2
Most read
7
Most read
8
Most read
Topik                   2             Tahsin al-Sout

      HASIL PEMBELAJARAN
    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1.    Menjelaskan konsep seni suara menurut pandangan Islam;
    2.    Menghuraikan konsep tahsin al-sout dari sudut definisi, peranan dan
          kepentingannya; dan
    3.    Menerangkan tentang keindahan suara dan kaedah memelihara suara
          dalam pelbagai aspek.




     PENGENALAN
Ilmu tahsin al-sout merupakan salah satu cabang dalam kesenian Islam yang
menjurus kepada bidang seni membaca al-Quran dengan suara yang lunak.
Kesenian Islam dikatakan mula berkembang sejak zaman Nabi Daud a.s dan
puteranya Nabi Sulaiman a.s. Kemudian bidang ini terus berkembang dari satu
generasi ke satu generasi hingga sekarang. Namun kesenian Islam berbeza
dengan budaya seni anjuran tamadun Barat atau dipelopori oleh golongan bukan
Islam. Ini kerana kesenian Islam berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya
yang unik dan tersendiri. Ia berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan
hiburan dan keseronokkan yang selari dengan konsep tauhid dan tuntutan
syarak.

Justeru, topik ini akan membawa anda perbahasan mengenai ilmu atau kaedah
Tahsin al-Sout. Fokus utama yang dibahaskan adalah melalui definisi,
kepentingan dan peranan seni Tahsin al-Sout dalam membaca al-Quran.
 
 
         AKTIVITI 2.1
 
 
  Bincang dalam kumpulan berkenaan pendirian Islam terhadap bidang seni
   dan ciri-ciri kesenian yang diharuskan dalam Islam.
 
28        TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT




    2.1    SENI SUARA MENURUT ISLAM
 
Seni jika dirujuk maknanya dari sudut bahasa bererti halus, indah atau permai.
Dari segi istilah pula ia merujuk kepada segala yang halus dan indah lagi
menyenangkan hati serta perasaan manusia. Kesenian itu adalah unik yang
wujud dalam setiap jiwa manusia. Ini kerana menurut buku Seni Lagu al-Quran
di Malaysia, tulisan Muhd Ali bin Abu Bakar ada menyebut bahawa seni itu
adalah merupakan salah satu bahagian daripada naluri yang lahir dari jiwa atau
rohani manusia.

Tambahnya lagi, manusia dapat menciptakan sesuatu kerana kemahuan, dan
kemahuan itu timbul kerana adanya daya paduan antara rasa rohaniah manusia
itu dengan akal fikiran. Ini bertepatan dengan bidang ilmu jiwa yang
membahagikan rasa dalam dua bahagian, iaitu rasa indera dan rasa rohani.
Adapun rasa rohani itu pula terkandung di dalamnya beberapa aspek seperti
rasa agama, etika, estetika, intelek, sosial dan rasa diri sendiri.

Melalui konsep rasa sebagaimana dinukilkan dalam ilmu jiwa di atas, kita dapati
bahawa jiwa manusia itu sendiri dihiasi dengan unsur seni. Ini kerana di dalam
jiwa itu terdapat sifat-sifat atau rasa senang dan terharu terhadap sesuatu yang
indah. Hal ini sudah menjadi naluri (gharizah) yang dikurniakan oleh Allah
s.w.t kepada manusia. Ini sejajar dengan firman Allah s.w.t dalam Surah Ali
Imran 3:14;

 
 
 

               t⎦⎫ÏΖt6ø9$#uρ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# š∅ÏΒ ÏN≡uθy㤱9$# =ãm Ĩ$¨Ζ=Ï9 z⎯Îiƒã—

               ÏπÒÏø9$#uρ É=yδ©%!$# š∅ÏΒ ÍοtsÜΖs)ßϑø9$# ÎÏÜ≈oΨs)ø9$#uρ

               ßì≈tFtΒ šÏ9≡sŒ 3 Ï^öysø9$#uρ ÉΟ≈yè÷ΡF{$#uρ ÏπtΒ§θ|¡ßϑø9$# È≅ø‹y‚ø9$#uρ

                ∩⊇⊆∪ É>$t↔yϑø9$# Ú∅ó¡ãm …çνy‰ΨÏã ª!$#uρ ( $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θu‹ysø9$#
 
 
TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT   29



    Maksudnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan
    kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan
    dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas
    dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-
    binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah
    kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat
    kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Imam Muslim ada meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w;

 
 


                     ‫ﻋﻦ ﻋَﺒْﺪ ﺍﻟ ﱠﻪ ﺑْﻦ ﻣَﺴْ ُﻮﺩ ﺭﺿﻲ ﺍﻟ ﱠﻪ ﻋﻨ ُ ﻋﻦ‬
                     ْ َ ‫ﻌ َ ِ َ ﻠ َ ْﻪ‬              ‫ﻠ‬          َْ
                      ‫ﻞ‬
                      ‫ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻَ ﱠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻗﹶﺎﻝ: ﹺﺇﻥ ﺍﻟ ﱠﻪ ﺟَﻤِﻴ ﹲ‬
                               ‫ﱠﹺ ﱢ ﻠ ﱠ ُ َ ﹶ ْ ِ ﹶ ﱠ ﻠ‬
                                    ‫ُﻳﺤﺐ ﺍﹾﻟﺠﻤَﺎﻝ‬
                                    ‫ِ ﱡ َ ﹶ‬
                                            
                                            
    Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Mas`ud r.a daripada Nabi s.a.w
    bersabda: Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan suka kepada
    perkara-perkara yang cantik (indah).

Hadis ini pada dasarnya menunjukkan sesuatu yang indah itu disukai oleh Allah
s.w.t kerana Dia sahaja yang layak berdiri dengan zat yang Maha Indah. Justeru,
rasionalnya setiap yang indah itu pasti akan menyukai perkara indah-indah
belaka. Oleh sebab itu, Islam telah menggariskan beberapa kategori yang
dijadikan sebagai kayu pengukur dalam menentukan keharusan atau sebaliknya
sesuatu karya seni itu.

Kategori utama yang perlu ada pada seni atau karya seni itu ialah mestilah baik
dari pelbagai aspek. Antaranya ialah bukan bertujuan untuk merosakkan budi
pekerti yang mulia serta tidak melalaikan orang daripada beribadat dan
mengingati Allah. Namun jika perkara sebaliknya berlaku, maka sesuatu seni
atau sesebuah karya seni tersebut sekaligus ditolak bahkan haram untuk
diamalkan lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan seni suara yang digunakan
untuk membaca al-Quran. Menurut Ibnu Hajar al-Haythami dalam kitabnya,
Kaff al-RiÊaÊ al-Muharramat al-SamaÊ, kesengajaan membaca al-Quran secara seni
suara (berlagu) dengan menambahkan huruf atau menguranginya untuk
memperelokkan dan memperhiaskannya adalah fasiq. Bahkan menurut fatwa
30       TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT



Imam al-Nawawi mengenai golongan yang membaca al-Quran dengan berlagu
yang buruk serta banyak perubahannya, maka hukumnya adalah haram
menurut ijmaÊ para ulamaÊ.

