SlideShare a Scribd company logo
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                              J3009/ 6/1




  UNIT 6



     DAYA RICIH DAN MOMEN
             LENTUR


                     OBJEKTIF


Objektif am     : Mempelajari dan memahami jenis-jenis
                  rasuk, jenis-jenis beban dan syarat-syarat
                  keseimbangan daya.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :-

    memahami definisi rasuk

    menyenaraikan jenis-jenis rasuk dan dapat melakarkan
     bentuknya

    mengenal pasti jenis-jenis beban

    memahami persamaan tindak balas daya untuk
     keseimbangan
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                                   J3009/ 6/2




6.0   PENGENALAN

      Anggota struktur yang direka bentuk bagi merintangi daya yang bertindak secara
      sisi terhadap paksinya dipanggil rasuk. Rasuk adalah satu bar atau batang yang
      membawa beban seperti yang digunakan di dalam struktur, bangunan, jambatan,
      mesin dan lain-lain. Rasuk berbeza dari bar di dalam tegangan dan mampatan
      kerana arah beban yang bertindak ke atasnya. Dalam mampatan bar ditindakkan
      kepada beban yang terarah sepanjang paksi dan dalam kilasan bar ditindakkan
      kepada kilasan yang mempunyai vektor-vektor di sepanjang paksinya. Sebaliknya,
      beban yang bertindak di atas rasuk terarah normal kepada paksi. Apabila beban
      dikenakan, rasuk itu akan menghasilkan momen lentur yang mengakibatkan rasuk
      itu melentur serta daya ricih yang cuba mericihkan keratan rentas rasuk.

      Dalam merekabentuk sesuatu rasuk, menentukan bentuk yang sesuai dari segi
      keselamatan dan juga ekonomi adalah penting. Dalam bab ini jenis-jenis rasuk yang
      mengufuk dan beban yang bertindak dalam satah menegak sahaja yang akan dikaji.



6.1   JENIS-JENIS RASUK

      Dalam bab ini kita hanya mempertimbangkan jenis-jenis rasuk mudah sahaja iaitu:

      i.      Rasuk disangga mudah
      ii.     Rasuk julur


      6.1.1   Rasuk disangga mudah

              Rasuk jenis ini, Rajah 6.1 disokong oleh pin pada satu hujung dan di hujung
              yang satu lagi oleh pengguling. Ciri terpenting sokongan pin ialah
              menghalang rasuk tersebut dari beralih secara mendatar dan menegak tetapi
              tidak menghalang ia dari berputar. Dengan itu sokongan pin boleh membina
              daya tindakbalas dengan komponen mendatar dan menegak tetapi tiada
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                                   J3009/ 6/3


             tindakbalas momen. Di sokongan guling pula, ia boleh merintangi daya
             tegak tetapi tiada daya mendatar.




                           Rajah 6.1: Rasuk Disangga Mudah

     6.1.2   Rasuk julur

             Rasuk jenis ini pula Rajah 6.2 terbina atau terikat pada satu hujung
             sementara dihujung yang satu lagi dibiarkan bebas. Pada hujung yang terikat
             itu, rasuk tidak boleh beralih atau berputar manakala di hujung yang bebas
             kedua-dua pergerakan itu dibenarkan.




                                Rajah 6.2: Rasuk Julur



6.2 JENIS-JENIS BEBAN

     Beban yang sering ditemui dalam bidang kejuruteraan terdiri dari:-

     i.      Beban tumpu
     ii.     Beban teragih seragam

     6.2.1   Beban tumpu

             Beban jenis ini bertindak ke atas satu keluasan yang terlalu kecil dan boleh
             dianggap berlaku pada satu titik. Berat rasuk boleh dianggap sebagai beban
             tumpu yang bertindak dipusat graviti iaitu dipertengahan rentang rasuk.

             Rajah 6.3(a) adalah rasuk disangga mudah menanggung beban tumpu F1 dan
             F2. Terdapat tindak balas daya pada kedua-dua hujung penyokong untuk
             keseimbangan daya.
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                                J3009/ 6/4


                           F1               F2




              RA                                               RB
                   Rajah 6.3(a): Rasuk Disangga Mudah Yang Menanggung
                                 Beban Tumpu


             Rajah 6.3(b) adalah rasuk julur menanggung beban tumpu, F dan terdapat
             momen pada rasuk yang terikat pada dinding.

