2
Most read
8
Most read
9
Most read
SISTEM BAHAN API
Sistem bahan api ialah untuk membekalkan campuran udara dan bahan api yang berterusan
kepada enjin pada nisbah yang bersesuaian dengan semua kendalian. Terdapat banyak faktor
yang mempengaruhi keadaan tersebut seperti kelajuan enjin, beban, suhu dan reka bentuk
enjin. Di dalam sistem bahan api, karburetor yang memainkan peranan yang penting sekali
mendapatkan nisbah campuran udara dan bahan api yang sesuai dengan keadaan kendalian
enjin.
Komponen-Komponen Sistem Bahan Api
Sistem bahan api terdiri daripada:
a. Tangki bahan api.
b. Pam bahan api.
c. Penapis bahan api.
d. Saluran bahan api.
e. Penunjuk bahan api.
f. Saring udara.
g. Karburetor.
h. Pancarongga kemasukan.
Sistem bahan api.
a. Tangki bahan api (Fuel Tank).
Bagi enjin hadapan, tangki bahan api biasanya diletakkan pada bahagian belakang,
manakala kereta berenjin belakang pula tangki diletakkan pada bahagian hadapan.
Kedudukan tangki bahan api pada kenderaan adalah sangat penting. Tangki ini mestilah
terlindung dari lentingan batu-batu dan tidak mudah meletup bila berlaku sesuatu kemalangan.
Pada umumnya sesebuah tangki dapat diisikan dengan bahan api sebanyak 25 hingga 70 liter.
Ini bergantung pada besar atau kecilnya sesebuah kenderaan.
Tangki bahan api diperbuat daripada kepingan keluli yang nipis dan disadur supaya
ianya tidak berkarat. Dibentuk bersekat-sekat bagi mengurangkan bahan api berkocak. Ianya
diskrukan pada rangka kenderaan. Salur masuk tangki ditutup dengan satu penutup yang
berkunci, mempunyai lubang membolehkan udara masuk atau keluar apabila bahan api
mengembang atau menguncup. Tangki bahan api juga dilengkapkan dengan unit penghantar
untuk menunjukkan kandungan bahan api yang ada di dalam tangki. Pada bahagian bawah
tangki disediakan satu lubang yang tertutup (palam buang minyak) untuk mengalirkan keluar
bahan api atau untuk mencuci tangki bila perlu.
Air mungkin wujud di dalam tangki yang sering kali diisi tidak penuh. Hal ini adalah
kerana wap air terkandung di dalam udara yang terperangkap akan terpeluhwap di dinding
tangki dan mengalir ke bahagian bawah tangki. Oleh kerana air ini berbahaya kepada enjin,
tangki perlulah dibersihkan.
b. Pam bahan api (Fuel Pump)
Lazimnya tangki bahan api terletak lebih rendah daripada karburetor oleh itu pam
bahan api diperlukan bagi menyedut bahan api dari tangki dan menghantarnya ke karburetor.
Ianya dipasangkan di antara tangki bahan api dan karburetor.
Terdapat dua jenis pam bahan api yang popular digunakan pada masa kini iaitu:
i. Pam jenis gegendang mekanikal.
Pam jenis ini digerakkan oleh aci sesondol (cam shaft). Pada kebiasaannya pam jenis
ini dipasang sama ada di kepala silinder atau di silinder blok.
ii. Pam jenis gegendang elektrik.
Pam jenis ini digerakkan dengan bantuan kuasa elektrik dari bateri. Ianya ditempatkan
sama ada di dalam ruang enjin atau di belakang berdekatan dengan tangki bahan api.
Pam ini hanya akan berfungsi bila suis penyalaan di ’ON’.
c. Penapis bahan api (Fuel Filter).
Penapis bahan api digunakan untuk menyekat kekotoran yang terdapat dalam bahan
api dari masuk ke pam atau ke karburetor. Tempat di mana penapis bahan api dipasangkan
adalah berbeza-beza dari satu kenderaan dengan kenderaan yang lain. Pada kebiasaannya
penapis bahan api di pasangkan antara pam bahan api dan tangki bahan api. Terdapat dua
jenis penapis bahan api iaitu jenis seramik dan jenis katrij (elemen kertas-buang terus).
Kebanyakan kenderaan sekarang menggunakan penapis jenis katrij. Penapis jenis kartrij tidak
perlu diservis, hanya perlu penggantian apabila telah sampai waktu penyenggaraan yang
disyorkan.
d. Saluran bahan api (Fuel Line).