  
2.1.1      Seni Suara: Definisi, Alat dan Sifat-sifatnya
Suara merupakan salah satu nikmat Allah s.w.t yang berfungsi sebagai alat
komunikasi sesama manusia. Ia boleh didefinisikan sebagai suatu getaran bunyi
yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga
mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang
lain mengikut kehendak yang tertentu.

Seni suara jika dipelajari akan mendatangkan banyak manfaat lebih-lebih lagi
dalam memperdengarkan bacaan al-Quran. Dalam hal ini, Islam menggalakkan
umatnya membaca ayat suci al-Quran dengan suara yang lunak sehingga dapat
memberi kesan kepada hati si pembaca mahupun orang yang mendengarnya.
Kaedah ini dikenali sebagai memperelokkan suara atau tahsin al-sout. Ini sejajar
dengan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al-NasaÊi
dalam Sunannya, bab ÂMenghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suaraÊ:
 
 
 


                      ‫ﻋﻦ ﺍﹾﻟﺒﺮَﺍﺀ ﻗﹶﺎﻝ: ﻗﹶﺎﻝ ﺭ ُﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻَ ﱠﻰ ﺍﻟﻠﻪ‬
                      ُ ‫َ ْ َ ِ ﹶ ﹶ َﺳ ﹸ ﱠ ِ ﻠ ﱠ‬
                        ‫ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺯَﱢﻳُﻮﺍ ﺍﹾﻟﻘﺮْﺁﻥ ﹺﺑﺄﺻﻮَﺍِﺗﻜﻢ‬
                        ْ ‫َﹶْ ِ َ َﱠ َ ﻨ ﹸ ﹶ ﹶ ْ ﹸ‬

 
 
     Maksudnya: Daripada al-BarraÊ berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
     Hiasilah bacaan al-Quran dengan kelunakan suaramu.

Apabila sesuatu seni itu membawa manfaat kepada manusia khususnya seni
suara dengan mempraktikkannya dalam membaca al-Quran, maka
memperindahkan dan menghiasinya dengan melunakkan bacaan dan mengelak
dari sebarang kesalahan tajwid dibenarkan oleh Islam. Oleh sebab itu, kaedah
seni bacaan al-Quran ditentukan melalui seni suara. Manakala seni suara itu pula
tidak dapat dipisahkan dengan seni berlagu (tarannum).
TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT            31



Adapun suara manusia adalah merupakan anugerah yang istimewa kerana ia
boleh diproses, dilatih dan disesuaikan mengikut apa yang dihajati. Contohnya,
suara manusia boleh mengikut suara pelbagai jenis suara haiwan, pelbagai jenis
bunyi alat muzik dan pelbagai jenis gaya pertuturan (loghat).

Dalam konteks proses penghasilan suara, alat memproses suara dikenali sebagai
paru-paru. Ia merupakan organ pernafasan yang mengandungi udara apabila
disedut dan kemudian dihembus keluar melalui halkum, mulut dan hidung. Sila
rujuk Jadual 2.1.

                          Jadual 2.1: Halkum, Mulut dan Hidung

           Bil.             Alat                             Catatan
            1.            HALKUM           Iaitu alat salur suara
            2.            MULUT            Iaitu corong bawah
            3.            HIDUNG           Iaitu corong atas

Dalam konteks mengenali sifat-sifat suara pula, ia boleh dibahagikan kepada
empat kategori seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.2 berikut.

                                Jadual 2.2: Kategori Suara
                                             

  Bil.            Sifat                                Catatan
                               Ia mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada, tinggi,
   1.    SUARA TERBAIK         rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang,
                               lantang dan tajam.
                               Ia mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada,
   2.     SUARA BAIK           sederhana, rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih,
                               terang dan lantang.
                               Ia mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada,
         SUARA KURANG
   3.                          tinggi, kecil, lembut, manis, licin, bersih, terang dan
             BAIK
                               tajam.
                               Ia mempunyai sifat-sifat sumbang, nipis, lembab, lemah,
         SUARA TIDAK
   4.                          keras, serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam,
            BAIK
                               tersepit, terputus, tercekik dan sebagainya.
 
Adapun kategori pertama, kedua dan ketiga adalah merupakan kategori suara
yang istimewa dan mudah untuk mempelajari tarannum al-Quran. Manakala,
kategori keempat pula dikira sebagai suara yang bermasalah dan sukar untuk
bertarannum. Jika diasah dan diperbaiki mutu suara kategori terakhir ini, ia akan
mengambil masa dan latihan yang agak lama sebelum berupaya untuk
bertarannum.
32       TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT




2.1.2      Kepentingan Suara dalam Membaca al-Quran
Suara merupakan salah satu anugerah Allah s.w.t yang dikurniakan kepada
manusia. Kepentingan suara dalam kehidupan manusia membolehkan segala
aktiviti komunikasi dan muamalat berjalan dengan lancar. Seni suara jika diteliti
dari sudut hukum asalnya adalah harus. Ini kerana ia adalah fitrah manusia yang
sukakan keindahan dan hiburan. Keharusannya akan berubah dan bertukar
menjadi makruh atau lebih buruk lagi iaitu haram jika didapati ianya melanggar
batas-batas syaraÊ.

Para fuqaha' yang terdahulu, antaranya Imam al-Ghazali dalam kitabnya, al-
Sima' min Ihya' dan juga pendapat bekas Shaykh al-Azhar, Mahmud Shaltut dan
edisi fatwanya, al-Fatawa Shaltut, merumuskan bahawa:

(a)   Seni muzik dan seni suara adalah sama hukumnya dengan memenuhi
      keperluan pancaindera yang lain seperti makanan yang lazat dan
      pemandangan yang indah.

(b)   Islam menetapkan kesederhanaan dalam            semua    aspek   termasuk
      menghayati seni musik dan seni suara.

(c)   Fuqaha' terdahulu telah membenarkan seni muzik dan seni suara bila ada
      tujuan yang sesuai dan munasabah dan menegahnya bila ada unsur luaran
      yang tidak berlandaskan Islam.

(d)   Seni muzik dan suara semuanya tertakluk di bawah kelulusan Ilahi yang
      bersifat umum.

Dalam konteks suara dan kepentingannya ke arah amal kebajikan khususnya
dalam membaca al-Quran, perkara ini tidak dapat disangkal lagi keharusannya
bahkan Islam amat menggalakkan penganutnya memperdengarkan bacaan al-
Quran dengan lunak dan indah. Oleh itu, membaca al-Quran diberikan prioriti
yang utama dalam Islam bahkan ganjarannya juga digandakan. Namun kita
dituntut supaya membaca al-Quran mengikut tajwidnya yang betul dan dengan
suara yang baik. Adapun bacaan yang berlagu yang sedap didengar tapi
melanggar batas-batas tajwid dan bacaan secara tartil, maka perbuatan ini boleh
mendatangkan dosa di mana bacaan tersebut telah merosak dan mungkin akan
menambah atau mengurangkan huruf-huruf al-Quran serta dianggap suatu amal
bidÊah.
TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT             33




2.1.3          Peranan Suara dalam Bacaan al-Quran
Pakar tarannum telah menggariskan beberapa peranan suara dalam bacaan al-
Quran yang selari dengan bidang tajwid, tartil dan tarannum. Perkara ini
dijelaskan dalam Jadual 2.3.