                 F




                                                                     M


                                                      M

            Rajah 6.3(b): Rasuk Julur Yang Menanggung Beban Tumpu



    6.2.2    Beban teragih seragam

             Beban jenis ini boleh dianggap bertindak dikeseluruhan panjang rasuk atau
             sebahagian darinya dan diagihkan secara seragam (Rajah 6.4(a)&(b)). Nilai
             beban ini diberi dalam bentuk kN/m. Contohnya jika w = 50 kN/m
             bermakna bagi setiap meter panjang rasuk itu ia membawa beban sebanyak
             50 kN dan jika panjang rasuk tersebut 2 meter maka jumlah keseluruhan
             beban ialah 2 x 50 kN = 100 kN. Berat rasuk juga boleh dianggap sebagai
             beban teragih seragam. Contoh jenis beban ini ialah seperti beban yang
             ditanggung oleh bumbung atau atap, lantai bangunan atau beban yang
             disokong oleh tangki air.
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                              J3009/ 6/5



                                w kN/m

               

                                        L

              RA                                              RB
              Rajah 6.4 (a): Rasuk Disangga Mudah Yang Menanggung
                             Beban Teragih seragam



                                w kN/m

                                                   M


             Rajah 6.4(b): Rasuk Julur Menanggung Beban Teragih Seragam.


    6.2.3   Gandingan

            Gandingan merupakan tindakan piuhan yang dikenakan ke atas sesuatu
            rasuk. Rajah 6.5 menunjukkan rasuk yang dikenakan gandingan M1 melalui
            dua daya F yang bertindak di B dan satu gandingan M2 di C. Di sini nilai
            gandingan M1 ialah Fd Nm ke arah ikut jam manakala M2 mengikut arah
            lawan jam.



                          M1 = Fd
                    F                                M2

               A            B       d            C               D


                                            F


            Rajah 6.5: Rasuk Disangga Mudah Yang Terdapat Gandingan
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                                  J3009/ 6/6


6.3   KESEIMBANGAN DAYA

      Kita menganggap bahawa beban rasuk bertindak di dalam satah rajah dan beban
      yang bertindak di atas rasuk terarah normal kepada paksi. Anggapan ini berasaskan
      bahawa semua daya mempunyai vektornya dalam satah rajah dan semua gandingan
      mempunyai vektor momennya yang bersudut tepat kepada satah tersebut.
      Selanjutnya rasuk mestilah simetri terhadap satah tersebut, iaitu satah lenturan
      mestilah satah simetri rasuk dan keratan rentas setiap rasuk mestilah mempunyai
      satu paksi simetri tegak. Di bawah keadaan ini, rasuknya akan terpesong dalam
      satah lenturan. Walaubagaimanapun jika keadaan ini tidak dipenuhi, rasuk akan
      melentur keluar dari satahnya dan satu analisis lenturan yang lebih umum
      diperlukan.

      6.3.1   Rasuk disangga mudah

              Rasuk yang ditunjukkan dalam Rajah 6.6 adalah boleh tentu secara statik
              dan tindak balasnya boleh ditentukan daripada persamaan keseimbangan.
              Jika beban mendatar bertindak ke atas rasuk, satu tindak balas mendatar
              perlu juga diwujudkan dipenyokong A. Dengan menjumlahkan momen di
              titik B, kita boleh mengira tindak balas di A dan sebaliknya. Keputusannya
              ialah;



                       wb2
              Ra = +
                       2L

                     Fa   wb(2L  b)
              Rb =      +
                     L       2L




                                             Rajah 6.6: Rasuk Disangga Mudah
                                                       Yang Dikenakan Beban Tumpu
                                                       Dan Beban Teragih Seragam
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                              J3009/ 6/7



    6.3.2   Rasuk julur

            Merujuk rajah 6.7, tindak balas RB = F dan momen MB = FL


                      F



                                                                  B
                     A
                                              L

                         Rajah 6.7: Rasuk Julur yang menanggung
                                    beban tumpu
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                                  J3009/ 6/8




                                AKTIVITI 6


UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DIHALAMAN BERIKUTNYA.