Komponen ini dibuat daripada ‘steel tubing’ dan ada juga yang diperbuat
daripada ’polyethylene’. Ianya berfungsi sebagai saluran untuk memindahkan bahan api dari
tangki ke pam dan ke karburetor. Bagi penyambungan pada bahagian-bahagian yang bergerak,
pada kebiasaannya saluran tersebut di sambung dengan ‘flexible hose’. Hal ini bertujuan
untuk mengelakkan saluran tersebut daripada bengkok atau patah.
e. Penunjuk bahan api (Fuel Gauge)
Komponen ini digunakan untuk mengukur paras bahan api di dalam tangki.
Komponen-komponennya terdiri daripada pelampung dalam tangki dan penunjuk di panel
dashboard. Terdapat dua jenis penunjuk bahan api yang banyak digunakan pada kereta:
1. Gelung Imbangan.
Penunjuk bahan api ini terdiri dari dua unit iaitu unit penghantar dan unit tolok.
Litar ini hanya memerlukan arus yang sedikit sahaja iaitu hanya 0.5 amp. Unit
penghantar terdiri daripada satu sesentuh bergelongsor yang mempunyai rintangan yang
berubah-ubah. Unit tolok pula terdiri dari dua gegelung yang diletakkan 90 darjah di
antara satu sama lain. Di antara gegelung itu dipasangkan angker dan penunjuk.
2. Jenis Panas.
Penunjuk bahan api jenis ini juga terdiri dari dua unit iaitu unit penghantar dan
unit tolok. Kedua-dua unit ini disambungkan secara siri oleh satu dawai tunggal. Unit
penghantar diletakkan di dalam tangki bahan api sementara unit tolok diletakkan di
panel alat-alatan. Sebagai tambahan penunjuk bahan api jenis ini dilengkapkan dengan
alat ubah voltan untuk mengawal voltan. Unit penghantar terdiri dari satu reostat yang
boleh mengubah rintangan di dalam litar mengikut paras bahan api di dalam tangki.
Unit tolok pula terdiri dari satu jarum penunjuk yang dikawal oleh lengan dua logam
dan gelung pemanas.
f. Penapis udara (Air Filter)
Penapis udara merupakan alat yang dipasang pada bahagian atas muncung
karburetor. Komponen ini berfungsi untuk menapis segala kekotoran yang datang dari saluran
udara daripada masuk ke dalam karburetor dan seterusnya di dalam enjin. Jika tiada penapis
udara ini maka segala kekotoran akan masuk ke dalam enjin dan menyebabkan enjin menjadi
kotor dan akan mudah terdedah kepada kerosakan dan haus dan seterusnya jangka hayat enjin
tersebut akan berkurangan.
Penapis udara yang dipasangkan pada muncung karburetor adalah bertujuan untuk
mengurangkan kelajuan udara yang masuk bagi menjimatkan penggunaan bahan api,
menolak percikan voltan tinggi semasa terjadinya ‘back fire’ dan mengambil hawa panas dari
‘exhaust manifold’ untuk tujuan pengeluwapan bahan api sebelum masuk ke dalam silinder
dan dengan ini pembakaran akan mudah dilakukan.
Jenis-Jenis Penapis Udara
a. Jenis Basahan Minyak (Oil Wetted)
Penapis jenis ini, dapat memberikan satu penapisan yang sempurna di mana
kadar habuk yang masuk adalah berkurangan. Bahan yang digunakan pada sistem ini
ialah satu gelungan wayar yang diselang-seli (wire mesh) yang diselaputi dengan
minyak. Segala kotoran akan melekat pada minyak. Penapis ini mestilah sentiasa
dicuci pada setiap 8,000 km atau 5,000 km. Cara mencuci penapis jenis ini ialah
dengan mencuci gelungan wayar dengan petrol atau paraffin. Setelah itu hendaklah
dikeringkan dan kemudiannya lumur semula dengan minyak enjin sebelum dipasang.
