Apa itu Web 2.0
Konsep Web 2.0 telah membawa kepada perubahan dalam komuniti pengguna laman web
seperti perkongsian blog, wiki dan guna website berunsur sosial seperti Facebook dan
Friendster.
Perkataan Web 2.0 diasaskan oleh O`really Media pada tahun 2004. Walau bagaimana pun
Web 2.0 bukan versi baru bagi World Wide Web, ia hanya cara pembangunan laman web
yang berbeza dan cara pelayar menggunakan web tersebut. Akhir-akhir ini begitu ramai
yang memperkata mengenai Web 2.0.
Secara keseluruhannya, Web 2.0 merupakan generasi kedua dalam pembangunan Internet
yang merangkumi perubahan sesuatu laman menjadi satu platform aplikasi laman web
interaktif untuk pengguna.
Jika dibandingkan dengan Web 1.0, Web 2.0 lebih merujuk kepada corak penggunaan dan
penyediaan elemen kepada pengguna. Jika dahulu, Web 1.0 lebih kepada "output" sahaja
yang mana pengguna hanya mendapat maklumat daripada webmaster.
Perubahan yang ketara dalam Web 2.0 memperkenalkan sistem "input dan output" yang
membolehkan pengguna membaca maklumat, menghantar sebarang data dan memaparkan
kembali data tersebut di dalam laman web tersebut.
Web 2.0 merupakan satu fenomena sosial yang memberikan kebebasan kepada pengguna
untuk menggunakan semula, berkongsi, bersosial dan berkomunikasi melalui elemn-elemen
yang diterapkan dalamlaman web tersebut.
Perkara baru seperti perkongsian maklumat dan maklumat diri boleh dikongsikan lebih
mudah dan interaktif berbanding sebelum ini. Maklumat dari berlainan laman web boleh
diambil dan dimuatkan dalam laman web yang lain.
Teknologi baru ini sesungguhnya merupakan perkara yang hebat namun begitu ianya masih
lagi dalam pembangunan. Pembentukan struktur Web 2.0 masih lagi dipantau bagi
membolehkan ianya berinteraksi dan berfungsi dengan lebih efisien apabila melibatkan
penggabungan dua laman web yang berbeza.
Konsep Web 2.0 merupakan satu revolusi kepada penggunaan Internet dan web sebagai
platform iaitu aplikasi yang dijalankan secara langsung melalui media Internet. Tanpa perlu
dibatasi oleh sistem operasi tertentu, aplikasi Web 2.0 boleh diakses di mana-mana sahaja
secara atas talian (online) serta mobil melalui telefon pintar ataupun tablet. Selain daripada
itu, sifat unik aplikasi Web 2.0 adalah menjadi suatu pusat pengetahuan besar hasil daripada
gabungan pengumpulan maklumat yang disumbangkan oleh pengguna.
Kemunculan Web 2.0 serta kemajuan alat telekomunikasi seperti jalur lebar (broadband)
dan WiFi sebagai perantara untuk berkomunikasi merupakan transformasi kepada aplikasi
yang lebih interaktif. Berbanding penggunaan aplikasi Web 1.0 yang amat terhad, aplikasi
Web 2.0 menyediakan platform kepada pengguna untuk berhubung, berkomunikasi dan
berkolaborasi antara satu sama lain. Penjanaan serta perkongsian maklumat antara
pengguna membantu mengembangkan informasi serta dapat menjadi pusat ilmu secara
tidak formal. Antara aplikasi Web 2.0 yang biasa digunakan adalah seperti Facebook, Google
docs, Twitter, Scribd, Blogger, Wiki dan Flickr.
Penggunaan teknologi Web 2.0 yang diaplikasikan dalam pendidikan mempunyai potensi
yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi tersebut, pelajar tidak sekadar mengakses Internet
untuk mendapatkan maklumat bahkan mereka juga dapat membina pengetahuan melalui
interaksi sosial. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan pengintegrasian teknologi
Web 2.0 seperti blog dan wiki di dalam persekitaran pembelajaran berkesan untuk
meningkatkan kepuasan pelajar, meningkatkan kualiti pembelajaran serta mewujudkan
interaksi sosial diantara pelajar dan pendidik.
Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT pada hari ini dilihat sebagai nadi penggerak kepada setiap
urusan kehidupan. Perkembangannya yang pesat membawa pengaruh yang luas dalam aktiviti manusia
merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti pentadbiran, kewangan, perundangan dan terutamanya
