian murid, hasrat Kementerian untuk menukarkan mobiliti sosial dalam kalangan murid miskin sukar dicapai. Apakah bentuk kejayaan?: Pertama, tahap keberhasilan murid dan amalan pembelajaran terbaik akan ditanda aras dan diselaraskan mengikut standard yang diguna pakai oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi supaya murid Malaysia mampu bersaing di peringkat global. Kedua, murid yang memerlukan bimbingan tambahan akan mendapat akses kepada bantuan yang bersesuaian dengan keperluan bagi menjamin kejayaan mereka di sekolah.
  • 25. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-22 yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik WHUWHQWX6HEDOLNQDPXULGGLODWLKXQWXNEHU¿NLUVHFDUDNULWLV dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan. Penilaian berasaskan sekolah juga memberikan WXPSXDQXQWXNPHQJXMLNHPDKLUDQEHU¿NLUDUDVWLQJJL Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020. Setiap murid berumur 5+ tahun akan mendaftar di institusi pendidikan prasekolah yang dikendalikan oleh pihak awam dan swasta. Keluarga yang berpendapatan rendah dan tidak mampu mendaftar anak mereka ke prasekolah akan diberikan bantuan kewangan berdasarkan keperluan oleh Kementerian. Semua prasekolah akan mengikuti standard kualiti kebangsaan, termasuk menempatkan guru yang berkelayakan diploma di setiap prasekolah. Institusi prasekolah ini akan diperiksa secara tetap oleh Kementerian atau Majlis Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak Malaysia bagi memastikan standard minimum dicapai. 0HODQMXWNDQSHQGLGLNDQZDMLEGDULSDGDWDKXQNHSDGD WDKXQEHUPXODSDGDXPXUWDKXQGLVRNRQJ dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagi persediaan untuk pekerjaan. Menjelang tahun 2020, setiap murid akan meninggalkan alam persekolahan dengan kelayakan minimum SPM atau kelayakan vokasional yang setara. Perubahan ini bermaksud pendidikan wajib akan ditingkatkan daripada 6 tahun kepada 11 tahun. Enrolmen murid dianggarkan akan meningkat sebanyak 5%, 10% dan 20% masing-masing di peringkat pendidikan rendah, menengah rendah, dan menengah atas (berdasarkan kadar enrolmen pada tahun 2011 untuk sekolah awam dan swasta). Murid yang mempunyai risiko tercicir akan dibantu menerusi pelbagai inisiatif bagi mengekalkan mereka dalam sistem pendidikan, merangkumi bimbingan pemulihan kaunseling untuk ibu bapa dan murid dan pelbagai inisiatif lain. Murid akan diberi pilihan mengikuti pelbagai laluan pendidikan berdasarkan minat dan keupayaan mereka. Pilihan ini termasuk aliran teknik dan vokasional yang diperluaskan, yang menawarkan kelayakan diiktiraf industri, dan peluang latihan industri menerusi kerjasama rapat dengan sektor swasta. 0HQLQJNDWNDQSHODEXUDQEDJLVXPEHU¿]LNDOGDQ pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus. Murid orang Asli dan kumpulan minoriti, dan murid kurang XSDD¿]LNDOGDQSHPEHODMDUDQDNDQPHQHULPDEDQWXDQ tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama seperti murid lain. Menjelang tahun 2025, mereka akan memasuki sekolah yang mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan membantu. Mereka akan diajar oleh guru yang telah diberi latihan khas untuk memahami keperluan dan cabaran khusus murid, dan strategi pengajaran yang diperlukan, untuk mengajar murid yang mempunyai keperluan khusus. Jika perlu, murid ini juga akan diberikan sokongan melalui perluasan jaringan dengan kaunselor, ahli terapi dan pembantu guru. Anjakan 2: Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Mengapakah perlu?: Kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia mewujudkan persekitaran semula jadi yang kondusif untuk melahirkan murid yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa. Sistem pendidikan semasa dapat meningkatkan keberhasilan murid melalui bahasa Malaysia. Penguasaan kemahiran berbahasa Malaysia adalah meluas dalam kalangan murid, dengan 75% murid mencapai tahap minimum kredit dalam peperiksaan SPM 2010. Bahasa Malaysia sebagai mata pelajaran teras dalam UPSR kekal berada pada tahap kadar lulus yang tinggi. Pencapaian yang sama wujud di peringkat PMR dan SPM. Tahap pencapaian penggunaan bahasa Inggeris bagaimanapun adalah jauh lebih rendah, hanya 28% murid mendapat kredit minimum dalam kertas Bahasa Inggeris SPM tahun 2011 yang ditanda berdasarkan standard Kertas 1119 Cambridge. Kelemahan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan siswazah baharu merupakan satu daripada lima isu yang sering dihadapi oleh majikan di Malaysia sejak tahun 2006.
  • 26. E-23 Penyertaan murid dalam sekolah rendah yang berlainan membawa kepada keberhasilan yang berbeza dalam kalangan murid pelbagai etnik. Murid Bumiputera menunjukkan pencapaian yang baik dalam Bahasa Malaysia, iaitu 84% mendapat kredit minimum dalam SPM, berbanding 63% daripada murid Cina dan 57% daripada murid India. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, hanya 23% murid Bumiputera, 42% murid Cina dan 35% murid Tamil memperoleh tahap skor yang sama atau lebih tinggi daripada skor untuk Kertas Cambridge 1119 (semua keputusan berdasarkan peperiksaan SPM 2010). Apakah bentuk kejayaan?: Meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris semua murid akan menjadi keutamaan yang paling penting. Selepas tiga tahun persekolahan, setiap murid akan mencapai 100% literasi asas dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Setelah tamat Tingkatan 5, 90% daripada murid dijangkakan memperoleh skor kredit minimum dalam Bahasa Malaysia, manakala 70% memperoleh skor kredit minimum dalam kertas Bahasa Inggeris SPM (berdasarkan standard Cambridge 1119). Tambahan lagi, penyediaan mata pelajaran bahasa lain di semua sekolah rendah dan menengah akan diperkukuhkan supaya setiap murid berpeluang mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025. Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan. Setiap murid sekolah rendah, sama ada di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan akan menggunakan kurikulum bahasa Malaysia yang standard mulai kohort Tahun 4 pada tahun 2014. Di sekolah jenis kebangsaan, murid yang menghadapi masalah dengan perubahan ini akan mengikuti kelas pemulihan bahasa Malaysia selepas waktu persekolahan bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6, selepas menjalani program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) 2.0. Objektif kelas pemulihan ini adalah sebagai intervensi awal, dan kerap dijalankan bagi membolehkan Kelas Peralihan ditamatkan mulai tahun 2017. Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris. Setiap murid Tahun 1 hingga Tahun 3 akan disaring dua kali setahun bagi memastikan kemajuan mereka dalam literasi bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris berada pada kadar yang dijangkakan. Murid yang ketinggalan akan mengikuti kelas pemulihan sehingga mereka dapat mengikuti kurikulum aliran perdana. Guru yang mengajar murid yang lemah ini akan menerima bimbingan khusus daripada pembimbing guru peringkat daerah. Meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap bahasa Inggeris. Setiap murid akan mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris yang disampaikan oleh guru yang mempunyai kemahiran mengikut standard antarabangsa. Langkah ini akan dapat dicapai dengan memastikan semua 70,000 orang guru bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard yang ditetapkan akan mengikuti latihan intensif bagi meningkatkan kemahiran. Di samping itu, murid akan diberi pendedahan yang lebih meluas terhadap bahasa melalui modul Sastera Inggeris yang diwajibkan kepada murid sekolah menengah. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa tempoh pendedahan yang lebih lama berbanding kadar kini (15%-20%) diperlukan bagi murid menguasai bahasa Inggeris. Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025. Pada masa ini, ramai murid yang telah mempelajari bahasa tambahan selain bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa tambahan akan dapat membantu murid menyertai tenaga kerja global. Oleh itu, aspirasi Kementerian adalah bagi memastikan setiap murid berpeluang mempelajari bahasa tambahan dari peringkat rendah sehingga peringkat menengah. Pada tahun-tahun permulaan, Kementerian akan memberikan tumpuan untuk menambahkan bilangan guru bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa-bahasa itu sepadan dengan bilangan murid. Apabila sistem pendidikan negara dapat meningkatkan kebolehan dan keupayaan, Kementerian akan memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol, bahasa Perancis dan bahasa Jepun.