6.1   Berikan definisi Rasuk.
      _______________________________________________________________
      _______________________________________________________________
      _______________________________________________________________
      _______________________________________________________________


6.2   Lakarkan jenis-jenis rasuk mudah dan namakannya.

6.3   Nama dan lakarkan jenis-jenis beban yang sering ditemui dalam kejuruteraan.


      a)



      b)




6.4   Kita menganggap bahawa beban rasuk bertindak di dalam satah rajah dan beban
                                            (a)
      yang bertindak di atas rasuk terarah ………………. kepada paksi. Anggapan ini
                                               (b)
      berasaskan bahawa semua daya mempunyai ……………. sendiri dalam satah rajah
                                         (c)
      dan semua gandingan mempunyai …………………………. yang bersudut tepat

      kepada satah tersebut. Selanjutnya rasuk mestilah simetri terhadap satah tersebut;
                                        (d)
      iaitu satah lenturan mestilah …………………….. itu sendiri, yang bermaksud
                                                              (e)
      bahawa keratan rentas setiap rasuk mestilah mempunyai…………………….... Di

      bawah keadaan ini, rasuknya akan terpesong dalam satah lenturan. Walau
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                             J3009/ 6/9


    bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dipenuhi, rasuk akan melentur keluar dari

    satahnya dan satu analisis lenturan yang lebih umum diperlukan.
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                                 J3009/ 6/10




                                      MAKLUM BALAS 6



TAHNIAH KERANA ANDA TELAH MENCUBA.!!!!!!!!!

Maklum balas

6.1   Rasuk adalah anggota struktur yang direka bentuk bagi merintangi daya yang
      bertindak secara sisi terhadap paksinya.

6.2   Jenis-jenis rasuk mudah.


      a)     Rasuk disangga mudah




      b)     Rasuk julur




6.3   Beban Tumpu
                                 F1            F2




                RA                                                  RB
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                            J3009/ 6/11



6.4   Beban Teragih Seragam

                                       W kN/m

                 

                                          L

               RA                               RB

      a)    normal
      b)    vektor
      c)    vektor momen
      d)    satah simetri rasuk
      e)    satu paksi simetri tegak
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                                  J3009/ 6/12




                            PENILAIAN KENDIRI


Anda telah menghampiri kejayaan. Sebelum mencuba cuba soalan dalam penilaian
kendiri ini, anda perlulah memahami dan mahir didalam unit sebelumnya. Semak
jawapan dari pensyarah modul anda.

Selamat mencuba dan semoga berjaya !!!!!!!!!!!!!


1.    Terangkan perkara – perkara berikut:-

      a)     Rasuk julur

      b)     Rasuk disangga mudah.


2.    Berikan perbezaan di antara beban tumpu dan beban teragih seragam.


3.    Apakah yang dimaksudkan dengan gandingan dan lakarkan.


4.    Terbitkan persamaan tindak balas di A dan B, pada rasuk di bawah.




                   Rajah 4: Rasuk Disangga Mudah Yang Dikenakan Beban
                           Tumpu Dan Beban Teragih Seragam
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                                 J3009/ 6/13




                MAKLUMBALAS KENDIRI

                     Adakah anda telah mencuba ?

           Adakah anda telah mencuba??????????????
              Jika “Ya”, sila semak jawapan anda.

Jawapan

1.
     a)   Rasuk julur

          Rasuk jenis ini pula terbina atau terikat pada satu hujung sementara dihujung
          yang satu lagi dibiarkan bebas. Pada hujung yang diikat itu, rasuk tidak
          boleh beralih atau berputar manakala dihujung yang bebas kedua-dua
          pergerakan itu dibenarkan.




     b)   Rasuk disangga mudah.