Biarkan minyak yang berlebihan menitis terlebih dahulu.
b. Jenis Elemen Lipatan Kertas (Paper Pleated Element)
Penapis jenis ini pula menggunakan kertas sebagai alat penapisnya. Kertas
ini dikenali sebagai ‘resin impregnated paper element’. Binaan pada kertas ini dibuat
berlipat-lipat dan padanya juga terdapat lubang-lubang yang sangat halus. Dengan
melipat-lipat kertas ini, ia dapat mewujudkan permukaan tapisan yang sangat luas
dan dapat mengelakkan penapis ini daripada tersumbat. Kebiasaannya penapis ini
ditukar pada tiap-tiap 16,000 km hingga 20,000 km.
c. Jenis Mandi Minyak (Oil Bath)
Penapis jenis ini merupakan penapis yang sangat bagus. Penapis ini
mempunyai dua peringkat. Peringkat pertama udara masuk secara berpusar akan
menyebabkan habuk-habuk yang ada bersamanya akan melekat pada permukaan
minyak yang bertakung. Pada peringkat kedua pula sebahagian dari minyak akan
naik dibawa oleh udara yang masuk melaluinya ke elemen pusaran wayar besi (steel
mesh wire element). Di sini segala kotoran yang melekat pada minyak tadi akan
melekat pula pada elemen wayar. Penapis ini dibentuk sebegitu rupa adalah untuk
menapis segala kotoran dari masuk ke dalam enjin dan mengelakkan kotoran dari
masuk ke karburetor dan ruang pelampung (float chamber). Servis perlu dilakukan
setiap 4,000 km. Penapis ini dicuci dengan menggunakan petrol atau parraffin.
Apabila hendak mengisi semula minyak ke dalam takungan hendaklah diisi dengan
minyak yang bersih dan pastikan penapis berada pada paras yang betul.
d. Jenis Empar (Centrifugal Type)
Penapis jenis ini dapat menapis udara dengan baik. Udara yang masuk secara
berpusar akan mengeluarkan segala habuk-habuk melalui lubang-lubang kecil yang
dibuat perumahnya (casing) secara kuasa balingan. Kemasukan udara yang berpusar
ini akan membawa segala habuk-habuk masuk bersama-samanya. Tetapi habuk ini
akan tercampak keluar apabila ia terkena lubang-lubang atau lurah-lurah yang dibuat
pada atas perumah ini. Kuasa balingan terhasil dari pusaran udara yang masuk yang
sebenarnya menolak segala habuk-habuk yang terperangkap. Udara itu boleh
berpusar adalah kerana reka bentuknya terutama sekali pada vane yang telah dibuat
mengikut sudut tertentu. Penyelenggaraan untuk penapis jenis ini adalah mudah.
Pastikan bahawa intake vane tidak tersumbat.
g. Karburetor (carburetor)
Komponen ini berfungsi untuk mencampurkan bahan api dan udara mengikut nisbah
tertentu bergantung kepada beban enjin, kelajuan enjin dan suhu enjin. Ia juga berfungsi
untuk menukarkan sifat petrol dari cecair kepada bentuk pendebuan supaya pembakaran
dapat dilakukan dengan sempurna. Karburetor dipasangkan pada pancarongga kemasukan
(intake manifold).
h. Pancarongga kemasukan Intake manifold) & Pancarongga pelawas (exhaust
Manifold)
Pancarongga kemasukan berfungsi sebagai ‘transport’(ruang saluran) bagi bahan api
dan udara masuk ke ruang pembakaran. Kebanyakannya dibuat daripada aluminium aloi yang
dikilatkan dan dipasangkan di kepala silinder.
Pancarongga pelawas diperbuat daripada cast iron dan ditempatkan di bahagian
lubang pelawas untuk mengurangkan bunyi bising daripada gas-gas pelawas keluar melalui
beberapa saluran pancarongga. Pancarongga pelawas berfungsi sebagai sebuah ruang saluran
untuk gas-gas pelawas (gas telah dibakar) lepas keluar dari silinder masuk ke dalam paip
pelawas.
Jenis-Jenis Sistem Penghantaran Bahan Api.
1. Jenis graviti (gravity feed system)
Komponen sistem ini terdiri daripada tangki, penapis, pancarongga
pengambilan, salur bahan api dan karburetor. Tangki bahan api dipasang lebih tinggi
daripada karburetor. Dengan in bahan api akan mengalir turun oleh daya tarikan
graviti. Bahan api dari tangki mengalir masuk ke dalam penapis melalui sawat
pemberhenti yang ditugaskan memberhentikan pengaliran bahan api apabila enjin
tidak di kendali. Bahan api yang ditapis kemudian mengalir masuk ke karburetor.
2. Jenis daya bekal(force feed system)
Sistem ini terdiri daripada tangki, pam, penapis, paip salur bahan api,
pancarongga pengambilan dan karburetor. Kedudukan tangki bahan api lebih rendah
daripada karburetor dan diletakkan jauh ke belakang. Bahan api dari tangki mengalir
melalui salur paip apabila terdapat sedutan dari pam bahan api ketika enjin
dihidupkan dan ditolak masuk ke karburetor.