                      Jadual 2.3: Peranan Suara dalam Bacaan al-Quran

Bil.                 Peranan Suara                                  Catatan
    1.   Menentukan bunyi sesuatu huruf atau        Iaitu menerusi alat-alat pertuturan
         kalimah al-Quran dengan tetap.             yang tertentu seperti Halqi, Lisani dan
                                                    Shafawi.
    2.   Menentukan bunyi sifat-sifat huruf         Iaitu menerusi alat-alat pembesaran
         mengikut lahjah yang dikehendaki.          dan penyuburan suara seperti Halqum,
                                                    Khayshum dan Jawf.

    3.   Menentukan tekanan bunyi yang              Iaitu menerusi saluran udara dan
         menarik seperti lembut, keras, halus,      pernafasan yang tertentu.
         kasar dan licin.
    4.   Menentukan peningkatan (Tabaqah)           Iaitu menerusi alat proses suara seperti
         rendah, sederhana, tinggi dan tertinggi.   dada, tekak, rongga hidung dan rongga
                                                    otak.
    5.   Menentukan nada dan irama (lagu) yang      Iaitu menerusi proses penyusunan
         tertentu.                                  perkara-perkara di atas dengan teknik-
                                                    teknik yang tertentu.
 
 
           AKTIVITI 2.2
 
         Dengan merujuk buku QawaÊid Tarannum karangan Haji Nik Jaafar bin
         Nik Ismail, bincangkan proses kemanisan suara.
 



    2.2        KELUNAKAN SUARA

2.2.1          Tabaqah Suara
Tingkatan suara atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Tabaqat adalah
merupakan salah satu seni dalam bidang tarannum al-Quran. Kebiasaannya,
tingkatan suara ini digunakan dalam empat paras sahaja, seperti yang
dinyatakan dalam Jadual 2.4.
34          TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT



                      Jadual 2.4: Paras Tingkatan Suara atau Tabaqah

     Bil.        Tabaqah Suara                              Catatan
     1.     QARAR                       Ianya berfungsi di dada.
     2.     NAWA                        Ianya berfungsi pada tekak.
     3.     JAWAB                       Ianya berfungsi pada rongga hidung.
     4.     JAWAB AL-JAWAB              Ianya berfungsi pada rongga otak.

Dalam proses mengenalinya, anda boleh mempelajari sistem proses nada iaitu
DO-RE-MI-FA-SO-LA-TI-DO. Sistem proses nada ini berlaku pada tiap-tiap
tabaqah yang disebutkan tadi.

 
2.2.2         Burdah Suara dan Peranannya
Burdah bererti bunga suara dan lenggoknya. Suara yang mempunyai alunan
burdah akan lebih menarik dan sedap didengar. Umumnya, burdah itu terbahagi
kepada dua bahagian, seperti yang dapat kita lihat dalam Jadual 2.5.

                                  Jadual 2.5: Bahagian Burdah

    Bil.     Burdah Suara                                Catatan
                                 Iaitu suara yang hidup dan mempunyai getaran yang
     1.     BURDAH ASLI
                                 semulajadi.
                                 Iaitu bunga-bunga suara yang sengaja digubah dan
     2.     BURDAH SINA`I        disusun rapi mengikut kehendak jenis tarannum yang
                                 diperdengarkan.

Peranan burdah suara adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.6 berikut.
                                        
                             Jadual 2.6: Peranan Burdah Suara

    Bil.         Jenis Burdah                             Peranannya
     1.        Kasar dan Jarang        Bertujuan untuk menghidupkan persembahan.
     2.      Kecil dan Rapat-rapat     Bertujuan untuk mencantikkan persembahan.
     3.       Lembut dan Bersih        Bertujuan untuk melahirkan seni persembahan.
     4.        Keras dan Tegas         Bertujuan untuk menyemarakkan persembahan.

 
 
TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT          35




2.2.3       Suara dan Lahjah Arab
Istilah Lahjah bererti loghat dalam bahasa Arab, iaitu gaya bunyi suara yang
berbudaya Arab seperti Lahjah Quraysh, Huzayl, Tamim, Thaqif, Hawazin,
Kinanah dan al-Yaman.

al-Imam al-Bayhaqi dan al-Imam Mahmud al-Alusi berpendapat bahawa al-
Quran tidak terkeluar daripada tujuh bahasa yang paling fasih dalam bahasa
Arab di kalangan bangsa Arab. Walaubagaimanapun ini bukanlah bererti setiap
kalimah dalam al-Quran menggunakan tujuh bahasa tersebut. Sebaliknya,
ketujuh-tujuh bahasa tersebut tersebar di perbagai tempat di dalam al-Quran.

Di antara ciri-ciri suara yang berlahjah Arab adalah seperti berikut:

(a)   Kemanisan dan kebasahan suara.
(b)   Gema suara yang meninggi ke arah Khayshum.
(c)   Kelembutan bunyi yang berbudaya kearaban.
(d)   Pergerakan suara di samping burdah yang berbudaya kearaban.

 
          AKTIVITI 2.3
 
 
      Antara ciri keindahan suara ialah Ikhtilal al-Lahn. Bincangkan aspek ini
      dalam kumpulan anda.

 
 
    2.3     LATIHAN SUARA
 
Manusia dianugerahkan Allah s.w.t dengan nikmat suara yang istimewa berbeza
dengan makhlukNya yang lain. Suara manusia adalah satu getaran bunyi yang
unik. Ini kerana ia boleh diproses, dilatih dan dipelajari serta disesuaikan
mengikut getaran bunyi yang diinginkan. Sebagai contoh, suara manusia mampu
meniru pelbagai jenis gaya suara atau bunyi haiwan, muzik dan pertuturan
bahasa dan loghat sesama manusia.

Getaran bunyi yang dihasilkan oleh manusia juga perlu dikendalikan dengan
baik untuk mencapai tahap kelunakan dan keindahan yang memukau dan
menarik diperdengarkan. Latihan suara manusia ini boleh mengubah dari tahap
suara biasa kepada tahap yang terbaik.

 
36            TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT




2.3.1           Cara Memelihara Kualiti Suara
Dalam proses menjaga kualiti suara, khususnya dalam bidang tarannum, beberapa
aspek perlu dititik beratkan. Ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 2.7.