          Rasuk jenis ini disokong oleh pin pada satu hujung dan dihujung yang satu
          lagi oleh pengguling. Ciri terpenting sokongan pin ialah menghalang rasuk
          tersebut dari beralih secara mendatar dan menegak tetapi tidak menghalang
          ia dari berputar. Dengan itu sokongan pin boleh membina daya tindakbalas
          dengan komponen mendatar dan menegak tetapi tiada tindakbalas momen.
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                                   J3009/ 6/14


             Di sokongan guling pula, ia boleh merintangi daya tegak tetapi tiada daya
             mendatar.




2.   a)      Beban tumpu

             Beban jenis ini bertindak ke atas satu keluasan yang terlalu kecil dan boleh
             dianggap berlaku pada satu titik . Berat rasuk boleh dianggap sebagai beban
             tumpu yang bertindak dipusat graviti iaitu dipertengahan rentang rasuk.
             Contoh dibawah adalah rasuk disangga mudah menanggung beban tumpu F1
             dan F2. Terdapat tindak balas daya pada kedua-dua hujung penyokong untuk
             keseimbangan daya.


                            F1                F2




               RA                                                   RB



          b) Beban teragih seragam

             Beban jenis ini boleh dianggap bertindak di keseluruhan panjang rasuk atau
             sebahagian darinya dan diagihkan secara seragam. Nilai beban ini diberi
             dalam bentuk kN/m. Contohnya jika w = 50 kN/m bermakna bagi setiap
             meter panjang rasuk itu ia membawa beban sebanyak 50 kN dan jika
             panjang rasuk tersebut 2 meter maka jumlah keseluruhan beban ialah 2 x 50
             kN = 100 kN. Berat rasuk juga boleh dianggap sebagai beban teragih
             seragam. Contoh jenis beban ini ialah seperti beban yang ditanggung oleh
             bumbung atau atap, lantai bangunan atau beban yang disokong oleh tangki
             air. Contoh di bawah adalah rasuk disangga mudah menanggung beban
             teragih seragam.
DAYA RICIH & MOMEN LENTUR                                                 J3009/ 6/15



                                       w kN/m


                     

           RA                              L
                                                                           RB




3.   Gandingan

     Gandingan merupakan tindakan piuhan yang dikenakan ke atas sesuatu rasuk.
     Gambarajah di bawah menunjukkan rasuk yang dikenakan gandingan M1 melalui
     dua daya F yang bertindak di B dan satu gandingan M2 di C. Di sini nilai gandingan
     M1 ialah Fd Nm ke arah ikut jam manakala M2 mengikut arah lawan jam.

                             M1 = Fd
                     F                                 M2

                A              B       d           C               D


                                               F




4.
                             wb2
                    Ra = +
                             2L

                           Fa   wb(2L  b)
                    Rb =      +
                           L       2L

More Related Content

DOC
Unit 6 Kaji Daya Bahan
DOCX
Lukisan bangunan
PPSX
Struktur dan asas bangunan
PPT
Asas Rakit dalam Pembinaan
PPT
Kaedah-dan-bahan-binaan
PPTX
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
PDF
Pembinaanjalan w12
PPTX
Presentation IBS.pptx
Unit 6 Kaji Daya Bahan
Lukisan bangunan
Struktur dan asas bangunan
Asas Rakit dalam Pembinaan
Kaedah-dan-bahan-binaan
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
Pembinaanjalan w12
Presentation IBS.pptx

What's hot (20)

PDF
Kejuruteraan struktur
PPT
Alatan tangan-dalam-kerja-kayu
PPT
372968160-konkrit-bancuhan.ppt
PDF
DOCX
Bab 4
DOCX
Jenis kerosakan jalan raya
DOCX
Cerucuk
PPT
Chapter 5 lantai
DOCX
Nota lukisan kejuruteraan
PPT
Chapter 2 soil investigation
PPTX
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
PPT
22513791-Lantai.ppt
PPT
Sistem perlindungan kebakaran pasif
PPT
Keperluan elektrik-dalam-bangunan
PPTX
Perpaipan (laksanakan penyambungan paip dan injap)
DOC
Perancah
PPT
Sistem bekalan elektrik
DOC
Pintu dan tingkap
DOCX
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copy
Kejuruteraan struktur
Alatan tangan-dalam-kerja-kayu
372968160-konkrit-bancuhan.ppt
Bab 4
Jenis kerosakan jalan raya
Cerucuk
Chapter 5 lantai
Nota lukisan kejuruteraan
Chapter 2 soil investigation
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
22513791-Lantai.ppt
Sistem perlindungan kebakaran pasif
Keperluan elektrik-dalam-bangunan
Perpaipan (laksanakan penyambungan paip dan injap)
Perancah
Sistem bekalan elektrik
Pintu dan tingkap
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copy
Ad