More Related Content

PPT
Sistem clutch
PPT
Clutch system (Malay)
DOCX
Sistem pelinciran
PPTX
Pengenalan kepada sistem gantungan
PPTX
Penapis udara / Air filter
PPTX
Pengenalan ABS
PPT
Auto transmission 1
PPT
Jenis – jenis sistem gantungan hadapan
Sistem clutch
Clutch system (Malay)
Sistem pelinciran
Pengenalan kepada sistem gantungan
Penapis udara / Air filter
Pengenalan ABS
Auto transmission 1
Jenis – jenis sistem gantungan hadapan

What's hot (20)

PPT
Sistem gantungan
DOCX
Merombak gearbox manual
PPTX
Power point transfer box / transfer case
DOCX
12. starter motor
DOCX
Merombak gandar belakang dan kerbeda
PPT
PPTX
6. menguji kebocoran(penghawa dingin)
DOC
10. bateri kenderaan
DOC
15. starter motor
PPTX
DOC
PPTX
AIR COND
PDF
SISTEM KLAC-TOPIK 3: MENSERVIS PAM KLAC HIDRAULIK
PPTX
Sistem bahan api diesel
DOCX
Menyelenggara gearbox automatik
DOCX
7. uji bateri
PPTX
Kerja menanggalkan tayar
PPTX
Sistem Penyejukan
DOC
Workshop equipment
DOC
7. litar elektrik
Sistem gantungan
Merombak gearbox manual
Power point transfer box / transfer case
12. starter motor
Merombak gandar belakang dan kerbeda
6. menguji kebocoran(penghawa dingin)
10. bateri kenderaan
15. starter motor
AIR COND
SISTEM KLAC-TOPIK 3: MENSERVIS PAM KLAC HIDRAULIK
Sistem bahan api diesel
Menyelenggara gearbox automatik
7. uji bateri
Kerja menanggalkan tayar
Sistem Penyejukan
Workshop equipment
7. litar elektrik
Ad

Viewers also liked (7)

PPT
Tatacara pengurusan aset alih
PPTX
penegenalan Bateri kenderaan
PPT
Vehicle Maintenance Click Here To Open
PDF
Kk(1)m01 l4-130607
PPT
Hrm10 ppt01
PPT
Pemeriksaan ke atas kenderaan (Vehicle Maintenance)
Tatacara pengurusan aset alih
penegenalan Bateri kenderaan
Vehicle Maintenance Click Here To Open
Kk(1)m01 l4-130607
Hrm10 ppt01
Pemeriksaan ke atas kenderaan (Vehicle Maintenance)
Ad

Similar to Sistem bahan api (20)

PPTX
TUGAS SISTEM BAHAN BAKAR KONVENSIONAL XI TKRO 1_2.pptx
DOCX
Memelihara servis sistem bahan bakar bensin
PPT
Unsur K3 Penggerak Mula Motor Bakar baru.ppt
DOC
DOCX
Karburator
PPTX
TuneUp Sepeda Motor Materi Dasar Otomotif.pptx
PPT
PUSAT LISTRIK TENAGA DIESEl ppt..........
DOC
Modul tuneup 1
PPTX
Prtaktek Motor Tempel di dalam kemennterian perindustrian
PPTX
Bagian yang ada didalam listrik motor.pptx
PPTX
MS-POWERPOINT.pptx
PPTX
Mekanisme Perkebunan.pptx
PPTX
Tugas Kelompok Presentasi_DDO 2.pptx
PPT
ANDARU PPT.ppt
PPTX
Unit 3 Engine System (Fuel System - Carburettor).pptx
DOCX
Bahagian mesin
DOCX
Bahagian mesin
DOC
Sistem pada engine
PPTX
Paparan subditfasharkan ditpolair polda jambi; AKBP H.DADANG DJOKO KARYANTO,A...
PPTX
Choacing Clinic Spin
TUGAS SISTEM BAHAN BAKAR KONVENSIONAL XI TKRO 1_2.pptx
Memelihara servis sistem bahan bakar bensin
Unsur K3 Penggerak Mula Motor Bakar baru.ppt
Karburator
TuneUp Sepeda Motor Materi Dasar Otomotif.pptx
PUSAT LISTRIK TENAGA DIESEl ppt..........