                              Jadual 2.7: Cara Memelihara Kualiti Suara
 

    Bil.      Kualiti Suara                                Catatan
     1.        Menjaga           Dengan cara menjaga aspek pemakanan yang seimbang
           Kesihatan Fizikal     dan bersukan atau bersenam.
     2.         Menjaga          Dengan cara menjauhkan makanan yang terlampau pedas,
             Kesihatan Suara     kelat, bergetah, berminyak dan yang boleh membawa kesan
                                 berubahnya suhu badan. Dari segi minuman pula, elakkan
                                 minum air yang terlalu panas dan jauhkan dari merokok.
     3.       Banyakkan   Dengan cara melazimi memakan buah-buahan dan sayuran
           Memakan Buahan yang berzat.
             dan Sayuran
     4.        Banyakkan         Dengan cara melazimi minum air panas suam atau air sejuk
               Minum Air         tanpa ais. Amalkan cara ini sehingga melebihi 5 liter sehari.
 

2.3.2           Cara Melatih Suara
Beberapa kaedah latihan dicadangkan dalam melatih suara, antaranya
disebutkan dalam Jadual 2.8.


                                  Jadual 2.8: Kaedah Melatih Suara

      Bil.                               Kaedah Melatih Suara
       1.       Latihan suara dalam Harakah supaya dapat memantapkan Maqam.
       2.       Lataihan suara dengan cara membentuk Tabaqah.
       3.       Latihan suara dengan cara sebutan Lahjah Arab.
       4.       Latihan suara dengan cara Sulalam Nuzul dan Sulalam Su`ud.
       5.       Latihan suara untuk menghidupkan Ikhtilal al-Lahn.
       6.       Latihan suara dengan membawa Burdah.
       7.       Latihan suara untuk mendapatkan Jawab al-Jawab.
       8.       Latihan suara dengan menggunakan Qit`ah dan Mahattah.
       9.       Latihan suara secara menyumbang Tabaqah.
      10.       Latihan suara dalam Fasohah dengan Lahjah Arab.
      11.       Latihan suara secara memainkan lagu di dalam persembahan.
      12.       Latihan suara untuk melembutkan nada suara di dalam bacaan.
      13.       Latihan suara untuk menyampaikan kepada tahap yang dikehendaki.
TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT             37




2.3.3       Latihan Pernafasan
Sistem pernafasan manusia berkait rapat dengan sistem paru-paru di mana ia
berfungsi secara automatik. Sistem ini akan bertambah kuat bekerja apabila
aktiviti gerak berlaku seperti berlari, berjalan, naik tangga dan sebagainya. Ia
kembali normal apabila seseorang itu berada dalam kedaan rehat atau tidur.
Ketika seseorang menarik nafas, paru-paru akan mengembang dan apabila nafas
dilepaskan paru-paru akan mengecil. Semuanya berlaku secara automatik.

Dalam proses latihan penafasan, teknik mengawal pernafasan merupakan aspek
yang penting dalam melatih seseorang melagukan khususnya dalam bacaan al-
Quran dengan nafas yang panjang dan lebih selesa. Ini bertujuan untuk
mengalunkan harakah-harakah tarannum dengan lebih sempurna dan menarik
di samping waqaf ibtidaÊ yang lebih tepat. Di antara kaedah latihan
memanjangkan nafas yang dianjurkan adalah seperti Jadual 2.9 berikut.

                   Jadual 2.9: Kaedah Latihan Memanjangkan Nafas

 Bil.                      Sistem Latihan Memanjangkan Nafas
  1.    Tegakkan kedudukan badan di dalam keadaan bersedia.
  2.    Tarik nafas panjang-panjang kemudian kumpulkannya di bahagian perut.
        Lepaskan nafas perlahan-lahan tanpa suara dan beransur-ansur serta
  3.
        lakukannya berulang kali.
        Lepaskan nafas perlahan-lahan dengan bersuara secara beransur-ansur dan
  4.
        terkawal serta lakukannya berulang kali.
        Lepaskan nafas di samping menyebut beberapa patah kalimah dalam
  5.
        keadaan terkawal serta lakukannya berulang kali.
        Lepaskan nafas di samping membaca bacaan ayat-ayat atau surah-surah yang
  6.    panjang dalam satu nafas dalam keadaan terkawal serta lakukannya berulang
        kali.
 
 
        SEMAK KENDIRI 2.1
 
  1.    Terangkan definisi suara, peranan dan kepentingannya khususnya dalam
 
        bacaan al-Quran.
 2.     Apakah yang dimaksudkan dengan Tabaqah, Burdah dan Lahjah Arab?
 3.     Huraikan konsep latihan suara secara ringkas.
 
 
 
 
38      TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT




                                                                             
 
•    Seni tahsin al-sout merupakan salah satu cabang dalam kesenian Islam
     yang menjurus kepada bidang seni membaca al-Quran dengan suara yang
     lunak.

•    Seni juga adalah merupakan salah satu bahagian daripada naluri
     semulajadi yang lahir dari jiwa atau rohani manusia.

•    Islam menggalakkan umatnya membaca ayat suci al-Quran dengan suara
     yang lunak sehingga dapat memberi kesan kepada hati si pembaca
     mahupun orang yang mendengarnya.

•    Kesenian Islam dikatakan mula berkembang sejak zaman Nabi Daud a.s
     dan puteranya Nabi Sulaiman a.s.

•    Menurut fatwa Imam al-Nawawi mengenai golongan yang membaca al-
     Quran dengan berlagu yang buruk serta banyak perubahannya, maka
     hukumnya adalah haram menurut ijmak para ulamaÊ.

•    Peranan suara dalam bacaan al-Quran adalah selari dengan bidang tajwid,
     tartil dan tarannum. Di antaranya ialah menentukan bunyi, tekanan dan
     peningkatannya.

•    Di antara ciri-ciri suara yang berlahjah Arab adalah kemanisan dan
     kebasahan suara, gema suara yang meninggi ke arah Khayshum,
     kelembutan bunyi yang berbudaya kearaban dan pergerakan suara di
     samping burdah yang berbudaya kearaban.

•    Latihan suara manusia ini boleh mengubah suara dari tahap suara biasa ke
     tahap yang terbaik.

•    Dalam proses latihan pernafasan, teknik mengawal pernafasan merupakan
     aspek yang penting dalam melatih seseorang melagukan, khususnya dalam
     bacaan al-Quran dengan nafas yang panjang dan lebih selesa.
 
 
 
 
 
 
 
 
TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT      39




                                       
     KATA KUNCI
    Burdah                                Lunak
    Kelunakan Suara                       Menambah Huruf
    Kualiti Suara                         Seni Suara
    Lahjah Arab                           Seni Suara
    Latihan Pernafasan                    Tabaqah
    Latihan Suara                         Tahsin al-Sout

 
 


 
                           
Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.
    Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-
    Risalah.

MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Studi ilmu-ilmu QurÊan (terj. Drs. Mudzakkir
    AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.
Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.
    Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala
    Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf. Qahirah:
    Dar al-IÊtisam.

Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:
    Darul Fikr.

Nik Jaafar bin Nik Ismail.(1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-QurÊan.
     Dimashq: Dar al-Qalam.