hubungan sosial.
Pertumbuhan ini juga turut memberi impak kepada masyarakat di Malaysia khususnya terhadap sistem
pendidikan negara. Bagi menjamin peningkatan kualiti pendidikan, pelbagai inisiatif telah dilaksana agar
dapat menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih kreatif dan efektif yang
akhirnya akan melahirkan barisan pelapis negara yang mampan ilmu serta kemahirannya.
Menjurus kepada ICT dalam bidang pendidikan, antara kaedah yang telah dilaksanakan ialah
pembelajaran secara dalam talian. Transformasi ini dilihat bukan sahaja menyediakan ruang capaian
maklumat yang lebih mudah dan cepat kepada pelajar tetapi turut membuka pintu perkongsian ilmu
sehingga ke peringkat global.
Ungkapan β€˜Dunia tanpa Sempadan’ atau β€˜Dunia di Hujung Jari’ jelas merupakan perlambangan yang
relevan bagi menggambarkan senario perkembangan ICT pada hari ini. Pembangunan yang pesat nyata
telah mengubah lanskap internet dunia di mana pelbagai inovasi baru telah dibangunkan seperti
perkembangan dalam penghasilan teknologi Web 2.0 yang begitu hangat penggunaannya di seluruh dunia.
Aplikasi ini yang telah diperkenalkan oleh Tim O’Reilly dalam laporannya yang bertajuk β€œWhat is Web 2.0?”
(Reilly, 2005) nyata telah memberi impak yang amat besar kepada dunia. Ini terbukti dengan tercetusnya
fenomena hubungan maya melalui pelbagai aplikasi teknologi Web 2.0 seperti Blog, Wikipedia, laman
perkongsian sosial seperti Facebook, IG, Tweeter , Wassapt serta perkongsian video melalui Youtube,
Vimeo dan sebagainya.
Dengan kewujudan Teknologi Web 2.0 ini, penggunaan internet bukan hanya terhad kepada pencarian
maklumatsemata-mata bahkan turut menyediakan platform maya bagi komunikasi dua hala yang pantas,
mudah dan berkesan. Ini kerana aplikasi ini menyediakan kemudahan jaringan ke laman web lain yang
berkaitan dengan maklumat yang dicari di mana pengguna tidak perlu melayari laman web secara satu
persatu (Hassan Mohd Ghazali, 2006).
Penggunaan teknologi Web 2.0 ini dilihat mampu mengubah latar pendidikan abad ke-21 dengan
menyediakan persekitaran dunia pengajaran dan pembelajaran yang dinamik. Antara kelebihan teknologi
ini ia mampu membentuk pendekatan baru pelajar untuk belajar, pendekatan pengajar untuk mengajar dan
bagaimana pengajar berinteraksi dengan pelajar (Steve Hargadon, 2009). Dengan wujudnya kolaberasi
yang unik ini, ia dilihat mampu menghasilkan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik. (Churchill et
al., 2009; Dagenais et al., 2008).
Namun yang menjadi persoalannya, sejauh mana pelajar dan pengajar di Malaysia bersedia menghadapi
ledakan kemajuan ini? Sudah cukupkah kajian yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran bagi memberi
lampu hijau terhadap perlaksanaannya secara total di seluruh Malaysia?
Pada pendapat peribadi saya, kita perlu melihat semula semua faktor pendorong terhadap kejayaan
pelajar. Pandangan kita perlu luas, jangan hanya melihat satu sudut dan terus membuat keputusan.
Penting bahawa, kajian ilmiah terhadap permasalahan ini perlu dibuat secukupnya dalam memastikan
keputusan yang bakal di rangka berasas. Kita tak menafikan kebaikan ICT dan Web 2.0 tetapi janganlah
terus membuat keputusan ianya satu-satu sebab kecemerlangan pelajar.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, sebenarnya kerjasama semua pihak sebagai contoh gabungan pelajar,
guru, ibubapa, masyarakat & kerajaan lah yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang. Yang patut
diutamakan ialah pelajar patut didedahkan dahulu dengan asas sistem pendidikan yang mesra insaniah
serta berjatidiri Malaysia. Ini penting demi memastikan kelangsungan hidup anak bangsa Malaysia
berdaulat terpelihara. Kita tak mahu lirik lagu β€œAnak kecil main api terbakar hatinya yang sepi” menjadi
kenyataan dimasa hadapan dan ramai pula yang menyalahkan satu sama lain bila sindrom 4K merebak ke
IPT nanti, mintalah dijauhkan.