Modul tuneup 1
Prtaktek Motor Tempel di dalam kemennterian perindustrian
Bagian yang ada didalam listrik motor.pptx
MS-POWERPOINT.pptx
Mekanisme Perkebunan.pptx
Tugas Kelompok Presentasi_DDO 2.pptx
ANDARU PPT.ppt
Unit 3 Engine System (Fuel System - Carburettor).pptx
Bahagian mesin
Bahagian mesin
Sistem pada engine
Paparan subditfasharkan ditpolair polda jambi; AKBP H.DADANG DJOKO KARYANTO,A...
Choacing Clinic Spin

More from SiTi Nurhidayah (12)

PPTX
Keluarga & komuniti
PPTX
Pengurusan sumber
PPTX
perkembangan kendiri
PPTX
PPTX
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
PPTX
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
PPTX
DOCX
MANDARIN
PPTX
Makanan rda
PPT
pengurusan tempat kediaman
PPTX
PPTX
kuih tempatan
Keluarga & komuniti
Pengurusan sumber
perkembangan kendiri
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
MANDARIN
Makanan rda
pengurusan tempat kediaman
kuih tempatan

Recently uploaded (20)

PPTX
MODUL 2 LK 2.1.pptx MODUL 2 LK 2.1.pptx MODUL 2 LK 2.1.pptx
PPTX
Saint Maximilian Kolbe, Polish friar, priest, missionary and martyr (indonesi...
PPTX
7 KEBIASAAN ANAK INDONESIA HEBAT.pptx xx
PPTX
Pengantar pembelajaran_Koding_dan kecerdasan artifisial
PPT
KOMITMEN MENULIS DI BLOG IGTIK PB PGRI.ppt
DOC
RPP Deep Learning _ MGMP Wilayah 1 (1).doc
PPTX
PPT REVISED - SEMINAR PEMBELAJARAN MENDALAM .pptx
PPTX
Slide_Berpikir_Komputasional_Pola_Algoritma_Kelas5SD.pptx
DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam Bahasa Inggris Kelas XII SMA Terbaru 2025
DOCX
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Budidaya Kelas XII SMA Terbaru 2025
PPTX
Perubahan Pengertian_Istilah _Pelatihan "Ketentuan TERBARU Pengadaan Pemerin...
PPTX
Modul ajar kelas 5 sd kecerdasan artifisial pptx
PPTX
Pengimbasan pembelajaran mendalam (deep learning
DOCX
LK 1.1.a.2_Modul 2 Pelatihan Koding dan Artifisial
PDF
LK - Kerangka Pembelajaran Mendalam luring 4 Herpina Indah Permata Sari.pdf
DOC
CV_Kanaidi, SE., M.Si., cSAP., CGRC., CBCM_18 Agustus 2025.doc
PPTX
Aliran Pemikiran dalam Dakwah materi awal
PPTX
Ekspresi_dan_Operasi_Logika informatika smp kelas 9
PDF
IN1.2.E. kelompok 2.docx kerangka pembelajaran mendalam.pdf
PDF
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Inggris Kelas 6 Kurikulum Merdeka
MODUL 2 LK 2.1.pptx MODUL 2 LK 2.1.pptx MODUL 2 LK 2.1.pptx
Saint Maximilian Kolbe, Polish friar, priest, missionary and martyr (indonesi...
7 KEBIASAAN ANAK INDONESIA HEBAT.pptx xx
Pengantar pembelajaran_Koding_dan kecerdasan artifisial
KOMITMEN MENULIS DI BLOG IGTIK PB PGRI.ppt
RPP Deep Learning _ MGMP Wilayah 1 (1).doc
PPT REVISED - SEMINAR PEMBELAJARAN MENDALAM .pptx
Slide_Berpikir_Komputasional_Pola_Algoritma_Kelas5SD.pptx
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam Bahasa Inggris Kelas XII SMA Terbaru 2025
Modul Ajar Pembelajaran Mendalam PKWU Budidaya Kelas XII SMA Terbaru 2025
Perubahan Pengertian_Istilah _Pelatihan "Ketentuan TERBARU Pengadaan Pemerin...