More Related Content

DOCX
Assignment mukjizat al quran 3
PPTX
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
DOCX
Ajaran sesat dan pengaruhnya
PPTX
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
PPTX
Kesenian Mengikut Perspektif Islam
PPTX
Bab 1: Islam Sebagai Ad-Din (UITM CTU101)
PPTX
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
Assignment mukjizat al quran 3
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
Ajaran sesat dan pengaruhnya
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Kesenian Mengikut Perspektif Islam
Bab 1: Islam Sebagai Ad-Din (UITM CTU101)
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman

What's hot (20)

PPTX
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
PPTX
Falsafah pendidikan islam
ODP
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
PDF
Nasikh wal mansukh
PPT
Ulum al quran
PPT
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
DOC
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
PPTX
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
DOC
Kk mukjizat
PPTX
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
PDF
peranan guru pendidikan islam
DOC
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
PPTX
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
PPTX
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
DOCX
Profesion perguruan dari perspektif islam
PDF
2) israiliyat
PPTX
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
PPTX
Dakwah rasulullah SAW
PPTX
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
PPTX
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Falsafah pendidikan islam
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
Nasikh wal mansukh
Ulum al quran
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Kk mukjizat
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
peranan guru pendidikan islam
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Profesion perguruan dari perspektif islam
2) israiliyat
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Dakwah rasulullah SAW
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Ad

Viewers also liked (10)

PPT
Seni Suara
PPT
Kelas sehari bersama ustaz nik di UITM S.Alam
PDF
Seni Suara Dalam Peradaban Islam : Tinjauan Terhadap Tarannum al-Quran (Semin...
PPS
Kkbi perbezaan tarannum.sem 7
DOCX
72699095 assignment-tarannum
PPTX
Kumpulan Tarannum Ustaz Rabbani unisza
PPT
Asas tarannum
DOCX
4 kedatangan islam telah membawa pengaruh yang besar terhadap sosiobudaya mas...
PPTX
Materi power point belajar tajwid
Seni Suara
Kelas sehari bersama ustaz nik di UITM S.Alam
Seni Suara Dalam Peradaban Islam : Tinjauan Terhadap Tarannum al-Quran (Semin...
Kkbi perbezaan tarannum.sem 7
72699095 assignment-tarannum
Kumpulan Tarannum Ustaz Rabbani unisza
Asas tarannum
4 kedatangan islam telah membawa pengaruh yang besar terhadap sosiobudaya mas...
Materi power point belajar tajwid
Ad