  • 27. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-24 Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan1 Badan Beruniform. Pelibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan murid peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah yang formal. Aktiviti seperti ini juga menyediakan peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran kepimpinan murid. Oleh itu, setiap murid dijangkakan akan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan pelibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi. Bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di setiap sekolah, Kementerian akan memberikan latihan khas kepada guru penasihat aktiviti. Kerjasama dengan lebih banyak organisasi komuniti dan sektor swasta akan dijalinkan bagi melaksanakan program ini. 0HQJXNXKNDQGDQPHPSHUOXDV5,083PXODL untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi. Pada hari ini, Kementerian menjalankan program aktiviti rentas sekolah, iaitu RIMUP bagi memupuk interaksi yang lebih kukuh antara murid dari berlainan jenis sekolah. Pada masa hadapan, kekerapan dan intensiti program akan ditingkatkan dan disasarkan kepada sekolah yang mempunyai populasi murid yang homogen seperti sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama. Kementerian juga akan memperluaskan program ini dengan melibatkan sekolah swasta. Anjakan 3: Melahirkan rakyat malaysia yang menghayati nilai Mengapakah perlu?: Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, termasuklah kemusnahan alam sekitar dan konflik senjata. Kejayaan mengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan murid yang mempunyai kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika. Pada masa yang sama, pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi dengan pembangunan warganegara yang global. Apakah bentuk kejayaan?: Setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan seharian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; amanah dan berintegrasi. Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga mereka, atau bagi sebahagian komuniti yang lebih besar serta negara. Memperkukuh Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang tahun 2017. Pelaksanaan KSSM yang baharu memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam khidmat masyarakat. Bagi murid sekolah menengah, elemen khidmat masyarakat akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan sekolah menengah. Kurikulum Pendidikan Islam untuk murid Islam akan melibatkan tumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam serta agama utama lain di Malaysia. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian akan mengkaji kemungkinan murid Islam dan bukan Islam berkongsi sesetengah kelas Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral apabila nilai sejagat diajar.
  • 28. E-25 guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat kelayakan minimum akademik. Kementerian akan bekerjasama dengan KPT bagi memastikan standard yang sama digunakan dalam program latihan perguruan di institut pengajian tinggi awam. Bagi memenuhi hasrat melahirkan guru berkualiti, Kementerian juga akan bekerjasama dengan Institut Pendidikan Guru dan KPT untuk memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah ditingkatkan. Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Guru akan menerima sokongan yang lebih besar untuk membantu mereka mencapai potensi penuh. Guru akan mendapat latihan CPD individu daripada penyelia mereka apabila memulakan profesion. Program CPD termasuk latihan komponen teras dan komponen elektif mengikut keperluan pembangunan diri masing-masing. Kebanyakan program ini akan dijalankan di peringkat sekolah kerana latihan berasaskan sekolah terbukti sangat berkesan. Program ini akan menggunakan jaringan rakan sejawat termasuk pembimbing guru, guru kanan, dan pengetua/ guru besar untuk menyebar luas amalan terbaik. Latihan ini membolehkan guru terus meningkatkan tahap kemahiran mereka selaras dengan tahap kecekapan yang jangkakan daripada seseorang guru. Memastikan guru memberi tumpuan ke atas fungsi teras pengajian mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran. Guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya mereka boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras. Perkara ini akan dapat dicapai dengan memperkemas dan mempermudahkan proses pengumpulan dan pengurusan data sedia ada. Sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran peringkat sekolah. Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan NRPSHWHQVLGDQSUHVWDVLPXODL Guru akan ditaksir secara tahunan oleh pengetua/guru besar mereka dengan menggunakan input yang mungkin diberikan oleh rakan sejawat. Pentaksiran ini akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen penilaian baharu, yang memberi Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan Mengapakah perlu?: Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru. Walaupun terdapat guru yang cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia, kajian tahun 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan berkesan. Hal ini bermakna pengajaran mata pelajaran tidak melibatkan murid secukupnya, dan penyampaiannya lebih pasif. Mata pelajaran yang diajar lebih berfokus kepada pemahaman yang tidak mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik ini juga menunjukkan cabaran besar yang dihadapi kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi. Apakah bentuk kejayaan?: Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30% terbaik dalam negara untuk menceburi bidang keguruan. Guru pelatih akan menerima latihan yang sebaik mungkin dari mula mereka mengikuti program latihan sehingga mereka bersara. Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan prestasi dan kompetensi, bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan. Sistem pendidikan akan mewujudkan budaya bimbingan rakan sejawat untuk meningkatkan kecemerlangan profesional menerusi pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik, serta meningkatkan kebertanggungjawaban rakan sejawat dalam memenuhi standard profesional kerjaya. Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas. Pada masa depan, hanya calon terbaik sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti latihan perguruan. Hal ini bermakna Kementerian akan melaksanakan standard kemasukan ke profesion keguruan yang ketat bagi memastikan semua
  • 29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-26 kurikulum, penyusunan pengajaran, pendekatan pedagogi dan pentaksiran berasaskan sekolah. Kementerian juga memudahkan aktiviti CPD yang dilaksanakan oleh guru bagi membolehkan guru membimbing satu sama lain, membangunkan dan menyebarluaskan amalan terbaik, dan sama-sama bertanggungjawab bagi mencapai standard profesional. Kementerian juga akan mempertimbangkan untuk mewujudkan skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru seperti yang diterangkan di atas. Dengan semua langkah ini, Kementerian akan berkerjasama dengan wakil guru untuk memastikan matlamat tercapai. Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah Mengapakah perlu?: Kualiti pengetua/guru besar merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua terpenting dalam menentukan keberhasilan murid. Kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua/guru besar yang cemerlang, iaitu yang memberi tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran, dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%. Walau bagaimanapun, kriteria pemilihan yang diamalkan pada hari ini sebahagian besarnya ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya kecekapan kepimpinan. Tambahan lagi, 55% daripada semua pengetua/guru besar yang ada pada hari ini tidak pernah mengikuti latihan persediaan atau induksi sebelum atau semasa mereka berada dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai pengetua/guru besar. Hal ini bermakna mereka mungkin menjalankan tugas sebagai pengetua/guru besar dalam keadaan yang kurang bersedia. Dengan bilangan 40% pengetua/ guru besar yang akan bersara dalam tempoh lima tahun akan datang, maka wujud peluang untuk meningkatkan kualiti kohort ini. Apakah bentuk kejayaan?: Setiap sekolah akan mempunyai pengetua/guru besar berprestasi tinggi yang sentiasa gigih dalam matlamatnya untuk meningkatkan tumpuan kepada keupayaan guru menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan di luar bilik darjah. Instrumen baharu ini memberikan gambaran yang lebih jelas bahawa tugas utama guru adalah membantu pembelajaran murid. Guru berprestasi tinggi akan menikmati kemajuan kerjaya yang lebih pantas. Guru yang cemerlang mungkin akan dinaikkan pangkat daripada gred DG41 kepada DG54 dalam tempoh lebih singkat, kurang daripada 25 tahun yang merupakan purata kenaikan pangkat semasa. Guru yang menghadapi kesukaran dalam mencapai tahap kualiti minimum akan diberikan bimbingan tambahan bagi membantu mereka berada pada landasan yang betul. Guru yang masih gagal mencapai tahap kualiti minimum, walaupun telah diberikan bimbingan tambahan, akan ditugaskan semula untuk menjalankan fungsi yang lain seperti membantu pentadbiran, pengurusan disiplin atau pengurusan kokurikulum. Dari semasa ke semasa, Kementerian akan mengurangkan jumlah kohort guru secara berperingkat melalui penambahbaikan dalam penggunaan masa dan produktiviti guru. Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang NKXVXVPHQMHODQJ Guru juga boleh memilih untuk meneruskan laluan kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi, potensi dan minat mereka. Sebagai contoh, mereka boleh memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan di peringkat sekolah, daerah, negeri atau persekutuan. Mereka juga boleh memilih untuk menjadi pakar dalam bidang tertentu seperti pembangunan kurikulum, pentaksiran, dan program latihan untuk sistem yang lebih luas. Mereka juga boleh berperanan sebagai guru pakar di sekolah. Tanpa mengira laluan kerjaya yang dipilih, komitmen untuk melabur dalam pembangunan guru dan dalam membina persekitaran kebertanggungjawaban profesional akan diteruskan dalam semua laluan kerjaya ini. Peluang untuk kenaikan pangkat adalah sama tanpa mengira laluan kerjaya yang dipilih. Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025. Kementerian akan memberikan tumpuan kepada usaha memastikan semua guru menggunakan sepenuhnya keluwesan yang diberikan dalam isu berkaitan penjadualan