Viewers also liked (6)

PDF
R1001 Unit 4
DOCX
Bab 2 student (force vectors)
DOC
Unit 7 Kaji Daya Bah
DOC
Unit 10 Kaji Daya Bahan
PDF
Konkrit
DOC
Structure Reinforced Concrete
R1001 Unit 4
Bab 2 student (force vectors)
Unit 7 Kaji Daya Bah
Unit 10 Kaji Daya Bahan
Konkrit
Structure Reinforced Concrete
Ad

More from mechestud (20)

PDF
J3009 Unit 13
PDF
J3009 Unit 12
PDF
J3009 Unit 11
PDF
J3009 Unit 10
PDF
J3009 Unit 9
PDF
J3009 Unit 8
PDF
J3009 Unit 7
PDF
J3009 Unit 4
PDF
J3009 Unit 5
PDF
J3009 Unit 3
PDF
J3009 Unit 2
PDF
J3009 Unit 0
PDF
J3009 Unit 1
PDF
J3010 Unit 6
PDF
J3010 Unit 5
PDF
J3010 Unit 4
PDF
J3010 Unit 3
PDF
J3010 Unit 2
PDF
J3010 Unit 1
PDF
J3010 Unit 0
J3009 Unit 13
J3009 Unit 12
J3009 Unit 11
J3009 Unit 10
J3009 Unit 9
J3009 Unit 8
J3009 Unit 7
J3009 Unit 4
J3009 Unit 5
J3009 Unit 3
J3009 Unit 2
J3009 Unit 0
J3009 Unit 1
J3010 Unit 6
J3010 Unit 5
J3010 Unit 4
J3010 Unit 3
J3010 Unit 2
J3010 Unit 1
J3010 Unit 0

Recently uploaded (7)

PPTX
Lembaran Ikan Untuk Murid Pra Sekolah.pptx
PPTX
SOALAN BAB 1 TINGKATAN 4.pptx 444444444444444444
PDF
SBP - DASAR, SYARAT & KRITERIA PENGAMBILAN TAHUN 2026.pdf
PPTX
Kelas Dalam Talian Penjodoh Bilangan (ZOOM).pptx
PPTX
Subjek MPU3221- PENGURUSAN MESYUARAT.pptx
PPTX
bentuk bentuk bilangan kompleks WPS Office.pptx
PDF
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Lembaran Ikan Untuk Murid Pra Sekolah.pptx
SOALAN BAB 1 TINGKATAN 4.pptx 444444444444444444
SBP - DASAR, SYARAT & KRITERIA PENGAMBILAN TAHUN 2026.pdf
Kelas Dalam Talian Penjodoh Bilangan (ZOOM).pptx
Subjek MPU3221- PENGURUSAN MESYUARAT.pptx
bentuk bentuk bilangan kompleks WPS Office.pptx
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