Modul ajar kelas 5 sd kecerdasan artifisial pptx
Pengimbasan pembelajaran mendalam (deep learning
LK 1.1.a.2_Modul 2 Pelatihan Koding dan Artifisial
LK - Kerangka Pembelajaran Mendalam luring 4 Herpina Indah Permata Sari.pdf
CV_Kanaidi, SE., M.Si., cSAP., CGRC., CBCM_18 Agustus 2025.doc
Aliran Pemikiran dalam Dakwah materi awal
Ekspresi_dan_Operasi_Logika informatika smp kelas 9
IN1.2.E. kelompok 2.docx kerangka pembelajaran mendalam.pdf
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Inggris Kelas 6 Kurikulum Merdeka

Sistem bahan api

  • 1. SISTEM BAHAN API Sistem bahan api ialah untuk membekalkan campuran udara dan bahan api yang berterusan kepada enjin pada nisbah yang bersesuaian dengan semua kendalian. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut seperti kelajuan enjin, beban, suhu dan reka bentuk enjin. Di dalam sistem bahan api, karburetor yang memainkan peranan yang penting sekali mendapatkan nisbah campuran udara dan bahan api yang sesuai dengan keadaan kendalian enjin. Komponen-Komponen Sistem Bahan Api Sistem bahan api terdiri daripada: a. Tangki bahan api. b. Pam bahan api. c. Penapis bahan api. d. Saluran bahan api. e. Penunjuk bahan api. f. Saring udara. g. Karburetor. h. Pancarongga kemasukan. Sistem bahan api.
  • 2. a. Tangki bahan api (Fuel Tank). Bagi enjin hadapan, tangki bahan api biasanya diletakkan pada bahagian belakang, manakala kereta berenjin belakang pula tangki diletakkan pada bahagian hadapan. Kedudukan tangki bahan api pada kenderaan adalah sangat penting. Tangki ini mestilah terlindung dari lentingan batu-batu dan tidak mudah meletup bila berlaku sesuatu kemalangan. Pada umumnya sesebuah tangki dapat diisikan dengan bahan api sebanyak 25 hingga 70 liter. Ini bergantung pada besar atau kecilnya sesebuah kenderaan. Tangki bahan api diperbuat daripada kepingan keluli yang nipis dan disadur supaya ianya tidak berkarat. Dibentuk bersekat-sekat bagi mengurangkan bahan api berkocak. Ianya diskrukan pada rangka kenderaan. Salur masuk tangki ditutup dengan satu penutup yang berkunci, mempunyai lubang membolehkan udara masuk atau keluar apabila bahan api mengembang atau menguncup. Tangki bahan api juga dilengkapkan dengan unit penghantar untuk menunjukkan kandungan bahan api yang ada di dalam tangki. Pada bahagian bawah tangki disediakan satu lubang yang tertutup (palam buang minyak) untuk mengalirkan keluar bahan api atau untuk mencuci tangki bila perlu. Air mungkin wujud di dalam tangki yang sering kali diisi tidak penuh. Hal ini adalah kerana wap air terkandung di dalam udara yang terperangkap akan terpeluhwap di dinding tangki dan mengalir ke bahagian bawah tangki. Oleh kerana air ini berbahaya kepada enjin, tangki perlulah dibersihkan.
  • 3. b. Pam bahan api (Fuel Pump) Lazimnya tangki bahan api terletak lebih rendah daripada karburetor oleh itu pam bahan api diperlukan bagi menyedut bahan api dari tangki dan menghantarnya ke karburetor. Ianya dipasangkan di antara tangki bahan api dan karburetor. Terdapat dua jenis pam bahan api yang popular digunakan pada masa kini iaitu: i. Pam jenis gegendang mekanikal. Pam jenis ini digerakkan oleh aci sesondol (cam shaft). Pada kebiasaannya pam jenis ini dipasang sama ada di kepala silinder atau di silinder blok. ii. Pam jenis gegendang elektrik. Pam jenis ini digerakkan dengan bantuan kuasa elektrik dari bateri. Ianya ditempatkan sama ada di dalam ruang enjin atau di belakang berdekatan dengan tangki bahan api. Pam ini hanya akan berfungsi bila suis penyalaan di ’ON’. c. Penapis bahan api (Fuel Filter).
  • 4. Penapis bahan api digunakan untuk menyekat kekotoran yang terdapat dalam bahan api dari masuk ke pam atau ke karburetor. Tempat di mana penapis bahan api dipasangkan adalah berbeza-beza dari satu kenderaan dengan kenderaan yang lain. Pada kebiasaannya penapis bahan api di pasangkan antara pam bahan api dan tangki bahan api. Terdapat dua jenis penapis bahan api iaitu jenis seramik dan jenis katrij (elemen kertas-buang terus). Kebanyakan kenderaan sekarang menggunakan penapis jenis katrij. Penapis jenis kartrij tidak perlu diservis, hanya perlu penggantian apabila telah sampai waktu penyenggaraan yang disyorkan. d. Saluran bahan api (Fuel Line). Komponen ini dibuat daripada ‘steel tubing’ dan ada juga yang diperbuat daripada ’polyethylene’. Ianya berfungsi sebagai saluran untuk memindahkan bahan api dari tangki ke pam dan ke karburetor. Bagi penyambungan pada bahagian-bahagian yang bergerak, pada kebiasaannya saluran tersebut di sambung dengan ‘flexible hose’. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan saluran tersebut daripada bengkok atau patah.