  • 30. E-27 mereka mengikuti program pementoran selama satu bulan di bawah bimbingan pengetua/guru besar yang akan berpindah atau bersara. Mereka juga akan mengikuti suatu tempoh bimbingan dan pementoran daripada pengetua/guru besar berpengalaman atau School Improvement Partner (SiPartner+) daerah sebaik sahaja mereka memulakan tugas baharu sebagai pengetua/guru besar secara rasmi. Peluang mengikuti CPD tidak terhenti pada tahun pertama perkhidmatan sebagai pengetua/guru besar. Malah, CPD ini akan terus menjadi sumber untuk membolehkan setiap pengetua/guru besar memperbaharui tahap profesionalisme masing-masing. IAB juga akan memastikan peluang CPD yang sama disediakan bagi penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia. Pengetua/guru besar mempunyai keanjalan untuk berkhidmat di sekolah rendah atau menengah melalui suatu laluan perkhidmatan awam yang baharu. Mereka akan ditaksir setiap tahun menggunakan satu instrumen penilaian baharu yang memberi penekanan kepada keupayaan kepimpinan dan peningkatan keberhasilan murid. Sebagaimana guru, pengetua/guru besar berprestasi tinggi akan menikmati peluang kemajuan kerjaya yang lebih pantas. Pemberian insentif akan disemak semula bagi menggalakkan pengetua/ guru besar berprestasi tinggi untuk bertugas di kawasan luar bandar dan atau di sekolah berprestasi rendah. Pengetua/guru besar yang mengalami kesukaran dalam mencapai standard minimum akan diberikan bimbingan tambahan, manakala pengetua/guru besar yang masih gagal mencapai tahap kualiti minimum walaupun telah diberikan bimbingan tambahan akan ditugaskan semula ke jawatan guru di sekolah lain. Semua pemimpin sekolah akan dipersiapkan supaya mereka dapat menggunakan sepenuhnya keanjalan membuat keputusan yang diperuntukkan kepada mereka. Keanjalan ini termasuklah perkara yang melibatkan kepimpinan instruksional seperti perancangan peningkatan sekolah, perancangan kurikulum dan kokurikulum, dan juga hal berkaitan kepimpinan pentadbiran seperti agihan peruntukan. Seperti mana guru, aspirasi bagi pemimpin sekolah adalah untuk membina budaya kecemerlangan profesionalisme yang dipimpin rakan sejawat. Pemimpin sekolah membimbing satu sama lain, membangunkan dan menyebarluaskan amalan terbaik, dan sama-sama bertanggungjawab bagi mencapai standard profesional. keberhasilan murid, dari segi akademik dan bukan akademik. Pengetua/guru besar cemerlang akan diberi insentif untuk berkhidmat di sekolah berprestasi rendah, dan akan berperanan sebagai mentor dalam komuniti yang lebih luas. Seterusnya, asas kepimpinan di setiap sekolah akan diperkukuh, iaitu dengan membangunkan dan menjadikan guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia sebagai pemimpin instruksional. Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuh proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013. Kementerian akan menukarkan kriteria pemilihan pengetua/guru besar dari kriteria pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada kriteria yang memfokuskan kecekapan kepimpinan yang ditunjukkan. Setiap pengetua/guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebelum boleh dilantik sebagai pengetua/guru besar. Penetapan syarat ini dijangka menyebabkan purata umur pengetua menurun, dan membolehkan mereka berkhidmat bagi tempoh yang lebih lama di setiap sekolah dan dalam sistem pendidikan secara keseluruhannya. Kementerian juga akan memperkenalkan proses perancangan penggantian yang mengenal pasti dan melatih individu berpotensi tinggi bagi memastikan terdapat kelompok calon yang bersedia untuk berkhidmat apabila dipanggil sebaik sahaja terdapat kekosongan jawatan. Setelah mekanisme ini dilaksanakan, Kementerian akan memperluas fokus perancangan mencakupi guru penolong kanan, ketua bidang dan juga ketua panitia. Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua/ guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, OHELKÀHNVLELOLWLSHQJRSHUDVLDQEDJLPHQDPEDKEDLN sekolah, perancangan kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap peningkatan keberhasilan murid. Sepertimana guru, pengetua/guru besar juga akan menerima sokongan yang lebih besar bagi membantu mereka mencapai potensi penuh, seterusnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam memastikan keberhasilan murid yang lebih tinggi. Pengetua/ guru besar yang bakal dilantik akan mendapat manfaat daripada satu program induksi baharu, yang memerlukan
  • 31. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-28 Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan Mengapakah perlu?: Data kebangsaan dan antarabangsa menunjukkan bahawa terdapat pelbagai prestasi sekolah di seluruh Malaysia. Sebagai contoh, dalam PISA 2009+, 7% daripada sekolah yang terlibat digredkan sebagai “Baik”, 13% “Sederhana” dan 80% “Lemah”. Mengikut sejarah, banyak program dibentuk berdasarkan model “satu untuk semua” (one-size-fits-all). Data antarabangsa menunjukkan bahawa sekolah memerlukan set intervensi yang berbeza supaya bersesuaian dengan tahap prestasi sekolah yang berbeza. Apakah bentuk kejayaan?: Setiap sekolah, tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis, akan menyediakan pendidikan yang baik dan holistik kepada muridnya. Hal ini tidak hanya bermakna bahawa menjelang tahun 2020, tidak akan ada lagi sekolah berprestasi rendah (Band 6 atau 7) di negara ini, malah lebih banyak sekolah akan diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi atau Sekolah Kluster berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Jumlah bantuan kewangan dan operasi yang diberikan kepada setiap sekolah akan bergantung pada keperluannya yang khusus. Pemimpin negeri, daerah dan sekolah akan mempunyai kuasa membuat keputusan yang lebih besar berkenaan operasi harian dan intervensi khusus mengikut konteks sekolah. Kuasa ini akan membentuk pengurusan berasaskan sekolah yang lebih besar. Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang 2014. Lanjutan kejayaan Program Peningkatan Sekolah GTP1.0, setiap Pejabat Pelajaran Daerah akan diupayakan untuk menyesuaikan sokongan yang diberikan kepada sekolah, pada aspek kehadiran murid sehinggalah penempatan pengetua/guru besar dan guru. Sumber itu kemudiannya akan diagihkan kepada sekolah yang amat memerlukannya. Sumber itu termasuk penempatan pembimbing guru dan pengetua/guru besar secara sepenuh masa untuk membantu pengetua/guru besar dan guru di sekolah berprestasi rendah (Band 5, 6 dan 7). Pada masa yang sama, Kementerian akan memastikan semua sekolah dan daerah mempunyai KPI yang selari dengan keutamaan strategik Kementerian melalui pelaksanaan satu set KPI yang seragam. Program ini akan mula dilaksanakan di Kedah dan di Sabah mulai Januari 2013, dengan pelaksanaan di semua daerah menjelang Januari 2014. Memberi lebih kuasa melalui pengurusan EHUDVDVNDQVHNRODKWHUPDVXNOHELKÀHNVLELOLWL pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang berprestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar. Pada masa depan, semua sekolah akan bertanggungjawab membuat keputusan operasi tentang peruntukan bajet dan pelaksanaan kurikulum. Sebagai contoh, pengetua/guru besar berkuasa penuh dalam pengurusan perbelanjaan geran per kapita murid, dan reka bentuk jadual waktu persekolahan. Walau bagaimanapun, proses ini akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kluster (sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik dan bukan akademik) serta Sekolah Amanah (sebagai pengiktirafan terhadap model penyampaian inovatif kerjasama awam dan swasta). Dari semasa ke semasa, lebih banyak sekolah akan diberi hak membuat keputusan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Peningkatan penekanan terhadap pengurusan berasaskan sekolah ini akan disertai dengan sikap bertanggungjawab yang lebih besar daripada pengetua/guru besar. Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak. Setiap sekolah di Malaysia, tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis, perlu mencapai tahap keperluan infrastruktur yang minimum bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif. Keperluan ini termasuklah akses kepada air bersih yang telah dirawat, bekalan elektrik sekurang-kurangnya 12 jam sehari, serta kemudahan bilik air, bilik darjah, meja dan kerusi yang mencukupi untuk murid dan guru. Proses ini akan dimulakan dengan menaik