J3009 Unit 6

  • 1. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/1 UNIT 6 DAYA RICIH DAN MOMEN LENTUR OBJEKTIF Objektif am : Mempelajari dan memahami jenis-jenis rasuk, jenis-jenis beban dan syarat-syarat keseimbangan daya. Objektif Khusus : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :-  memahami definisi rasuk  menyenaraikan jenis-jenis rasuk dan dapat melakarkan bentuknya  mengenal pasti jenis-jenis beban  memahami persamaan tindak balas daya untuk keseimbangan
  • 2. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/2 6.0 PENGENALAN Anggota struktur yang direka bentuk bagi merintangi daya yang bertindak secara sisi terhadap paksinya dipanggil rasuk. Rasuk adalah satu bar atau batang yang membawa beban seperti yang digunakan di dalam struktur, bangunan, jambatan, mesin dan lain-lain. Rasuk berbeza dari bar di dalam tegangan dan mampatan kerana arah beban yang bertindak ke atasnya. Dalam mampatan bar ditindakkan kepada beban yang terarah sepanjang paksi dan dalam kilasan bar ditindakkan kepada kilasan yang mempunyai vektor-vektor di sepanjang paksinya. Sebaliknya, beban yang bertindak di atas rasuk terarah normal kepada paksi. Apabila beban dikenakan, rasuk itu akan menghasilkan momen lentur yang mengakibatkan rasuk itu melentur serta daya ricih yang cuba mericihkan keratan rentas rasuk. Dalam merekabentuk sesuatu rasuk, menentukan bentuk yang sesuai dari segi keselamatan dan juga ekonomi adalah penting. Dalam bab ini jenis-jenis rasuk yang mengufuk dan beban yang bertindak dalam satah menegak sahaja yang akan dikaji. 6.1 JENIS-JENIS RASUK Dalam bab ini kita hanya mempertimbangkan jenis-jenis rasuk mudah sahaja iaitu: i. Rasuk disangga mudah ii. Rasuk julur 6.1.1 Rasuk disangga mudah Rasuk jenis ini, Rajah 6.1 disokong oleh pin pada satu hujung dan di hujung yang satu lagi oleh pengguling. Ciri terpenting sokongan pin ialah menghalang rasuk tersebut dari beralih secara mendatar dan menegak tetapi tidak menghalang ia dari berputar. Dengan itu sokongan pin boleh membina daya tindakbalas dengan komponen mendatar dan menegak tetapi tiada
  • 3. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/3 tindakbalas momen. Di sokongan guling pula, ia boleh merintangi daya tegak tetapi tiada daya mendatar. Rajah 6.1: Rasuk Disangga Mudah 6.1.2 Rasuk julur Rasuk jenis ini pula Rajah 6.2 terbina atau terikat pada satu hujung sementara dihujung yang satu lagi dibiarkan bebas. Pada hujung yang terikat itu, rasuk tidak boleh beralih atau berputar manakala di hujung yang bebas kedua-dua pergerakan itu dibenarkan. Rajah 6.2: Rasuk Julur 6.2 JENIS-JENIS BEBAN Beban yang sering ditemui dalam bidang kejuruteraan terdiri dari:- i. Beban tumpu ii. Beban teragih seragam 6.2.1 Beban tumpu Beban jenis ini bertindak ke atas satu keluasan yang terlalu kecil dan boleh dianggap berlaku pada satu titik. Berat rasuk boleh dianggap sebagai beban tumpu yang bertindak dipusat graviti iaitu dipertengahan rentang rasuk. Rajah 6.3(a) adalah rasuk disangga mudah menanggung beban tumpu F1 dan F2. Terdapat tindak balas daya pada kedua-dua hujung penyokong untuk keseimbangan daya.
  • 4. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/4 F1 F2 RA RB Rajah 6.3(a): Rasuk Disangga Mudah Yang Menanggung Beban Tumpu Rajah 6.3(b) adalah rasuk julur menanggung beban tumpu, F dan terdapat momen pada rasuk yang terikat pada dinding. F M M Rajah 6.3(b): Rasuk Julur Yang Menanggung Beban Tumpu 6.2.2 Beban teragih seragam Beban jenis ini boleh dianggap bertindak dikeseluruhan panjang rasuk atau sebahagian darinya dan diagihkan secara seragam (Rajah 6.4(a)&(b)). Nilai beban ini diberi dalam bentuk kN/m. Contohnya jika w = 50 kN/m bermakna bagi setiap meter panjang rasuk itu ia membawa beban sebanyak 50 kN dan jika panjang rasuk tersebut 2 meter maka jumlah keseluruhan beban ialah 2 x 50 kN = 100 kN. Berat rasuk juga boleh dianggap sebagai beban teragih seragam. Contoh jenis beban ini ialah seperti beban yang ditanggung oleh bumbung atau atap, lantai bangunan atau beban yang disokong oleh tangki air.
