1. MPI 1133 – MILING MACHINE
APPLICATION
PROSES MENGISAR
OLEH : PN UMMU AFIQAH BINTI MOHD HILMIN
2. PENGENALAN
• Mengisar adalah satu proses yang menggunakan pelbagai bentuk mata alat
pengisar untuk membentuk bahan logam atau bukan logam.
• Proses melakukan proses pemesinan seperti mengisar permukaan
rata,mengisar permukaan yang berbentuk tertentu dengan menggunakan
mata pengisar berbentuk dan memotong pelbagai jenis bahu dan alur
kunci.
• Pergerakan meja kisar boleh digerakkan pada paksi x,y dan z secara manual
atau auto.
4. JENIS – JENIS PENGISAR
Terdapat 2 jenis Mesin Pengisar :
1. MESIN PENGISAR TEGAK
2. MESIN PENGISAR UFUK
Setiap mesin ini boleh melakukan pelbagai bentuk kerja mengisar
dengan menggunakan pelbagai bentuk mata alat pengisar.
6. MESIN PENGISAR TEGAK (VERTICAL)
Mesin Kisar Tegak mempunyai ciri – ciri seperti yang berikut :
1. Spindal berkedudukan tegak.
2. Mampu mengisar bentuk bersudut dan mengisar lubang yang
condong.
3. Mampu melakukan kerja penggerudian atau kerja-kerja melubang
dengan tepat antara pusat-pusat lubang.
4. Alat tambah dan aksesori boleh ditukar ganti.
7. BENTUK LURAH BENTUK LURAH “T” BENTUK LURAH BERSUDUT
(EKOR MERPATI)
ALUR KUNCI MENGGERUDI LUBANG ANTARA
PUSAT-PUSAT LUBANG DENGAN
TEPAT
SUDUT TEPI BERKEMBAR
PELBAGAI BENTUK DIHASILKAN OLEH
MESIN PENGISAR TEGAK
8. MESIN PENGISAR UFUK
(HORIZONTAL)
• VIDEO 2 (horizontal Miling Machine)
https://www.youtube.com/watch?v=E7ucf4
YJslE
• VIDEO 3 (WORK)
https://www.youtube.com/watch?v=LyCD59
iyXe4
9. BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN PENGISAR
BAHAGIAN PENERANGAN
TURUS Penyokong untuk bahagian lutut dan meja
OVERARM Bahagian yang menyokong arbor untuk memegang mata alat pemotong
SELA Bahagian untuk menempatkan meja mesin dan boleh berkesot keluar dan masuk dari turus secara
manual dan automatik
MEJA Bahagian untuk menempatkan ragum dan boleh digerakkan secara manual dan automatic, serta
boleh digerakkan secara melintang dan membujur.
PENYOKONG Boleh diletakkan pada mana-mana kedudukan disepanjang overarm untuk mengelakkan arbor
menjadi bengkok semasa proses mengisar
10. MESIN PENGISAR UFUK
• Mesin pengisar ini mempunyai ciri seperti yang berikut :
Spindal berkedudukan ufuk
Mampu mengisar gigi gear
meja pengisar ufuk biasa :
1. Tidak boleh dikilas
2. Saiznya lebih besar
3. Kedudukan mejanya tetap, kerana kurang bahagian yang bergerak
4. Boleh membuat pemotongan yang dalam tanpa gegaran.
• Mesin pengisar universal:
Boleh dikilas kepada sebarang sudut sehingga 45°. ini membolehkan kerja-kerja
mengisar sudut dan heliks dilakukan seperti lurah-lurah gear heliks, gerudi dan
pelulas.
11. BENTUK-BENTUK YANG BOLEH DIKISAR OLEH MESIN PENGISAR UFUK
BENTUK CENGKUNG CELAH
TEPI BERKEMBAR BENTUK SUDUT
12. JENIS-JENIS MATA ALAT PENGISAR
PENGENALAN
Mata alat terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan boleh digunakan untuk mengisar pelbagai bentuk
benda kerja. Antara bahan yang digunakan untuk membuat mata alat pengisar ialah keluli berkarbon tinggi,
keluli tahan lasak, aloi tuang dan karbida.