  • 32. E-29 taraf semua sekolah bagi memenuhi standard infrastruktur asas menjelang tahun 2015. Sabah dan Sarawak, yang kini menghadapi cabaran infrastruktur yang paling besar, akan menjadi perintis projek ini. Setelah semua sekolah memenuhi standard infrastruktur asas ini, Kementerian akan sekali lagi melakukan proses naik taraf infrastruktur untuk memenuhi keperluan asas penyampaian kurikulum yang berkesan, seperti makmal Sains dan bengkel Kemahiran Hidup. Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia Mengapakah perlu?: Sepanjang dekad yang lalu, Kementerian telah membelanjakan lebih daripada RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari. Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti. Sebagai contoh, kajian Kementerian pada tahun 2010 mendapati bahawa lebih kurang 80% guru menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati bahawa hanya satu per tiga murid menyatakan bahawa guru mereka menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCO pada tahun 2012 mendapati bahawa penggunaan ICT tidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan sebagai alat pengajaran. ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas. Namun demikian, potensi ini belum dizahirkan. Apakah bentuk kejayaan?: ICT akan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000 buah sekolah. Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai pilihan yang lebih luas melalui program jarak jauh. Pengetua/guru besar dan guru juga mempunyai akses kepada sumber dan komuniti pembelajaran nasional dan antarabangsa yang dapat meningkatkan kualiti amalan mereka. ICT akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah, tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid akan dilengkapkan dengan kemahiran yang diperlukan bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan bermakna. Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang 2013. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1BestariNet. Rangkaian ini akan bertindak sebagai asas kepada pembinaan landasan pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif dan berkomunikasi secara maya. Bagi memaksimumkan impak pelaburan, Kementerian juga akan membuat pelaburan dalam latihan kecekapan ICT untuk semua guru dan secara beransur-ansur meningkatkan nisbah peranti-murid daripada hampir 1:30 pada tahun 2011 kepada 1:10 menjelang tahun 2020. Bagi memastikan kecekapan kos, Kementerian akan melabur dalam peranti yang sesuai dengan tujuan penggunaan, seperti komputer asas atau komputer riba kos rendah. Kementerian juga akan mengkaji penggunaan kemudahan ICT alternatif yang baharu serta lebih murah berbanding dengan makmal komputer yang ada sekarang, seperti perpustakaan peminjaman komputer riba dan computer-on-wheels. Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013. Guru boleh mengakses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik secara atas talian. Akses kepada sumber ini akan dimulakan dengan pewujudan satu perpustakaan video pengajaran oleh Guru Cemerlang dalam mata pelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mata pelajaran lain akan ditambah dalam perpustakaan video dari semasa ke semasa. Guru boleh
  • 33. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-30 menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea, dan murid pula dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran yang lebih khusus. Pada masa depan, murid akan menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat peribadi. Mereka dapat mempelajari mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah, dan belajar secara langsung dengan guru terbaik negara melalui program pembelajaran jarak jauh. Mereka juga dapat belajar mengikut kadar sendiri, dengan guru bertindak sebagai pemudah cara dan bukannya sebagai pembekal kandungan mata pelajaran secara langsung. Program perintis inovasi ini akan dimulakan pada tahun 2016. Program yang berjaya akan dilaksanakan di seluruh negara. Anjakan 8: Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian Mengapakah perlu?: Sistem penyampaian pendidikan Malaysia mempunyai jaringan yang sangat luas. Sistem ini dikendalikan oleh hampir 6,800 pegawai dan staf sokongan di peringkat Kementerian, 6,400 orang di peringkat negeri dan lebih 6,000 orang di peringkat daerah. Jumlah ini sebagai tambahan kepada kira-kira 420,000 pengetua/guru besar dan guru di sekolah, dan lebih daripada 13,100 pegawai dan staf sokongan di IPG, IAB dan Kolej Matrikulasi. Melaksanakan dasar yang merentas seluruh rangkaian sebesar ini adalah kompleks. Isu yang dikenal pasti termasuklah pertindihan tanggungjawab di peringkat Kementerian, negeri dan daerah; kekurangan penyelarasan di peringkat bahagian dan pentadbiran; dasar yang kadangkala dilaksana berasaskan maklumat yang tidak tekal atau kurang sokongan; serta pemantauan dan tindakan susulan berasaskan hasil yang lemah. PPD terutamanya, telah dikenal pasti oleh Kementerian sebagai agensi utama dalam rantaian penyampaian pendidikan. Sejak sekian lama, PPD dianggap sebagai agensi penghubung peringkat Kementerian dan negeri. Disebabkan keperluan sekolah semakin meningkat, maka skop aktiviti yang dilaksanakan oleh PPD juga semakin meningkat. Sebagai entiti Kementerian yang paling hampir dengan sekolah, PPD diharapkan dapat melaksanakan peranan dengan lebih praktikal. PPD seharusnya menyediakan sokongan secara terus kepada pemimpin sekolah dan bertindak secara proaktif dalam mengurus prestasi sekolah bagi memastikan keberhasilan murid dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun, struktur sumber Kementerian masih belum berubah bagi memenuhi tuntutan ini, dan akibatnya, sekolah mendapat sokongan yang berbeza-beza daripada PPD. Apakah bentuk kejayaan?: Kementerian yang mengalami transformasi akan mempunyai pemimpin yang berwibawa di setiap peringkat, proses dan struktur baharu, serta budaya berprestasi tinggi. Peranan peringkat kementerian, negeri dan daerah diperkemas,
  • 34. E-31 dengan kementerian atau Ibu Pejabat memberikan tumpuan kepada pembangunan dasar dan perancangan makro. JPN dan PPD akan diperkukuh untuk memacu pelaksanaan harian. Struktur organisasi disusun semula dengan lebih ramai tenaga kerja ditempatkan di barisan hadapan. Semua langkah ini seharusnya menghasilkan pelaksanaan dasar yang lebih tekal dan berkesan di semua negeri dan daerah. Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013. Kementerian akan memperkemas peranan dan tanggungjawab di peringkat kementerian, negeri dan daerah serta bergerak ke arah pemencaran sistem operasi. JPN dan PPD akan mempunyai keupayaan yang lebih untuk membuat keputusan operasi yang utama dalam hal ehwal bajet, seperti peruntukan penyelenggaraan di sekolah, dan urusan tenaga kerja, seperti pelantikan pengetua/guru besar. Oleh yang demikian, JPN dan PPD akan bertanggungjawab terhadap KPI yang seragam, sejajar dengan sasaran sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan keberkesanan. Sebagai sokongan kepada pegawai negeri dan daerah dalam menjalankan tanggungjawab baharu ini, Kementerian akan melakukan lebih banyak pelaburan untuk pembangunan profesional secara berterusan. Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel daripada KPM dan JPN ditempatkan ke PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014. Sekolah akan menerima lebih banyak sokongan langsung melalui penempatan hampir 2,500 pembimbing guru dan pengetua/guru besar di semua PPD. Tanpa mengambil kira tugas, semua pegawai PPD akan mengalihkan tumpuan daripada kerja di PPD kepada pelibatan langsung di sekolah. Hal ini akan memastikan mereka memahami sepenuhnya konteks perjalanan pentadbiran sekolah. PPD mempunyai matlamat bertindak di barisan depan yang menyokong sekolah dan sebagai pusat hubungan tunggal dengan Kementerian. Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013. Kementerian mengenal pasti 150-200 jawatan kepimpinan utama di peringkat kementerian, negeri dan daerah yang memberikan impak terhadap aktiviti 10,000 sekolah dalam sistem pendidikan. Jawatan ini termasuklah ketua 138 PPD dan 16 JPN serta beberapa fungsi penting, seperti pendidikan JXUX.HPHQWHULDQWHODKPHPXODNDQNDMLDQSUR¿ONHFHNDSDQ dan membina pelan penggantian bagi memastikan peranan ini diisi oleh individu yang berkemahiran tinggi yang mampu mentransformasi jabatan dan sekolah di bawah kendalian mereka. Pengetua/guru besar dan guru akan dinaikkan pangkat ke jawatan penting ini berdasarkan prestasi dan kecekapan, bukannya tempoh perkhidmatan. Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi VWUXNWXU.HPHQWHULDQPXODL Kementerian menyedari bahawa beberapa fungsi akan menjadi amat penting melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan ini. Hal ini termasuklah penyelidikan dan perancangan dasar, pendidikan guru, pembangunan kurikulum, penaziran sekolah, dan peperiksaan serta pentaksiran. Kementerian akan mengkaji semula setiap bahagian yang bertanggungjawab terhadap fungsi tersebut bagi memastikan langkah yang diambil dapat mengukuhkan keupayaan bahagian yang berkenaan. Hal ini termasuklah menjadikan bahagian yang tertentu sebagai pusat kecemerlangan untuk meningkatkan kekendirian dan/atau mengambil pakar luar. Lanjutan penambahbaikan peranan Kementerian, negeri dan daerah, Kementerian akan menyusun semula dan menjajarkan keseluruhan struktur organisasi untuk menggambarkan perubahan dalam tanggungjawab dan fungsi.