  • 5. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/5 w kN/m  L RA RB Rajah 6.4 (a): Rasuk Disangga Mudah Yang Menanggung Beban Teragih seragam w kN/m  M Rajah 6.4(b): Rasuk Julur Menanggung Beban Teragih Seragam. 6.2.3 Gandingan Gandingan merupakan tindakan piuhan yang dikenakan ke atas sesuatu rasuk. Rajah 6.5 menunjukkan rasuk yang dikenakan gandingan M1 melalui dua daya F yang bertindak di B dan satu gandingan M2 di C. Di sini nilai gandingan M1 ialah Fd Nm ke arah ikut jam manakala M2 mengikut arah lawan jam. M1 = Fd F M2 A B d C D F Rajah 6.5: Rasuk Disangga Mudah Yang Terdapat Gandingan
  • 6. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/6 6.3 KESEIMBANGAN DAYA Kita menganggap bahawa beban rasuk bertindak di dalam satah rajah dan beban yang bertindak di atas rasuk terarah normal kepada paksi. Anggapan ini berasaskan bahawa semua daya mempunyai vektornya dalam satah rajah dan semua gandingan mempunyai vektor momennya yang bersudut tepat kepada satah tersebut. Selanjutnya rasuk mestilah simetri terhadap satah tersebut, iaitu satah lenturan mestilah satah simetri rasuk dan keratan rentas setiap rasuk mestilah mempunyai satu paksi simetri tegak. Di bawah keadaan ini, rasuknya akan terpesong dalam satah lenturan. Walaubagaimanapun jika keadaan ini tidak dipenuhi, rasuk akan melentur keluar dari satahnya dan satu analisis lenturan yang lebih umum diperlukan. 6.3.1 Rasuk disangga mudah Rasuk yang ditunjukkan dalam Rajah 6.6 adalah boleh tentu secara statik dan tindak balasnya boleh ditentukan daripada persamaan keseimbangan. Jika beban mendatar bertindak ke atas rasuk, satu tindak balas mendatar perlu juga diwujudkan dipenyokong A. Dengan menjumlahkan momen di titik B, kita boleh mengira tindak balas di A dan sebaliknya. Keputusannya ialah; wb2 Ra = + 2L Fa wb(2L  b) Rb = + L 2L Rajah 6.6: Rasuk Disangga Mudah Yang Dikenakan Beban Tumpu Dan Beban Teragih Seragam
  • 7. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/7 6.3.2 Rasuk julur Merujuk rajah 6.7, tindak balas RB = F dan momen MB = FL F B A L Rajah 6.7: Rasuk Julur yang menanggung beban tumpu
  • 8. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/8 AKTIVITI 6 UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DIHALAMAN BERIKUTNYA. 6.1 Berikan definisi Rasuk. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ 6.2 Lakarkan jenis-jenis rasuk mudah dan namakannya. 6.3 Nama dan lakarkan jenis-jenis beban yang sering ditemui dalam kejuruteraan. a) b) 6.4 Kita menganggap bahawa beban rasuk bertindak di dalam satah rajah dan beban (a) yang bertindak di atas rasuk terarah ………………. kepada paksi. Anggapan ini (b) berasaskan bahawa semua daya mempunyai ……………. sendiri dalam satah rajah (c) dan semua gandingan mempunyai …………………………. yang bersudut tepat kepada satah tersebut. Selanjutnya rasuk mestilah simetri terhadap satah tersebut; (d) iaitu satah lenturan mestilah …………………….. itu sendiri, yang bermaksud (e) bahawa keratan rentas setiap rasuk mestilah mempunyai…………………….... Di bawah keadaan ini, rasuknya akan terpesong dalam satah lenturan. Walau
  • 9. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/9 bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dipenuhi, rasuk akan melentur keluar dari satahnya dan satu analisis lenturan yang lebih umum diperlukan.