More Related Content

PPTX
Web 2.0 Dalam Pendidikan
PDF
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
PDF
Internet sebagai media dlm pd p
PPT
Web 2 0_dalam_pendidikan
PDF
E school, suatu pembelajaran berbasis entrepeneurship.odt
DOCX
Media pembelajaran
PDF
Potensi teknologi informasi dan komunikasi dalam peningkatan mutu pembelajara...
PPTX
Presentation cloud
Web 2.0 Dalam Pendidikan
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Internet sebagai media dlm pd p
Web 2 0_dalam_pendidikan
E school, suatu pembelajaran berbasis entrepeneurship.odt
Media pembelajaran
Potensi teknologi informasi dan komunikasi dalam peningkatan mutu pembelajara...
Presentation cloud

What's hot (18)

DOCX
Makalah PENDIDIKAN BERBASIS INTERNET
DOCX
Pembelajaran online dan evaluasi pembelajaran online
PPT
Tugas
PDF
Media pembelajaran berbasis web 1
PDF
Modul Media Pembelajaran
PDF
Modul pembelajaran berbasis web
PDF
Modul. pdf
PPT
Srestha anindyanari xi ips 3
DOC
Perkembangan it di indonesia (1)
PDF
Tugas final media pembelajaran berbasis web
DOCX
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
PDF
Contoh jurnal-pendidikan-peningkatan-tik-guru
DOC
Tugasan 4: Penilaian Kendiri Melalu Teks
DOCX
BAHAYA NARKOBA
PDF
Modul Media Pembelajaran Berbasis Web
DOCX
Bab 1 sosiologi
Β 
DOCX
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
PDF
Trend pendidikan jarak jauh
Makalah PENDIDIKAN BERBASIS INTERNET
Pembelajaran online dan evaluasi pembelajaran online
Tugas
Media pembelajaran berbasis web 1
Modul Media Pembelajaran
Modul pembelajaran berbasis web
Modul. pdf
Srestha anindyanari xi ips 3
Perkembangan it di indonesia (1)
Tugas final media pembelajaran berbasis web
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Contoh jurnal-pendidikan-peningkatan-tik-guru
Tugasan 4: Penilaian Kendiri Melalu Teks
BAHAYA NARKOBA
Modul Media Pembelajaran Berbasis Web
Bab 1 sosiologi
Β 
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
Trend pendidikan jarak jauh
Ad

Similar to Komputer (1) (20)

PDF
TUGAS PEMOGRAMAN BERBASIS WEB
PDF
Web 2.0 di IPTA Malaysia
DOCX
Asimen hbef233
PDF
Rencana strategis-relawan-tik-2014-2016
PDF
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
PDF
Resume teknologi web 2.o
DOCX
Tugasan 4
DOCX
Penulisan ilmiah
PDF
Rangkuman Penjelasan web 2.0
PDF
Tugas 1
PDF
Makalah ICT.pdf
PDF
Makalah ict
PDF
Makalah ict
PDF
Makalah ict
PDF
Makalah ict
DOCX
Makalah ict
DOCX
Makalah Media Sosial - ENSCHAi
PDF
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibn
PDF
Web 2.0 youtube slide share docstoc scribd
DOC
Aplikasi web full 1
TUGAS PEMOGRAMAN BERBASIS WEB
Web 2.0 di IPTA Malaysia
Asimen hbef233
Rencana strategis-relawan-tik-2014-2016
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Resume teknologi web 2.o
Tugasan 4
Penulisan ilmiah
Rangkuman Penjelasan web 2.0
Tugas 1
Makalah ICT.pdf
Makalah ict
Makalah ict
Makalah ict
Makalah ict
Makalah ict
Makalah Media Sosial - ENSCHAi
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibn
Web 2.0 youtube slide share docstoc scribd
Aplikasi web full 1
Ad

Recently uploaded (6)

PPTX
PPT IBSI ke sekolah GAS TERUS YA GUYS.pptx
PPTX
Pembinaan-JF, (mediator hubungan industrial) 2025.pptx
PPTX
Desain_Mundur_Bola_Voli_...Kelas_IX.pptx
PDF
GAME GACOR QUEEN OF BOUNTY – JACKPOT BESAR HARI INI DI KANCAH4D
PDF
πŠπŸ‘πŒπ„ππŸ’ππ†πŸ’π πƒπˆ π“π€πˆππ€ππŸ—πŸ— π’πŸ‘ππ„π’πˆπŸ’π‹ πŸπŸŽπŸπŸ“
PPTX
materi tentang mikrotik jaringan komputer
PPT IBSI ke sekolah GAS TERUS YA GUYS.pptx
Pembinaan-JF, (mediator hubungan industrial) 2025.pptx
Desain_Mundur_Bola_Voli_...Kelas_IX.pptx
GAME GACOR QUEEN OF BOUNTY – JACKPOT BESAR HARI INI DI KANCAH4D
πŠπŸ‘πŒπ„ππŸ’ππ†πŸ’π πƒπˆ π“π€πˆππ€ππŸ—πŸ— π’πŸ‘ππ„π’πˆπŸ’π‹ πŸπŸŽπŸπŸ“
materi tentang mikrotik jaringan komputer