  • 35. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-32 Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas Mengapakah perlu?: Kajian antarabangsa menunjukkan dengan jelas bahawa proses pembelajaran turut berlaku di luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam masyarakat. Di Malaysia, kira-kira satu per empat daripada masa murid yang berumur antara tujuh hingga 17 tahun dihabiskan di sekolah. Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada “pembelajaran sekolah” kepada “sistem pembelajaran” dengan melibatkan ibu bapa, masyarakat, sektor swasta dan sektor sosial sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa sesetengah pelibatan yang demikian meninggalkan kesan yang signifikan. Sebagai contoh, kajian OECD tentang PISA menunjukkan bahawa sesetengah aktiviti antara ibu bapa dengan anak, seperti membaca pada setiap hari atau membincangkan kegiatan harian, dapat meningkatkan keberhasilan murid secara signifikan tanpa mengambil kira latar belakang sosioekonomi. Kajian antarabangsa juga membuktikan bahawa sekolah yang melibatkan sektor perniagaan, organisasi awam dan institusi pengajian tinggi mendapat manfaat termasuklah gred yang lebih tinggi dan ketakhadiran murid yang rendah. Apakah bentuk kejayaan?: Setiap ibu bapa akan menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak mereka, bukan sahaja melalui aktiviti yang lazim, seperti hari sukan dan hari penyerahan kad laporan, tetapi juga menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang menyediakan maklum balas tentang hal ehwal pengurusan berasaskan sekolah. Di samping itu, penggunaan sarana ibu bapa juga menyokong pembelajaran murid. Sekolah juga akan mempunyai rangkaian masyarakat dan sektor swasta sebagai rakan yang mampu memberikan sumbangan kepakaran kepada kemajuan sekolah. Pelibatan semua pihak berkepentingan ini akan mewujudkan ekosistem pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid di sekolah. Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS). Pada masa depan, ibu bapa dijangka akan terlibat dengan guru secara lebih dekat bagi meningkatkan prestasi anak mereka. Ibu bapa akan menandatangani perjanjian dengan sekolah yang menetapkan langkah mudah yang boleh diambil untuk membantu anak mereka, bermula dengan memastikan anak-anak berada di sekolah tepat pada waktunya sehingga menolong mereka membina kemahiran membaca serta menulis dan kemahiran Sains serta Matematik di rumah. Dalam hal ini, ibu bapa akan disokong menerusi penyediaan akses atas talian kepada kemajuan anak mereka dalam pentaksiran berasaskan sekolah dan pentaksiran kebangsaan (melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, SAPS) dan inisiatif yang mempromosi literasi dewasa, kemahiran ICT dan kemahiran keibubapaan. Inisiatif ini mungkin dapat dilaksanakan oleh Kementerian atau Kumpulan Sokongan Ibu Bapa baharu yang akan diwujudkan dalam setiap PIBG. Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan NXDOLWLJXUXPXODL Pada masa depan, peranan PIBG akan berkembang daripada tumpuan biasa terhadap usaha pengumpulan dana kepada bekerjasama dengan kepimpinan sekolah untuk meningkatkan keberhasilan murid. Secara khususnya, PIBG dipelawa untuk mengemukakan input tentang cara bagi membolehkan sekolah menjadikan kurikulum kebangsaan lebih relevan dengan keperluan masyarakat setempat dan memberikan maklum balas tentang kualiti pengajaran dan pengalaman pembelajaran anak mereka. PIBG dan kepimpinan sekolah akan bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian terhadap isu yang dikenal pasti. Dalam sesetengah keadaan, hal ini mungkin bermaksud menjadikan ibu bapa sebagai guru dan jurulatih tambahan untuk aktiviti sekolah. Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur. Kepelbagaian entiti sektor swasta dan sosial yang lebih besar berpeluang untuk terlibat dalam proses
  • 36. E-33 Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah OBB. Bergerak ke hadapan, setiap program yang dilancarkan oleh Kementerian akan dihubungkan dengan sasaran khusus yang berkait dengan keberhasilan murid. Pejabat persekutuan, negeri dan daerah akan menjalankan kajian semula tahunan untuk menilai kejayaan program bagi memenuhi sasaran ini. Pemberian dana untuk tahun berikutnya akan bergantung pada peningkatan hasil yang ditunjukkan. Melalui pendekatan bajet berasaskan hasil ini, ibu bapa, guru dan pengetua/guru besar akan berkeyakinan bahawa setiap program diselaraskan dengan keutamaan dan nilai tambah Pelan Pendidikan Pembangunan ini. Pendekatan ini juga akan mengurangkan risiko bebanan berlebihan yang dihadapi oleh guru dan pengetua/guru besar. 0HPDQIDDWNDQSHOXDQJPHQLQJNDWNDQH¿VLHQVL dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru. Kementerian akan mengkaji semula corak perbelanjaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah secara teliti bagi mewujudkan tanda aras perbelanjaan dan memurnikan proses pemerolehan. Jabatan dan pejabat yang berbelanja melebihi tanda aras yang ditetapkan perlu memastikan perbelanjaan mereka mengikut tanda aras ini. Selaras dengan amalan ini, Kementerian komited untuk mengambil tindakan terhadap apa-apa isu yang dibangkitkan dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara. Kementerian juga akan membuat anjakan ke arah program bantuan kewangan berasaskan keperluan. Keluarga berpendapatan rendah akan terus menerima bantuan yang diperlukan bagi memastikan anak-anak mereka terus bersekolah, manakala keluarga berpendapatan lebih tinggi yang lebih berkemampuan pula akan menerima bantuan yang lebih rendah. Dana yang pada asalnya diperuntukkan bagi program ini akan diperuntukkan semula ke bahagian lain yang mempunyai keberhasilan berimpak tinggi, contohnya latihan dan peningkatan kemahiran guru. Sebanyak RM1 bilion dalam perbelanjaan permulaan operasi bagi tempoh 2013-2025 telah dikenal pasti untuk tujuan penjimatan dan pengagihan semula, dan pada masa yang sama kajian semula perbelanjaan pembangunan sedang dijalankan. penambahbaikan sekolah. Hal ini dapat dilakukan melalui peluasan program Sekolah Amanah yang membolehkan penaja swasta bekerjasama dengan kepimpinan sekolah untuk mengurus sesebuah sekolah. Dapatan awal daripada projek perintis pada tahun 2010 amat memberangsangkan. Dalam hal ini, Kementerian bukan sahaja bercadang untuk menambah bilangan sekolah, tetapi juga jenis sekolah yang terlibat. Kementerian melihat masa depan yang cerah jika program ini dikembangkan dengan melibatkan sekolah yang mempunyai masyarakat yang kurang bernasib baik, seperti kumpulan peribumi dan minoriti, murid berkeperluan khas dan sekolah luar bandar. Anjakan 10: Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit Mengapakah perlu?: Pada tahun 2011, 16% daripada bajet tahunan persekutuan dibelanjakan untuk pendidikan, dan jumlah ini merupakan bahagian yang paling besar antara semua kementerian. Bajet pendidikan Malaysia, sebagai sebahagian daripada KDNK juga merupakan satu daripada bajet tertinggi di dunia. Pelaburan yang signifikan ini menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap pendidikan. Namun, perpindahan sejumlah besar dana daripada bahagian keutamaan lain kepada sistem pendidikan tidak mungkin akan berlaku. Sebaliknya, Kementerian perlu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam perbelanjaan dan peruntukan dananya. Apakah bentuk kejayaan?: Memandangkan usaha transformasi hebat yang akan dilaksanakan oleh sistem pendidikan ini, kerajaan akan terus melabur anggaran tahap perbelanjaan, iaitu 16% daripada bajet persekutuan untuk sistem pendidikan. Kementerian akan memperuntukkan dana ini bagi keutamaan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan ini, yang langsung tidak melibatkan program dan inisiatif berimpak rendah yang lain. Kerajaan juga akan memantau dan melaporkan pulangan atas pelaburan yang didapati daripada setiap inisiatif, dengan pelaburan seterusnya bergantung pada hasil yang ditunjukkan.
  • 37. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-34 Anjakan 11: Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung Mengapakah perlu?: Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi menunjukkan perubahan utama cara kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyat. Apa-apa kebertanggungjawaban yang kurang daripada yang direncanakan ini dianggap tidak boleh diterima. Perkara ini diperkukuh semasa berlangsungnya Dialog Nasional. Dalam Dialog ini, pihak berkepentingan kerapkali menekankan bahawa Kementerian perlu lebih pelibatan dan berkomunikasi dengan orang awam tentang jenis dan kemajuan inisiatif yang dilaksanakan serta hasil yang diberikan. Apakah bentuk kejayaan?: Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan kemajuan Pelan Pendidikan Pembangunan ini. Maklumat ini akan membolehkan mereka terlibat dalam dialog positif bersama kerajaan bagi membincangkan inisiatif sedia ada dan akan datang. Mereka juga boleh menggunakan maklumat ini untuk melibatkan diri dengan sekolah setempat atau sistem pendidikan yang lebih luas seperti yang dinyatakan dalam Anjakan 9. Cara ini bukan sahaja akan membentuk masyarakat yang bermaklumat dan berupaya, tetapi juga menjurus kepada cara pembuatan dasar yang lebih bertanggungjawab dan lebih responsif dalam Kementerian. Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013. Kementerian akan menerbitkan laporan tahunan tentang perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam pelan ini. Di mana relevan, laporan ini akan merangkum penjelasan yang jelas tentang cara petunjuk prestasi utama, seperti band prestasi sekolah NKRA dikira dan usaha yang sedang dilakukan bagi meningkatkan cara sistem mengukur prestasi. Semua pihak berkepentingan akan menikmati tahap ketelusan yang belum pernah wujud sebelum ini. Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan mengambil kira perkembangan persekitaran luar. Kementerian akan membuat penilaian terhadap setiap peristiwa utama yang berlaku dalam proses pembaharuan ini. Sebagai sebahagian daripada proses penilaian ini, semua pihak berkepentingan boleh memberikan input melalui proses Dialog Nasional tentang apa-apa yang berjalan dengan lancar atau apa yang tidak berjalan dengan lancar dalam sistem pendidikan ini, dan apa yang boleh dilakukan oleh Kementerian bagi mengatasi masalah. Tiga belas tahun adalah suatu tempoh yang amat panjang dan perubahan dalam strategi besar dan inisiatif khusus mungkin akan diperlukan dalam tempoh ini. Jika keputusan dasar yang utama diperlukan pada tahun bukan penilaian, maka Kementerian akan menjalankan kajian tinjauan nasional bagi mendapatkan input daripada pihak yang relevan.