Tahsin as sout

  • 1. Topik 2 Tahsin al-Sout HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep seni suara menurut pandangan Islam; 2. Menghuraikan konsep tahsin al-sout dari sudut definisi, peranan dan kepentingannya; dan 3. Menerangkan tentang keindahan suara dan kaedah memelihara suara dalam pelbagai aspek. PENGENALAN Ilmu tahsin al-sout merupakan salah satu cabang dalam kesenian Islam yang menjurus kepada bidang seni membaca al-Quran dengan suara yang lunak. Kesenian Islam dikatakan mula berkembang sejak zaman Nabi Daud a.s dan puteranya Nabi Sulaiman a.s. Kemudian bidang ini terus berkembang dari satu generasi ke satu generasi hingga sekarang. Namun kesenian Islam berbeza dengan budaya seni anjuran tamadun Barat atau dipelopori oleh golongan bukan Islam. Ini kerana kesenian Islam berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang unik dan tersendiri. Ia berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan hiburan dan keseronokkan yang selari dengan konsep tauhid dan tuntutan syarak. Justeru, topik ini akan membawa anda perbahasan mengenai ilmu atau kaedah Tahsin al-Sout. Fokus utama yang dibahaskan adalah melalui definisi, kepentingan dan peranan seni Tahsin al-Sout dalam membaca al-Quran.     AKTIVITI 2.1       Bincang dalam kumpulan berkenaan pendirian Islam terhadap bidang seni dan ciri-ciri kesenian yang diharuskan dalam Islam.  
  • 2. 28 TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT 2.1 SENI SUARA MENURUT ISLAM   Seni jika dirujuk maknanya dari sudut bahasa bererti halus, indah atau permai. Dari segi istilah pula ia merujuk kepada segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia. Kesenian itu adalah unik yang wujud dalam setiap jiwa manusia. Ini kerana menurut buku Seni Lagu al-Quran di Malaysia, tulisan Muhd Ali bin Abu Bakar ada menyebut bahawa seni itu adalah merupakan salah satu bahagian daripada naluri yang lahir dari jiwa atau rohani manusia. Tambahnya lagi, manusia dapat menciptakan sesuatu kerana kemahuan, dan kemahuan itu timbul kerana adanya daya paduan antara rasa rohaniah manusia itu dengan akal fikiran. Ini bertepatan dengan bidang ilmu jiwa yang membahagikan rasa dalam dua bahagian, iaitu rasa indera dan rasa rohani. Adapun rasa rohani itu pula terkandung di dalamnya beberapa aspek seperti rasa agama, etika, estetika, intelek, sosial dan rasa diri sendiri. Melalui konsep rasa sebagaimana dinukilkan dalam ilmu jiwa di atas, kita dapati bahawa jiwa manusia itu sendiri dihiasi dengan unsur seni. Ini kerana di dalam jiwa itu terdapat sifat-sifat atau rasa senang dan terharu terhadap sesuatu yang indah. Hal ini sudah menjadi naluri (gharizah) yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Ini sejajar dengan firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran 3:14;       t⎦⎫ÏΖt6ø9$#uρ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# š∅ÏΒ ÏN≡uθy㤱9$# =ãm Ĩ$¨Ζ=Ï9 z⎯Îiƒã— ÏπÒÏø9$#uρ É=yδ©%!$# š∅ÏΒ ÍοtsÜΖs)ßϑø9$# ÎÏÜ≈oΨs)ø9$#uρ ßì≈tFtΒ šÏ9≡sŒ 3 Ï^öysø9$#uρ ÉΟ≈yè÷ΡF{$#uρ ÏπtΒ§θ|¡ßϑø9$# È≅ø‹y‚ø9$#uρ ∩⊇⊆∪ É>$t↔yϑø9$# Ú∅ó¡ãm …çνy‰ΨÏã ª!$#uρ ( $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θu‹ysø9$#    
  • 3. TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT 29 Maksudnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang- binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Imam Muslim ada meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w;     ‫ﻋﻦ ﻋَﺒْﺪ ﺍﻟ ﱠﻪ ﺑْﻦ ﻣَﺴْ ُﻮﺩ ﺭﺿﻲ ﺍﻟ ﱠﻪ ﻋﻨ ُ ﻋﻦ‬ ْ َ ‫ﻌ َ ِ َ ﻠ َ ْﻪ‬ ‫ﻠ‬ َْ ‫ﻞ‬ ‫ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻَ ﱠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻗﹶﺎﻝ: ﹺﺇﻥ ﺍﻟ ﱠﻪ ﺟَﻤِﻴ ﹲ‬ ‫ﱠﹺ ﱢ ﻠ ﱠ ُ َ ﹶ ْ ِ ﹶ ﱠ ﻠ‬ ‫ُﻳﺤﺐ ﺍﹾﻟﺠﻤَﺎﻝ‬ ‫ِ ﱡ َ ﹶ‬     Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Mas`ud r.a daripada Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan suka kepada perkara-perkara yang cantik (indah). Hadis ini pada dasarnya menunjukkan sesuatu yang indah itu disukai oleh Allah s.w.t kerana Dia sahaja yang layak berdiri dengan zat yang Maha Indah. Justeru, rasionalnya setiap yang indah itu pasti akan menyukai perkara indah-indah belaka. Oleh sebab itu, Islam telah menggariskan beberapa kategori yang dijadikan sebagai kayu pengukur dalam menentukan keharusan atau sebaliknya sesuatu karya seni itu. Kategori utama yang perlu ada pada seni atau karya seni itu ialah mestilah baik dari pelbagai aspek. Antaranya ialah bukan bertujuan untuk merosakkan budi pekerti yang mulia serta tidak melalaikan orang daripada beribadat dan mengingati Allah. Namun jika perkara sebaliknya berlaku, maka sesuatu seni atau sesebuah karya seni tersebut sekaligus ditolak bahkan haram untuk diamalkan lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan seni suara yang digunakan untuk membaca al-Quran. Menurut Ibnu Hajar al-Haythami dalam kitabnya, Kaff al-RiÊaÊ al-Muharramat al-SamaÊ, kesengajaan membaca al-Quran secara seni suara (berlagu) dengan menambahkan huruf atau menguranginya untuk memperelokkan dan memperhiaskannya adalah fasiq. Bahkan menurut fatwa
  • 4. 30 TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT Imam al-Nawawi mengenai golongan yang membaca al-Quran dengan berlagu yang buruk serta banyak perubahannya, maka hukumnya adalah haram menurut ijmaÊ para ulamaÊ.    2.1.1 Seni Suara: Definisi, Alat dan Sifat-sifatnya Suara merupakan salah satu nikmat Allah s.w.t yang berfungsi sebagai alat komunikasi sesama manusia. Ia boleh didefinisikan sebagai suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu. Seni suara jika dipelajari akan mendatangkan banyak manfaat lebih-lebih lagi dalam memperdengarkan bacaan al-Quran. Dalam hal ini, Islam menggalakkan umatnya membaca ayat suci al-Quran dengan suara yang lunak sehingga dapat memberi kesan kepada hati si pembaca mahupun orang yang mendengarnya. Kaedah ini dikenali sebagai memperelokkan suara atau tahsin al-sout. Ini sejajar dengan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al-NasaÊi dalam Sunannya, bab ÂMenghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suaraÊ:       ‫ﻋﻦ ﺍﹾﻟﺒﺮَﺍﺀ ﻗﹶﺎﻝ: ﻗﹶﺎﻝ ﺭ ُﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻَ ﱠﻰ ﺍﻟﻠﻪ‬ ُ ‫َ ْ َ ِ ﹶ ﹶ َﺳ ﹸ ﱠ ِ ﻠ ﱠ‬ ‫ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺯَﱢﻳُﻮﺍ ﺍﹾﻟﻘﺮْﺁﻥ ﹺﺑﺄﺻﻮَﺍِﺗﻜﻢ‬ ْ ‫َﹶْ ِ َ َﱠ َ ﻨ ﹸ ﹶ ﹶ ْ ﹸ‬     Maksudnya: Daripada al-BarraÊ berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Hiasilah bacaan al-Quran dengan kelunakan suaramu. Apabila sesuatu seni itu membawa manfaat kepada manusia khususnya seni suara dengan mempraktikkannya dalam membaca al-Quran, maka memperindahkan dan menghiasinya dengan melunakkan bacaan dan mengelak dari sebarang kesalahan tajwid dibenarkan oleh Islam. Oleh sebab itu, kaedah seni bacaan al-Quran ditentukan melalui seni suara. Manakala seni suara itu pula tidak dapat dipisahkan dengan seni berlagu (tarannum).
