ATV Kampung Jeliang, Manong, Kuala Kangsar, Perak
Kuala Kangsar, Perak adalah antara sepuluh (10) daerah yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan, iaitu sebuah negeri
beraja yang mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri. Jika anda membuat carian “google” berkaitan daerah Kuala
Kangsar ini, anda akan dapati banyak maklumat bercetak, bahan grafik atau imej menarik yang telah dikongsikan oleh
penulis-penulis terdahulu. Namun, pengisisan dalam ruangan ini akan memberikan tumpuan secara khusus mengenai kawasan-
kawasan atau tempat rekreasi tambahan yang boleh dilawati dan sekaligus anda boleh menikmati pengalaman sebenar di
tempat-tempat tersebut. Kawasan yang dimaksudkan adalah sekitar jalan dari Kuala Kangsar menuju ke Kampung Ulu Kenas
sehingga membawa ke Pekan Manong, Kuala Kangsar. Setiap kawasan atau kampung-kampung Melayu tersebut sebenarnya
mempunyai cerita mitos tersendiri. Anda boleh mengunjungi kampung-kampung tersebut untuk mengetahui mitos tersebut
daripada penduduk kampung yang peramah dan mudah mesra. Dalam ruangan ini, saya ingin membawa anda untuk
meneroka beberapa tempat menarik dan juga aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di tempat-tempat tersebut.  Untuk sampai
ke destinasi yang dimaksudkan ini, saya lampirkan di sini beberapa imej yang berkaitan.  Sama ada anda datang dari arah
selatan mahupun arah utara, anda boleh keluar dari jalan lebuh raya utara selatan di persimpangan jalan keluar menuju ke
Kuala Kangsar.
Apabila anda telah menyusuri jalan masuk ke Kuala Kangsar, lebih kurang 500 meter hingga 1 kilometer anda akan
menemui beberapa deretan kedai runcit, kedai makanan serta bangunan di sekitar kawasan tersebut.  Di sini, anda boleh
merasai pelbagai jenis makanan dan masakan orang Perak yang terdapat di kawasan sekitar. Antara tempat-tempat yang
boleh dicadangkan untuk anda singgah adalah kawasan bersebelahan hentian keretapi Tanah Melayu (KTM) dan sekitar
kawasan lembah Kuala Kangsar.  Anda boleh memilih jenis masakan yang disukai mengikut selera masing-masing. Selain itu,
anda boleh membeli-belah barangan tertentu di sekitar kawasan lembah tersebut. Di daerah Kuala Kangsar ini juga terdapat
beberapa buah hotel, resort dan rumah penginapan bagi pelawat-pelawat yang ingin bermalam. Tempat-tempat tersebut
terletak berhampiran dengan kedai-kedai makan dan sebagainya. Anda perlu mencari tempat penginapan yang benar-benar
memenuhi citarasa kerana tempat tersebut terletak berhampiran antara satu sama lain. elain melancong dan bersiar-siar di
Bandar Diraja Kuala Kangsar, anda boleh melakukan aktiviti lasak sambil menikmati pemandangan dan pengalaman menarik
di sekitar kawasan kampung dalam daerah Kuala Kangsar ini. Antaranya, pengalaman menunggang motor ATV di jalan-
jalan pinggir hutan di Kampung Jeliang, Manong.
Bagi pelawat yang masih belum pernah sampai ke kawasan ini, anda boleh mengikuti panduan arah jalan yang akan
dinyatakan di bawah. Dari Kuala Kangsar, anda boleh mengambil jalan menuju ke Manong. Bagi yang biasa menggunakan
jalan ini, sebenarnya jalan ini juga merupakan jalan lama untuk pergi ke Lumut / Pangkor. Jarak dari Kuala Kangsar ke
destinasi Kampung Jeliang ialah lebih kurang 20 kilometer atau mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit. Setelah
keluar dari Kuala Kangsar menuju ke destinasi, anda akan menemui beberapa kawasan perkampungan kecil, iaitu Kampung
Baharu Jerlun, Kampung Ketior, Kampung Ulu Kenas, Kampung Lempor, Kampung Jalan Badak dan Kampung Jeliang.
Dalam perjalanan tersebut, anda boleh berhenti rehat di beberapa kawasan rekreasi pilihan masyarakat setempat. Antaranya,
Lata Ulu Kenas yang agak terkenal sebagai tempat rekreasi, kem bina insan, dan sebagainya.
Jika anda ingin terus sampai ke destinasi untuk menunggang motosikal yang dimaksudkan, anda terus sahaja menuju ke
Kampung Jeliang. Kampung ini terletak selepas Kampung Jalan Badak. Apabila anda tiba di kawasan tersebut, anda boleh
melihat sebuah masjid di sebelah kanan dan Sekolah Kebangsaan Jeliang di sebelah kiri. Dari sini anda boleh menghubungi
orang yang boleh membantu anda dan menguruskan perkhidmatan motosikal ATV tersebut. Di kawasan sekitar Kampung
Jeliang ini juga terdapat beberapa kawasan rekreasi atau lata untuk mandi-manda, berkelah dan sebagainya.
Bagi sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman ini, anda boleh melayari laman facebook berikut untuk
mendapatkan maklumat lanjut dan orang yang boleh dihubungi ;
https://m.facebook.com/ATV-Manong-741258062560017/?ref=m_notif&notif_t=fbpage_fan_invite&actorid=1568445940
Selamat Bercuti dan Selamat Berekreasi !
ATV Kampung Jeliang, Manong, Kuala Kangsar, Perak
#ATV MANONG
#ATV MANONG