  • 38. AE-3p5akah Impak Transformasi Ini? Guru Guru akan meningkatkan keupayaan bertaraf dunia yang diperlukan bagi membantu mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan. Guru juga akan memperoleh lebih keseronokan dan kepuasan dalam menjalankan tugas mereka. Dengan pakej kerjaya guru yang baharu, mereka akan menikmati perkembangan profesional yang lebih memuaskan, laluan kerjaya yang lebih baik, dan proses penilaian yang telus dan adil serta berkait terus dengan keupayaan dan prestasi yang relevan. Guru akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk berjaya. Guru akan mempunyai akses yang lebih tinggi dalam peluang pembangunan profesionalisme berasaskan sekolah. Mereka akan mengambil bahagian dalam perbincangan dan dialog yang memberikan maklum balas positif, tertumpu kepada pembelajaran dan pembangunan diri supaya aspek penambahbaikan boleh dijadikan bidang kekuatan. Guru akan menikmati persekitaran kerja yang lebih sesuai, ganjaran berasaskan prestasi dan laluan kerjaya yang lebih baik. Mereka akan melaksanakan tugas di sekolah yang mempunyai kelengkapan yang cukup, dan persekitaran kerja yang sesuai. Beban pentadbiran guru akan dikurangkan supaya mereka boleh menumpukan tenaga pada aktiviti teras, iaitu pengajaran dan pembelajaran. Guru akan menikmati ganjaran berasaskan prestasi yang menarik termasuk perkembangan kerjaya yang lebih pantas dan boleh mengembangkan minat mereka mengikut laluan kerjaya yang berbeza: pengajaran, kepimpinan, dan kepakaran mata pelajaran. Guru akan didedahkan dengan budaya kerjasama dan kecemerlangan profesional. Guru akan saling bekerjasama dalam menangani isu dan berkongsi amalan terbaik. Mereka mempunyai keluwesan pedagogi yang lebih besar di dalam bilik darjah dalam memastikan setiap murid belajar. Sebagai balasan, guru akan diminta supaya bersikap terbuka kepada pembelajaran dan cara bekerja yang baharu, melibatkan ibu bapa dan murid dalam proses pembelajaran, dan mempamerkan cara berfikir, nilai, dan kelakuan yang dijangkakan daripada murid. Murid Murid akan mendapat manfaat yang signifikan dalam perkembangan pendidikan mereka tanpa mengira latar belakang. Murid akan belajar dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif, dan akan berasa terangkum dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah. Apabila menamatkan persekolahan, murid akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia, nilai moral yang tinggi, dan berupaya bersaing dengan rakan sebaya dari negara lain. Murid akan belajar dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semua murid boleh belajar, dan semua murid boleh berjaya. Guru akan mempunyai harapan yang tinggi terhadap murid tanpa mengira latar belakang dan pencapaian terdahulu, dan akan membekalkan murid dengan sokongan yang perlu bagi memenuhi harapan ini. Murid akan mempunyai pembelajaran yang kaya, dari segi akademik dan bukan akademik supaya mereka boleh berjaya dalam kehidupan. Lebih banyak projek dan tugasan berasaskan kumpulan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid dan keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan. Lebih banyak projek berasaskan komuniti dan aktiviti rentas sekolah yang perlu dilakukan bagi memupuk interaksi dengan individu dari semua latar belakang. Murid akan mempunyai lebih banyak peluang untuk belajar sendiri dan mengejar minat mereka dalam bidang akademik, vokasional dan teknikal. Murid akan mempunyai lebih hak bersuara dalam membentuk pengalaman belajar mereka. Guru akan bekerjasama dengan murid dan ibu bapa bagi menetapkan sasaran pembelajaran. Guru juga akan menggalakkan murid menyuarakan pendapat mereka supaya guru tahu gaya pembelajaran yang terbaik untuk setiap murid. Sebagai balasan, murid akan diminta supaya sentiasa melakukan yang terbaik dan bekerjasama dengan guru untuk mengurangkan kelakuan yang mengganggu di dalam bilik darjah. Semua murid akan mempunyai tanggungjawab bersama bagi membantu menjadikan sekolah tempat yang selamat dan kondusif untuk pembelajaran. %DJLPHPDVWLNDQ NHEHUNHVDQDQGDQ NHOHVWDULDQWUDQVIRUPDVL VLVWHPSHQGLGLNDQLQL VHWLDSSLKDNDQJWHUOLEDW PHVWLPHPDKDPLSHUDQDQ SHQWLQJDQJPHUHND PDLQNDQGDQPDQIDDW DQJDNDQPHUHND SHUROHK3URJUDPGDODP SHODQLQLGLUHQFDQDNDQ DNDQPHPEDZDNHDUDK VDWXVHWNROHNWLIWHQWDQJ PDQIDDWKDNGDQ WDQJJXQJMDZDEDQJ GLKDVUDWNDQEDJLVHWLDS NXPSXODQ
  • 39. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 E-36 Ringkasan Eksekutif Pemimpin sekolah Pemimpin sekolah akan menjadi pemimpin instruksional yang cemerlang, dan bertindak sebagai ejen perubahan. Mereka akan menikmati sokongan yang lebih besar dan perkhidmatan yang lebih baik daripada pegawai pendidikan persekutuan, negeri dan daerah. Mereka akan mendapat akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan bertaraf antarabangsa, serta amalan terbaik daripada rakan sejawatan mereka di Malaysia. Pemimpin sekolah akan mendapat sokongan dan sumber yang mereka perlukan bagi memacu sekolah dengan berkesan. Mereka akan menjalani kursus persediaan, induksi dan latihan berterusan yang lebih baik bagi membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan. Mereka akan menerima maklum balas yang lebih cepat daripada PPD berkaitan isu yang dihadapi, daripada penempatan pembimbing pengetua hinggalah kepada peruntukan sumber tambahan, jika sekolah amat memerlukannya. Pemimpin sekolah akan menikmati persekitaran bekerja yang lebih baik dan ganjaran berasaskan prestasi. Pengetua/guru besar, penolong kanan dan juga semua ketua panitia dan ketua jawatankuasa akan bekerja di sekolah yang mempunyai kemudahan yang mencukupi. Beban pentadbiran pula dikurangkan supaya mereka boleh memfokuskan tenaga kepada kepimpinan instruksional. Mereka akan menikmati ganjaran berasaskan prestasi yang menarik termasuk perkembangan kerjaya yang lebih pantas dan “kredit tambahan” bagi kecemerlangan dalam program penempatan pemimpin pengetua di sekolah pedalaman yang berprestasi rendah. Pemimpin sekolah akan diberi kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah yang lebih tinggi. Mereka akan mempunyai keluwesan pengendalian yang setara dengan prestasi sekolah mereka dalam perkara seperti penjadualan kurikulum dan peruntukan bajet. Mereka akan menjalinkan kerjasama profesionalisme bersama PPD bagi mendapatkan input untuk sasaran prestasi tahunan, dan akan menikmati ketelusan yang lebih tinggi berkaitan keputusan yang memberikan kesan kepada sekolah mereka. Sebagai balasan, pemimpin sekolah akan diminta supaya mencapai set jangkaan yang telah ditetapkan bagi sekolah mereka. Mereka perlu sentiasa terbuka kepada cara bekerja yang baharu, melibatkan masyarakat dalam penambahbaikan sekolah, dan menjalankan tugas sebagai pembimbing bagi membina keupayaan kakitangan sekolah masing-masing dan sekolah lain. Pegawai Kementerian Pegawai Kementerian akan bertindak sebagai pemimpin perubahan, dengan kemahiran dan atribut yang diperlukan untuk menyokong sekolah. Mereka akan menjadi pengurus, pembimbing dan penyokong kecemerlangan sekolah yang lebih baik. Mereka akan mendapat manfaat daripada meritokrasi yang lebih besar, kuasa dengan kebertanggungjawaban yang lebih tinggi, dan tidak akan terbatas dengan hierarki dan kawalan. Pegawai Kementerian akan menerima sokongan, latihan dan sumber yang diperlukan untuk memenuhi peranan dan tanggungjawab baharu mereka. Mereka akan mempunyai peranan baharu yang memfokuskan pada menyokong sekolah, dan akan mempunyai akses kepada lebih banyak peluang perkembangan profesionalisme. Mereka akan terlibat dalam perbincangan maklum balas positif yang memfokuskan pembelajaran dan pembangunan. Pegawai Kementerian akan bekerja dalam persekitaran yang telus dan saling bekerjasama. Cara bekerja secara tersendiri dalam bahagian-bahagian Kementerian akan dihapuskan, manakala peranan dan tanggungjawab akan diperkemas untuk menghapuskan duplikasi fungsi dan aktiviti. Maklumat akan dikongsi secara cekap untuk membuat pemutusan berasaskan bukti. Cara keputusan dibuat akan lebih jelas. Pegawai Kementerian akan mempunyai keanjalan pengendalian dan kebertanggungjawaban yang lebih besar. Sistem pendidikan akan beralih ke arah pemencaran kuasa dengan lebih banyak hak membuat keputusan akan diberikan kepada pegawai peringkat negeri dan daerah. Pegawai akan mempunyai hak yang lebih besar dalam mengenal pasti bidang penambahbaikan di negeri, daerah dan sekolah di bawah mereka. Mereka juga mempunyai hak yang lebih besar dalam menyediakan penyelesaian yang spesifik kepada konteks. Sebagai balasan, pegawai Kementerian akan diminta untuk sentiasa terbuka kepada maklum balas daripada sekolah dan masyarakat. Mereka akan memperjuangkan perubahan yang akan berlaku dalam sistem pendidikan. Mereka perlu betul-betul responsif dalam memberikan sokongan dan sumber yang diperlukan oleh sekolah, serta bagi memastikan semua pihak berkepentingan dalaman dan luaran tahu tentang apa-apa yang berlaku. Ibu bapa Ibu bapa akan menyaksikan penambahbaikan yang ketara dan lestari dalam pengalaman pendidikan anak-anak mereka. Prestasi dan keutamaan sekolah akan lebih telus, dan ibu bapa akan sentiasa dimaklumkan tentang keadaan anak mereka di sekolah dari segi pencapaian dan juga perkembangan. Ibu bapa akan berasa seperti rakan kongsi sebenar dengan sekolah dalam membantu pembelajaran anak mereka. Ibu bapa akan lebih memahami tentang kemajuan anak mereka, dan bagaimana mereka boleh membantu meningkatkannya. Mereka akan berhubung secara tetap dengan guru, dan bukannya ketika timbul masalah sahaja. Mereka akan mempunyai akses penuh terhadap prestasi anak mereka dalam peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah. Mereka akan diberikan bimbingan, iaitu daripada petua keibubapaan hinggalah kepada kelas pendidikan dewasa tentang bagaimana memberikan sokongan terbaik kepada pembelajaran dan kemajuan anak mereka. Ibu bapa akan mempunyai lebih banyak peluang untuk memberikan input kepada strategi penambahbaikan sekolah anak mereka. Mereka mempunyai hak untuk tahu sepenuhnya tentang misi sekolah, prestasi terkini dan program penambahbaikan tahunan. Melalui PIBG, mereka boleh memberikan input dalam perkara seperti kualiti guru dan kurikulum. Komitmen mereka terhadap anak dan sekolah akan disambut baik dan dihargai. Sebagai balasan, ibu bapa akan diminta supaya menyokong anak-anak mereka bagi memastikan anak mereka mencapai potensi pembelajaran (contohnya, memastikan anak mereka menyiapkan tugasan dan hadir ke sekolah tepat pada masanya). Ibu bapa juga perlu menunjukkan komitmen, pelibatan dan keterbukaan untuk anak mereka. Ibu bapa perlu berkongsi input, dan perhatian mereka dengan perhatian sekolah melalui cara yang betul, dan melibatkan diri dalam aktiviti sekolah dengan aktif.