  • 5. TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT 31 Adapun suara manusia adalah merupakan anugerah yang istimewa kerana ia boleh diproses, dilatih dan disesuaikan mengikut apa yang dihajati. Contohnya, suara manusia boleh mengikut suara pelbagai jenis suara haiwan, pelbagai jenis bunyi alat muzik dan pelbagai jenis gaya pertuturan (loghat). Dalam konteks proses penghasilan suara, alat memproses suara dikenali sebagai paru-paru. Ia merupakan organ pernafasan yang mengandungi udara apabila disedut dan kemudian dihembus keluar melalui halkum, mulut dan hidung. Sila rujuk Jadual 2.1. Jadual 2.1: Halkum, Mulut dan Hidung Bil. Alat Catatan 1. HALKUM Iaitu alat salur suara 2. MULUT Iaitu corong bawah 3. HIDUNG Iaitu corong atas Dalam konteks mengenali sifat-sifat suara pula, ia boleh dibahagikan kepada empat kategori seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.2 berikut. Jadual 2.2: Kategori Suara   Bil. Sifat Catatan Ia mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, 1. SUARA TERBAIK rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang, lantang dan tajam. Ia mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada, 2. SUARA BAIK sederhana, rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang dan lantang. Ia mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada, SUARA KURANG 3. tinggi, kecil, lembut, manis, licin, bersih, terang dan BAIK tajam. Ia mempunyai sifat-sifat sumbang, nipis, lembab, lemah, SUARA TIDAK 4. keras, serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam, BAIK tersepit, terputus, tercekik dan sebagainya.   Adapun kategori pertama, kedua dan ketiga adalah merupakan kategori suara yang istimewa dan mudah untuk mempelajari tarannum al-Quran. Manakala, kategori keempat pula dikira sebagai suara yang bermasalah dan sukar untuk bertarannum. Jika diasah dan diperbaiki mutu suara kategori terakhir ini, ia akan mengambil masa dan latihan yang agak lama sebelum berupaya untuk bertarannum.
  • 6. 32 TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT 2.1.2 Kepentingan Suara dalam Membaca al-Quran Suara merupakan salah satu anugerah Allah s.w.t yang dikurniakan kepada manusia. Kepentingan suara dalam kehidupan manusia membolehkan segala aktiviti komunikasi dan muamalat berjalan dengan lancar. Seni suara jika diteliti dari sudut hukum asalnya adalah harus. Ini kerana ia adalah fitrah manusia yang sukakan keindahan dan hiburan. Keharusannya akan berubah dan bertukar menjadi makruh atau lebih buruk lagi iaitu haram jika didapati ianya melanggar batas-batas syaraÊ. Para fuqaha' yang terdahulu, antaranya Imam al-Ghazali dalam kitabnya, al- Sima' min Ihya' dan juga pendapat bekas Shaykh al-Azhar, Mahmud Shaltut dan edisi fatwanya, al-Fatawa Shaltut, merumuskan bahawa: (a) Seni muzik dan seni suara adalah sama hukumnya dengan memenuhi keperluan pancaindera yang lain seperti makanan yang lazat dan pemandangan yang indah. (b) Islam menetapkan kesederhanaan dalam semua aspek termasuk menghayati seni musik dan seni suara. (c) Fuqaha' terdahulu telah membenarkan seni muzik dan seni suara bila ada tujuan yang sesuai dan munasabah dan menegahnya bila ada unsur luaran yang tidak berlandaskan Islam. (d) Seni muzik dan suara semuanya tertakluk di bawah kelulusan Ilahi yang bersifat umum. Dalam konteks suara dan kepentingannya ke arah amal kebajikan khususnya dalam membaca al-Quran, perkara ini tidak dapat disangkal lagi keharusannya bahkan Islam amat menggalakkan penganutnya memperdengarkan bacaan al- Quran dengan lunak dan indah. Oleh itu, membaca al-Quran diberikan prioriti yang utama dalam Islam bahkan ganjarannya juga digandakan. Namun kita dituntut supaya membaca al-Quran mengikut tajwidnya yang betul dan dengan suara yang baik. Adapun bacaan yang berlagu yang sedap didengar tapi melanggar batas-batas tajwid dan bacaan secara tartil, maka perbuatan ini boleh mendatangkan dosa di mana bacaan tersebut telah merosak dan mungkin akan menambah atau mengurangkan huruf-huruf al-Quran serta dianggap suatu amal bidÊah.
  • 7. TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT 33 2.1.3 Peranan Suara dalam Bacaan al-Quran Pakar tarannum telah menggariskan beberapa peranan suara dalam bacaan al- Quran yang selari dengan bidang tajwid, tartil dan tarannum. Perkara ini dijelaskan dalam Jadual 2.3. Jadual 2.3: Peranan Suara dalam Bacaan al-Quran Bil. Peranan Suara Catatan 1. Menentukan bunyi sesuatu huruf atau Iaitu menerusi alat-alat pertuturan kalimah al-Quran dengan tetap. yang tertentu seperti Halqi, Lisani dan Shafawi. 2. Menentukan bunyi sifat-sifat huruf Iaitu menerusi alat-alat pembesaran mengikut lahjah yang dikehendaki. dan penyuburan suara seperti Halqum, Khayshum dan Jawf. 3. Menentukan tekanan bunyi yang Iaitu menerusi saluran udara dan menarik seperti lembut, keras, halus, pernafasan yang tertentu. kasar dan licin. 4. Menentukan peningkatan (Tabaqah) Iaitu menerusi alat proses suara seperti rendah, sederhana, tinggi dan tertinggi. dada, tekak, rongga hidung dan rongga otak. 5. Menentukan nada dan irama (lagu) yang Iaitu menerusi proses penyusunan tertentu. perkara-perkara di atas dengan teknik- teknik yang tertentu.       AKTIVITI 2.2     Dengan merujuk buku QawaÊid Tarannum karangan Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail, bincangkan proses kemanisan suara.   2.2 KELUNAKAN SUARA 2.2.1 Tabaqah Suara Tingkatan suara atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Tabaqat adalah merupakan salah satu seni dalam bidang tarannum al-Quran. Kebiasaannya, tingkatan suara ini digunakan dalam empat paras sahaja, seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.4.
  • 8. 34 TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT Jadual 2.4: Paras Tingkatan Suara atau Tabaqah Bil. Tabaqah Suara Catatan 1. QARAR Ianya berfungsi di dada. 2. NAWA Ianya berfungsi pada tekak. 3. JAWAB Ianya berfungsi pada rongga hidung. 4. JAWAB AL-JAWAB Ianya berfungsi pada rongga otak. Dalam proses mengenalinya, anda boleh mempelajari sistem proses nada iaitu DO-RE-MI-FA-SO-LA-TI-DO. Sistem proses nada ini berlaku pada tiap-tiap tabaqah yang disebutkan tadi.   2.2.2 Burdah Suara dan Peranannya Burdah bererti bunga suara dan lenggoknya. Suara yang mempunyai alunan burdah akan lebih menarik dan sedap didengar. Umumnya, burdah itu terbahagi kepada dua bahagian, seperti yang dapat kita lihat dalam Jadual 2.5. Jadual 2.5: Bahagian Burdah Bil. Burdah Suara Catatan Iaitu suara yang hidup dan mempunyai getaran yang 1. BURDAH ASLI semulajadi. Iaitu bunga-bunga suara yang sengaja digubah dan 2. BURDAH SINA`I disusun rapi mengikut kehendak jenis tarannum yang diperdengarkan. Peranan burdah suara adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.6 berikut.   Jadual 2.6: Peranan Burdah Suara Bil. Jenis Burdah Peranannya 1. Kasar dan Jarang Bertujuan untuk menghidupkan persembahan. 2. Kecil dan Rapat-rapat Bertujuan untuk mencantikkan persembahan. 3. Lembut dan Bersih Bertujuan untuk melahirkan seni persembahan. 4. Keras dan Tegas Bertujuan untuk menyemarakkan persembahan.    