  • 5. e. Penunjuk bahan api (Fuel Gauge) Komponen ini digunakan untuk mengukur paras bahan api di dalam tangki. Komponen-komponennya terdiri daripada pelampung dalam tangki dan penunjuk di panel dashboard. Terdapat dua jenis penunjuk bahan api yang banyak digunakan pada kereta: 1. Gelung Imbangan. Penunjuk bahan api ini terdiri dari dua unit iaitu unit penghantar dan unit tolok. Litar ini hanya memerlukan arus yang sedikit sahaja iaitu hanya 0.5 amp. Unit penghantar terdiri daripada satu sesentuh bergelongsor yang mempunyai rintangan yang berubah-ubah. Unit tolok pula terdiri dari dua gegelung yang diletakkan 90 darjah di antara satu sama lain. Di antara gegelung itu dipasangkan angker dan penunjuk. 2. Jenis Panas. Penunjuk bahan api jenis ini juga terdiri dari dua unit iaitu unit penghantar dan unit tolok. Kedua-dua unit ini disambungkan secara siri oleh satu dawai tunggal. Unit penghantar diletakkan di dalam tangki bahan api sementara unit tolok diletakkan di panel alat-alatan. Sebagai tambahan penunjuk bahan api jenis ini dilengkapkan dengan alat ubah voltan untuk mengawal voltan. Unit penghantar terdiri dari satu reostat yang
  • 6. boleh mengubah rintangan di dalam litar mengikut paras bahan api di dalam tangki. Unit tolok pula terdiri dari satu jarum penunjuk yang dikawal oleh lengan dua logam dan gelung pemanas. f. Penapis udara (Air Filter) Penapis udara merupakan alat yang dipasang pada bahagian atas muncung karburetor. Komponen ini berfungsi untuk menapis segala kekotoran yang datang dari saluran udara daripada masuk ke dalam karburetor dan seterusnya di dalam enjin. Jika tiada penapis udara ini maka segala kekotoran akan masuk ke dalam enjin dan menyebabkan enjin menjadi kotor dan akan mudah terdedah kepada kerosakan dan haus dan seterusnya jangka hayat enjin tersebut akan berkurangan. Penapis udara yang dipasangkan pada muncung karburetor adalah bertujuan untuk mengurangkan kelajuan udara yang masuk bagi menjimatkan penggunaan bahan api, menolak percikan voltan tinggi semasa terjadinya ‘back fire’ dan mengambil hawa panas dari ‘exhaust manifold’ untuk tujuan pengeluwapan bahan api sebelum masuk ke dalam silinder dan dengan ini pembakaran akan mudah dilakukan. Jenis-Jenis Penapis Udara a. Jenis Basahan Minyak (Oil Wetted) Penapis jenis ini, dapat memberikan satu penapisan yang sempurna di mana kadar habuk yang masuk adalah berkurangan. Bahan yang digunakan pada sistem ini ialah satu gelungan wayar yang diselang-seli (wire mesh) yang diselaputi dengan minyak. Segala kotoran akan melekat pada minyak. Penapis ini mestilah sentiasa dicuci pada setiap 8,000 km atau 5,000 km. Cara mencuci penapis jenis ini ialah dengan mencuci gelungan wayar dengan petrol atau paraffin. Setelah itu hendaklah dikeringkan dan kemudiannya lumur semula dengan minyak enjin sebelum dipasang. Biarkan minyak yang berlebihan menitis terlebih dahulu.