Terdapat beberapa jenis mata alat pengisar antaranya :
1. MATA ALAT PENGISAR BIASA
2. MATA ALAT PENGISAR TEPI
3. MATA ALAT PENGISAR CELAH
4. MATA ALAT PENGISAR BERSUDUT
5. MATA ALAT PENGISAR HUJUNG
6. MATA ALAT PENGISAR MUKA
7. MATA ALAT PENGISAR KELOMPANG TEPI
8. MATA ALAT PENGISAT BERBENTUK
VIDEO 4 (MATA PENGISAR BERFUNGSI)
https://www.youtube.com/watch?v=Lv8l_OFcrhA
13. 1. MATA ALAT PENGISAR BIASA
Mata alat pengisar biasa ringan digunakan untuk melakukan kerja ringan dan ia sesuai untuk proses mengisar
dengan menggunakan mesin kisar ufuk
MATA ALAT PENGISAR BIASA
Mata alat pengisar biasa kerja berat digunakan bersama-sama dengan mesin kisar ufuk dan sesuai untuk mengisar
permukaan benda kerja. Mata alat pengisar biasa bersudut heliks tinggi digunakan Bersama-sama dengan mesin
kisar ufuk dan sesuai untuk mengisar bahan logam Loyang.
MATA PENGISAR BIASA BERSUDUT HELIKS
14. 2. MATA ALAT PENGISAR TEPI
Mata alat pengisar tepi digunakan untuk mengisar tepi atau lurah
dengan menggunakan mesin kisar ufuk.
3. MATA ALAT PENGISAR CELAH
Mata alat pengisar celah digunakan untuk mengisar lurah dan
memotong atau mengerat dengan menggunakan mesin kisar ufuk.
15. 4. MATA ALAT PENGISAR BERSUDUT
Terdapat dalam 2 bentuk, iaitu bentuk sudut
tunggal dan sudut kembar.
Mata alat sudut tunggal digunakan untuk
mengisar bentuk sudut tunggal dan mata
alat sudut kembar untuk mengisar sudut
berkembar.
Kedua-dua jenis mata alat ini digunakan
pada mesin pengisar jenis ufuk.
5. MATA ALAT PENGISAR HUJUNG
Mata alat jenis ini digunakan pada mesin pengisar
jenis tegak.
Antara kegunaan mata alat ini adalah untuk
mengisar dalam kedudukan mengufuk, menegak
dan bersudut.
Bentuk seperti lurah, alur kunci dan bahu adalah
antara bentuk-bentuk yang boleh dikisar
menggunakan mata alat ini.
16. 6. MATA ALAT PENGISAR MUKA
Mata alat ini digunakan untuk mengisar
permukaan dengan mesin kisar tegak.
7. MATA ALAT PENGISAR KELOMPANG TEPI
Mata alat ini digunakan bersama- sama
dengan mesin pengisar ufuk dan sesuai
untuk mengisar permukaan rata.
17. 9. MATA ALAT PENGISAR BERBENTUK
Mata alat ini digunakan bersama- sama dengan mesin pengisar ufuk.
Ia sesuai untuk mengisar ufuk, mengisar bentuk cekung, mengisar bentuk cembung dan
mengisar bentuk gigi gear.
18. ALAT TAMBAH
Terdapat pelbagai alat tambah yang digunakan pada mesin
pengisar ufuk dan tegak.
Alat tambah yang digunakan pada mesin pengisar adalah untuk
melakukan kerja-kerja tertentu seperti mengisar gigi gear.
Alat tambah yang biasa digunakan dalam kerja mengisar ialah
kepala pembahagi dan meja putar.
19. 1. KEPALA PEMBAHAGI
• Kepala pembahagi digunakan Bersama-sama dengan mesin pengisar dan alat
ini berfungsi seperti berikut :
1. Membahagiakan sama jarak atau bahagian pada muka lilitan silinder atau
bahan kerja berbentuk bulat
2. Untuk mengisar gigi gear yang memerlukan jarak yang sama
3. Mengisar bentuk-bentuk lain dalam keadaan sama jarak seperti bentuk segi
enam, bongkah segi empat dan bentuk segi yang pelbagai.
20. 2. MEJA PUTAR
• Meja putar ini juga digunakan Bersama-sama dengan mesin pengisar untuk mengisar bentuk –
bentuk seperti yang berikut :
1. mengisar lurah yang melengkung
2. mengisar permukaan yang mempunyai bentuk-bentuk tertentu
3. menggerudi lubang yang mempunyai jarak tertentu dan pada kedudukan sudut tertentu.