Komputer (1)

  • 1. Apa itu Web 2.0 Konsep Web 2.0 telah membawa kepada perubahan dalam komuniti pengguna laman web seperti perkongsian blog, wiki dan guna website berunsur sosial seperti Facebook dan Friendster. Perkataan Web 2.0 diasaskan oleh O`really Media pada tahun 2004. Walau bagaimana pun Web 2.0 bukan versi baru bagi World Wide Web, ia hanya cara pembangunan laman web yang berbeza dan cara pelayar menggunakan web tersebut. Akhir-akhir ini begitu ramai yang memperkata mengenai Web 2.0. Secara keseluruhannya, Web 2.0 merupakan generasi kedua dalam pembangunan Internet yang merangkumi perubahan sesuatu laman menjadi satu platform aplikasi laman web interaktif untuk pengguna. Jika dibandingkan dengan Web 1.0, Web 2.0 lebih merujuk kepada corak penggunaan dan penyediaan elemen kepada pengguna. Jika dahulu, Web 1.0 lebih kepada "output" sahaja yang mana pengguna hanya mendapat maklumat daripada webmaster. Perubahan yang ketara dalam Web 2.0 memperkenalkan sistem "input dan output" yang membolehkan pengguna membaca maklumat, menghantar sebarang data dan memaparkan kembali data tersebut di dalam laman web tersebut. Web 2.0 merupakan satu fenomena sosial yang memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menggunakan semula, berkongsi, bersosial dan berkomunikasi melalui elemn-elemen yang diterapkan dalamlaman web tersebut. Perkara baru seperti perkongsian maklumat dan maklumat diri boleh dikongsikan lebih mudah dan interaktif berbanding sebelum ini. Maklumat dari berlainan laman web boleh diambil dan dimuatkan dalam laman web yang lain. Teknologi baru ini sesungguhnya merupakan perkara yang hebat namun begitu ianya masih lagi dalam pembangunan. Pembentukan struktur Web 2.0 masih lagi dipantau bagi membolehkan ianya berinteraksi dan berfungsi dengan lebih efisien apabila melibatkan penggabungan dua laman web yang berbeza.
  • 2. Konsep Web 2.0 merupakan satu revolusi kepada penggunaan Internet dan web sebagai platform iaitu aplikasi yang dijalankan secara langsung melalui media Internet. Tanpa perlu dibatasi oleh sistem operasi tertentu, aplikasi Web 2.0 boleh diakses di mana-mana sahaja secara atas talian (online) serta mobil melalui telefon pintar ataupun tablet. Selain daripada itu, sifat unik aplikasi Web 2.0 adalah menjadi suatu pusat pengetahuan besar hasil daripada gabungan pengumpulan maklumat yang disumbangkan oleh pengguna. Kemunculan Web 2.0 serta kemajuan alat telekomunikasi seperti jalur lebar (broadband) dan WiFi sebagai perantara untuk berkomunikasi merupakan transformasi kepada aplikasi yang lebih interaktif. Berbanding penggunaan aplikasi Web 1.0 yang amat terhad, aplikasi Web 2.0 menyediakan platform kepada pengguna untuk berhubung, berkomunikasi dan berkolaborasi antara satu sama lain. Penjanaan serta perkongsian maklumat antara pengguna membantu mengembangkan informasi serta dapat menjadi pusat ilmu secara tidak formal. Antara aplikasi Web 2.0 yang biasa digunakan adalah seperti Facebook, Google docs, Twitter, Scribd, Blogger, Wiki dan Flickr. Penggunaan teknologi Web 2.0 yang diaplikasikan dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi tersebut, pelajar tidak sekadar mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat bahkan mereka juga dapat membina pengetahuan melalui interaksi sosial. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan pengintegrasian teknologi Web 2.0 seperti blog dan wiki di dalam persekitaran pembelajaran berkesan untuk meningkatkan kepuasan pelajar, meningkatkan kualiti pembelajaran serta mewujudkan interaksi sosial diantara pelajar dan pendidik. Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT pada hari ini dilihat sebagai nadi penggerak kepada setiap urusan kehidupan. Perkembangannya yang pesat membawa pengaruh yang luas dalam aktiviti manusia merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti pentadbiran, kewangan, perundangan dan terutamanya hubungan sosial. Pertumbuhan ini juga turut memberi impak kepada masyarakat di Malaysia khususnya terhadap sistem pendidikan negara. Bagi menjamin peningkatan kualiti pendidikan, pelbagai inisiatif telah dilaksana agar dapat menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih kreatif dan efektif yang akhirnya akan melahirkan barisan pelapis negara yang mampan ilmu serta kemahirannya. Menjurus kepada ICT dalam bidang pendidikan, antara kaedah yang telah dilaksanakan ialah pembelajaran secara dalam talian. Transformasi ini dilihat bukan sahaja menyediakan ruang capaian