More Related Content

PPT
Persembahan boneka yang berkesan sebagai medium promosi
PPTX
Nadwah boneka
DOC
Pelaporan Program SISC 2013
DOC
Lnpt2015 rujukan guru6
PPT
Wordmaze kem membaca2015
PPT
Sampel jwpan bhgian a, b dan c
PPT
Latihan Topikal Bahasa Melayu UPSR SJK set11
PPT
Sampel membina rangka jawapan murid #5
Persembahan boneka yang berkesan sebagai medium promosi
Nadwah boneka
Pelaporan Program SISC 2013
Lnpt2015 rujukan guru6
Wordmaze kem membaca2015
Sampel jwpan bhgian a, b dan c
Latihan Topikal Bahasa Melayu UPSR SJK set11
Sampel membina rangka jawapan murid #5

Viewers also liked (10)

PPT
Prestasi bm sjkcgr2001to2014
PPT
Teka silang kata kem membaca2015
PPT
Cerita yang meninggalkan kesan dalam persembahan boneka oleh khairul anwar ma...
DOC
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 5
PPT
Teka silang kata2015
DOC
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 4
DOC
Rph 5.1.2016 hari Selasa
DOC
peta i-think sampel template #2
DOC
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Prestasi bm sjkcgr2001to2014
Teka silang kata kem membaca2015
Cerita yang meninggalkan kesan dalam persembahan boneka oleh khairul anwar ma...
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 5
Teka silang kata2015
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 4
Rph 5.1.2016 hari Selasa
peta i-think sampel template #2
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Ad

More from CIKGU A.J.ZAMRI MZ@KPM MALAYSIA (20)

PPT
Prestasi upsr smi 2010 hingga semasa
DOC
Prestasi UPSR SMI 2010 hingga semasa
PPT
Pelaporan prestasi murid thn 1 hingga 5 dalam pat 2017
PPT
Pelaporan prestasi murid thn 1 hingga 6 dalam ppt 2017
DOC
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa malaysia kssr tahun 6
DOC
Sampel rpt tahun 4 edited vers 4mggu 1page
DOC
Sampel rpt tahun 5 edited vers 4mggu 1page
DOC
RPT Bahasa Malaysia SJKC Tahun 5 slideshare
DOC
RPT Bahasa Malaysia SJKC Tahun 4 slideshare
DOC
Matlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapan
DOC
Lnpt2015 rujukan guru5
DOC
Lnpt2015 rujukan guru4
DOC
Lnpt2015 rujukan guru3
DOC
Lnpt2015 rujukan guru2
DOC
Lnpt2015 rujukan guru
DOC
Jawapan murid kritikal upsr2015
DOC
Template sampel ithink a4 english
DOC
peta i-think2014 sampel template
DOC
Pernyataan data kssr thn4
DOC
Data tahap penguasaan murid thn4 2014
Prestasi upsr smi 2010 hingga semasa
Prestasi UPSR SMI 2010 hingga semasa
Pelaporan prestasi murid thn 1 hingga 5 dalam pat 2017
Pelaporan prestasi murid thn 1 hingga 6 dalam ppt 2017
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa malaysia kssr tahun 6
Sampel rpt tahun 4 edited vers 4mggu 1page
Sampel rpt tahun 5 edited vers 4mggu 1page
RPT Bahasa Malaysia SJKC Tahun 5 slideshare
RPT Bahasa Malaysia SJKC Tahun 4 slideshare
Matlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapan
Lnpt2015 rujukan guru5
Lnpt2015 rujukan guru4
Lnpt2015 rujukan guru3
Lnpt2015 rujukan guru2
Lnpt2015 rujukan guru
Jawapan murid kritikal upsr2015
Template sampel ithink a4 english
peta i-think2014 sampel template
Pernyataan data kssr thn4
Data tahap penguasaan murid thn4 2014
Ad