  • 7. b. Jenis Elemen Lipatan Kertas (Paper Pleated Element) Penapis jenis ini pula menggunakan kertas sebagai alat penapisnya. Kertas ini dikenali sebagai ‘resin impregnated paper element’. Binaan pada kertas ini dibuat berlipat-lipat dan padanya juga terdapat lubang-lubang yang sangat halus. Dengan melipat-lipat kertas ini, ia dapat mewujudkan permukaan tapisan yang sangat luas dan dapat mengelakkan penapis ini daripada tersumbat. Kebiasaannya penapis ini ditukar pada tiap-tiap 16,000 km hingga 20,000 km. c. Jenis Mandi Minyak (Oil Bath) Penapis jenis ini merupakan penapis yang sangat bagus. Penapis ini mempunyai dua peringkat. Peringkat pertama udara masuk secara berpusar akan menyebabkan habuk-habuk yang ada bersamanya akan melekat pada permukaan minyak yang bertakung. Pada peringkat kedua pula sebahagian dari minyak akan naik dibawa oleh udara yang masuk melaluinya ke elemen pusaran wayar besi (steel mesh wire element). Di sini segala kotoran yang melekat pada minyak tadi akan melekat pula pada elemen wayar. Penapis ini dibentuk sebegitu rupa adalah untuk menapis segala kotoran dari masuk ke dalam enjin dan mengelakkan kotoran dari masuk ke karburetor dan ruang pelampung (float chamber). Servis perlu dilakukan setiap 4,000 km. Penapis ini dicuci dengan menggunakan petrol atau parraffin. Apabila hendak mengisi semula minyak ke dalam takungan hendaklah diisi dengan minyak yang bersih dan pastikan penapis berada pada paras yang betul. d. Jenis Empar (Centrifugal Type) Penapis jenis ini dapat menapis udara dengan baik. Udara yang masuk secara berpusar akan mengeluarkan segala habuk-habuk melalui lubang-lubang kecil yang dibuat perumahnya (casing) secara kuasa balingan. Kemasukan udara yang berpusar ini akan membawa segala habuk-habuk masuk bersama-samanya. Tetapi habuk ini akan tercampak keluar apabila ia terkena lubang-lubang atau lurah-lurah yang dibuat pada atas perumah ini. Kuasa balingan terhasil dari pusaran udara yang masuk yang sebenarnya menolak segala habuk-habuk yang terperangkap. Udara itu boleh berpusar adalah kerana reka bentuknya terutama sekali pada vane yang telah dibuat mengikut sudut tertentu. Penyelenggaraan untuk penapis jenis ini adalah mudah. Pastikan bahawa intake vane tidak tersumbat.
  • 8. g. Karburetor (carburetor) Komponen ini berfungsi untuk mencampurkan bahan api dan udara mengikut nisbah tertentu bergantung kepada beban enjin, kelajuan enjin dan suhu enjin. Ia juga berfungsi untuk menukarkan sifat petrol dari cecair kepada bentuk pendebuan supaya pembakaran dapat dilakukan dengan sempurna. Karburetor dipasangkan pada pancarongga kemasukan (intake manifold). h. Pancarongga kemasukan Intake manifold) & Pancarongga pelawas (exhaust Manifold) Pancarongga kemasukan berfungsi sebagai ‘transport’(ruang saluran) bagi bahan api dan udara masuk ke ruang pembakaran. Kebanyakannya dibuat daripada aluminium aloi yang dikilatkan dan dipasangkan di kepala silinder. Pancarongga pelawas diperbuat daripada cast iron dan ditempatkan di bahagian lubang pelawas untuk mengurangkan bunyi bising daripada gas-gas pelawas keluar melalui beberapa saluran pancarongga. Pancarongga pelawas berfungsi sebagai sebuah ruang saluran untuk gas-gas pelawas (gas telah dibakar) lepas keluar dari silinder masuk ke dalam paip pelawas.
  • 9. Jenis-Jenis Sistem Penghantaran Bahan Api. 1. Jenis graviti (gravity feed system) Komponen sistem ini terdiri daripada tangki, penapis, pancarongga pengambilan, salur bahan api dan karburetor. Tangki bahan api dipasang lebih tinggi daripada karburetor. Dengan in bahan api akan mengalir turun oleh daya tarikan graviti. Bahan api dari tangki mengalir masuk ke dalam penapis melalui sawat pemberhenti yang ditugaskan memberhentikan pengaliran bahan api apabila enjin tidak di kendali. Bahan api yang ditapis kemudian mengalir masuk ke karburetor. 2. Jenis daya bekal(force feed system) Sistem ini terdiri daripada tangki, pam, penapis, paip salur bahan api, pancarongga pengambilan dan karburetor. Kedudukan tangki bahan api lebih rendah daripada karburetor dan diletakkan jauh ke belakang. Bahan api dari tangki mengalir melalui salur paip apabila terdapat sedutan dari pam bahan api ketika enjin dihidupkan dan ditolak masuk ke karburetor.