21. PROSES-PROSES MENGISAR
PENGENALAN
1. Proses mengisar ialah proses yang dilakukan dengan menggunakan
mesin kisar tegak dan mesin kisar ufuk.
2. Proses mengisar juga adalah salah satu kerja pemesinan yang boleh
digunakan untuk bahan kerja dalam pelbagai bentuk.
23. 1. MENGISAR ATAS
1. Semasa proses mengisar, mata alat menekan bahan kerja ke bawah.
2. Pergerakan bahan kerja bergerak secara melawan arah putaran mata alat.
3. Ciri – ciri mengisar atas adalah seperi berikut :
Menghasilkan permukaan yang kasar pada bahan.
Sesuai untuk mengisar bahan yang sifat mekaniknya lembut dengan menggunakan mata
alat yang bersaiz sederhana
Bentuk tatal lebih tebal pada bahagian hujung dan nipis pada bahagian pangkal.
24. 2. MENGISAR BAWAH
• Semasa proses mengisar bawah, bahan kerja bergerak mengikut arah putaran mata
alat pengisar.
• Ciri – ciri mengisar bawah adalah seperti berikut :
1. Menghasilkan permukaan yang halus pada bahan kerja
2. Sesuai dilakukan pada mesin pengisar yang berkedudukan tegak
3. Bentuk tatal lebih halus pada bahagian hujung dan tebal pada bahagian
pangkal.
25. KAEDAH MEMEGANG
PENGENALAN
• Kaedah memegang mata alat adalah bergantung kepada jenis mesin
pengisar dan jenis proses.
• Kaedah yang digunakan untuk memegang mata alat pada mesin kisar
ufuk adalah dengan memasukkan mata alat pada arbor.
• Kaedah memegang mata alat juga adalah bergantung kepada bentuk
mata alat yang digunakan.
26. 1. KAEDAH MEMEGANG BENDA KERJA
• Alat yang digunakan untuk memegang benda kerja ialah
ragum.
• Ragum biasanya diletakkan di atas meja.
27. 2. KAEDAH MEMEGANG MATA ALAT
• Kaedah memegang mata alat adalah bergantung kepada jenis mesin pengisar dan
jenis proses.
• Kaedah yang digunakan untuk memegang mata alat pada mesin kisar ufuk adalah
dengan memasukkan mata alat pada arbor.
• Kaedah memegang mata alat juga adalah bergantung kepada bentuk mata alat
yang digunakan. Dan bentuk mata alat yang hendak dikisar contohnya seperti
bentuk lurah, alur kunci dan lurah bersudut.
28. FAKTOR PENENTU KELAJUAN DAN HANTARAN PEMOTONGAN
• Ketika melakukan kerja mengisar, penentu kelajuan dan hantaran pemotongan adalah amat penting.
Kelajuan pemotongan bermaksud kelajuan spindal berputar dalam seminit.
Hantaran pemotongan bermaksud kadar pergerakan meja mesin pengisar menyuap benda kerja
kepada mata alat yang sedang berputar.
• Penentuan kelajuan dan hantaran yang sesuai akan menghasilkan kerja yang bermutu dan mengekalkan
jangka hayat mata alat pengisar. Faktor-faktor dalam menentukan kelajuan dan hantaran pemotongan
adalah seperti berikut :
1. Sifat bahan benda kerja
2. Kedalaman dan lebar pemotongan
3. Jenis mata alat
4. Jenis kemasan pemotongan yang diperlukan
5. Garis pusat mata alat pengisar
6. Ketegapan mesin
7. Kaedah mengikat benda kerja pada ragum
29. MENGHITUNG KELAJUAN PPM
Kaedah yang digunakan untuk menentukan kelajuan dan hantaran pemotongan adalah dengan kaedah pengiraan.
Rumusan yang digunakan untuk menghitung kelajuan mata alat dalam putaran per minit (PPM) dan kelajuan spindal
adalah seperti berikut :
PPM = KP x 1000
תּ x D
KP = KELAJUAN PEMOTONGAN BAHAN
D = GARIS PUSAT MATA ALAT
PENGISAR
RUMUSAN YANG DIGUNAKAN UNTUK
MENGHITUNG HANTARAN PEMOTONGAN
ADALAH SEPERTI BERIKUT:
HP = JUMLAH GIGIxSAIZ TATAL PER GIGIxPUTARAN PER MIN
30. CONTOH 1
Anda dikehendaki mengisar menggunakan mata alat pengisar berdiameter 80 mm
pada kelajuan pemotongan 20 meter per minit. Hitungkan berapa kelajuan spindal
dalam putaran per minit.