  • 3. maklumat yang lebih mudah dan cepat kepada pelajar tetapi turut membuka pintu perkongsian ilmu sehingga ke peringkat global. Ungkapan β€˜Dunia tanpa Sempadan’ atau β€˜Dunia di Hujung Jari’ jelas merupakan perlambangan yang relevan bagi menggambarkan senario perkembangan ICT pada hari ini. Pembangunan yang pesat nyata telah mengubah lanskap internet dunia di mana pelbagai inovasi baru telah dibangunkan seperti perkembangan dalam penghasilan teknologi Web 2.0 yang begitu hangat penggunaannya di seluruh dunia. Aplikasi ini yang telah diperkenalkan oleh Tim O’Reilly dalam laporannya yang bertajuk β€œWhat is Web 2.0?” (Reilly, 2005) nyata telah memberi impak yang amat besar kepada dunia. Ini terbukti dengan tercetusnya fenomena hubungan maya melalui pelbagai aplikasi teknologi Web 2.0 seperti Blog, Wikipedia, laman perkongsian sosial seperti Facebook, IG, Tweeter , Wassapt serta perkongsian video melalui Youtube, Vimeo dan sebagainya. Dengan kewujudan Teknologi Web 2.0 ini, penggunaan internet bukan hanya terhad kepada pencarian maklumatsemata-mata bahkan turut menyediakan platform maya bagi komunikasi dua hala yang pantas, mudah dan berkesan. Ini kerana aplikasi ini menyediakan kemudahan jaringan ke laman web lain yang berkaitan dengan maklumat yang dicari di mana pengguna tidak perlu melayari laman web secara satu persatu (Hassan Mohd Ghazali, 2006). Penggunaan teknologi Web 2.0 ini dilihat mampu mengubah latar pendidikan abad ke-21 dengan menyediakan persekitaran dunia pengajaran dan pembelajaran yang dinamik. Antara kelebihan teknologi ini ia mampu membentuk pendekatan baru pelajar untuk belajar, pendekatan pengajar untuk mengajar dan bagaimana pengajar berinteraksi dengan pelajar (Steve Hargadon, 2009). Dengan wujudnya kolaberasi yang unik ini, ia dilihat mampu menghasilkan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik. (Churchill et al., 2009; Dagenais et al., 2008). Namun yang menjadi persoalannya, sejauh mana pelajar dan pengajar di Malaysia bersedia menghadapi ledakan kemajuan ini? Sudah cukupkah kajian yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran bagi memberi lampu hijau terhadap perlaksanaannya secara total di seluruh Malaysia? Pada pendapat peribadi saya, kita perlu melihat semula semua faktor pendorong terhadap kejayaan pelajar. Pandangan kita perlu luas, jangan hanya melihat satu sudut dan terus membuat keputusan. Penting bahawa, kajian ilmiah terhadap permasalahan ini perlu dibuat secukupnya dalam memastikan
  • 4. keputusan yang bakal di rangka berasas. Kita tak menafikan kebaikan ICT dan Web 2.0 tetapi janganlah terus membuat keputusan ianya satu-satu sebab kecemerlangan pelajar. Jika diteliti dengan lebih mendalam, sebenarnya kerjasama semua pihak sebagai contoh gabungan pelajar, guru, ibubapa, masyarakat & kerajaan lah yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang. Yang patut diutamakan ialah pelajar patut didedahkan dahulu dengan asas sistem pendidikan yang mesra insaniah serta berjatidiri Malaysia. Ini penting demi memastikan kelangsungan hidup anak bangsa Malaysia berdaulat terpelihara. Kita tak mahu lirik lagu β€œAnak kecil main api terbakar hatinya yang sepi” menjadi kenyataan dimasa hadapan dan ramai pula yang menyalahkan satu sama lain bila sindrom 4K merebak ke IPT nanti, mintalah dijauhkan.