ATV Kampung Jeliang, Manong, Kuala Kangsar, Perak

  • 2. Kuala Kangsar, Perak adalah antara sepuluh (10) daerah yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan, iaitu sebuah negeri beraja yang mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri. Jika anda membuat carian “google” berkaitan daerah Kuala Kangsar ini, anda akan dapati banyak maklumat bercetak, bahan grafik atau imej menarik yang telah dikongsikan oleh penulis-penulis terdahulu. Namun, pengisisan dalam ruangan ini akan memberikan tumpuan secara khusus mengenai kawasan- kawasan atau tempat rekreasi tambahan yang boleh dilawati dan sekaligus anda boleh menikmati pengalaman sebenar di tempat-tempat tersebut. Kawasan yang dimaksudkan adalah sekitar jalan dari Kuala Kangsar menuju ke Kampung Ulu Kenas sehingga membawa ke Pekan Manong, Kuala Kangsar. Setiap kawasan atau kampung-kampung Melayu tersebut sebenarnya mempunyai cerita mitos tersendiri. Anda boleh mengunjungi kampung-kampung tersebut untuk mengetahui mitos tersebut daripada penduduk kampung yang peramah dan mudah mesra. Dalam ruangan ini, saya ingin membawa anda untuk meneroka beberapa tempat menarik dan juga aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di tempat-tempat tersebut.  Untuk sampai ke destinasi yang dimaksudkan ini, saya lampirkan di sini beberapa imej yang berkaitan.  Sama ada anda datang dari arah selatan mahupun arah utara, anda boleh keluar dari jalan lebuh raya utara selatan di persimpangan jalan keluar menuju ke Kuala Kangsar. Apabila anda telah menyusuri jalan masuk ke Kuala Kangsar, lebih kurang 500 meter hingga 1 kilometer anda akan menemui beberapa deretan kedai runcit, kedai makanan serta bangunan di sekitar kawasan tersebut.  Di sini, anda boleh merasai pelbagai jenis makanan dan masakan orang Perak yang terdapat di kawasan sekitar. Antara tempat-tempat yang boleh dicadangkan untuk anda singgah adalah kawasan bersebelahan hentian keretapi Tanah Melayu (KTM) dan sekitar kawasan lembah Kuala Kangsar.  Anda boleh memilih jenis masakan yang disukai mengikut selera masing-masing. Selain itu, anda boleh membeli-belah barangan tertentu di sekitar kawasan lembah tersebut. Di daerah Kuala Kangsar ini juga terdapat beberapa buah hotel, resort dan rumah penginapan bagi pelawat-pelawat yang ingin bermalam. Tempat-tempat tersebut terletak berhampiran dengan kedai-kedai makan dan sebagainya. Anda perlu mencari tempat penginapan yang benar-benar memenuhi citarasa kerana tempat tersebut terletak berhampiran antara satu sama lain. elain melancong dan bersiar-siar di Bandar Diraja Kuala Kangsar, anda boleh melakukan aktiviti lasak sambil menikmati pemandangan dan pengalaman menarik di sekitar kawasan kampung dalam daerah Kuala Kangsar ini. Antaranya, pengalaman menunggang motor ATV di jalan- jalan pinggir hutan di Kampung Jeliang, Manong. Bagi pelawat yang masih belum pernah sampai ke kawasan ini, anda boleh mengikuti panduan arah jalan yang akan dinyatakan di bawah. Dari Kuala Kangsar, anda boleh mengambil jalan menuju ke Manong. Bagi yang biasa menggunakan jalan ini, sebenarnya jalan ini juga merupakan jalan lama untuk pergi ke Lumut / Pangkor. Jarak dari Kuala Kangsar ke destinasi Kampung Jeliang ialah lebih kurang 20 kilometer atau mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit. Setelah keluar dari Kuala Kangsar menuju ke destinasi, anda akan menemui beberapa kawasan perkampungan kecil, iaitu Kampung Baharu Jerlun, Kampung Ketior, Kampung Ulu Kenas, Kampung Lempor, Kampung Jalan Badak dan Kampung Jeliang. Dalam perjalanan tersebut, anda boleh berhenti rehat di beberapa kawasan rekreasi pilihan masyarakat setempat. Antaranya, Lata Ulu Kenas yang agak terkenal sebagai tempat rekreasi, kem bina insan, dan sebagainya. Jika anda ingin terus sampai ke destinasi untuk menunggang motosikal yang dimaksudkan, anda terus sahaja menuju ke Kampung Jeliang. Kampung ini terletak selepas Kampung Jalan Badak. Apabila anda tiba di kawasan tersebut, anda boleh melihat sebuah masjid di sebelah kanan dan Sekolah Kebangsaan Jeliang di sebelah kiri. Dari sini anda boleh menghubungi orang yang boleh membantu anda dan menguruskan perkhidmatan motosikal ATV tersebut. Di kawasan sekitar Kampung Jeliang ini juga terdapat beberapa kawasan rekreasi atau lata untuk mandi-manda, berkelah dan sebagainya. Bagi sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman ini, anda boleh melayari laman facebook berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan orang yang boleh dihubungi ; https://m.facebook.com/ATV-Manong-741258062560017/?ref=m_notif&notif_t=fbpage_fan_invite&actorid=1568445940 Selamat Bercuti dan Selamat Berekreasi !