  • 40. E-37 URUTAN ANJAKAN TRANSFORMASI Transformasi yang dihasratkan adalah luas dan rencam. Oleh itu, banyak inisiatif yang telah dibangunkan merupakan sebahagian daripada transformasi yang akan dilaksanakan. Setiap inisiatif adalah penting dan sangat bermakna, dan inisiatif ini penting untuk diselaraskan dengan teliti supaya sistem pendidikan dapat melaksanakannya dengan baik dan berkesan. Sudah menjadi kelaziman, kejayaan sesuatu transformasi yang dijalankan oleh sektor awam dan swasta adalah dengan meletakkan keutamaan dalam beberapa bidang yang perlu ditambah baik. Keutamaan yang ditetapkan adalah ditentukan oleh dua faktor, iaitu pencapaian semasa pada permulaan transformasi dan bukti antarabangsa tentang faktor penting membawa kepada keberhasilan murid. Berdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan negara, Kementerian telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang (Ekshibit 9), ŀ Gelombang 1 (2013-2015): Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Kementerian memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/guru besar, dan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk meningkatkan kualiti sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan hadapan ini bagi membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/ guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan. ŀ *HORPEDQJ
  • 41. 0HPSHUFHSDWNDQ peningkatan kemajuan sistem. Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan (rancangan untuk semua inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1). Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu, penstrukturan semula bahagian di Kementerian untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1, dan memperkenalkan kurikulum baharu sekolah menengah dan kurikulum semakan sekolah rendah dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini. ŀ Gelombang 3 (2021-2025): Beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjuk prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu, Kementerian akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan sejawat bagi pembangunan kecemerlangan profesionalisme. Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian ke tahap yang lebih cemerlang.
  • 42. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-38 EKSHIBIT 9 Transformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun ƒ Membimbing guru secara khusus bagi meningkatkan standard guru khususnya dalam mata pelajaran teras seperti Matematik, Sains, BM dan BI ƒ Standard kemasukan yang lebih tinggi bagi guru baharu ƒ Mewujudkan Pembimbing Pengetua yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 7 dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi mengukuhkan kepimpinan sekolah ƒ Merombak soalan peperiksaan dengan tumpuan kepada peningkatan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (+276
  • 43. ƒ Standard BM yang sama dilaksanakan pada peringkat rendah dengan penyediaan bantuan pemulihan kepada murid lemah dalam BM dan BI ƒ Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk integrasi ICT dalam pembelajaran harian ƒ Memastikan sokongan daripada PPD ditumpukan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk kepada murid dengan keperluan khusus melonjakkan peningkatan sekolah ƒ Meningkatkan enrolmen dan penglibatan ibu bapa serta menawarkan pendidikan vokasional yang lebih baik untuk meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah ƒ Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kolaborasi dengan sektor swasta ƒ Mentransformasi kementerian bermula dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian KPM ‡ Memperluas bimbingan dan sokongan untuk membantu guru bagi menambah pengetahuan dalam semua mata pelajaran, pemikiran, kepimpinan, etika/kerohanian dan identiti nasional. ‡ Menyediakan kemajuan berdasarkan kompetensi dan prestasi serta menambah baik latihan pra-perkhidmatan untuk memugarkan profesion keguruan ‡ Menambah baik kurikulum peringkat rendah dan melaksanakan kurikulum baharu peringkat menengah bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa ƒ Menghentikan kelas peralihan, menjalankan rintis bagi pilihan untuk immersion BI dan mengukuhkan penyediaan pendidikan bahasa ketiga untuk meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa ƒ Melaksanakan inovasi ICT untuk sekolah pedalaman, sekolah kurang guru dan sekolah kurang murid untuk menangani isu kapasiti ƒ Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti Orang Asli dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas dan berkeperluan khas ƒ Memperluas tawaran pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta ƒ Mengukuhkan Bahagian utama KPM, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan pelaksanaan Gelombang 3 (2021-2025) 0HQJDQMDN NH DUDK NHFHPHUODQJDQ PHODOXL SHQLQJNDWDQ WDGELU ±XUXV NHQGLUL ƒ Membenarkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dengan lebih meluas dari segi pelaksanaan kurikulum dan peruntukkan belanjawan bagi sekolah yang layak ƒ Meneruskan budaya kecemerlangan profesionalisme dibimbing rakan sejawat, iaitu guru dan pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik dan memastikan rakan sejawat mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesionalisme ƒ Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan menyediakan lebih pilihan untuk mempelajarai bahasa tambahan ƒ Melaksanaan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran ƒ Mengukuh dan mentransformasi Kementerian melalui pengukuhan kemajuan kerjaya bagi pegawai pada peringkat Kementerian ƒ Mengkaji semula struktur sekolah untuk menentukan keperluan bagi mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan ƒ 100% lliterasi murid dalam BI dan BM dan menguasai kemahiran numerasi selepas 3 tahun persekolahan: sasaran untuk BI akan ditentukan selepas garis asas diperoleh ƒ 92% prasekolah , 98% sekolah rendah dan 95% enrolmen menengah rendah ƒ Pengurangan 25% jurang bandar dan luar bandar ƒ Prestasi Malaysia pada purata antarabangsa dalam kitaran TIMSS and PISA seterusnya ƒ 100% enrolmen prasekolah hingga menengah rendah, 90% enrolmen menengah atas ƒ 50% pengurangan jurang bandar / luar bandar , 25% pengurangan jurang sosio ekonomi dan jantina ƒ Pencapaian Malaysia pada kedudukan negara sepertiga teratas dalam TIMSS and PISA ƒ Mengekalkan atau meningkatkan enrolmen ƒ Mengekalkan atau mengurangkan jurang bandar dan luar bandar , 50% pengurangan jurang sosio ekonomi dan jantina Gelombang 2 (2016-2020) 0HPDFXSHQLQJNDWDQVLVWHP Gelombang 1 (2013-2015) 0HQJXEDK VLVWHP GHQJDQ PHPEHUL VRNRQJDQ NHSDGD JXUXGDQ PHPEHUL IRNXV NHSDGD NHPDKLUDQ XWDPD Keberhasilan utama
  • 44. E-39 MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN Sistem pendidikan Malaysia perlu menyempurnakan transformasi untuk memenuhi aspirasi yang tinggi sebagaimana yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan. Tugas ini adalah sangat kompleks dari segi keluasan dan kedalaman; khususnya dalam keadaan kebanyakan transformasi sistem pendidikan di dunia gagal memenuhi aspirasi mereka. Daripada 55 sistem persekolahan yang mengambil bahagian dalam PISA 2009, hanya 12 sistem persekolahan yang menunjukkan pencapaian berterusan dalam keberhasilan murid. Selainnya menunjukkan pencapaian yang mendatar atau menurun. Rekod pencapaian juga menunjukkan situasi yang sama wujud bagi organisasi yang melaksanakan transformasi, iaitu hanya sepertiga mencapai kejayaan. Kementerian telah menyemak dengan teliti bukti yang diperoleh di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi mengenal pasti strategi yang perlu dilaksanakan untuk PHQJKDVLONDQNHSXWXVDQDQJVLJQL¿NDQWHNDOGDQPHOXDV Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, Kerajaan dan Kementerian komited untuk melaksanakan tindakan yang berikut: ŀ Melestarikan komitmen kepimpinan dan memberi tumpuan kepada pihak pengurusan atasan: Barisan tertinggi kepimpinan kerajaan dan Kementerian termasuk Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran komited untuk menyemak semula kemajuan, menyediakan bimbingan, dan mengatasi isu mengenai pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan. Kepimpinan Kementerian juga komited untuk mengenal pasti, memupuk dan membangunkan keupayaan kepimpinan masa depan generasi dalam sistem untuk memastikan kesinambungan dan keluwesan usaha transformasi. ŀ Mewujudkan unit pelaksana yang mempunyai kuasa eksekutif untuk memacu penyampaian Pelan Pembangunan Pendidikan: Kementerian akan meningkatkan keupayaan penyampaian masa kini untuk mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan (EDU) berperanan untuk memacu penyampaian Pelan Pembangunan Pendidikan. Secara khusus, EDU akan memantau kemajuan, menyelesaikan isu pelaksanaan dan menguruskan komunikasi bersama pihak berkepentingan mengenai transformasi. Pegawai yang ditempatkan di EDU merupakan mereka yang mempunyai bakat terbaik daripada sektor awam dan swasta. ŀ Memperkukuhkan prestasi pengurusan dalaman dan luaran: Kejayaan pembaharuan sesebuah sekolah melangkaui program yang direncanakan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Kementerian. Oleh itu, Kementerian akan mewujudkan sistem pengurusan prestasi yang meletakkan ekspektasi yang tinggi melalui indikator petunjuk utama (KPI) yang jelas. Sistem pendidikan negara akan memberikan penekanan terhadap pembangunan keupayaan bagi membantu individu untuk mencapai sasaran mereka, memberi ganjaran dan menangani prestasi yang lemah dengan berhemah. Kementerian juga akan menerbitkan laporan prestasi tahunan supaya pihak awam dapat menjejaki kemajuan Pelan Pembangunan Pendidikan. ŀ Melibatkan pegawai Kementerian dan pihak berkepentingan yang lain: Proses penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah berlainan terutama dalam usaha melibatkan dan mendapatkan input daripada rakyat pelbagai lapisan; ibu bapa, murid, pengetua/guru besar dan pegawai Kementerian. Apabila inisiatif Pelan dilaksanakan, Kementerian akan meneruskan usaha untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak ini dan akan menyampaikan kemajuan secara berperingkat bagi memastikan keseluruhan sistem pendidikan negara terlibat dalam proses transformasi.