  • 10. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/10 MAKLUM BALAS 6 TAHNIAH KERANA ANDA TELAH MENCUBA.!!!!!!!!! Maklum balas 6.1 Rasuk adalah anggota struktur yang direka bentuk bagi merintangi daya yang bertindak secara sisi terhadap paksinya. 6.2 Jenis-jenis rasuk mudah. a) Rasuk disangga mudah b) Rasuk julur 6.3 Beban Tumpu F1 F2 RA RB
  • 11. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/11 6.4 Beban Teragih Seragam W kN/m  L RA RB a) normal b) vektor c) vektor momen d) satah simetri rasuk e) satu paksi simetri tegak
  • 12. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/12 PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sebelum mencuba cuba soalan dalam penilaian kendiri ini, anda perlulah memahami dan mahir didalam unit sebelumnya. Semak jawapan dari pensyarah modul anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya !!!!!!!!!!!!! 1. Terangkan perkara – perkara berikut:- a) Rasuk julur b) Rasuk disangga mudah. 2. Berikan perbezaan di antara beban tumpu dan beban teragih seragam. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan gandingan dan lakarkan. 4. Terbitkan persamaan tindak balas di A dan B, pada rasuk di bawah. Rajah 4: Rasuk Disangga Mudah Yang Dikenakan Beban Tumpu Dan Beban Teragih Seragam
  • 13. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/13 MAKLUMBALAS KENDIRI Adakah anda telah mencuba ? Adakah anda telah mencuba?????????????? Jika “Ya”, sila semak jawapan anda. Jawapan 1. a) Rasuk julur Rasuk jenis ini pula terbina atau terikat pada satu hujung sementara dihujung yang satu lagi dibiarkan bebas. Pada hujung yang diikat itu, rasuk tidak boleh beralih atau berputar manakala dihujung yang bebas kedua-dua pergerakan itu dibenarkan. b) Rasuk disangga mudah. Rasuk jenis ini disokong oleh pin pada satu hujung dan dihujung yang satu lagi oleh pengguling. Ciri terpenting sokongan pin ialah menghalang rasuk tersebut dari beralih secara mendatar dan menegak tetapi tidak menghalang ia dari berputar. Dengan itu sokongan pin boleh membina daya tindakbalas dengan komponen mendatar dan menegak tetapi tiada tindakbalas momen.
  • 14. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/14 Di sokongan guling pula, ia boleh merintangi daya tegak tetapi tiada daya mendatar. 2. a) Beban tumpu Beban jenis ini bertindak ke atas satu keluasan yang terlalu kecil dan boleh dianggap berlaku pada satu titik . Berat rasuk boleh dianggap sebagai beban tumpu yang bertindak dipusat graviti iaitu dipertengahan rentang rasuk. Contoh dibawah adalah rasuk disangga mudah menanggung beban tumpu F1 dan F2. Terdapat tindak balas daya pada kedua-dua hujung penyokong untuk keseimbangan daya. F1 F2 RA RB b) Beban teragih seragam Beban jenis ini boleh dianggap bertindak di keseluruhan panjang rasuk atau sebahagian darinya dan diagihkan secara seragam. Nilai beban ini diberi dalam bentuk kN/m. Contohnya jika w = 50 kN/m bermakna bagi setiap meter panjang rasuk itu ia membawa beban sebanyak 50 kN dan jika panjang rasuk tersebut 2 meter maka jumlah keseluruhan beban ialah 2 x 50 kN = 100 kN. Berat rasuk juga boleh dianggap sebagai beban teragih seragam. Contoh jenis beban ini ialah seperti beban yang ditanggung oleh bumbung atau atap, lantai bangunan atau beban yang disokong oleh tangki air. Contoh di bawah adalah rasuk disangga mudah menanggung beban teragih seragam.
  • 15. DAYA RICIH & MOMEN LENTUR J3009/ 6/15 w kN/m  RA L RB 3. Gandingan Gandingan merupakan tindakan piuhan yang dikenakan ke atas sesuatu rasuk. Gambarajah di bawah menunjukkan rasuk yang dikenakan gandingan M1 melalui dua daya F yang bertindak di B dan satu gandingan M2 di C. Di sini nilai gandingan M1 ialah Fd Nm ke arah ikut jam manakala M2 mengikut arah lawan jam. M1 = Fd F M2 A B d C D F 4. wb2 Ra = + 2L Fa wb(2L  b) Rb = + L 2L