PPM = KP x 1000
תּ x D
= 20 x 1000
תּ x 80
= 79.56
31. LATIHAN
1. Dengan menggunakan mata alat pengisar berdiameter 70 mm, hitung berapakah
kelajuan spindal dalam putaran per minit jika kelajuan pemotongan 30 meter per
minit.
2. Anda dikehendaki melakukan kerja mengisar menggunakan mata alat pengisar
berdiameter 60 mm. Putaran per minit untuk proses mengisar ialah 100 pusingan
per minit. Hitungkan kelajuan pemotongan mata alat pengisar.
3. Sebuah bongkah perlu dikisar menggunakan mata alat pengisar heliks berdiameter
80 mm yang mempunyai 8 gigi pada 0.30 mm per gigi. Kelajuan pemotongan untuk
proses mengisar ialah 20 meter per minit. Hitungkan berapa hantaran pemotongan
dalam milimeter per minit.
32. KERJA-KERJA MENGISAR
PENGENALAN
• Kerja mengisar melibatkan proses meratakan permukaan, membentuk lurah, sudut dan
cekung.
• Setiap bentuk yang hendak dikisar adalah menggunakan pelbagai bentuk mata alat pengisar.
• Jenis mesin pengisar juga perlu diambil kira apabila hendak mengisar setiap bentuk.
33. Terdapat beberapa bentuk yang boleh dimesin dengan mesin pengisar adalah seperti berikut :
Rata
Lurah
Sudut
Cengkung
Gigi Gear
1. MENGISAR RATA
• mengisar rata ialah operasi mengisar permukaan rata yang luas pada permukaan benda kerja.
• tujuan mengisar rata adalah untuk menipiskan bahan logam dan meratakan permukaan benda kerja.
34. 2. MENGISAR LURAH
• Mengisar lurah adalah salah satu operasi mengisar pelbagai bentuk lurah.
35. KAEDAH PENJAJARAN MEJA SELARI DENGAN TURUS
1. Permukaan meja dan turus dibersihkan.
2. Penunjuk dial diletakkan di atas meja.
3. Meja digerakkan kepada turus sehingga penujuk dial menyentuh turus.
4. Setkan penunjuk dial kepada 0.
5. Meja digerakkan ke kiri atau kanan untuk memastikan bacaan pada dail penunjuk.
6. Sekiranya terdapat perbezaan bacaan pada penunjuk dail dari satu hujung ke satu hujung turus, meja tidak
selari dan sejajar.
7. Meja hendaklah dilaras dengan melonggarkan nat pada meja berkilas.
8. Ulangi langkah kerja 4 hingga (7) sekiranya meja masih belum terjajar.
36. KAEDAH PENJAJARAN BAHAN KERJA DENGAN TURUS
1. Meja dan tapak ragum dibersihkan.
2. Ragum dipasang pada meja dan penunjuk dial dipasang pada turus.
3. Meja dinaikkan pada sehingga menyentuh penunjuk dial dan dial disetkan pada angka 0.
4. Meja digerakkan pada kanan dan kiri untuk menentukan bacaan pada dial.
5. Sekiranya terdapat pebezaan bacaan, ragum dilaraskan sehingga sejajar.
6. Ulangi langkah (3) dan (5) sehingga ragum sejajar.
37. KESELAMATAN
1. Pakai pelindung mata
2. Elak daripada mengedalikan mesin pengisar lebih daripada seorang
3. Jangan pakai sarung tangan
4. Pastikan mesin pengisar dalam keadaan sempurna dan selamat
5. Jangan tinggalkan mesin sekiranya proses mengisar sedang dijalankan.
6. Elak daripada melakukan kerja pelarasan dan pengukuran semasa mesin sedang beroperasi
7. Pastikan mata alat dan bahan kerja telah diikat dengan kemas
8. Pastikan pemilihan mata alat pengisar bersesuaian dengan proses mengisar yang hendak
dilakukan
9. Gunakan media penyejuk semasa proses mengisar untuk menyejukkan mata alat dan bahan
kerja menjadi panas
10. Pastikan kedalaman bahan yang dikisar oleh mata alat pengisar tidak terlalu tebal.