  • 45. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-40 ŀ KEJAYAAN AKAN DIPEROLEH PADA TAHUN HADAPAN Sistem pendidikan di Malaysia akan memasuki tempoh perubahan yang intensif. Transformasi pendidikan akan mengambil masa untuk menghasilkan keputusan yang VLJQL¿NDQKDVLOSHUXEDKDQLWXVHSHUWLSHQLQJNDWDQ pencapaian dalam pentaksiran antarabangsa, hanya akan dapat dilihat dalam tempoh beberapa tahun kemudian. Walau bagaimanapun, dalam tempoh dua belas bulan yang akan datang, pihak awam dijangka akan dapat melihat perubahan penting bagaimana sistem pendidikan negara dilaksanakan. Perubahan yang dirancang akan membentuk asas kepada keputusan yang akan datang. Ekshibit 10 menunjukkan contoh pencapaian awal yang dijangkakan dalam tempoh dua belas bulan yang akan datang. PELAKSANAAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PERINGKAT AKHIR Apabila Pelan Pembangunan Pendidikan dilancarkan, Kementerian Pendidikan akan memulakan pusingan kedua perundingan mendalam bersama orang awam bagi mengumpul maklum balas, menerusi program Hari Terbuka dan perbincangan meja bulat dengan pelbagai pihak berkepentingan. Kementerian mengalu-alukan input daripada rakyat dan oleh itu menggalakkan semua pihak yang berminat untuk menghadiri sesi ini bagi mengemukakan maklum balas secara bertulis atau atas talian. Panel Penilai Bebas Malaysia dan antarabangsa akan juga meneliti dan menyemak Pelan Pembangunan Pendidikan dan mengemukakan maklum balas akhir kepada Kementerian. Menjelang pertengahan bulan Disember tahun 2012, Kementerian akan menggabungkan semua maklum balas dan memasukkan maklum balas tersebut, serta menyerahkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang akhir kepada Jemaah Menteri. Sistem pendidikan Malaysia berada di persimpangan dan Kementerian telah mendengar suara hati rakyat secara serius, walaupun Kementerian memilih kaedah yang lebih sukar namun, ia memberi banyak kelebihan. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan Malaysia akan hanya dapat memenuhi aspirasi besar menerusi komitmen dan sokongan semua pihak berkepentingan. Pelan ini akan mencorakkan masa depan yang lebih cerah dan gemilang untuk semua anak Malaysia – mandat yang besar dan aspirasi yang jitu. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua rakyat Malaysia ke arah merealisasikan aspirasi, dan menerusi kerjasama semua pihak untuk membolehkan semua kanak-kanak memperoleh hak masa depan mereka.
  • 46. E-41 EKSHIBIT 10 Hasil Hasil awal awal dalam tempoh tempoh 12 bulan 12 bulan akan datang akan datang Kesemua 70,000 guru Bahasa Inggeris dinilai pada tahap kecekapan berbahasa mengikut standard antarabangsa 5,000 guru ditingkatkan kemahiran Program SISC+ dan SiPartners+ yang diperluaskan ke seluruh negara siap LINUS2.0 (termasuk literasi Bahasa Inggeris) dilaksanakan di semua sekolah rendah Syarat ambilan guru diperketatkan dan dikuat kuasakan di semua IPG and IPTA 'LV 'LV 461 orang SISC+ and SiPartners+ diperkenalkan di Kedah dan Sabah untuk membantu guru dan pengetua di sekolah Band 5, 6 and 7 melalui latihan khusus setempat Sarana toolkit penglibatan ibu bapa dilaksanakan di 10,000 buah sekolah bagi membantu ibu bapa menyokong pembelajaran anak-anak Kesemua 10,000 sekolah rendah dan menengah kebangsaan akan mendapat liputan internet 4G melalui pelaksanaan 1BestariNet Semua 1,608 buah sekolah dengan kerosakan kritikal dibaik pulih
  • 47. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-42 GAMBARAN MENYELURUH SETIAP BAB DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan ini mengandungi lapan bab dan tujuh lampiran. ŀ Bab 1 membentangkan objektif dan pendekatan yang digunakan dalam penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan; ŀ Bab 2 menggariskan aspirasi baharu untuk sistem pendidikan negara secara menyeluruh, termasuk aspirasi setiap murid; ŀ Bab 3 mengandungi analisis terperinci tentang keberhasilan murid Malaysia dan menyediakan prestasi sistem pendidikan negara semasa; ŀ Bab 4 meneliti pembelajaran murid dalam sistem pendidikan, melihat kepada penyelesaian yang boleh mempengaruhi perubahan yang diperlukan bagi mencapai aspirasi yang dihasratkan. Bab ini mengandungi inisiatif daripada anjakan 1, 3 dan 6 berkaitan kurikulum dan pentaksiran, pengukuhan kemahiran bahasa, intervensi peningkatan sekolah dan pendidikan untuk murid dengan keperluan khusus; ŀ Bab 5 meninjau peranan guru dan pemimpin sekolah yang merupakan barisan hadapan dalam sistem pendidikan negara, dengan memberikan tumpuan kepada peningkatan kualiti dan sokongan untuk guru dan pemimpin sekolah. Bab ini juga menjelaskan inisiatif anjakan 4 dan 5; ŀ %DEmenunjukkan cara organisasi Kementerian akan berubah bagi melaksanakan inisiatif dengan cara terbaik seperti dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, termasuk melaksanakan transformasi besar daripada segi pendekatan untuk meningkatkan sumber manusia, kewangan bagi meningkatkan sistem penyampaian dan produktiviti. Inisiatif ini terkandung dalam anjakan 6, 7, 8 dan 10; ŀ Bab 7 menganalisis struktur sistem dan memberi tumpuan pada fasa pendidikan, menghasilkan lebih banyak laluan pendidikan dengan meluaskan spektrum mengenai minat dan keupayaan murid, pembangunan prasekolah, serta pelibatan yang lebih dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta. Ia merangkum inisiatif anjakan 1 dan 9; ŀ Bab 8 menggariskan keseluruhan program transformasi termasuk menyusun semula inisiatif antara tahun 2013 dan 2025 dengan objektif unggul untuk meningkatkan keberhasilan murid, meningkatkan kualiti profesional guru dan pemimpin sekolah, dan merombak struktur Kementerian serta sistem pendidikan. Bab ini mengandungi inisiatif daripada anjakan 11 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan berjaya dilaksanakan dengan berkesan; ŀ Lampiran 1 menyediakan gambaran menyeluruh pembangunan utama dalam sistem pendidikan sejak zaman pemerintahan British; ŀ Lampiran 2 memperincikan pelbagai sumber input yang digunakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, daripada pakar luar seperti UNESCO, OECD dan universiti tempatan, sehingga kepada input daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara; ŀ Lampiran 3 memetakan isu utama yang ditimbulkan semasa Dialog Nasional Pendidikan Negara dan menyusun strategi menangani isu berkenaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan; ŀ Lampiran 4 menjelaskan kaedah di sebalik skala sejagat yang digunakan dalam Bab 3; ŀ Lampiran 5 menyediakan soalan contoh daripada PISA 2009+; ŀ /DPSLUDQ menjelaskan inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan merentas setiap gelombang pembaharuan pendidikan; dan ŀ Lampiran 7 memberi penekanan kepada inisiatif yang telah dimasukkan dalam GTP2.0 NKRA Pendidikan.