  • 9. TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT 35 2.2.3 Suara dan Lahjah Arab Istilah Lahjah bererti loghat dalam bahasa Arab, iaitu gaya bunyi suara yang berbudaya Arab seperti Lahjah Quraysh, Huzayl, Tamim, Thaqif, Hawazin, Kinanah dan al-Yaman. al-Imam al-Bayhaqi dan al-Imam Mahmud al-Alusi berpendapat bahawa al- Quran tidak terkeluar daripada tujuh bahasa yang paling fasih dalam bahasa Arab di kalangan bangsa Arab. Walaubagaimanapun ini bukanlah bererti setiap kalimah dalam al-Quran menggunakan tujuh bahasa tersebut. Sebaliknya, ketujuh-tujuh bahasa tersebut tersebar di perbagai tempat di dalam al-Quran. Di antara ciri-ciri suara yang berlahjah Arab adalah seperti berikut: (a) Kemanisan dan kebasahan suara. (b) Gema suara yang meninggi ke arah Khayshum. (c) Kelembutan bunyi yang berbudaya kearaban. (d) Pergerakan suara di samping burdah yang berbudaya kearaban.   AKTIVITI 2.3       Antara ciri keindahan suara ialah Ikhtilal al-Lahn. Bincangkan aspek ini   dalam kumpulan anda.     2.3 LATIHAN SUARA   Manusia dianugerahkan Allah s.w.t dengan nikmat suara yang istimewa berbeza dengan makhlukNya yang lain. Suara manusia adalah satu getaran bunyi yang unik. Ini kerana ia boleh diproses, dilatih dan dipelajari serta disesuaikan mengikut getaran bunyi yang diinginkan. Sebagai contoh, suara manusia mampu meniru pelbagai jenis gaya suara atau bunyi haiwan, muzik dan pertuturan bahasa dan loghat sesama manusia. Getaran bunyi yang dihasilkan oleh manusia juga perlu dikendalikan dengan baik untuk mencapai tahap kelunakan dan keindahan yang memukau dan menarik diperdengarkan. Latihan suara manusia ini boleh mengubah dari tahap suara biasa kepada tahap yang terbaik.  
  • 10. 36 TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT 2.3.1 Cara Memelihara Kualiti Suara Dalam proses menjaga kualiti suara, khususnya dalam bidang tarannum, beberapa aspek perlu dititik beratkan. Ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 2.7. Jadual 2.7: Cara Memelihara Kualiti Suara   Bil. Kualiti Suara Catatan 1. Menjaga Dengan cara menjaga aspek pemakanan yang seimbang Kesihatan Fizikal dan bersukan atau bersenam. 2. Menjaga Dengan cara menjauhkan makanan yang terlampau pedas, Kesihatan Suara kelat, bergetah, berminyak dan yang boleh membawa kesan berubahnya suhu badan. Dari segi minuman pula, elakkan minum air yang terlalu panas dan jauhkan dari merokok. 3. Banyakkan Dengan cara melazimi memakan buah-buahan dan sayuran Memakan Buahan yang berzat. dan Sayuran 4. Banyakkan Dengan cara melazimi minum air panas suam atau air sejuk Minum Air tanpa ais. Amalkan cara ini sehingga melebihi 5 liter sehari.   2.3.2 Cara Melatih Suara Beberapa kaedah latihan dicadangkan dalam melatih suara, antaranya disebutkan dalam Jadual 2.8. Jadual 2.8: Kaedah Melatih Suara Bil. Kaedah Melatih Suara 1. Latihan suara dalam Harakah supaya dapat memantapkan Maqam. 2. Lataihan suara dengan cara membentuk Tabaqah. 3. Latihan suara dengan cara sebutan Lahjah Arab. 4. Latihan suara dengan cara Sulalam Nuzul dan Sulalam Su`ud. 5. Latihan suara untuk menghidupkan Ikhtilal al-Lahn. 6. Latihan suara dengan membawa Burdah. 7. Latihan suara untuk mendapatkan Jawab al-Jawab. 8. Latihan suara dengan menggunakan Qit`ah dan Mahattah. 9. Latihan suara secara menyumbang Tabaqah. 10. Latihan suara dalam Fasohah dengan Lahjah Arab. 11. Latihan suara secara memainkan lagu di dalam persembahan. 12. Latihan suara untuk melembutkan nada suara di dalam bacaan. 13. Latihan suara untuk menyampaikan kepada tahap yang dikehendaki.
  • 11. TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT 37 2.3.3 Latihan Pernafasan Sistem pernafasan manusia berkait rapat dengan sistem paru-paru di mana ia berfungsi secara automatik. Sistem ini akan bertambah kuat bekerja apabila aktiviti gerak berlaku seperti berlari, berjalan, naik tangga dan sebagainya. Ia kembali normal apabila seseorang itu berada dalam kedaan rehat atau tidur. Ketika seseorang menarik nafas, paru-paru akan mengembang dan apabila nafas dilepaskan paru-paru akan mengecil. Semuanya berlaku secara automatik. Dalam proses latihan penafasan, teknik mengawal pernafasan merupakan aspek yang penting dalam melatih seseorang melagukan khususnya dalam bacaan al- Quran dengan nafas yang panjang dan lebih selesa. Ini bertujuan untuk mengalunkan harakah-harakah tarannum dengan lebih sempurna dan menarik di samping waqaf ibtidaÊ yang lebih tepat. Di antara kaedah latihan memanjangkan nafas yang dianjurkan adalah seperti Jadual 2.9 berikut. Jadual 2.9: Kaedah Latihan Memanjangkan Nafas Bil. Sistem Latihan Memanjangkan Nafas 1. Tegakkan kedudukan badan di dalam keadaan bersedia. 2. Tarik nafas panjang-panjang kemudian kumpulkannya di bahagian perut. Lepaskan nafas perlahan-lahan tanpa suara dan beransur-ansur serta 3. lakukannya berulang kali. Lepaskan nafas perlahan-lahan dengan bersuara secara beransur-ansur dan 4. terkawal serta lakukannya berulang kali. Lepaskan nafas di samping menyebut beberapa patah kalimah dalam 5. keadaan terkawal serta lakukannya berulang kali. Lepaskan nafas di samping membaca bacaan ayat-ayat atau surah-surah yang 6. panjang dalam satu nafas dalam keadaan terkawal serta lakukannya berulang kali.       SEMAK KENDIRI 2.1   1. Terangkan definisi suara, peranan dan kepentingannya khususnya dalam   bacaan al-Quran.  2. Apakah yang dimaksudkan dengan Tabaqah, Burdah dan Lahjah Arab?  3. Huraikan konsep latihan suara secara ringkas.        
  • 12. 38 TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT     • Seni tahsin al-sout merupakan salah satu cabang dalam kesenian Islam yang menjurus kepada bidang seni membaca al-Quran dengan suara yang lunak. • Seni juga adalah merupakan salah satu bahagian daripada naluri semulajadi yang lahir dari jiwa atau rohani manusia. • Islam menggalakkan umatnya membaca ayat suci al-Quran dengan suara yang lunak sehingga dapat memberi kesan kepada hati si pembaca mahupun orang yang mendengarnya. • Kesenian Islam dikatakan mula berkembang sejak zaman Nabi Daud a.s dan puteranya Nabi Sulaiman a.s. • Menurut fatwa Imam al-Nawawi mengenai golongan yang membaca al- Quran dengan berlagu yang buruk serta banyak perubahannya, maka hukumnya adalah haram menurut ijmak para ulamaÊ. • Peranan suara dalam bacaan al-Quran adalah selari dengan bidang tajwid, tartil dan tarannum. Di antaranya ialah menentukan bunyi, tekanan dan peningkatannya. • Di antara ciri-ciri suara yang berlahjah Arab adalah kemanisan dan kebasahan suara, gema suara yang meninggi ke arah Khayshum, kelembutan bunyi yang berbudaya kearaban dan pergerakan suara di samping burdah yang berbudaya kearaban. • Latihan suara manusia ini boleh mengubah suara dari tahap suara biasa ke tahap yang terbaik. • Dalam proses latihan pernafasan, teknik mengawal pernafasan merupakan aspek yang penting dalam melatih seseorang melagukan, khususnya dalam bacaan al-Quran dengan nafas yang panjang dan lebih selesa.                
  • 13. TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT 39   KATA KUNCI Burdah Lunak Kelunakan Suara Menambah Huruf Kualiti Suara Seni Suara Lahjah Arab Seni Suara Latihan Pernafasan Tabaqah Latihan Suara Tahsin al-Sout         Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid. Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah. Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al- Risalah. MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Studi ilmu-ilmu QurÊan (terj. Drs. Mudzakkir AS.). Jakarta: Litera AntarNusa. Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran. Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah. Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf. Qahirah: Dar al-IÊtisam. Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Nik Jaafar bin Nik Ismail.(1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-QurÊan. Dimashq: Dar al-Qalam.